Wednesday, 29 February 2012

Ramainya Blogger CANTIK, HENSEM dan COMEL!!!

Saya tak tahulah sama ada saya nie bermata kero atau terkena ilusi optik semasa blogwalking.
Tapi serius nak bagitahu.
Awat semua blogger cantik-cantik dan comel-comel semuanya ye?
*err....jawapan ke persoalan nih?

Itu yang saya nampak la.
memang semua cantik dan comel la para bloggers sekelian.
cop! ini bukan ayat perli tau.
sebab dah tengok ramai sangat yang cantik dan comel.
sampai ada yang saya follow sebab tuan blog comey bebeno...hahaha

tapi itu dalam bloglah.
tak tahulah kat realitinya macam mana.
cantik dan comel jugak ke?
maklumlah tak pernah berjumpa.



btw...
nak lagi comel, cantik dan hensem...
rajin-rajinlah singgah dan komen.
konfem masuk bloglist saya.
tak payah ada segmen-segmen tag sini sinun.
best, kan?
errr.....comel tak saya? 
*nak jugak tu....kikiki..




Hebatnya seorang ibu


Hebatnya menjadi seorang ibu yang mampu menahan kesakitan seperti 20 tulangnya patah ketika melahirkan anak kesayangannya.
Rasa terharu sangat.
Tiba-tiba teringat kat mak.
Jom sedekahkan Al- Fatihah untuk ibu setiap hari.
Kredit kat mr tazkirah atas info menarik ini.

p/s: berapa del pulak yang perlu kita tanggung apabila menghadapi sakaratul maut? tsk...


Monday, 27 February 2012

Bertukar Minyak Petrol

Dalam semua minyak petrol ron95, mana yang paling elok?
maksud saya yang paling ok la dari semua aspek.
saya bukan pandai sangat.
pegi stesyen minyak, bayar duit, pam ...pastu pecut.
macam tu la rutin tiap minggu.
selama hari nie saya menggunakan minyak Shell je.
katanya jimat.
pastu banyak contest-contest hadiah duit beribu-riban
*maka saya adalah mata duitan di situ. ekeke...
memang rajin la isi form contest.
tapi haroommm.....tak pernah menang pun.


*google

Dah beribu point kat bonus link ni
tapi rasa macam tak koser nak redeem.
nak redeem item yang best-best sikit semua nak beratus ribu points.
habis tu camno? nak tunggu berapa lama lagi?

maka saya telah beralih arah mulai minggu lepas hasil hasutan adik-adik saya.
bagus diorang nie mempromote product.
kalaulah semuanya tolong kakak sorang ni promote vco ke takaful ke
senang sikit ahkak.
*take note sape-sape yang baca, ek?

maka beralihlah saya dari Shell ke Esso.
dengan gigihnya mengisi borang untuk kad smiles pulak.
yang nie macam best sikit sebab boleh redeem minyak petrol.
tak tipu, hoccay?
tak percaya pergilah ke Esso sekarang juga.

*google

malas pula nak snap gambar kad.
cedok kat google je.
tapi macam tu la kadnya.
rasa macam lebih berbaloi.
dan hasil pengalaman saya selama seminggu, minyak Esso lebih jimat.

sesuai dengan tag line diorang,
kerana kami juga pemandu katanya.
walaupun mart Esso tak secantik stesyen minyak lain
tapi mereka lebih memahami kot.
pemandu nakkan penjimatan.
betul,kan?
kalau bab penjimatan, Esso telah terbukti.
yang lain-lain kita nantikan testimoni akan datang.



Pantai Tanjung Balau, Desaru

Ini cerita basi, okeh.
tapi perkara nak share tak kisahlah lambat ke cepatnya ye tak? :p
Pelangi Balau Resort tempat kami menginap dulu berhampiran pantai Tanjung Balau.
tersangatlah cantik pantainya.
*bangga kot orang Johor. hehe.


#jakun jap tengok layang-layang bulat ni. Nasib amsyar mandi kolam, kalau tak mesti pow layang-layang.


#Subhanallah......cantik betul pantainya di bawah langit yang biru.


#pasir yang sangat halus dah macam tepung saya tengok.


#di kawasan pantai yang basah, boleh nampak anak-anak ketam berlarian masuk ke lubang. Cute la anak ketam!


#ini hasil kamera murah saya. Kalau DSLR ni, mesti lagi cantik gambarnya. Ramai juga yang surf kat sini sebab ombaknya agak tinggi.


#ombak rindu version Mak dan Abah pulak. Saya dan encik hubby pun ada jugak tau. haha. *nak jugak tu.


