Saturday, 31 March 2012

Diskaun VCO Catalyst untuk READER BLOG!

Petang semalam dah start berniaga di Weekend Bazar Shah Alam.
Weekend Bazaar ni diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 5 petang hingga 2 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Dataran ini yang bersebelahan Muzium tu kepada sesiapa yang confuse dataran yang mana satu.
ramai juga yang tak tahu cara nak parking di sini.
masuk ikut jalan dalam kawasan muzium untuk ke parking belakang pentas, tau.
jangan sesat-sesat cari parking jauh-jauh.

Ok.
berita baiknya saya bermurah hati nak bagi diskaun kepada pembaca blog ni.
*ecewahhh....murah hati la pulak ye. hehe
saya buat tambahan diskaun sebanyak RM2 lagi untuk anda yang membeli produk Catalyst.
Best, kan?

Jom ajak kawan-kawan datang.
nak jadi ejen pun boleh dengan pembelian minima sebanyak RM150.
boleh tambah2 pendapatan.


#stok adalah mencukupi. Meja tu yang agak comel tak boleh letak banyak-banyak.


#berjiran dengan jualan kasut yang comel.


#macam-macam pilihan jubah menarik dan eksesori cantik dan comel dijual di sini.


#harga ekseori di sini adalah amat berpatutan. Rugi kalau tak grab buat koleksi untuk Hari Raya nanti.

Datang gerai nombor 33 tau.
pastu cakap kat tukang jual di gerai ni yang u olls reader blog yana halim.
diskaun serta merta akan diberikan.
*ini adalah iklan. Poyo pun poyolah. Mocik pasrah. ekeke..




Jom ramai-ramai memeriahkan Kayuhan Malam sempena Earth Hour malam ini.
Datang jangan tak datang... 




Thursday, 29 March 2012

Kayuhan Malam Shah Alam 2012 untuk 'Earth Hour'

Pengumuman penting.
semua adalah dijemput hadir ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


#details boleh lihat DI SINI


Ada booth-booth jualan pelbagai barangan tau.
dan paaaaaling best...
VCO Catalyst yang tengah meletup di pasaran internet juga terdapat di sini.
nak dapat harga diskaun, silalah singgah ya.
Gerai nombor 33 tau.
Ajak kawan-kawan semua datang ramai-ramai memeriahkan sokongan kita terhadap Earth Hour 2012.

Jumpa di saaaanaaaaaa!!!!!!



Segannya laaa...

Ini cerita minggu lepas.
Jabatan kami menjadi hos perhimpunan dan saya kena menyanyi koir.
last sekali menyanyi di khalayak masa zaman belajar dulu.
nyanyi nasyid masa tu kalau tak silap.

Ni dah umur mcm nie nak nyanyi-nyanyi depan orang ramai walaupun beramai-ramai adalah sangat segan, ok.
Kalau boleh rasa nak menyorok di belakang pokok2 bunga tu.
tapi dah badan beso gedabak macam nie, nak main nyorok-nyorok balik pokok bunga adalah satu repekan Niyang Rapik.
so, hadap je lahh...

#hoho..... segan tak terkata masa nie. Mata tak tahu nak tengok arah mana...hahaha.
*kat depan kami ada lebih 1000 pasang mata. Mau tak segan..


#ini namanya kenyang perut suka hati. Majlis pun dah selesai. Legaaa....


#apa motif tepek gambo nie tak tahu. Aaaaaa......first time pakai nametage elok-elok macam tu kot? LOL...
*memang first time selepas 7 tahun, tau... :p


Semua gambar dicilok dari mamatasnim .
sesekali nak tunjuk wajah-wajah kenkawan kitew....ye dak?



Wednesday, 28 March 2012

Jangan memain dengan resepi Puding Roti

Wooha!
tajuk seperti biasa. tiada idea. hik hik.
tapi betullah.
nak cerita pasal puding roti ni.
jangan sesekali memain dengan resepi dia.
nampak mudah dan simple tapi boleh jadi tak menjadi.
tak percaya tengok nie.


#kemain lagi kembang sampai nak mencecah bumbung. Kami yang menengoknya pun naik risau kot-kot bancuhan melimpah keluar.

Gambar di atas nie percubaan ibu mertua saya yang kali kedua.
first time dia buat menjadi.
yang kedua nie saya nak tepek gambarnya pun rasa tak sampai hati.
rentung, okeh.
angkara masak berulangkali sebab bahagian bawahnya tak masak-masak.
berair di bahagian bawah puding.

semua pakat musykil pasal apa jadi macam tu.
mak kata sebab telurnya kot.
tak tahulah.
sesiapa pakar silalah bagitau ye.
mungkin takde rezeki masa tu nak makan puding lembut sesedap rasa.
last-last mak mertua saya kata ia mungkin sebab kekhilafan diri.
kena muhasabah balik.
*take note.

