Wednesday, 5 December 2012

Depan rumah tepi rumah

Susah jugak nak jadi blogger ye.
Memandangkan jadi blogger cerita personal dan bukan copy pasta punya blogger....makanya kebanyakan cerita hasil godek-godek dari kamera sendiri.
Makanya bila asyik snap sini sinun, berkumandanglah komen-komen yang tak berapa nak best bila dengar.
Terutama mak saya di kampung nun.
Dia rimas sangat bila tengok anak-anak dia suka sangat ambil gambar.
Asyik kena marah je kitorang ni.
(nasiblah dah tua-tua pun kena marah...hehe)

Pada dia tak ada faedah ambil-ambil gambar ni.
So, balik kampung baru-baru ni, saya bagitau dia lepas kena sound asyik ambil gambar.
"Anak mak ni nak jadi pensyarah dulu2 mak. Tapi tak jadi pensyarah. Sekarang ni bersyarah kat blog je la. Dapat pahala jugak mak kalau share benda-benda baik." kata saya.
"Lagi pun, nak bagitau jugalah kat satu dunia yang mak ni besssttt sangat!" tambah lagi. hehe..

Nak tahu salah satu keistimewaan mak saya?
Beliau sangatlah serasi bila sampai bab bercucuk tanam.
Tak tahulah berapa juta tanaman yang pernah ditanam mak saya.
(mau tak berjuta, muda-muda dulu dia bersawah, ko...)

Dah umur 70-an macam sekarang ni pun masih sibuk bercucuk tanam walau pun dah tak larat.
Kali ni halaman rumah yang jadi mangsa.
Cara tanam versi sakit lutut? 
Ambil kerusi, lepas tu kuis-kuis tanah sambil duduk atas kerusi.
Kemain style mak saya. hahaha...


 #petola depan rumah.


 #kacang bendi depan rumah.


 #terung betul-betul depan pintu.


#sampai pokok hiasan pun terselit pokok cili padi.


#pokok herba sambung nyawa yang bercampur aduk dengan pokok hiasan pun depan rumah juga.


#sayur kucai dalam pasu di tepi rumah.


#kangkung pun bukan main segar je di depan rumah jugak.

Mak saya ni kan.... ada seorang anak bekas graduan Senibina Landskap.
Seorang anak lagi ada bisnes nurseri tanaman hiasan tapi laman rumahnya habis cacamarba.
Tapi kami tak berani komen depan dia.
Biarlah asal dia happy dengan pokok sayur dia.
Tak payah susah-susah ke pasar cari sayur dah.


#tengok tu jeling2. Hahaha..... Luv u soooo much Mak! lantak le mak marah pun anak mak ni. Akan gigih jugak snap-snap gambar untuk kenangan masa depan. Muaahh! <3


Saayang mak sampai bila-bila..

Terima kasih sudi baca.
Luv,



19 comments:

  1. seronoknya ble bercucuk tanam kt tpi umah.. mkn fresh jer..
    p/s garangnyer nkcik.. hihi

    ReplyDelete
  2. Rapunzeel.... sayur dari pokok? apakah? hehe..

    ReplyDelete
  3. fresh ni, mabik dari situ terus masak. yummyh. hhehee

    ReplyDelete
  4. Miss Zahirah....mak akak ni tak garang... peramah sangat orangnya. Cuma dia sgt alah dengan kamera. kih kih kih...

    ReplyDelete
  5. Nurhanis....mmg betul pun. Senang kerja petik kat tepi rumah je. Ok la utk dia sorang2... :)

    ReplyDelete
  6. wah. betul betul memfaatkan ni :)

    ReplyDelete
  7. Pergghh..menjadi betul tanaman mak akak ni..!

    geram nur tengok petola dengan trong tu...!

    sedap oo..mkn segor2..

    agak2 akak, kalau akak menanam menjadi x mcm mak akak taman tu..?
    heeee

    ReplyDelete
  8. kura....sempoiii je kan? hehe..

    ReplyDelete
  9. cik nur.... akak fail kot bab2 tanam ni. Pernah tanam pokok keladi je yg mau hidup. hahaha..

    ReplyDelete
  10. seronoknye keliling rumah penuh sayuran.

    ReplyDelete
  11. wahh ! segarnya . awesome la mak akak :)

    ReplyDelete
  12. ANDA DI TAG..MOHON JOIN KALAU FREE2..:)

    http://chot91.blogspot.com/2012/12/segmen-blog-saya-tersangat-awesome.html

    ReplyDelete
  13. kalo akak jual sayur2 ni konpem laku..segar2 pulak tu.dah leh jadi petani moden da ni :)

    ReplyDelete
  14. hebatlah mak kau Yana...
    ko try tanam.. jadi ke tak?


    yana.. tumpang petik terung tu barang 2 batang. nak masak lemak ikan masin sat.. hehehe...

    ReplyDelete
  15. laa..ingatkan akak ja yg kena pandang2,jeling2 dek jiran bila amik gambar kt luar rumah..amik gambar bulan pun depa sampai berenti tgk..ishhh...

    mak yana tu green finger...anaknya jgn jd hot finger dah la..tanam apa pun asyik tak menjadi hehe..

    ReplyDelete
  16. wah...memang serasi dengan tanah... subur semua pokok2 tu mak awak tanam.. kirim salam kat mak ye.. :)

    ReplyDelete
  17. bestnya tanam sendiri. dapat makan yg segar :D

    ReplyDelete
  18. jeles ni :P byk btol sayur u tanam yer. hewu, kita lagi tak byk tu.. kalo dibuat lauk tanaman sendiri kan sedap je rasa hasil tanaman kita tu. :D weehh...spa tanam ni semua ? mak ke ?

    ReplyDelete