Thursday, 20 December 2012

Cepatnya masa berlalu

Amsyar dah berusia 8 tahun.
Di hari jadinya yang baru-baru ni, saya hanya sempat membelikan sebiji kek sahaja disebabkan Uncle Isnya dah belikan KFC yang diminta.
Dia mintak kat mama tapi dapat dari Uncle.
Memang terbaiklah Uncle.
Tu pasal la anak buah sayang bebenor. hehe...

Amsyar adalah anak yang senang dijaga ---->sehingga hari ini. (harap-harap sepanjang hayat)
Dia tak rajin minta itu ini dengan kami.
Alhamdulillah, membawa beliau di shopping complex, tak pernah la ada adegan meraung, menangis dan mengguling-guling nak barang mainan. (kecuali kes kat Genting dia nanges sebab frust sangat tak dapat naik roller coster kes tak cukup tinggi)
Selamatlah juga kami ni daripada malu akibat karenah anak-anak kekdahnya.

Sempena dia bersunat hari tu, dapat jugaklah dekat 1k. (berbaloi gak ye sakit bebird. hehe)
Saya cadangkan supaya duitnya disimpan di Tabung Haji, dia setuju je.
Bila dah sampai hari jadinya yang langsung dia tak pernah request untuk diraikan, apatah lagi meminta kek atau apa-apa hadiah melainkan KFC, hati saya tersentuh juga.
Makanya kami raikan juga dia dengan sebiji kek Cheese Boston.

#tu diaaaa... potong kek macam nak belah buah tembikai. hahaha...


#simple je keknya. 

Tengok daripada pemilihan kek tersebut, taulah siapa yang sebenarnya mengidam cheese kek, ye dak? kikiki...
Tapi betullah.
Bukan setakat nak meraikan tarikh hadirnya Amsyar ke pangkuan kami, tapi meraikan mamanya juga yang bertarung nyawa melahirkan Amsyar.
Jenuh juga menahan contraction lebih dua hari.
Sakitnya teringat-ingat sampai sekarang, tau.
So, haruslah tumpang sekaki tiap kali birthday anak-anak.

Cuti-cuti sekolah ni memang seronoklah dia.
Tak nak duduk rumah sendiri.
Rumah Opah... seronok main keliling rumah dan rumah sepupu-sepapat.
Rumah Umi... seronok main Ipad, psp dan tengok cartoon astro sesuka hati.
Kemain seronoklah.


#heaven sungguh, ye Amsyar. Apa motif tayang perut, tak tahulah. 

Tetiba rindu pulak tengok dia masa kecik-kecik dulu.
Dia dulu lebih cerah berbanding Qisya.
Macam budak Korea.
Dah sekolah, hilang tah ke mana budak Korea.
Gelap semacam.


#umur 8 bulan.


#umur 10 bulan. (alolo rindunya mama ni.... huhu..)

Rasa sekejapnya masa berlalu.
Rindu sungguh pada zaman anak-anak masih baby.



12 comments:

  1. haha..kek tu si anka makan sepotong..selebihnya mamanya yg pulun hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kek...

    Pernah dengar ceramah, sepatutnya yang diraikan setiap kali birthday ialah ibu yang melahirkan tu sebab dah bergadai nyawa melahirkan kita...

    ReplyDelete
  3. @SYANI
    dah namanya cheese cake. hehe..

    ha'ah, kan? Patutnya mama dia yg potong kek tu. :)

    ReplyDelete
  4. seronok dpt potong kek kan Amsyar...
    moga jadi anak yg soleh...

    ReplyDelete
  5. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete
  6. sedap betul kek harijadi amsyar

    ReplyDelete
  7. sedih pula baca entry akak ni..
    semua ibubapa rindukan ank2 mereka ketika masih bayikan...

    sebab masa bayi dan ketika ank kecil, ibubapalah segala2nya bagi kita..

    bila dah dewasa, dah berjaya...tkilan dengan anak2 yg malu dengan ibubapa sendiri.. tak semua, cuma segelintir...

    hampir 1K..? banyak tuuuu....
    berbaloi bird2 kena balik mainan dengan ank dara akak tu..hihihi

    ReplyDelete
  8. muka korea still ada tapi gelapnye la... haha

    ReplyDelete
  9. waa.. bestnya akak, dpt anak cerdik.. huhu
    turn saya lambat lagi...
    *xgatai, tp suka sgt2 kat budak2...huhu

    ReplyDelete
  10. kejap je masa berlalu.. kejap je dia dah besar kan? :)

    ReplyDelete