Dress peplum punya cerita

Sekarang adalah musim peplum.
Ada jenis yang seksi iaitu peplum dress yang pendek.
Ada jenis yang sweet iaitu peplum kurung.
Ada jenis yang agak kasual ala-ala blouse.
Memang tengah 'in' sangatlah sekarang ni.
Boleh tengok kat shopping kompleks yang jual-jual baju sekarang ni, yang banyak-banyak tersarung di mannequin tu semuanya peplum dress.

Ok. Apa benda sebenarnya peplum tu?
Peplum yang dimaksudkan di sini ialah fesyen baju yang agak kembang di bahagian pinggang.
Bukan buah plum, okeh?
Saya bukanlah fashion designer nak terangkan detail pasal peplum ni.
Terpanggil nak menulis pasal ini pun disebabkan terbaca komen-komen yang sampai bergaduh tentang siapa yang keluarkan fesyen ini.

#peplum dress versi seksi.
*google.

Nak tergelak saya dengan perangai golongan fashionista memberikan komen.
Siap boleh marah-marah orang yang tak kenal pereka fesyen.
Apa kes sampai wajib kenal golongan tu?
Lainlah u olls itu adalah golongan selebriti, vvip atau model....ye tak?
Atau pun banyak duit nak nak suruh diorang sendiri yang buatkan baju u olls tu?
Itu haruslah.

#peplum kurung design by matase sutera. Sweet dan sangat cantik, kan?
*google.

Makanya kenapa peplum itu tengah 'in' sangat sekarang ni?
Ini adalah kerana golongan designer telah mempopularkan kembali fesyen peplum ini.
Bukan sebab si polan-si polan yang merekacipta fesyen ini.
Fesyen ni dah lama, ia cuma dipopularkan kembali.
Peplum mungkin berasal dari peplos.
Peplos tu ialah fesyen baju warna polos yang berpinggang yang dipakai oleh orang Greek pada zaman dulu.

Jadi, kita akan biasanya melihat dress-dress peplum adalah berwarna polos.
Makanya tak perlulah nak bergaduh bagai siapa yang cipta peplum ni.
Zaman opah-opah kita pun dah ada yang pakai ala-ala peplum ni.
Zaman Saloma pun dah meriah.
Bila dah jadi trend ni, sesuai sangatlah peplum polos u olls dihias dengan border lace seperti gambar di atas.



Audrra Blossom border lace.

Set untuk membuat baju kurung moden dan peplum beserta border lace kebiasaannya berharga agak mahal.
Itu belum lagi nak upah tukang jahit, betul tak?
Makanya saya membuat pendekatan untuk menjual border lace sahaja yang boleh disesuaikan dengan material kain pilihan anda mengikut citarasa masing-masing.
Senang kalau macam tu.
U olls boleh dapatkan di Audrra Blossom dengan beberapa pilihan warna border lace yang akan ditambah lagi koleksinya pada masa akan datang.  Insya Allah..
Singgah, tau.
Sesiapa yang belum 'Like', sudi-sudikanlah....

Terima kasih sudi baca.
Luv,



7 Comments

  1. hehe..akak tak sesuai pakai peplum...tak cukup inci...:)

    ReplyDelete
  2. sekarang memang trend peplum kan? sana sini sebut tentang peplum ni..hehe

    ReplyDelete
  3. trend.. sy x bape nak mengikuti fesyen.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. saya ada gak tempah peplum wat kurung peplum, tapi x berkesempatan nak pakai smpai skang..hehe

    ReplyDelete
  5. Salam Yong Yana,
    peplum dan peplos...sangat unik.
    Benar gitu Yong, zaman mak akak dah ada fesyen ni, dipakai dik bintang-bintang Melayu masa tu especially Saloma, Normadiah, Sarimah etc. Fashion ni recycle jer kan.

    ReplyDelete
  6. cantik yang color merah tu :)

    ReplyDelete
  7. sesuai untuk org tggi kan....
    nur katekk..

    ReplyDelete