#tepek gambar bayang je lah...


#ramai juga yang mandi-manda di sini.

Esok paginya, bawa anak-anak pula ke sini.
tapi cuaca mendung pulak dah.
tapi mengenangkan Amsyar dan Qisya belum sampai ke sini, bawa jugalah.
boleh jalan-jalan ronda kawasan chalet yang berhampiran.
adik-adik pun belum sampai juga ke pantai ni.
apalagi, pagi-pagi kami dah keluar jalan-jalan.
dapat jalan sekejap pun oklah tu.

#kat belakang kami masa ini ada pelangi sebab dah mula gerimis.


#kelihatan amsyar sayup-sayup di kejauhan nak tengok pantai.


#kami di Pantai Tanjung Balau.

Alhamdulillah.
akhirnya sampai juga ke Desaru.
selalu dengar nama je kan.
apalagi, masukkkanlah dalam senarai percutian u olls.
tak rugi tau.
Ok bye.


Saturday, 25 February 2012

Pokok paling Romantik

Dulu-dulu semasa saya masih study landscape
saya suka masukkan sejenis pokok ni dalam design saya.
pokoknya sederhana tinggi dan bunganya berwarna ungu lavender.
Memang suka sangatlah pokok ni.
bila check balik design-design saya dulu,
memang semua pelan ada pokok tu.
haha. gila punya obses.

jiwa yang jiwang kelahiran Februari memang macam tu kot.
tapi sebenarnya bukan saya je yang rasa macam tu, tau.
ramai novelis meletakkan pokok nie dalam penceritaan mereka.
eh...siapa yang rajin baca novel pasti tahulah.
pokok apa tu ye?

Tadaaa...

 #inilah pokoknya. Jacaranda ..

Lawakan?
Cantik betul bunga-bunga yang bertaburan di atas padang.
sila guling-guling di situ. hahaha..


#warna bunganya sama dengan lavender. Orang yang lahir bulan Februari, kristalnya ialah amethyst. Warna ni la jugak! Wah....kebetulan pulak ye. Patut pun obses sangat...hehe.



#di oversea, pokoknya besar-besar jugalah. Kalau kat Malaysia, takdelah besar macam nie.



#selalu jumpa besar ni je. Tapi tak kira, nak letak juga pokok ni dalam design.



#berangan satu hari nanti dapat pergi South Africa. Jalan-jalan bawah pokok jacaranda.



#pastu guling-guling atas bunganya yang berguguran. Perghh....jiwang karat akak weh. Tak menahan! hahaha...


p/s: sape gelak nak babap sikit. Tadi tengok citer Sangam kat TV3, Si Gopal pakai baju oren guling-guling jugak bawah pokok jacaranda. LOL..


Friday, 24 February 2012

Memandu kereta dan Blogwalking

Kadang-kadang bila berblogwalking, terasa sinonim pulak dengan memandu kereta di dalam bandar.
Feeling-feelingnya pun sama. Ini apa yang saya rasa je.
Tak percaya? Jom tengok.



1) Terhenti-henti.
Dalam blogwalking, kita akan berhenti di blog orang lain. 
Kita berhenti sebab nak letak jejak tak pun nak komen. 
Macam traffic light dan tol yang kita pun kena berhenti, kan?
Tapi kalau kita tengah beratur untuk touch n go, tetiba kereta depan kita tak boleh jalan angkara lupa top up touch n go dia, geram tak? 
Macam tu la juga bila blogwalking, kita nak komen entri dia, tetiba ada pula verification word. 
Kalau senang tu tak apalah juga.
Ni yang susah nak detect word yang jelas tak jelas tu.
Sampai banyak kali cuba baru lepas komen kita tu. 
Sabo je la.

2) Bunyi-bunyian
Saya sangat bencikan bunyi hon. 
Selagi sedaya upaya saya pun tak suka nak honkan orang lain kalau saya memandu kereta. 
Dalam blogwalking pulak, saya sangat tidak suka blog yang ada lagu. 
Betullah hak masing-masing nak tepek apa dalam blog dia. 
Betullah juga suruh mute je pc.
*padahal dia yang sibuk promote suruh pergi blog dia...tsk..
Tapi bagaimana kalau telinga nie dah ada benda lain yang nak didengar dari pc sendiri? 
Nak-nak pulak blog yang saya tak jumpa butang pausenya.  
Sangatlah geram sebab saya blogwalking sambil mengenjut Qisya di buaian. 
Asyik terkejut je dengar lagu-lagu tu. 
Annoying macam hon jugak rasanya.