So semalam, saya cuti dan mengenangkan masih ada bahan-bahan membuat puding roti di fridge, saya pun membakar lagi puding roti saya.
dengan poyonya nak bagitahu sebagai perasmian mangkuk pyrex baru saya. hahaha..

#mangkuk nie hanya muat untuk 8 keping roti. Just nice gitu.


#orang tak sempat-sempat nak makan dah sampai potong guna sudu je. Sungguh takde seni deco makanan kekdahnya.


#dekat sikit lagi. Kuah kali ini agak terpekat sikit.


#yeeha! selamat masuk perut dah. Alhamdulillah.....akhirnya dapat makan puding roti yang lembut berkrim sepuas hati.... :p

Disebabkan kali ini saya membuat bancuhan untuk 8 keping roti, resepinya diubah sedikit ye..

8 keping roti butterscotch
1 cawan whipping cream
2 1/2 cawan susu segar full cream
3/4 cawan gula
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu butter
serbuk kayu manis dan kismis secukupnya

cara-cara:
1). sapu dasar kaserol dengan butter rata-rata dan susun roti.
2). blend sahaja semua bahan tadi dan tuangkan ke atas roti.
3). biarkan roti kembang selama sejam.
4). panaskan oven selama 10 minit.
5). taburkan kismis dan serbuk kayu manis.
6). bakar puding roti selama 30 minit pada suhu 160 darjah

Kuahnya:

1) didihkan 3 cawan susu segar.
2) masukkan gula ikut suka.
3) masukkan sedikit bancuhan tepung jagung/kastad mengikut likat kesukaan.
4) sejukkan.

Nak lagi sedap, sejukkan dulu dalam peti ais.
lembut-lembut creamy sangat yummy....




Tuesday, 27 March 2012

Anda fikir pasal KIAMAT?

Saya sebenarnya agak geram dengan hebahan pasal kiamat yang akan berlaku pada Ramadhan 2012 ini.
ramai sangat yang heboh pasal nie.
Soalan saya, pernah ke Rasulullah bagitau bila berlakunya kiamat?
Baginda sendiri dah bagitahu rahsia hari kiamat hanya Allah swt yang tahu.
cuma ceritakan tanda-tandanya sahaja.

#sekadar hiasan.

Pelik betul dengan pemikiran yang percaya sangat dengan teori Barat tu.
dan kalendar kaum Maya tu.
kepada yang beragama Islam patutnya fikirkan pasal kiamat diri sendiri.
bukan yang besar tu.
pastu takut tak pasal-pasal.

Takut memang perlu.
tapi takut sebab nak mengadap Tuhan.
mengenangkan sebab banyak dosa.
dah bersedia nak menghadapi kiamat sendiri iaitu KEMATIAN?
mati itu kalau sampai waktunya sedetik pun tidak akan terlewat.
itu yang patut kita takutkan.

Ingatlah.
Izrail malaikat maut datang menjenguk kita 70 kali sehari tau.
tiap 21 minit ok.
tiap kali dia jenguk kita, kita tengah bergelak ketawa.
Macam tu takut kiamat besar?
kiamat sendiri pun macam tak hairan je. huhu.
Jom sama-sama kita fikirkan.
Sekian.



Monday, 26 March 2012

Pandainya Menteri Itali menjawab tentang Hijab

Sesuatu yang amat bagus untuk dikongsi dan direnungi bersama sebagai umat Islam.

#ayat mudah bagi semua faham.

Patutnya mereka ikut je cara pemakaian Mariam kalau patuh sangat agama.
Tak perasan ke selama ini St Mary mereka memakai tudung?
Hairan.

Lagi hairan kalau umat Islam sendiri yang menentang.
Tak melalui kata-kata tapi melalui perbuatan.
Boleh nampak jelas di sekeliling kita.
Fikir-fikirkan.




Sunday, 25 March 2012

Boleh undi untuk Qisya tak?

Jarang nak masuk contest2 nih.
Tapi kali nie terjebak pulak dengan contest Drypers.
Tetiba rasa nak join.
Jomlah join contest ni ramai-ramai.

Ala....klik je banner My Baby did What by Drypers kat bawah header tu.
Pastu silalah follow guide dia untuk join contest.
Hadiahnya lumayan tau.
Untuk video, first prize dia rm5000.
untuk photo pulak, first prize dia rm1000.
wah wah....gempak tu.
untuk contest ini, saya letak gambar yang nie,,,


#auntie2 dan uncle2 undilah Qisya ye. Terima kasih.


