Thursday, 13 December 2012

Ronda-ronda Queensbay Mall

Saya sebenarnya teringin sangat nak naik Bukit Bendera.
Entah berapa kali dah ulang alik Pulau Pinang tu tapi masih tak sampai-sampai ke atas bukit tu.
Kali ni pergi pun masih tak dapat lagi.
Puncanya ada masalah kat cable car Bukit Bendera tu.
Terlanggar ular sawa la, rosak la.
Sekarang ni tak tahu pulak apa masalahnya, lagi pun hujan pulak tu.
Makanya, ronda-ronda ke Queensbay mall je la.

Queensbay Mall ni macam bangunan pasaraya Jusco yang lainnya juga.
Cuma yang ni special sikit sebab betul-betul di tepi pantai menghadap Pulak Jerejak.
Dekat dengan area pantai Seagate tempat saya suka melepak dengan kawan-kawan dan berdatim zaman muda-muda dolu.... 
Lama juga bangunan ni terbengkalai sebelum siap jadi cantik macam ni.
Alang-alang ke Penang, haruslah singgah.

Ops! Ekceli.....saya follow adik saya je.
Dia punya idea la mengajak lepak kat Queesbay Mall.
Mula-mula ingat nak pergi sendiri bawak anak-anak buah je.
Alih-alih masa melawat Kak Kamsiah blogger dari Kulim tu, adik-adik call nak join sekaki jalan-jalan ke Penang.
Kitorang pun memang happy je kalau pergi beramai-ramai.


#tetiba bateri kamera kong. Nasib ada kamera Chik. (gelabah biawak dah rasanya masa ni nak beli S3. ekeke...)

Ok. Idea naik feri ni idea saya.
Lama sangat dah tak naik feri Pulau Pinang ni.
Burung undan pun baru saya tahu selepas baca nama salah sebuah feri Pulau Pinang ni.
(masa zaman kecik-kecik dulu la)
Memang nostalgia sungguh bila nampak Komtar.


#nampak Star Cruise pulak. Ish ish ish....bilalah pulak mokcik nak merasa naik Star Cruise tu. 


#Queesbay Mall. Cantik terletak di tepi laut.
*google

#Seronok Qisya dan sepupu-sepupunya mengadap kek.


#Agak-agak la pun budak-budak ni. RM158? @_@ . Nasib tak mintak. hahaha...


#pilih-pilih donut di JCo.


#cantik je belon purple tu.


#Touching wooo tengok gelagat Mya dan Qisya. Sayang bebeno kat adik sepupu tu. Masa ni kasut Qisya tercabut talinya. Mya siap angkat Qisya letak atas bangku lepas tu tolong pakaikan kasut Qisya. Sweet giler la tengok diorang.


#Qisya dan Maksunya depan foodcourt.


#Barli lemon yg diminum Qisya tu sedap pulak rasanya.


#Ingat nak lepak-lepak kat tepi laut sambil makan KFC tapi disebabkan hujan, terpaksalah lepak kat foodcourt je.


#mak-mak dan anak-anak.


#Mya dan Qisya.

#Depan lif pun menyempat. hehe...

#meninggalkan Queensbay Mall.


#follow Pak Su je.


#Balik ikut Jambatan Pulau Pinang pulak. Teruk giler jem. huhu...

Balik singgah rumah Pak Su dulu.
Sempat le jugak melayan Adam dan Hawa. 
tak dapat naik Bukit Bendera pun tak apa.
Dapat jalan-jalan dengan adik-beradik pun dah ok.
Lain kali kalau ada rezeki sampailah ke Bukit Bendera tu.


Terima kasih sudi baca.
Luv,


8 comments:

  1. Dah lama tak pegi Penang...

    ReplyDelete
  2. akak suka lepak depan QM tu...angin laut bertiup sepoi2 hehe...
    wahhh dah meriah dgn pokok krismas ya..

    ReplyDelete
  3. berpeluk sakan derang yana.. join tacinglah haku :D


    *aku pun mimpikan S3 hehe..

    ReplyDelete
  4. Musim cuti sekolah. Ramai giler org naik bukit bendera,tambah lagi skrg ramai nak try train baru. Train tu mmg slalu problem gamaknya :) pernah naik, tapi bila nak turun train rosak. Terpaksa naik lori turun ikut Kebun Bunga :)


    ReplyDelete
  5. erm masa tgl penang dl, queensbay ni x siap pun lagi, zaman terbengkalai tu la.. dh merantau baru siap.. dpt pergi sekaki jer situ...

    ReplyDelete
  6. mai penang xhabaq..hehe..qb tu dkt ja dgn umah :)

    ReplyDelete
  7. nur pernah pergi queensbay ni..lenguh kaki jalan..hihihi

    ReplyDelete
  8. baru tahu mall tu pernah terbengkalai dulu...

    ReplyDelete