Watak dalam novel terbaik!

Novel yang diangkat ke layar perak dan skrin tv pasti akan dibuat perbandingan.
Sebagai contoh novel Adam dan Hawa yang dramanya bikin ramai yang agak sasau sekarang ni.
Hari jumaat, sabtu dan ahad diharapkan cepat berlalu sebab nak tengok sambungannya macam mana.
betul tak?
kalau tiada yang sasau, kira orait le tu kan.
rileks rileks sudah. hehe..

Pada saya, novel tetap novel. 
Drama tetap drama walau jalan cerita dan skripnya adalah sama.
Nikmat feeling membaca novel adalah berlainan feeling tengok drama.
kalau tak, takkan dua-duanya saya layan? ngeee....
faham, kan?

#novel Adam dan Hawa cetakan terbaru baru khatam dua minggu lepas.

Saya pernah membaca novel ini lama dulu.
tak ingat novel siapa yang saya pinjam dan jalan ceritanya macam mana.
makanya bila adik ipar saya membeli novel ni, terus saya baca balik.
Maknanya apa, ya?
Adam Mukhriz dan Ain Hawani bukanlah watak novel yang melekat sangat dalam kepala saya ni.

Ada satu couple watak novel yang paling saya ingat sangat semenjak dari zaman sekolah hingga sekarang.
dah berpuluh tahun nama mereka ini dalam kepala saya.
Saya berharap sangat suatu masa nanti akan ada yang buat drama atau filem ni.
Siapakah mereka?

#kulit novel yang langsung tak menggambarkan ceritanya.

Mereka ialah Intan Samad dan Assad Effendi.
dengan kulit novel yang tidak menarik hati dan nama watak yang tak komersial....
Intan dan Assad adalah watak yang paling melekat.
Entah apa aura novel ini, saya teringat-ingat setiap adegan dalam novel ini.
Memang best sangat novel ni.
Entah kat mana nak cari novel ni sekarang.

Hujung minggu lepas, saya membaca novel Curi-curi Suka pula.

#kulit novel yang sangat berhubungkait dengan jalan cerita.

#si penulis yang cute Liyana Zahim punya contengan. hehe...

Jalan cerita yang best, diadun dengan semua rasa.
Seperti kata penulisnya, novel ini dihasilkan ketika beliau masih bersekolah.
Makanya ini adalah novel yang mesti dimiliki lantaran terkagum sangat dengan usia penulis yang sangat muda ketika menghasilkan novel sebegini.
Bagaimana dengan lima tahun yang akan datang?
Hopefully, akan terlahir lebih banyak karya-karya gempak dari beliau.
dan seterusnya ke layar perak.
Best kan dinde? 
Boleh terus beli SUV yang stylo. heheh!

Ada 5 buah lagi novel di tangan sedang menunggu giliran.
Walaupun novel paling trending sekarang ialah I Love U, Stupid! karya kak Melur Jelita....
rileks-rileks sudahhhh.....
panjang umur, pasti akan ketemu. :)

p/s: Setelah dua bulan tiada BE baru, akhirnya hari ini dah dapat BE Colgate. Terima kasih Nuffnang! 



8 Comments

  1. Saya paling ingat citer DONIA..hehehe.. berangan nak kawin jutawan..

    ReplyDelete
  2. Syani....akak ingat citer donia tu tp x ingat nama watak dia. Best jugak citer tu..

    ReplyDelete
  3. Liyana zahimmmm! awwwww!

    ReplyDelete
  4. kaki novel jugak ye akak ni. :)
    nur last baca novel maid.. seronok jugalah...
    sampai jatuh cinta dengan mr.F watak dalam novel tu..heee.. :)

    curi2 suka tu, dah pegagng dah hari tu, tapi tak beli pun.. sebab takut xbest...

    nak tnya akak, best ke tak..?

    dan novel lagi satu tu, mana nak dapat skarang..?hihih

    ReplyDelete
  5. Cik nur...best le. Ada kelakar2...ada sedih2. Buat drama mmg bestlah.

    ReplyDelete
  6. novel dedaun hijau tu penah baca, zaman sekolah dulu...saya ingat citer dia best,sebab kiteorg dulu siap berebut tgu turn nak baca kat asrama..tapi sumpah, tak ingat jln citer dia mcm mana haha

    ReplyDelete
  7. rupanya ada lagi novel yang lagi best daripada yang dikomersialkan jadi drama tu ye

    ReplyDelete
  8. kak sal dah lama berhenti baca novel..tapi sejak drama tv di adaptasikan dari novel dan x tahan nak tau ending makanya kak sal cari jugak la novel2 tu tapi baca sekerat jalan..hahahaha..bosan nak habiskan...minat membaca novel nie bukan boleh di paksa2...

    ReplyDelete