Bertemu blogger-blogger dari Kulim

Cuti kali ni berkesempatan ke Kulim.
So, dah alang-alang menjenguk adik-beradik sedarah sedaging, jom jenguk jugalah adik-beradik dalam blog.
Yang dah tentu-tentunya best jugak macam adik-beradik sendiri.
Mula-mula jumpa Kak Sal kat warung Char koey teow milik suaminya.
Dah lama nak makan char koey teow Pak Tam ni tapi asyik tak sempat je.
Kalau berkesempatan pun, salah timing pulak.
So, kali ni dapat la merasa Char koey teow Pak Tam.
Jangan memain.
Terpaksa order satu pinggan khas pulak untuk si kecik Qisya.
Tak nak kongsi-kongsi kekdahnya.

#sedap wehhh......yummy yummy...

Saya sayang sangat dengan Kak Sal ni.
Beliaulah yang mula-mula mengajar saya menggunakan internet.
Siap tolong buka akaun emel yahoo lagi.
Salah seorang penyebab saya bertemu dengan encik hubby pun ya juga.
Tapi pelik juga, bab berblog saya pulak yang ke depan sikit daripada sifu. ekeke....
Nak menjenguk beliau yang comel ni, singgah-singgahlah ke blog Kak Sal .
Macam-macam cerita ada di sana.

Esoknya saya berjumpa tuan blog Detik-detik indah dalam hidupku pulak.
Sifu saya juga ni.
Kak Kamsiah ni sebaya kakak saya.
So, memang macam kakak saya jugalah.
Cuma version yang lebih lemah lembut gitu.
Mesti pening Kak Kamsiah dengan saya yang pot pet ni.
*pening tak kak? hahaha...

Kemain Kak Kamsiah masak-masak untuk kami yang konon-kononnya nak terus jalan-jalan ke Penang.
Saya dah siap-siap mengangkut dua orang anak saudara saya.
Last-last terpaksa patah balik ke rumah adik saya sebab semua pakat nak mengikut berkonvoi jugak ke Penang.
Itu entry lain le kot.
Kak Kamsiah sediakan bihun goreng dan kek coklat moist yang sedap melampau.
Memang style sama dengan kakak-kakak saya yang suka menjamu tetamu. hehe..

Dan sebelum balik tu kak kamsiah berikan saya tepung bancuhan kek coklat segera seperti yang telah dijamu tadi.
Siap berpesan nanti kalau dah jadi kek tu, bagitaulah beliau.
Makanya haruslah saya tunjukkan di sini.

#keknya dah menjadi. Sedap melampau sebab moist dan gebu sangat hasil tangan adik saya yang membaking keesokan harinya. (haruslah beliau yang membakar sebab beliau lebih terer bab membaking. hehe)

Terima kasih kak kamsiah yang sweet dan comel.
Panjang umur jumpa lagi.


Terima kasih sudi baca.
Luv,




10 Comments

  1. aku suka cake coklat...

    dan aku suka udang....

    jadi aku tak pura-pura tak nampak.. aku nampak udang dlm cahr ko teow tu,,, hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnyee kek coklat tuu :D

    ReplyDelete
  3. semoga akan ada pertemuan lagi lps ni..:)

    ReplyDelete
  4. @Nong Andy
    hehe.....nape kita ada feveret yg sama? :D

    ReplyDelete
  5. @farah.fauzi
    bukan setakat rupa, mmg sedap rasanya. :)

    ReplyDelete
  6. @❤Kamsiah❤
    kalau yana sampai Kulim lagi, yana roger2 akak. :)

    ReplyDelete
  7. wooo... udang memang terbaik :)

    ReplyDelete
  8. seronokkan bila jumpa blogger..
    dah macam kenal lama walaupun sebenarnya itu pertama kali jumpakan..

    kek tu...mengoda nur kak..hihihi

    ReplyDelete
  9. kenapa ada makanan ni.hehehe

    ReplyDelete
  10. Char kueh tiau nmpk sedap. Kat kulim eh kedainya. Boleh cari ni...

    ReplyDelete