3)Desak-desak
Tiap kali ada orang letak mesej suruh saya follow dia balik.
Saya terasa seperti kereta saya diekori rapat dari belakang kalau saya tengah memandu. 
Feelingnya macam tulah. Sebijik.
Maaflah kalau ada sesiapa yang sentap dengan kata-kata saya ni. 
Semua orang nak happy dalam berblog. 
Tak perlulah nak kejar follower sampai paksa-paksa orang lain follow. 
Tiada makna follower ramai tapi tiada pengunjung setia. 
Boleh faham kot.

Cukuplah tiga perkara. Tulis banyak-banyak kang, ramai yang unfollow pulak. ekeke....
Ok bye. Happy blogging!



Thursday, 23 February 2012

tak terasa pedas ke?

Tak tahu nak gelak ke.....nak marah ke...
tapi yang nyata, tajuk dan pengacara sangatlah tak seiring.
NTAHAPEHAPE! 




Berbahagialah di syurga...

Adik Faris Nur Daniel telah pergi buat selama-lamanya.
Puas mengalir air mata sejak dari tadi.
Allah yang lebih menyayanginya. T_T

Benar-benar mengingatkan tentang kehilangan anak saudara saya yang pergi meninggalkan kami di usia yang sama dengan arwah Faris.
dan mengingatkan dia pasti mengalir air mata ini.
pemergian arwah Faris amat meruntun hati saya.
jadi saya tidak sanggup meletakkan gambarnya di ICU semasa sakitnya.
tidak dapat membayangkan azab proses kemo yang dihadapinya.
Ya Allah...tabahkanlah hati kedua ibu bapanya.


#semoga aman di sana. Al Fatihah...

T_T......


Wednesday, 22 February 2012

Pelangi Balau Resort, Desaru

Selang beberapa hari turun dari Cameron Highlands, 
kami berombongan ke Desaru pulak.
Kali nie bukan nak cuti-cuti Malaysia tapi nak meminang anak dara orang.

Niat bukan nak cuti-cuti,
tapi lastnya macam bercuti-cuti Malaysia jugak kami nie. hehe
tukang booking tempat penginapan tak bagitau pun tempat tu adalah resort.
siap berkolam renang dan terletak betul-betul di tepi pantai.
mula-mula sampai agak terkesima.
tempat ini sangat cantik, okeh!
tak sangka betul.

sampai-sampai je,
kami ronda-ronda dulu kawasan Pelangi Balau Resort ni.
sangat bestlah sebab ada pantai dan jeti.


#kolam renang resort. Memang best la kolam nie sebab ada gelungsur tu. Keesokan paginya semua pakat terjun sini kecuali mak mertua saya. hehe..


#Qisya dan Ireen try mainan di sini.


#budak-budak ni kalau nampak playground memang sukalah.


#couple yang terjebak dengan Ombak Rindu.


#ni lagi satu couple. 


#my MIL...


#perjalanan nak ke jeti


#pantai yang airnya sangat jernih.Cuma berbatu-batu. Tak turun pula kami ke sini sebab sibuk nak ke jeti.


#langit yang membiru dan angin yang kuat.


#angin kuat sangat sampai Qisya pun susah nak jalan. Kesian dia. hehe..


#seperti biasa. Ahli rombongan.


#masing-masing melayan keindahan laut.


#bilik penginapan berkembar. Boleh buka pintu ke bilik sebelah. Biliknya sangat luas dan comfy. Bilik air pun luas siap ada bath tub. Tak snap kat dalam sebab dah nampak serabut letak barang2 hantaran.


#landscape di Pelangi Balau Resort


#bilik penginapan yang lain.


#esok paginya kami breakfast di sini. Tak banyak pilihan. Nasi goreng, mi goreng ,fries
dan roti je. Agak bosan la menunya. RM12 seorang.


#tapi kolam adalah sangat mabeles ok. Jenuh melayan anak-anak je la jawabnya.
Dari dalam kolam, boleh nampak pemandangan laut. Cantik sangat.


#semua tak bawa swimming suit sebab tak tahu menginap di tempat macam ni. Sudahnya anak-anak pakai spender je la. Seksi-seksi memasing. LOL... 


#mak dan abah jadi pemerhati kitorang. Tapi tak lama lepas tu, abah pun join sekali. hehe.

Menginap di sini sangat berbaloi kalau dengan keluarga besar.
banyak aktiviti pantai boleh dibuat di sini.
tapi kalau bawa budak-budak, asyik nak ke kolam je jawabnya.
nak buat macam mana, dah rumah sendiri takde kolam.
layankan je lah...