Qisya merupakan pengguna Drypers tegar sehingga kini.
Suka-suka join tapi kalau menang Alhamdulillah.
Undilah Qisya ramai-ramai ye?
Sebenarnya nak hantar gambar dia berjoget dengan ayam kfc tu.
Tapi video kena 1 minit je.
yang tu terlebih 3 minit. huhu..

Undi jangan tak undi tau... :)

p/s: Thanx to Nuffnang atas BE Drypers ini.




Saturday, 24 March 2012

Bertuahnya kurasa!

Well. Tajuk mengalahkan dapat Ferrari.
Tapi yang betulnya......jeng jeng jeng..

#Dapat ini je. Hahaha....

Sebelum tarikh semalam, tak pernah lagi dapat lucky draw dari Puspanita.
Bertahun-tahun u olls.
Asyik tengok orang lain je mengangkut hadiah tiap kali perhimpunan.
Sedih woo...

Semalam naik nama hadiah untuk tempat ke 26.
dapat teko Riklig Ikea.
RM49 juga harganya tengok kat web Ikea.
Alhamdulillah.
Akhirnya dapat la juga. Ye tak?.....hehe..





Friday, 23 March 2012

Dapat suami hebat? Carry laahh....

Tajuk entri hasil ciplak ayat makcik saya.
Dia kata, isteri-isteri yang mendapat suami hebat dari segi personaliti dan kerjaya, tolonglah carry juga kehebatan itu.
Saya rasa agak setuju dengan statement itu.
Hasil pemerhatian sekeliling saya,
memang agak ramai isteri-isteri yang macam itu.
gagal carry kehebatan suami.

 
#sebagai hiasan semata.

Sebagai contoh ye,

1) suami income berpuluh ribu sebulan, duduk rumah banglo siap ada swimming pool. 
Tapi si isteri langsung tak reti nak bersiap rumah dan diri sendiri.
Rumah tak berhias langsung, diri sendiri pun selekeh.
Dah la siap ada bibik, sungguh tak faham di situ.

2) suami yang hebat dan merupakan cendiakawan. 
Kalau melawak pun penuh ilmu.
Sangat dihormati penduduk setempat.
Tapi isteri biarkan rumah kotor dan bersepah.
Padahal rumah tu selalu tetamu datang.

3) suami yang hebat ilmu agama.
Tapi isterinya tak mahu mengikut tuntutan agama atau tidak berakhlak selayaknya isteri ilmuan agama.

Bukan nak kutuk, tapi betul kata makcik saya,
Dapat suami hebat, merupakan anugerah tak ternilai seorang isteri.
Hargailah....dan cubalah menjadi isteri yang hebat juga.
Tak gitu?

p/s: pesanan untuk diri sendiri juga. TQ makcik Nani... :)



Wednesday, 21 March 2012

Senapang kayu dan Buah Cenerai

Senapang kayu dan buah cenerai.
Satu permainan yang Amsyar tidak pernah tengok apatah lagi nak main.
agak kasihan di situ.
nak buat macam mana, anak mama duduk kat hutan batu.
bukan macam mama dulu, memang meredah semak dan pinggir hutan.


 
Pokok cenerai. Tumbuh melata kat semak-semak di kampung saya.


 
Buah cenerai yang kami jadikan peluru senapang kayu.

Buah cenerai digunakan sebagai peluru adalah terbaik.
buahnya yang keras, memang sakitlah kalau terkena tembak.
lagipun paling jimat sebab ia tumbuhan liar.
terung pipit pun boleh guna juga tapi sayanglah.
terung tu boleh suruh mak buat sambal tumis dengan ikan bilis.
haisshhh.....terung pipit tu macam mana pulak?
meh saya nak tunjuk.


 
Terung pipit. Thanx to google. 

Lebih kurang sama je rupanya kan?
*eh...tetibe pulak rindu sambal tumis mak.
Memang best sangatlah main senapang kayu nie.
Kadang-kadang tak sedar dah masuk Maghrib.
itupun sebab nampak kambing ayah dah melintas lalu nak balik ke reban. hahaha..

Bila dah penat main tu, kalau sempat, terjun pulak Sungai Perak.
main swim-swim pastu kelebek pulak hidupan sungai.
cari remis, siput sedut, kijeng, udang dan anak ikan.
nampak kiambang hanyut terus kutip.
pastu feeling-feeling princess mandi ditaburi bunga-bunga. 
tapi bunga tak berbau. LOL...


