Sunday, 29 April 2012

Kenapa mesti Fanatik sangat?


Sehari dua ni memang panas berbahang.
dah la cuaca panas sampai pening kepala,
baca status politik kat FB pulak menambah bahang yang terasa.
kenapa mesti fanatik?
diulangi.
kenapa mesti FANATIK???
hoho...ini gaya tulis berasap juga ni.
tapi serius nak luahkan juga.

kalau nak bertanya....
patutnya tanya kat orang yang pernah bertugas dalam dua pemerintahan.
apa feeling dia.
apa perubahan yang dia rasa.
contoh terdekat macam mokcik la.
3 tahun bawah BN dan 4 tahun bawah PR.
takde sape pun kaum kerabat mokcik bertanyakan pada mokcik.
semuanya feeling pandai belaka dalam memberikan pendapat.
ewah...macam diorang pulak yang duduk kat Selangor. hehe..

well...
mokcik tak kisah.
walau totok macam mana pun diorang dan u olls...
mokcik tetap sayang.
takdenya sebab politik, nak hempuk beramuk bagai.
nak unfriend bagai.
itu totok tak dapat ditolong namanya. haha..

eh? siapakah totok?
mereka yang fanatik la.
tak kira dari fahaman politik mana pun.
terus terang cakap....memang menyampah!
tak habis2 provok kat status FB.
macam la pemimpin diorang boleh bagi syafaat kat akhirat.
entah-entah tak pernah mengundi pun. 
pong pang je lebih. LOL...




Friday, 27 April 2012

Jom dengar Ceramah

Buat perangai baik-baik ramai mengaku saudara, ye tak?
tambah-tambah kalau popular.
lagilah ramai mengaku.
bau-bau bacang pun nak mengaku jugak.

maka saya adalah sebahagian dari mereka.
walau pun agak poyo, lantak le. hahaha...

hari ni, ceramah pagi kami disampaikan oleh anak saudara biras saya.
siapakah dia?


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v

#amacam? silalah jeles. hahaha...





Thursday, 26 April 2012

Audit sana-sini

Minggu ini adalah minggu audit.
saya dengan 5S tu biasalah.
minggu ni kena audit tandas.
lepas tu audit ruang pejabat pulak.
makanya minggu ini adalah minggu sibuk kemas itu ini.
rajin betul diorang ni main audit2.
sabo je la.



Dua hari lepas encik hubby pulak bagitahu saya pasal audit jugak.
katanya Tok Bah nak audit Amsyar.
feeling macam movie Hafalan Solat Delisa pulak dah. haha.
tapi yang ini audit mengaji.

Abah in law saya strictly pesan kat kami semua supaya mengajar sendiri cucu-cucu dia mengaji.
tiap kali buat ta'alim mesti pesan suruh ajar anak sendiri mengaji dan solat.
ingatkan pesan aje.
tapi rupa-rupanya siap ada audit.

nasiblah Amsyar....
kali ni mengaji takde abah dan Mama kat sebelah.
mengajilah depan Tok Bah tu ye.
takde masalah kot.
Mama doakan Amsyar boleh mengaji dengan lancar.
InsyaAllah...

#budak yang nak kena audit mengaji.



Wednesday, 25 April 2012

Kegemaran baru si kecik

Sejak akhir-akhir nie Qisya suka suruh ambik gambar dia.
dulu-dulu mana ada dia rajin nak bergambar.
nak snap sekeping dua yang duduk elok pun payah.
sekarang ni hari-hari sua kamera kat saya suruh snap gambar dia.
layankan aje la si kecik ni.

#penat baru balik jalan-jalan.


#apa motif sengeh macam ni tak tahu le. 


#makan buah mangga sampai comot muka dan baju.


#main nganga-nganga mulut pulak dah. Bajet comel ke adik? hahaha.


#tak sabar nak tengok muka dia kat kamera. Laju je meluru. haishhh...

Begitulah sedikit hapdet pasal Qisya
lagi dua bulan umur dia dua tahun dan dah makin lasak
makin gedik berjoget pun ya juga. hehe.



Tuesday, 24 April 2012

Hujung minggu yang damai

Hujung minggu rehat-rehat tepi laut bersama anak-anak.
sempat layan novel weh...


#pemandangan chalet penginapan kami.


#masa ni air laut tengah surut.


#dapat chalet yang lagi best dari sebelum ni.


#bilik cerah terang benderang sebab banyak tingkap. Nampak laut pulak tu. 


