Tuesday, 31 January 2012

Ada alkohol dalam Coke!!!

Jangan minum dah coke.


Tak cukup kurang ajar lagi ke bangsa Yahudi nih? grrrr...



Sharnaz memang bercinta dengan Shila Amzah ke?

Tadi baca kat blog Beautifulnara pasal gambar mesra Sharnaz dan Shila Amzah.
Erk? Memang bercinta ke?
Terkejut la juga sebab sekarang tengah layan Bicara Hati. Shila Amzah pun nyanyi best je dengar. Rasa macam dia tu remaja lagi tetiba 'dah bercinta'? hehe..
Tak pe la dik. Tak kisah. Asal tak merampas kekasih orang.
Jangan over poyo macam satu couple yang pujuk memujuk rayu merayu kat tweeter tu udah le ye korang.
Semoga terus cemerlanglah dalam kerjaya masing-masing.

Boleh baca dan tengok gambar pasal diorang di blog Beautifulnara .



Monday, 30 January 2012

Rasa nak mendaftar balik

Cerita ni dah lama.
Dalam bulan lepas macam tu.
Hari nie baru nak bercerita. hehe..
Bila malas melampau macam ini la.
Nak bercerita tapi tak ada masa...atau mood ke laut gamaknya.
nak feeling-feeling tulis macam peej burhan pulak.

Bulan lepas tu saya menghantar anak buah saya ke Politeknik.
Wah, teruja betul saya.
membayangkan nervous dan teruja nak jadi warga kampus.

Teringat masa nak mendaftar kat Uitm dulu.
dari Federal Highway ternampak bangunan Menara
terus terketor lutut.
Macam mana ni?
dah la dari sekolah semua perempuan
ni tetiba nak bercampur pulak dengan budak lelaki semua.
ketor teman.

Nervous usah kata la. 
bercampur baur dengan excited yang berlebihan.
Nak jadi warga kampus le katakan.
Seronok wehh.

Hari tu feeling macam tu datang lagi
Anak buah saya selamba je.
Saya yang seronok lebih. hehe..
Layan je la gambar-gambar di hari pendaftaran anak buah saya nie.


Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam. Dekat betul dengan rumah embah.


Pendaftaran pelajar lelaki. Kena asing-asing pulak masa mendaftar.


Dah siap-siap kemaskan barang dia, kakak saya membuat last check. Kot-kot ada barang tertinggal. Kitorang masa nie nak tinggalkan dia untuk mendengar taklimat untuk ibu bapa. Saya pun menyibuk sekali. hehe.


Pemandangan asrama lelaki. Not bad.


Di hadapan bangunan asrama untuk menunggu bas yang membawa ibu bapa ke dewan taklimat.


Di dewan mendengar taklimat.


Tapi tak dapat mendengar sangat taklimat tu. Angkara si kecik Qisya yang ligat buat show kat belakang dewan. haisshhh....


Last-last terpaksa bawa keluar. Suka betul dia dapat ronda sanasini dengan senang hati.

Lepas dah settle semua balik semula kat rumah embah
biasa la.
tinggalkan anak buah saya tu dengan ucapan belajar rajin-rajin.
Siyes. Saya rasa saya nak jadi student balik. 
tapi masa tu je la.
Sekarang jadi student kat blog je kot.
Dapat ilmu jugak tu. 
Belajar, jugak kan? ngee...




Kubur lain-lain ye? Meh sini nak habaq..

Walau pun kubur lain-lain, dosa lain-lain dan siksa neraka pun lain-lain...
Ingatlah!


Yang memandikan jenazah kamu - 'Orang Lain'

Yang sembahyangkan jenazah kamu - 'Orang Lain'

Yang mengkafankan jenazah kamu - 'Orang Lain'

Yang membacakan talkin untuk kamu - 'Orang Lain'

Yang bersedih di atas kematian kamu - 'Orang Lain'

Jadi jangan menyusahkan 'yang lain' dengan perangai kamu yang tidak disenangi Allah dan makhluknya.

p/s: Perkara yang baik harus disampaikan, tak perlu tunggu dapat tauliah mengajar atau jadi ustaz ustazah. Sekian.




Saturday, 28 January 2012

Untung laaa...

