Sunday, 4 November 2012

Terjawabnya persoalan tentang rasa Dolma



Sebelum terlupa nama pelik-pelik yang saya dah belajar tadi,
haruslah cepat-cepat tepek kat blog.
ehem...ehem....seronok pulak nak bagitahu kat u olls especially kak halima yang nun jauh berada di Turki.

Tengahari tadi, kami sefamily mengikut jemputan rakan sekerja bapa mertua saya untuk lunch di rumah beliau.
Dah abah ajak, kitorang pun free...apalagi mengendoi je la.
saya pun tak tanya detail sampai la masuk kat area kondo.
sebab pelik kenapa Professor duduk kat kondo, pertanyaan saya terus dijawab encik hubby.
"Professor dari Iraq la. Menyewa je kat sini."
"oooooo......patut la."

ye lah kan....dah umur-umur baya bapa mertua saya duduk kat kondo, proffessor pulak tu memang pelik la.
Makanya rasa macam terus mati selera saya.
dah terbayang dah makanan Arab yang saya tak berapa enjoy sangat nak makan.
memang tak minat pun melainkan kebab.

memandangkan saya adalah follower tegar blog kak halima yang sama-sama berasal dari tempat saya membesar,
cerita-cerita beliau tentang kehidupan dan masakan Turki sangat terkesan pada diri saya.

dan tadi, rasa macam nak tersembul biji mata saya apabila melihat sepinggan besar dolma di atas meja makan di rumah Prof. Baha untuk hidangan lunch kami.
hairan saya macam mana makanan Turki boleh ada atas meja orang Iraq? ekeke..
Maka saya dengan muka tak malunya, terus mintak permission nak snap-snap gambar.
Blogger memang cenggitu kot? wakaka...


#Semua pinggan dan mangkuk adalah saiz besar. Terkejut kitorang ni yang hanya bertujuh. Makanan macam untuk 30 orang sampai tak muat meja.  Nak letak pinggan makan pun payah. hehe..


#Inilah Prof. Baha dan wife beliau. Pesan banyak kali suruh kami semua habiskan makanan. Budaya orang Arab, tuan rumah akan sangat gembira kalau tetamu makan banyak. Ishhh....ini adalah sangat banyak. Mana la mampu. Dah macam nak kenduri ni. 


#haaa...inilah dolma. Sayuran kobis, terung, zucchini, capsicum, bawang yang disumbat dengan nasi yang dah dimasak dengan daging kisar. Saya membayangkan betapa renyahnya nak buat dish ini. Rasanya? tak reti saya nak terangkan. Tapi layan la jugak sebab ada nasi, lauk dan sayuran yang dimasak sekali.


#nasi bryani yang banyak sungguh ayam upin ipin bak kata si amsyar. Ayam ni sangat sedap sebab terasa rempahnya.


#Kuba dan borak yang tersangatlah besarnya. Kuba tu yang bulat besar dan yang macam kuih cek mek molek tu. Dalamnya diisi inti daging kisar. Borak pula yang macam popia tu.


 #kuzi kambing. Serba serbi berdaging wehhh...


#nama paling payah nak diingat. Hommus wa tahini. Ini kira macam pencicah makanan la. Yang bulat-bulat tu buah zaitun. Saya tak pandai makan dish yang ni. Cuba juga sikit ......tapi rasanya si kuba dengan borak tadi tu sedap cicah dengan sos cili kot. Eh? memang itu ke geng dia? Lupa pulak nak tanya tadi.


 #kek berempah.



#puding coklat ala-ala triffle.

Peramah anak dan menantu Prof .Baha ni.
Lupa pulak nak snap gambar diorang suami isteri yang berkerjaya doktor gigi.
sungguh-sungguh explain kat saya bahan-bahan yang diorang gunakan dalam masakan siap tunjuk lagi segala herbs yang dalam botol. 
yang saya ingat cuma dried mints yang boleh kata ditaruk dalam kebanyakan salad.
somak dan entah apa lagi dah tak ingat.
lemah ingatan dah tua-tua ni. hahaha..

Berbalik pada persoalan kenapa ada dolma atas meja...
rupa-rupanya ibu kepada wife prof Baha ni berasal dari Turki.
patut la pun....
dan paling terharu, isterinya memasak menu-menu ni sejak semalam demi kedatangan kami.
Nasib baiklah kami ni datang.
kalau tak, kasihannya la...susah payah masak sorang-sorang.





20 comments:

  1. Byknya makanan...!
    Terliur tgk nasi beriani tu...
    ayam bykk.. :)

    seronok akak dapat mkn makanan turki..

    nur tak pernah rasa... :)

    ReplyDelete
  2. perghhh nie untuk setahun nie . hehe . sedap yer sisss . nakkkkk !

    ReplyDelete
  3. mak aih... tu makanan utk 30 orang ke?hahaha.. banyak nya... owh, dolma memang khas utk orang turki rupanya..baru tau ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. Yana,

    kau bersalah sebab buat aku meleleh liur dan berkeroncong perut pada malam-malam buta ini..

    ya.. lepas aja baca n3 ko ni aku bukannya terus klik butang komen.. tapi aku pergi meja cari butter cake Shinta untuk di baham (pasal perut jadi lapar tgk makanan ala turki ko ini- Dolma?)

    kendian aku sambil type komen panjang berjela aku ni sambil kunyah-kunyah cake yang sikit pun xde rasa Dolma tu hehe...

    ReplyDelete
  5. banyaknye makanan!! OMG!

    Gendang gendut tali kecapi,
    Kenyang perut senang hati!

    =)

    ReplyDelete
  6. wahh. terliur habis ni wooo. series. nasi beriani tu? dapnyee.

    ReplyDelete
  7. nur....x sangka pun. rezeki... :)

    ReplyDelete
  8. cik nisa.... kalau suka makanan Arab, memang sedap le ni. Terasa semua rempahnya.

    ReplyDelete
  9. Boni....tu la pasal. Macam hari raya la pulak.

    ReplyDelete
  10. Nong.... aku bersalah? ok. mintak mahap le. ko punya udang lagi bersalah tau. hahaha..

    weh....kek butter pun sedap le.

    ReplyDelete
  11. zaffira..... alhamdulillah je. hehe..

    ReplyDelete
  12. kura...ha'ah. Nasi beriani peha ayam semata-mata. yg tu mmg sedap. :)

    ReplyDelete
  13. seronoknyaaaaaaaaaa.
    dahlah lapar ni. sobss

    ReplyDelete
  14. makanan yg menarik :D uihhh...rajin dia masak.

    ReplyDelete
  15. makanan yg menarik :D uihhh...rajin dia masak.

    ReplyDelete
  16. 1st time tgk makanan ni kak yana.. cam menarik la..

    ReplyDelete
  17. sedap la jugak... alhamdulillah dapat merasa tanpa perlu ke Turki. :)

    ReplyDelete
  18. Punya le banyak makanan ekk, masak sorang2 la tu. mmg terer nih. btw depa mmg style makan banyak kan? kalau kita makan seketul peha ayam je, depa ngap sebelah bahagian ayam. pepepun pengalaman menarik utk yana kan ;)

    ReplyDelete
  19. rostina... dah budaya diorang mmg makan mcm tu. :)
    ha'ah. memang menarik juga sbb selalunya jumpa kat restoran je. yg nie home made. :)

    ReplyDelete