#lepak kat bilik layan tv dan novel. heaven! hehe..

apesal?
macam familiar ke gambar-gambar  ni?
memang pun.
saya pernah buat entri pasal tempat ni.
boleh baca kat SINI



Monday, 23 April 2012

Rezeki itu Urusan Allah SWT

Hidup penuh cabaran.
cabaran sebagai ibu bekerja dan buat pula perniagaan kecil-kecilan sebagai contoh.
cabaran dengan apa yang kita buat satu cabang.
cabaran bertemu orang yang pelbagai karenah satu cabang yang lain pula.
semua itu dugaan.
nak tak nak kena bersabar.
nanti balik rumah, silalah mengadu pada Allah panjang-panjang.
luahkan sampai lega.

sekarang saya melalui frasa ini.
melihat anak-anak membesar depan mata.
memikirkan keperluan mereka.
memikirkan keselesaan dan kebahagiaan mereka.
segala-galanya tentang masa depan mereka.
ia adalah sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran saya semasa saya masih remaja.
mahu pun semasa saya sudah bekerja sampailah saatnya menjadi seorang ibu.
tak sangka perasaan ini amat berat.
hanya ibu-ibu yang tahu.

waahh....
intro adalah panjang berjela.
tetiba pulak mengenangkan kehidupan ketika jari menyentuh keyboard. haha.
abaikan.

ceritanya macam gini,
tadi saya berjumpa customer bangsa lain yang pertama.
Indian girl.
comel gitu.
bertanya itu ini tentang Catalyst setelah membeli sekotak VCO dan Collagen.
alhamdulillah rezeki hari ini.

macam mana saya berjumpa dia?
ini yang saya nak ceritakan.
jumaat lepas seperti biasa saya pergi ke tapak jualan.
penat tu usah katalah sebab seharian saya dan kawan2 opis sibukkan persediaan 5S.
waktu rehat pun tawaf Alam Sentral cari barang-barang.
itu yang petang tu ting tong kejap.
memang asyik banyak kali fikir nak pergi berniaga  ke taknya.
tapi akhirnya saya pergi.

agak malang di waktu Maghrib itu.
surau bergerak yang selalu disediakan di tapak niaga tak kelihatan.
apabila ditanya kepada penganjur, surau tak dapat dihantar.
rosak di tengah jalan.

saya bertanyakan sesiapa yang ingin solat ke masjid negeri.
tiada sesiapa.
selepas meminta kakak depan gerai saya tengokkan gerai saya,
menapaklah saya sendirian ke masjid negeri dalam kesuraman cahaya lampu jalan.
nak lalu ikut jalan pintas lagilah tak berani.
gelap sangat.
biarlah jauh tapi ada cahaya.

macam-macam saya fikirkan.
tahulah masjid negeri.
nak solat pun jenuh menapak jauh.
panjat tangga bertingkat-tingkat punyalah tinggi  ke ruang solat muslimah.
nak solat pun dah rasa termengah-mengah.

saya mendengar azan di gerai tadi terus gerak ke masjid.
tapi mula solat pukul 8.05 malam.
bayangkan berapa lama masa yang diambil untuk sampai.
dan saya hanya harapkan pada masa itu supaya Allah permudahkan urusan saya.
ketika betul-betul di hadapan pintu masjid itulah telefon saya berbunyi.
panggilan dari gadis India itu.
memesan VCO dan Collagen.

see?
saya terasa dibayar cash untuk sedikit usaha menjaga solat saya.
tiba-tiba rasa semangat itu datang.
seperti ada bisikan untuk tidak berputus asa.
dan malam itu bertambah lagi seorang ejen saya.
alhamdulillah...



p/s: ok. dah alang-alang cerita pasal Catalyst nie, silalah telefon saya di 019-2764682 jika sudi menjadi ejen. Margin keuntungan adalah tinggi, tau.

#minyak kelapa dara dalam bentuk softgel. Panggil VCO je senang. hehe..


p/s 2 : terima kasih Nuffnang atas pertambahan 2 BE. :)




Sunday, 22 April 2012

Gambaran Hari Kiamat

Gambaran Hari Kiamat
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. 
Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab.
Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.”
Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka.
Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
 Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT.
Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.
Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.
Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun.
Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”.
Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW.
Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT.
Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.
Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.
Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar.
Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang .
Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.
Lalu dimulakan timbangan amal.
Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.
Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun.
Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam.
Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.
Mereka ini berjumlah 70 000.
Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.
Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.
Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki.
Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

credit : myibrah.com






Friday, 20 April 2012

Feeling tulis Diari..

