Wednesday, 26 December 2012

Surat kepada bekas kekasih

Ke hadapan bekas kekasihku,

Selepas hampir 20 tahun pernah mengenali dirimu,
Hari ini ingin sekali kuucapkan terima kasihku kepadamu.
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku,
Terima kasih kerana pernah selalu membantuku dalam kebanyakan urusanku.
Dan terima kasih kerana tidak memilihku di persimpangan dilemamu.
Terima kasih.
(aku sudah mula tersenyum dengan ayat-ayat skema di atas.)

Selepas hampir 20 tahun,
dunia berubah...
teknologi makin maju..
dirimu pun sudah berada di puncak kerjaya....
(seperti yang telah kujangkakan sejak kenal dirimu)
aku bertemu wajahmu kembali.
Tapi bukan di alam nyata.
hanya di Facebook.
Aneh sekali, kita sedaerah rupanya.
Tapi kenapa tidak kamu add aku ini menjadi rakan FBmu?
Takut binikah?
(aku sudah mula tersengih...)
Takut akan menjadi skandal semulakah?
(ohhh....aku sudah mula nak menahan ketawaku ini...)

Lantaran kamu pernah menjadi sahabatku,
Kukira perkara yang sudah berlalu biarkanlah berlalu.
Masa telah lama merawat lukaku.
Kukira, kamu juga sudah terlalu bahagia hidup di samping isterimu yang cantik itu.
Tidak mungkin aku ini masih terselit di hatimu.
Betul, kan?

Sedikit tentangku yang mungkin kamu ingin tahu,
anak saudaraku yang comel yang sering kuceritakan padamu telah pergi selama-lamanya.
begitu juga ibu angkatku dan ayahku.
Kamu pasti tidak tahu.
Di sini, aku ceritakan padamu lantaran kamu sudah tidak sudi lagi bertanyakan khabarku.
(alahai....terasa sedih pulak di hati..)

Aku doakan kebahagiaanmu selama-lamanya.
Sampaikan salam buat isterimu yang cantik itu juga.
Katakan padanya, cinta tidak seharusnya membunuh persahabatan.
Jika diberitahu seawalnya, harus aku lebih awal memberi laluan.
Harus aku juga lebih awal mengundur diri.
Maka aku tidak akan terluka seperti di waktu itu.
Aku juga menantikan dia menegurku walau hanya sepatah 'hai'.
Aku tunggu, ya.

Buat akhirnya,
mari kita sama-sama muhasabah diri.
Hidup yang sementara ini bukan untuk menyimpan luka.
Persahabatan itu lebih tinggi nilainya.

Wassalam.




27 comments:

  1. Pehh gile menangkap lagi sentap.. Akk punye cite ke ape ni? Sedihnye.. Cinta tidak harus membunuh persahabatan tp kak dlm kes mcm ni mmg akn terbunuh jugak sbb kalo bercinta once clash mmg takleh kawan da.. Tp sy dlu dgn buipren lame kawan je..Siap komen2 lg kt pesbok mcm member2 lame.. Tp xde pasaan lgsg da sbb cinta monyet la kate.. Kakakkaka..

    ReplyDelete
  2. @Liyana Zahim
    Comelnya komen. Akak suke! hehe...
    masa merubah segala rasa. Dulu2 memang berpatah arang berkerat rotan, tapi sekarang ini rasanya tak perlu begitu kot.
    (alahaiiii....sucinya hatiku ini. wakaka...)

    ReplyDelete
  3. jika niat kita baik utk bersahabat semula...insya allah akan dipermudahkan....

    ReplyDelete
  4. pinjam..nbk bgi dkt ex(s)
    hahaha :P

    ReplyDelete
  5. rase sedih plak bace entry akak ni...:)

    kerana akak kuat, akak diuji cmtu:)

    ReplyDelete
  6. heheehehe.. saya pulak jenis kalau dah clash dan dipermainkan, saya tak mampu untuk menjadikan bekas kekasih saya tu sebagai kawan dan sahabat,.. tak tau kenapa...

    ReplyDelete
  7. @Qhaifa Nur
    takde la teringin bersahabat semula. Cukup bertegur sapa sbg pernah menjadi kawan dan melupakan kisah silam. Itu je kot. hehe..

    ReplyDelete
  8. @Ayumi Comot
    :) ...alhamdulillah diberi kekuatan..

    ReplyDelete
  9. @boni kacak
    akak dulu pun rasa mcm tu jugak. dah tua2 mcm ni, lebih tenang hati jika dpt memaafkan antara satu sama lain dan berlapang dada dengan semua qada' dan qadar. :)

    ReplyDelete
  10. Adehh..tiba2 teringat ex...
    dah kwin juga..tapi dia add nur..
    nur yg teragak2 nak approve..

    bila dah approve..
    sekali je kami beborak..lepas tu xde dahh..

    mybe bini dia tahu kot.huhuh..
    padahal, dia, bini dia dan nur satu sekolah dulu..

    pedihkan kak..huhh

    ReplyDelete
  11. wahhh..best2..tapi memang betul kak..H xpernah putus kawan dgn ex-gf..at least still tanya khabar and amik berat pasal dia..tapi amik berat tu bukan dalam konteks 'kesukaan' yang sama la..cuma sekadar nak tau perkembangan jer..

    tapi awal2 memang susah sikit nak biasakan keadaan..kena take time untuk biarkan situasi pulih seperti sediakala..:D

    err..tercerita pengalaman sendiri pulak..hahaha

    ReplyDelete
  12. @Cik Nur

    hehe... nanti mesti x pedih dah.. :)

    ReplyDelete
  13. @Encik H

    mcm tu la ok. Akak bukan apa H..dulu2 pernah berkawan. Share macam2....semua tu adalah kenangan manis sebenarnya. Terkilan juga kalau semua kenangan dipadam oleh perasaan yg telah lari dari landasan. Eh eh...akak pun terlebih sudah ni. hahaha...

    ReplyDelete
  14. Strong girl, right?

    Jemput singgah ke blog saya - WOURMEN

    ReplyDelete
  15. Yes, this is what a girl need, move on. Good job!

    Visits us to shop awesome items only at QIOS Pulcher. Singgah dulu, baru tahu ;)
    Baik hati tak nak buat review pasal blog kami? Teehee~

    ReplyDelete
  16. Salam ziarah. Selamat menyambut tahun 2013! Semoga dimurahkan rezeki dan dirahmati...Amin

    ReplyDelete
  17. hi...salam perkenalan dan selamat tahun baru... menarik dan cantik blog u ni..ayat-ayat dalam blog u sungguh best!!! feel free visit my blog dan follow me.. www.azlinsafena.com tq

    ReplyDelete
  18. Kak..pe komen abg psl entry ni? X suggest dia buat gak ke 'warkah buat bekas awek ku'....

    ReplyDelete
  19. Kak..pe komen abg psl entry ni? X suggest dia buat gak ke 'warkah buat bekas awek ku'....

    ReplyDelete
  20. Kak..pe komen abg psl entry ni? X suggest dia buat gak ke 'warkah buat bekas awek ku'....

    ReplyDelete
  21. Kak..pe komen abg psl entry ni? X suggest dia buat gak ke 'warkah buat bekas awek ku'....

    ReplyDelete