Untung laaa...
Dapat hubby yang boleh sara semua, pastu bekerja pula. Semua duit gaji, 100% untuk diri sendiri berjimba-jimba. Pergi kerja pun saje2 je. Boring takde buat apa kat rumah katanya.

Untung laaa..
Dapat hubby yang berpendapatan 5 angka, pastu suruh duduk rumah aje jaga anak. Hari-hari dapat urus makan pakai anak-anak, puas hati dapat tengok anak membesar di mata. Dapat fokus hal ehwal rumahtangga, boleh try resepi sedap2 segala.

Untung laaa..
Dapat suami sporting. Nak kerja boleh, taknak kerja nak jaga anak je pun takpe. Tapi pendapatan cukup-cukup je la. Sekurang-kurangnya diberi pilihan.

Untung laaa..
Dapat hubby gaji tak seberapa. Pendapatan isteri pula amat diperlukan untuk menampung keluarga. Apatah lagi nak pergi ke sana sini. Semuanya kena tampung sesama laki bini. Sudah la penat di tempat kerja, balik ke rumah melambak-lambak lagi urusan rumahtangga dan anak-anak. Eh? Macam tak beruntung je bunyinya? Nampak macam tak beruntung, tapi Allah yang menilai segala. Bukan mata manusia. 
Untung laaa.. semua itu berpahala juga adanya...



Friday, 27 January 2012

Tahun naga banyak 'ong'?

Tahun baru cina datang lagi. Semestinya tiap kali raya cina, saya pun ikut sekali beraya kat kampung. Bukan berziarah sahabat handai kaum cina, tapi makan sedap-sedap lauk masakan mak. hehe. Tapi biasalah, balik bercuti di tahun baru Cina, mesti nak kena lalui trafik jem kat highway. Dan untuk pencapaian rekod terbaik rempuh jem, telah dimenangi sesi balik kampung sempena tahun baru Cina 2012. 10 jam dari Puchong ke Kuala Kangsar. Tersungko bila sampai rumah mak! hahaha..

Bukan main meriah tahun baru Cina tahun nie ye. Di mana-mana banyak betul gambo-gambo naga, patung-patung naga, toys semua. Eh? Ucapan tahun nie pun lain. 'Selamat Tahun Naga Air'. Sampai gitu ye. Dulu-dulu takde pun cakap pasal naga air. Saya pun hairan juga yang benonya. Kenapa naga dalam kalender Cina tak macam naga si Merlin? Rupa-rupanya naga air. Baru tau le punnn. Itu pun bila dah kertu. ekeke...

Tapi saya agak kesian la dengan diskriminasi binatang-binatang nie. Time tahun khinzir beberapa tahun lepas, senyaaap je semua. Ucap Selamat Tahun Baru Cina je. Lepas tu, tak nampak le waima seekor gambo cik khin pun. Kesian dia. Katanya, orang kelahiran zodiak cik khin nie rajin-rajin orangnya. Betul ke?

Btw....saya dan encik hubby sama-sama berzodiakkan tahun naga. *pecah rahsia umur 
 Kiranya tahun nie kitorang ada double 'ong' la ye. hik hik. 

Pelangi di petang Tahun Baru Cina 2012.


Dari Jambatan Sayong menuju kampung halaman.

Rasa malas nak hapdet blog akibat dilanda kebizian yang melampau. Balik bercuti jabatan saya ditugaskan menjadi hos satu majlis. So, malam tadi sampai rumah dah dekat pukul 11 malam. Amsyar dah tido. Hari nie, nama naik lagi untuk ke kursus. Tengah hari nanti time lunch nak pi usha-usha persiapan kenduri kawen sepupu untuk esok. Esok pula, ada sepupu lain juga kawen sama tarikh. Ke Sabak Bernam la pulak. Begitulah sebahagian jadual hujung minggu yang sentiasa penuh hingga bulan depan.

Sekarang, nak pi kursus ye. Tata!


Friday, 20 January 2012

Skodeng anak teruna

Hari nie balik awal sikit. Tak tau pasal apa. Jalan kurang jem atau terlebih pecut gamaknya.
So, sampai lebih awal daripada Amsyar. Elok-elok parking je, nampak budak budak sekolah agama petang baru keluar dari sekolah. Yes! Boleh usha-usha kejap anak teruna seorang ni. Ada mengelewo entah ke mana hala tak? Tengok dari kejauhan..


