Monday, 24 December 2012

Perginya kerana Leukimia

Saya selalu mendengar tentang leukimia daripada kisah drama di tv dan dari penceritaan novel.
Hanya di situ tapi tidak dari orang sekeliling saya atau saudara mara mereka sehinggalah ianya hinggap di tubuh sepupu saya.
Seperti baru semalam saya bercerita tentang kek perkahwinan sepuluh tingkatnya.
Saya hanya ceritakan tentang kek tapi tidak pengantinnya yang ketika melangsungkan perkahwinannya itu, beliau sedang menderita leukimia di stage 3.
Dia ceria, dia bahagia....mana mungkin saya nak mengingatkan tentang penderitaannya.
Ketika itu, kami semua hanya berharap dan berdoa semoga dia akan terus sihat untuk menempuh alam perkahwinan.


Leukimia rupanya adalah kanser yang agak unik.
Kesakitan itu datang dengan cara on off.
Makanya rutin keluar masuk wad adalah biasa.
Sihat dan sakit silih berganti sehinggalah malam Jumaat lepas.

Akhirnya sepupu termuda saya yang penuh senyuman itu pergi selama-lamanya.
pergi ketika usianya masih dalam 20an...
pergi ketika baru beberapa bulan mendirikan rumahtangga.
Dan di majlis tahlil malam itu air mata seakan tidak mahu berhenti.

Memikirkan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT itu.
Terlalu kerdil dan lemahnya kita semua di sisiNya.
Terlalu dekatnya kita semua dengan kematian dan tidak ketahui bilakah waktunya.
Betul-betul menyentuh hati saya.
Lebur keinginan membeli S3.
Lebur keinginan menambah koleksi peribadi berlandaskan nafsu.
Saya mahu ke sana.
Menjadi tetamu rumah Allah di Mekah.
Mohon doakan saya dan sedekahkan al-Fatihah buat sepupu saya Sohana bt. Abd Shukor.
Al-Fatihah.



Terima kasih sudi baca.
Luv,




6 comments:

  1. Semoga Arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman..Al Fatihah..sedih saya baca

    ReplyDelete
  2. al fatihah...semuge apa yg di alami olh kuarganya terus mjdkn seorg hg lbh kuat imanya..amin

    ReplyDelete
  3. al fatihah... semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman :)

    ReplyDelete