Hari dah pukul 5 petang.
tapi saya masih di opis angkara nak menyiapkan kerja-kerja 5S.
minggu depan kena audit lagi. huhu...

rasa macam ragu-ragu je nak berniaga malam nie.
sakit kepala pun ya.
dari pagi sampai petang ke hulu ke hilir.
tak sempat nak online.
penat usah kira.

nak tengok blog pun dah macam tak best petang nie.
asyik nampak 'penggunaan internet dipantau' je.
macam-macam lagi dah di blocknya.
hari tu fibox dan sekarang follower pulak.
sabo je la tak nampak avatar u olls yang comey2 tu.

nak berniaga ke tak nak malam ni?
nak ke tak nak?
takpelah.
naik kereta dulu pastu tengok kereta tu nak menghala ke mana. 
boleh?
hahaha.....perasan konon-konon kete I tu macam Bumblebee Transformers pulak dah.

ok.....dah ting tong je rasa kepala petang ni.
esok nak bercuti ke tepi laut la.
rehat-rehat dengan anak-anak.
tata.



Wednesday, 18 April 2012

Rindu nak khatam novel

hari tu macam nak baca novel balik.
dapatlah habis 2-3 novel.
itu pun lompat-lompat baca.
semua dah pulangkan kecuali 2 buah novel.

dua novel ni tertunggak lama dah pembacaannya.
saya baca intro lepas tu tinggal lama.
bila nak baca mesti lupa intro dia macam mana.
start dari mula balik.
last-last ulang lagu tu la tak gerak-gerak ke page tengah.
zaman bila nak khatam tak tahulah.  


#dua buah novel yang terbengkalai. Nampaknya memang terbiar sendiri je la. Sesuai tajuk kekdahnya. 

bukan tak nak baca.
tapi masa tak mengizinkan.
hujung minggu sibuk memenatkan diri berniaga.
ada masa senggang sikit-sikit pun layan fb dan blog.
terbengkalailah ia.

tak sempat lagi nak cari novel dinde comel liyana zahim .
sorry la tak berkesempatan lagi.
tapi memang nak baca novel-novel dinde, tau.


#jom dapatkan novel karya Liyana Zahim di pasaran. Nak order ikut blog dia pun boleh.

kepada Liyana Zahim...
akak doakan semoga terus rajin berkarya.
mana tahu kot-kot diambil jadi filem terus femes macam Ombak Rindu tu.
tumpang vangga ahkak dik nonnn.... hahaha...





Fridge Magnet sebagai kenangan

Kalau orang lain, ramai dah yang penuh permukaan pintu fridge dia dengan fridge magnet.
saya pulak baru nak kumpul.
baru berminat ye.
*ke...dulu tak simpan sebab fridge buruk? kah kah kah...

tapi kan......rasa sayang pulak tak simpan dari dulu.
tak pun bila pergi mana-mana beli untuk buat kenangan.
sekarang baru kelam kabut nak kumpul.
mana yang dulu-dulu dapat entah letak di mana.
tak teringat nak lekatkan di fridge.
yang anak-anak pulak buat main sampai pecah.

sekarang baru nak terhegeh-hegeh.
sampai yang dah patah pun tepek jugak kat situ.
hahaha...

so, semalam...
mak dan abah in law saya baru balik dari percutian ke Europe.
dapat macam-macam souvenir tapi yang paling best... (sebab tengah excited nak kumpul...)


#yeay! dapat fridge magnet dari 5 buah negara! happy...sebab dapat tambah koleksi. Fridge magnet dari Paris, Germany, Holland, Switzerland dan England. Comel tang kasut dari Holland tu. Me loike...

nak pesan kat adik ipar nanti sebelum balik mesia belikan fridge magnet yang lawo sikit.
kat abang ipar yang kat Dubai pun.
lantak korang semua kena paksa beli. hahaha...


#sebahagian koleksi. Fridge magnet dari Turki dipecahkan Amsyar. Fridge magnet dari Bali di patahkan Qisya. Tinggal 4 jari je. huhu...Bravo anak-anak. Terima kasih.

macam seronok pulak main kumpul-kumpul nie.
tapi tak koser la pulak nak beli-beli kalau tak pergi ke situ.
yang ada nie pun kebanyakannya souvenir dari keluarga sendiri.
hopefully, suatu masa nanti saya pulak sampai ke sana.
pastu saya pulak yang belikan.

eh? ada sape-sape nak ke fridge magnet?