Tak nampak dia pun. Tak pe. Sabo.


Budak-budak pompuan ni : 'Nape ambik gambar kite?'
Saya : 'Belum sampai rumah dah bukak tudung ke? Report ustazah.' *perghhh...gile kepochi...hehe


Nampak dah anak terunaku dari kejauhan. Berseorangan nampaknya. Masa darjah 1, geng dengan budak pompuan je. Ni dah malu kot.



Nampak saya hepi betul. Senget-senget senyum. Ingat habis macho le tu kot. ekeke...


Posing kejap bang. Gelapnya abang sejak dah sekolah nie. No more korean face. Javanese face yang betulnya. Tak payah dah feeling-feeling makan tempe baru jawa. LOL...


Tujuan skodeng dia. Sangat pelik melihat dua pasang baju melayunya penuh kotoran tak mahu tanggal. Jenuh berus tak mahu hilang.


Nampak tak? Getah pokok ke? Tanya dia, kata takde main petik-petik daun ke apa. Main kat mana entah la. Tak nampak pulak dia berkubang kat tengah padang ke, dalam parit ke.....haishhh.... Pening fikir. Maunya tak. Baru bulan Januari. Baju dah tak putih bersih. Huhu.....kesian la kat mama nie abang oittt....tolong la jaga baju sekolah petang macam sekolah pagi jugak. Yelah, baju sekolah kebangsaan elok je bersihnya. Yang baju sekolah agama nie, awal-awal tahun dah buruk.

p/s: launching bukan loceng ye abang. Ikut sedap bunyi je dia kalau belajar English. T_T




Posted by Picasa

Naik pentas kerana 5S

Hari Rabu dapat memo suruh bersiap sedia naik pentas kot-kot la jadi pemenang 5S. Kalau Jabatan, opkos la Pengarah yang ambil, kan? Tapi untuk kumpulan, kenalah Ketua Kumpulan yang ambil. Adehhh.....ketor lutut saya. Macam mana nie, segan gila la. Lebih 1000 pasang mata kat auditorium tuuu... Mana tau kot-kot terpelecok masa nak naik pentas ke. Malu setahun, beb.

Pastu, bertolak-tolak le suruh kenkawan lain yang ambilkan. Semua pakat takmo atas alasan ketua kumpulan jugak yang kena ambilkan. Dan semalam, walau pun merasa sangat malas.....gigih la jugak iron baju batik yang susah nak diiron tu. Kena naik pentas jugak la bila diumumkan sebagai pemenang tempat keempat. Selebet betul dengan pakai sandal flat je. Lantak. Yang penting yakin dan selesa. hehe...


Hadiah yang telah diterima dari Timbalan Datuk Bandar dengan selamatnya. 

Dapat tempat keempat sebab berlaku sedikit kelalaian kumpulan kami. Apa pun. Alhamdulillah.
Tahniah ye kepada semua ahli kumpulan. Next time, kita pertingkatkan lagi. InsyaAllah....


Wednesday, 18 January 2012

Kisah kamben lagi...

Lama tak letak cerita dalam loghat Perak yang lawak.
Jom kite gelak ghamei-ghamei... 

Cerita dicilok dari FB:

al-kisoh nyer pade suatu petang budak ghenik tu dah bekawan balik dgn si tahir yg dah kena teghajang dgn dia haghi tu.. deme lepak ateh panken bawoh pokok menia ngadap ke sungei yg nin bebeno ayo nyer tu...

TAHIR: 'kamu tak ade ape2 ceghiter lawak ke? chegiter ler kumer nak dengo..'

BUDAK: 'nak dengo yek.. wokeh le, pade suatu haghi di aderkan satu pertandingan menghidu bau kat dlm sebuah bilik ghenik, kat dlm bilik tu ade 10 ekor kamben.. peserte petama daghi amerika... baru 3 minit dia masuk, udah keluo sampei muntoh mungek.. peserte kedua daghi jepun... yg boleh tahan bau kamben tu sampei 10 minit je dia pun teghuih tumbang bedighi kat situ je.. peserte terakhir daghi bangladesh... baghu seminit masuk, 10 eko kamben tu lak yg muntoh2 beghebut-ghebut keluo daghi situ..