 
Inilah kijeng kalau nak tau rupanya macam mana. Sedap dibuat rendang pedas.
*credit to serojakitchen.



Paling nostalgia, kat tepi sungai tempat kami mandi manda tu ada pulak sepohon jambu batu.
Kakak saya panjat dan baling kat kami yg mandi sungai dengan buah jambu tu.
Wahhh.....sambil mandi sambil mengunyah.
seronok usah kata.
selagi kelibat ayah tak turun panggil naik, selagi itulah berendam dalam sungai.

Amsyar tak merasa semua tu.
Yang best pada dia psp...games internet....ipad.
Ruginyalah.
Tapi apa nak buat, baik duduk dalam rumah je anak oit...
bahaya sangat zaman sekarang ni.
Tak berani rasanya nak biarkan anak-anak main di luar.



Tuesday, 20 March 2012

Sayang Dia dan Kamu kerana Allah

Semalam saja-saja menonton movie Hafalan Shalat Delisa kat youtube.
Rasa tersentuh sangat hati dengan ayat "Delisa sayang Ummi kerana Allah."
syahdu sangat.

Betapa besar dan tulusnya hati seseorang itu jika dia menyayangi insan lain hanya kerana Allah.
Bukan rupa, bukan harta, bukan darjat dan kemewahan dunia.
Tiada alasan melainkan HANYA KERANA ALLAH SWT.
Bolehkah seorang 'saya'?

Tiba-tiba terasa nak bersihkan hati.
nak sayang semua orang kerana Allah.
jika dia membenci, hati ini tiada benci untuk dia.
jika dia menyakiti, 
tiada dendam untuk dia.
Semoga sifat mahmudah dalam diri melontar sifat mazmumah jauh-jauh.
hilang dendam.
hilang benci.
hilang segala sangka buruk.

Sayang kerana Allah.
Mudah-mudahan.....

 

p/s: hanya ingin mendidik hati... :)




Kisah Unfriend di Facebook

Mana paling berharga?
kawan alam nyata atau kawan di Facebook?
Okeh. Sendiri jawablah.

Alkisahnya saya pernah kena unfriend.
Yang saya add tapi tak accept pun ada.
*takpelah. i'm not Hanis Zalikha/ Siti Nurhaliza. :p

Mula-mula macam terkejut jugak la.
Apasal? *awal2 masa ada FB memang batak sikit. Pastu senang detect sbb tak banyak lagi friendlist tu.
Masa tu memang sentap la dengan kes unfriend dan tak accept.
*'well done. ko dah berjaya guna FB untuk sentapkan aku. ' kekononnya la.

Dah lama-lama rasa tak kisah dah.
Sebab yang polan tu unfriend, saya tak nak join MLM dia. LOL....

Aiyyooo....berapa kali saya nak register jadi ahli?
nak berapa banyak penapis air? nak berapa set korset? Gilo.
Dan ramai kawan-kawan saya yang begitu.
Kita add dia sebab kawan-kawan, dia tak accept.
Tetiba dia buat bisnes, pandai pula add kita.
Friend hanya bermotifkan wang ringgit jadinya.
Macam hampeh je rasa kawan-kawan macam nie, betul tak?

Makanya, rasa dulu-dulu yang sentap telah berlalu.
Orang unfriend, saya dah tak kisah.
*kurang sorang orang yang perlu di take care.
Nak klik unfriend kat orang pun saya dah berani.
*kawan yang tak macam kawan je tau. tak pun sbb fbnya dah tak aktif.
Woha! Feeling hebakk gitu. Hahaha..
 

p/s: Dalam hati ada taman. Penuh dengan bunga Jacaranda... peace.... 



Monday, 19 March 2012

Hoh? Dia ada gigi yang horror?

Saya pernah tulis entri tentang kagumnya saya dengan blogger yang cantik, comel dan hensem.
boleh tengok entri tu kat SINI .
memang hairan.

hari tu masa lepak dengan adik-adik, dapatlah satu pesanan penaja,
'akak tak payah la kagum sangat cantik diorang..'
'nape?'
'si polan tu giginya horror!'
'hoh? Biaq betoiii...'
terkojut eden wehhh....tak sangka betul.

yalah, selama ini tengok gambar diorang ni semuanya cantik-cantik.
tak pernah perasan yang sorang tu asyik ambil gambar satu sudut je, yang sorang tu asyik senyum meleret sepesen je, yang sorang tu pulak asyik senyum simpul, tak pun muncung-muncung je.
sekarang baru perasan! hahaha....
tak mengapalah....masing-masing berlumba nak tonjolkan yang indah-indah saja.
macam tu lebih bahagiakan diri sendiri gamaknya.