Tuesday, 17 April 2012

Diapit Blogger famous!

Ehem-ehem!
terjumpa di bloglist seseorang.
di bawah senarai Rich and Famous.

#terselit di situ....  (sebelum nie nama blog ini adalah Cerita Bahagia)

macam ni pun jadi le.
kembang jugalah bunga setaman di hati.

p/s: tapi sangat tenyata yang saya adalah tersesat di situ. Rich? huhu..... Famous? nangis. Lari laju-laju sambil tangan huru hara macam gaya Peej Burhan. LOL...




Monday, 16 April 2012

Bila tiada kesedaran sivik

pagi ni dah kali kedua saya kena.
kena block kereta dengan cik kak yang hantar anak dia kat blok rumah saya.
orang yang sama, okeh.
sungguh tiada perasaan ke hape.

orang lain pun hantar anak juga.
tapi takdelah block-block kereta orang lain yang tengah kelam kabut nak pergi kerja ni.
tak reti-reti masuk petak parking dulu.
suka hati dia je letak kereta tengah-tengah jalan.
dah la jalan tu sehala pulak tu.

paling geram, dia dah nampak saya kat belakang, tapi terus keluar juga dari kereta.
bukan nak ubah kereta dia ke hape.
hoho.....pagi-pagi dah bikin panaasss je.
hairan orang macam ini.
tiada kesedaran sivik kekdahnya.

u olls jangan buat macam tu, tau.
nanti tak pasal-pasal dapat perkataan bongoks.

ok. nak masuk kursus pagi nih.
tajuknya? 
Menangani Stress.
canteeekkkk....... macam tau-tau je.
hahaha....



Sunday, 15 April 2012

Fadhilat bacaan Surah-surah dari al-Quran

Siapa nak ada peneman di dalam kubur nanti?
peneman yang sangat cantik, ok.
senang saja.
cubalah kuatkan semangat untuk membaca al-Quran setiap hari.
surah yang pendek-pendek pun tak apa.
jangan tinggalkan langsung.
alah bisa tegal biasa kekdahnya.
jom mengaji hari-hari.

kepada yang ada anak-anak,
tolonglah ajar sendiri anak-anak mengaji al-Quran.
mereka aset tidak ternilai kita.
yang membatu kita di kemudian hari.
insyaAllah.

Di sini saya nak kongsikan fadhilat surah-surah yang patut kita amalkan selalu.
jom kongsi.

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Surah yang pendek dan setengahnya kita dah hafal pun.
mudah-mudahan terus beristiqomah mengaji hari-hari.


#mengingati tentang kematian akan mendidik hati kita. InsyaAllah...

saya tak ramai friendlist di FB.
tapi di blog ramai pulak followernya.
jadi, semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama-sama.
bukan bajet ustazah,tau...

"Ya Allah, Ringankan atas kami saat sakaratul maut,
Selamatkan kami dari api neraka,
Maafkanlah kami di saat hisab/perhitungan..




Saturday, 14 April 2012

Antara Adi Putra dan Aaron Aziz

Perempuan memang suka baca hiburan, kan?
sila jangan tipu kata kalau bukak newspaper baca tang belakang/sukan dulu.
itu kaum lelaki.
kalau perempuan, kebanyakannya akan baca Pancaindera atau BiPop dulu
sebelum baca berita lain.
betul tak?


#Adi Putra yang sangat hensem dan menawan hati.



#Aaron Aziz yang hensem juga. 


saya pun mengaku juga yang saya baca Beautifulnara.
blog hiburan lain tak rajin la pulak saya.
seronok baca bab gosip.
kira kalau masuk gameshow tanya pasal retis-retis nie memang kacang le nak menjawab.
*hoho. ayat riak dikesan di sini. wakaka...
ini pun sebab sawan k-pop dan drama Korea dah berakhir.
maka layan balik la drama-drama Melayu kekdahnya.

ini entri pasal Adi Putra dan Aaron Aziz yang tengah hot meletup tu.
saya suka Aaron Aziz.
tapi mahap le.
saya tak mengaku saya Aaronators.
itu remaja-remaja boleh la.
macam umur saya ni nak mengaku fan club retis mana-mana adalah entahapehape. haha.
lantak kome le nak ber fan club bagai.
saya tak terlibat, ok?