Si tahir punyer le gelok sampei beghayo mate.. hinguih melejeh-lejeh keluo..


Vocab tambahan

nin = jernih
budak ghenik = budak kecil
kumer = saya
melejeh-lejeh = meleleh-leleh

p/s:  Oghang Kuale speaking cenggini le....kalo terlepaih taip loghat Kuale, maafkan le teman ni ye? hehe..



Tuesday, 17 January 2012

Kerja sambil-sambil

Rasanya orang pompuan je kot yang pandai buat kerja sambil-sambil, betul tak? Tak tahulah saya, tapi hasil pengamatan ahli keluarga yang kaum lelakinya pun ramai juga bilangannya, saya belum pernah nampak kaum lelaki buat kerja sambil-sambil.

Eh? paham tak intro entri nih? Bukan kerja sambilan tau, tapi kerja rumah yang dibuat macam-macam dalam satu masa. Contohnya kalau kita  tengah masak, boleh uruskan kain kat mesin basuh, urus anak dan lain2. Sambil mengajar anak tuisyen, boleh tengok tv dan lipat kain. Sambil tolong bukakan pintu Amsyar nak masuk rumah, dalam perjalanan ke dapur....kemaskan barang yang disepahkan si Qisya.

Sambil mandi, tertengok lantai bilik air berdaki, ambil berus dan tonyoh lantai sekali. Boleh tak? ekeke.... lucu pulak bunyinya macam sibuk bebeno. Tapi betul la. Encik hubby saya tak boleh buat macam tu. Dia akan concentrate satu-satu kerja yang dia buat. Bukan tak tolong tau. Tapi macam tu la. Takde sambil-sambil. 

Sedangkan saya, bila tengah semangat nak buat kerja rumah, semua tempat nampak ada kerja. Macam-macam nak buat pada masa yang sama. Sambil buat kerja tu, buat jugak kerja nie. Bukan apa, nak siap cepat derrr.....mocik kan ade blog. Kang nak buat lawatan blog, nak baca hapdet blogger lain. Nak buat sales lagi. Errrr...ada sape2 nak order VCO Catalyst ke....nak jadi stokis ke...nak jadi ejen ke....sila roger2 saya.  *nyempat lagi tu...

Perghhh....kalau tak buat kerja sambil-sambil, blog nie tak wujud tau. Tak cukup masa. Berblog sangat mengambil masa yang banyak walau pun blog ini adalah termasuk di dlm kategori tersempoi. Tulis ikut dan je. Takde research sana sini. Ahaks..

Lagi satu, saya terpaksa juga buat kerja sambil-sambil sebab selain blog, membaca novel dan melayan drama/movie korea adalah kegemaran saya. Tapi sekarang aktiviti itu terbantut kerana Vampire Knight. Citer manga anime. Atau nama yang senang faham, citer kartun. Hahaha.....sila ketawa kalau nak gelakkan saya. Saya ok je. Nak kutuk pun tak pe. No hal....hehe...



Comelsss...


Zerooooo!!!!

Zero, Yuki dan Kanime 


Untungnya Yukiii.....dua mamat hensem asyik jadi penyelamat dia je...huhu..

Macam cerita Vampire Diaries la pulak ye. Citer tu saya layan juga kat tv8 kalau teringat. Dulu follow, sekarang tak sempat la. Ya, sambil layan Vampire Knight, menyusukan Qisya.....enjut buai dia dan tengok-tengok kerja sekolah Amsyar sambil blogwalking....hehe.

Stefan, Elena dan Damon dalam Vampire Diaries. 

Matik la suke nengok citer vampire, ye dak? hahaha....ottoke...vampire semuanya hot-hot dan cun belaka. Nak buat camne. Ce tengok Twilight Breaking Dawn pun....

Lawa, kan?

Saya layan vampire yang tak ganas je. Pontianak atau Kuntilanak idok le temaaannnn.....LOL...

p/s: eh? macam lari tajuk je. hihi...



Monday, 16 January 2012

Dah kertu baru tahu

Dulu-dulu zaman sekolah, kita biasa berjumpa peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Maknanya tak boleh harap lebih kurang maksudnya.

