Thursday, 6 December 2012

Dalam hujan lebat itu

"Mama buat tak solat Dhuha?" diam.

"Kita kena buat solat Dhuha hari-hari. Bukan sebab nak meluaskan rezeki duit je. Tapi rezeki dalam hal memudahkan urusan kehidupan kita. Sejak Abah amalkan sulat Dhuha ni, Abah rasa smooth je kebanyakan urusan. Dah dua kali kena tahan dengan polis tapi tak kena saman sebagai contoh. Klien Abah pun tak banyak masalah macam klien orang lain. Tak banyak kerenah." yang mendengar senyap seribu bahsa.

" Tengok orang lain, anak-anak banyak masalah kesihatan. Sekejap-sekejap demam, sekejap-sekejap masuk wad. Macam-macam masalah kesihatan. Tapi tengok anak-anak kita. Alhamdulillah....sehingga sekarang Qisya sihat dan tak banyak ragam. Itu pun rezeki yang amat luas yang telah Allah bagi kat kita." senyap lagi.

#google


"Kita sibuk-sibuk hal dunia pun, nanti dalam kubur sorang-sorang jugak. Kalau taknak kena balun dengan Malaikat dalam kubur tu, amalkan surah al-Mulk dan as-Sajadah tiap malam. Itu yang sekarang Abah buat tiap hari. Tambah lagi surah al-Waqiah. Amalkan tiap-tiap malam. Allah dah janji, orang yang rajin membaca  al-Waqiah, tidak akan fakir. Tidak akan fakir (memang ayat berulang). " diam lagi si isteri.

"Apa persediaan kita dalam kubur nanti? Mama amalkanlah solat Dhuha tu. Kejap je. Nak tambah hebat, bangun solat tahajud. Tak dapat tiap hari pun tak apa. Abah pun tengah cuba ni. At least dapat buat dua kali sebulan. Pada siapa lagi kita nak mintak kalau bukan pada Allah? Mama dengar tak ni?" diam.

Kereta terus meredah gelap malam dan hujan lebat menuju destinasi penghantaran VCO Catalyst demi mencari pendapatan tambahan seisi keluarga.

p/s: Isterinya diam bukan sebab buat-buat tak dengar atau malas nak dengar. Hatinya menangis seperti hujan lebat di luar. Terlalu alpa kadang-kadang dalam mengejar kesenangan dunia sedang di kubur nanti, tidak tahu sebanyak mana bekalan yang dibawa. Terima kasih suamiku.

Terima kasih sudi baca.

Luv,



13 comments:

  1. Betul tu Kak Cho.. Amalan2 masa di Taayah dulu pun dah banyak ditinggalkan...

    ReplyDelete
  2. Syani.....nasib baik kita sekolah kat situ Syani. At least, bila dah jauh tersimpang, kita masih tahu pangkal jalannya di mana. Tu la, zaman remaja kita time cuti je baca mathurat subuh dan asar. Kuliah maghrib, subuh, Qiamullail....yassin pun boleh hafal. Sekarang? nak khatam al-Quran dalam masa setengah tahun pun belum tentu... :(

    ReplyDelete
  3. mekasih ingatkan juga kak.. dengan entry ni..

    ReplyDelete
  4. terima kasih pulak kat akak sebab ingatkan saya... dan kami semua..

    ReplyDelete
  5. Terharu....! betapa dah lama tak mengerjakan solat2 sunat....terima kasih kerana mengingatkan!

    ReplyDelete
  6. terdiam juga nur baca ni kak..!
    sehari2 berniat nak bykkan solat tahajud..tp xterlawan lagi dengan ngantuk..huhuhu

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. syukur ada suami mcm 2 y sentiasa mngingatkan... :)

    ReplyDelete
  9. sekali kena tazkirah oleh suami...terdiam...hehe suami mithali le tu...

    ReplyDelete
  10. walaupun dah berpasangan, tapi mati sorang2kan.

    terima kasih atas peringatan.

    ReplyDelete