Pedoman untuk rasa bahagia

Hari ini mari kita sama-sama tingkatkan motivasi kita supaya menjadi insan yang lebih baik dan bahagia dalam kehidupan.

#sumber dari FB

MENGAPA HATI TIDAK BAHAGIA?

Kunci 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) datangnya dari hati yang bahagia dan tenang. Tetapi ada juga di kalangan kita yang hidupnya kurang bahagia. Apa sebenarnya penyebab utama yang menghilangkan bahagia di hati kita? Suka saya kongsikan sifat-sifat berikut buat pedoman kita bersama. 

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ)

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.





Betul kata-kata Datuk Dr. Maznah Hamid dalam statusnya itu.
Mari kita buang sifat-sifat mazmumah seperti di atas.
Sentiasa bersyukur dan memaafkan merupakan tunjang untuk jiwa yang tenang dan bahagia.
Makanya kunci 3K akan mudah untuk kita capai InsyaAllah...

Terima kasih sudi baca.
Luv,



2 Comments

  1. bila buang sikap2 di atas, rasanya aman duniakan...

    skarang ni pening dengan macam2 isu...sedih..huhuh

    ReplyDelete
  2. semua penyakit-penyakit yg tertera di atas mudah menjangkit ke dalam limpa jantung kita yana...

    macam selsema.. kita sembuh.. tapi bila musim ujan kita mungkin kena selsema lagi.. kena jaga kesihatan selalu supaya penyakit2 di atas tak hinggap lama-lama :D

    ReplyDelete