Kita belajar, cikgu pun tak bagitau details pasal pagar. Yang semua agak, macam pagar sekolah, le kan? Walau pun pada masa itu terfikir jugak kat dalam kepala nie, awat la bodoh sangat orang zaman dulu ni sampai nak kata pagar makan padi? Pastu, tak pernah nampak la pulak sawah bendang yang berpagar. Tapi walau pun ada ketidaklogikan di situ, cikgu pun mengajar yang dimaksudkan pagar dalam peribahasa itu adalah pagar, maka saya terimalah peribahasa tersebut dengan penuh persoalan jugalah yang melanda. hehe..

Tapi sebenarnya, peribahasa tersebut adalah berasal dari Indonesia. 'Pagar' yang telah dimaksudkan sebagai pagar dalam peribahasa tersebut, sebenarnya adalah burung yang dipanggil burung pegar. Laaa.....baru saya tahu. Baru le logik peribahasa tersebut. Kita sedia maklum burung makan biji-bijian, bukannya pagar. Geram jugak la dengan cikgu2 saya. Berpuluh tahun dok pikio tentang pagar yang makan padi angkara kesilapan satu huruf.  hahaha...


Burung pegar. Cantik tak? Burung ini makan padi. Pagar tak makan padi ye kawan-kawan.

Lepas tu, ada satu lagi peribahasa yang menimbulkan persoalan ..
'bagai melepaskan batuk di tepi tangga'
Maksudnya lebih kurang, buat kerja sambil lewa.

Pernah terfikir tak apa kena mengena batuk dengan kerja sambil lewa? Orang batuk kat tepi tangga je ke buat kerja sambil lewa? Orang batuk kat meja study, dalam rumah atau kat mana-mana semua buat kerja sungguh-sungguh? hahaha....sangat pening bila fikir, ye tak? Tapi zaman sekolah dulu, hadap je apa cikgu ajar. Belum jadi blogger masa tu kot, tu yang belum 'vokal' lagi kot. LOL... 

Sekarang baru tahu, batuk yang dimaksudkan bukan batuk 'kong kong' atau omputihnya cough tu....tapi adalah 'batok' (ejaan ini sebenarnya dah betul sebab ejaan dulu-dulu memang batok)

Apakah batok? Ini diaaa....

*google
Ini la dia batok. Pencedok air tempayan. 

Orang dulu-dulu nak masuk rumah, basuh kaki dulu. Dah cedok air tempayan tu, silalah letak balik batok itu ke tempat asalnya elok-elok. Gantung ke, letak balik dalam tempayan ke.....bukannya main lepas je kat tepi tangga. Haisshhh...

Awat la cikgu tak ajo saye cenggini dulu. Senang paham tau cikgu. Ini berpuluh tahun tak tahu batok yang dimaksudkan adalah pencedok air tempayan. Bukannya batuk penyakit tu...huhu..

Wahai kawan-kawan yang belum tahu, saya share nie ye. Kalau dah tau, jangan la gelakkan saya. Maklum la, dah kertu baru tau...  *tsk...


Saturday, 14 January 2012

Mai mai pilih telekung sulam cantik!!!

Saya nak buat promosi telekung cantik bersulam dengan harga yang sangat berpatutan. Sila pilih ye kawan2. Kalau berkenan, call/sms 019-2764682
untuk mendapatkan  telekung yang sangat cantik berkualiti pada harga yang sangat berbaloi ini.


Batik polino 


Belakang Metalik -


Bunga Tabur - 


Bunga Timbul -


Buruy - 


Cotton 100% - 


Cotton shimmer + Bag -


Katun 2 warna - 


Katun Jepang -


Katun Mawar + Bag - 


Keliling Metalik - 


Kembang Setaman Sony -


Kerancang Goyang - 


Kerancang Padang Bunga -


Kipas Putih - 


Kipas Warna - 


Kipas Warna - 


Kipas - 


KJP Korneli -


Punggung Korneli - 


KJP Punggung - 


KJP Renda -

Cantik-cantik, kan?
Kalau berkenan tu apa lagi.
Call je 019-2764682

atau 'LIKE' Audrra Blossom di Facebook.


https://www.facebook.com/ButikQisya