Lepas nie tak payah kagum-kagum sangat.
Tak percaya? 
meh tengok nih satu contoh.


 
Kuasa mekap. Dari FB Liyana Zahim my dinde.




Sunday, 18 March 2012

Resepi Ayam Grill dan Puding Roti

Hoho....mood masak-masak untuk menjamu sudah mari.
Sebenarnya nak buat minggu lepas ayam grill tu sempena warming house adik ipar.
tapi disebabkan ada agenda majlis yang kami terlepas pandang, terpaksalah cancel.
adalah kelakar pulak time orang baca Yassin saya sorang-sorang menggrill di dapur. hehe.
So, tunda minggu ini.

Nak masak cara grill, kenalah beli grill pan.
dalam pan biasa, ia bukanlah grill namanya. tak gitu?

#Grill pan kesayangan saya. Mudah betul kerja memasak dan tak melekat. Tapi sila bersihkan dengan hanya menggunakan span lembut.


#ayam grill, brown sauce dan coleslow beserta puding roti.

Resepi ayam grill ikut dan je, dan tiada sukatan:

marinate je ayam dengan garam, butter dan mixed herb secukup rasa.
grill sampai masak. (masa ni saya grill 2 ekor ayam)
kalau suka, grill la beberapa biji kentang dan tomato ceri.

Coleslow:
setengah biji kobis dan sebiji karot (potong halus)
tambah mayonis dan garam secukup rasa pada sayur tadi
tabur sedikit lada sulah jika suka.
nak tambah lemak pada rasa, letak sedikit susu sejat.

Brown/black pepper sauce:
ikut suka korang le. Dah banyak yang segera. hehe..


#puding roti dibakar pada suhu 160darjah selama 30 minit. Panaskan dulu oven selama 10 minit.


Resepi Puding Roti:

10 keping roti (ikut suka nak guna roti jenis apa)
6 biji telur
1 liter susu segar (nak sedap guna full cream dan ganti sebahagian susu dgn whipping cream)
1 sudu esen vanilla
secawan gula
butter secukupnya untuk sapu dasar kaserol
kismis dan serbuk kayu manis secukupnya

Cara-cara:
Sapu dasar kaserol dengan butter.
Susun roti dalam kaserol.
Tuang bancuhan telur, esen vanila, gula dan susu yg telah diblend ke dalam kaserol tadi.
Biarkan kembang, lepas tu taburlah kismis dan serbuk kayu manis.
Bakar.

Cara membuat kuah puding roti:
Didihkan seliter susu full krim dan masukkan tepung jagung/kastad mengikut likat.
Tambah gula secukup rasa dan sesudu teh esen vanilla atau emulco coklat.
Sejukkan.

#agak kurang seni deko di situ. LOL...


#okehhh.....jemput makan semua......

Rasa macam berkat pula jamuan kali ini sebab semua ahli keluarga berkumpul. 
Siap ada tetamu datang tu. 
Alhamdulillah adik-adik suka makan. 
Abah pun suggest suruh buat lagi.
*huahuahua...




Thursday, 15 March 2012

Jimat dan stylo

Apa nak buat dengan dress-dress baby yang masih boleh dipakai tapi dah singkat?
Singkat bukan sebab kain tu dah mengecut tau.
tapi disebabkan si baby tadi tu dah membesar.
sedangkan baju-baju tersebut masih kelihatan baru akibat jarang dipakai.

dalam kes saya,
Qisya dah membesar dan tinggi.
*cepatnya masa berlalu, anak mama dah besar. sob sob..
dress-dress dia banyak yang dah singkat.
sayang betul sebab semuanya kelihatan masih baru.

jadi, saya punggah almari dia.
nampak la beberapa helai tight (seluar stoking) yang dia selalu pakai masa baby.
tight-tight tu pun nak pakai dah tak boleh sebab Qisya dah tinggi.
jadinya saya buat macam ni.


#sebahagian koleksi yang bakal menjadi mangsa.

ambil tight tadi dan gunting bahagian pergelangan kaki.
lepas tu jahit je bahagian hujung seluar tu.
kalau malas, jahit sembat je pun takpe.


#Tada!! Dress dah bertukar menjadi blouse. Tight dah bertukar menjadi legging. Stylo tak?

p/s: model melalak masa nie. So tak payah le tayang muka dia. Sabo je la...




Wednesday, 14 March 2012

Jangan terpedaya dakyah mereka!

Jangan kita terpedaya dengan dakyah Yahudi..

Zionist Lahanat memperbodohkan kita.
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: 
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil" Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. (c)pajamada@carigold

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Info menarik dari FB.