sejak saya mula melayan drama/filem Melayu ni balik,
Adi Putra dan Aaron Aziz adalah pelakon feveret saya.
konfem layan kalau tau ada cerita diorang ni berlakon.
biarkan status Singaporean mereka.
yang penting bakat mereka.
slang Melayu pun Melayu Malaysia.
ok la tu, ye dop?

antara kehenseman....dua-dua hensem. 
tapi lebih kat Adi Putra. 
*mata saya yang kata.
antara lakonan....dua-dua berbakat besar.
tapi paling menyentuh hati dan perasaan saya..
Adi Putra juga.

touching memanjang semua watak lakonan Adi Putra.
watak Jai dalam KL Gangster pun best.
tak rasa marah pun dengan dia.
jahat-jahat dia pun sempat buat saya touching dengan adegan dia sedekah rm50 kat budak pengemis tepi jalan tu. 
agak bias di situ. hahaha...lantak.
Aaronators jangan nak marah saya pulak.
ini hanya pandangan ikhlas saya.

Watak Abang Zikir jauh lebih menyentuh hati kalau dibandingkan dengan watak Haris.
lebih buat saya terkenang-kenang.
tapi nak buat macam mana, Aaron Aziz lebih mendapat perhatian dengan watak romantik beliau.
dah menang ABPBH pun.
tahniah ye Aaron.

entah mengapa perempuan sangat terkesan dengan watak romantik melampau.
padahal watak itu hanya bayangan si penulis yang sengaja nak buat pembacanya berada di awang-awangan sekejap.
tapi wujudkah suami macam tu di alam nyata?
ada sape-sape nak mengaku tak yang encik suami dia romantik sebijik macam Seth Tan?
saya nak jeles. kah kah kah..

ok dah.
saya nak siap pergi berniaga nih.
nak buat macam mana...
tak dapat encik hubby yang kaya macam Haris dan Seth Tan!
LOL...




Suka tulis entri SENGAL

Nak cerita sikit pasal sorang blogger ni.
dia punya entri memang selalu buat saya sawan gelak sorang-sorang kat opis.
*dah masuk kerja awal kol 7 mesti la baca blog dulu. hik hik.
macam hareemmmm je kebanyakan entri dia.
memang rasa nak lempang laju-laju. hahaha.

entah kenapa saya suka baca entri yang lawak-lawak macam tu.
betul-betul rasa release je serabut yang bersarang di kepala.
terima kasih banyak-banyak kepada semua blogger.
terutama yang lawak-lawak.
seronok baca, tau.

bukan maksud saya luahan perasaan tak puas hati di blog itu tak boleh.
suka hatilah nak tulis apa di blog masing-masing.
*saya pun ada buat. hehe..
tapi cuba baca balik, rasa tak best, kan?
macam tulah orang lain yang membaca sesuatu yang negatif.
rasa kurang best di situ.
last2 letak komen suruh bersabo jelah. huhu..

eh? pasal entri semalam di blog ni.
itu entri tak puas hati saya terhadap si polan yang skodeng blog ni untuk jadi bahan mengumpat.
seronok gamaknya bagi pahala free kat I.
itu aje.
sekarang dah lega. heheh.
mintak mahap sebab menyebarkan aura feeling negatif saya.
sekarang dah cure and feeling better.
*ecewah....tetibe sawan omputih pulak dah....
hahaha..... 

siapakah blogger itu?
walaupun blog saya tiada di bloglist dia, tapi dia rajin datang singgah dan komen.
*ahkak sedor, ahkak tak comey macam Lyssa Faizureen...
thanx BONI .
selalu buat akak gelak sorang-sorang.
sengal tahap gaban betul. LOL..
Jom la pakat ramai-ramai serbu blog dia.


Boni JLL3

p/s: blogger yang rajin letak komen, akan dipromosi di blog ini. Ikut giliran ye. Tata.



Thursday, 12 April 2012

Suka atau Benci?



Benci kat I ke?
amik ko.
I'll always be in your mind. ahaks!

p/s: sesekali buat entry kepala bertanduk. muehehe..



Antara keperluan dan Nafsu

Betullah perempuan ni ada 9 nafsu.
senang beno terpedaya dengan barang-barang cantik.
tengok tu nak.
tengok nie nak.
masalah betul. haisshhh...

tapi takde masalah kalau ada pendapatan tinggi.
tak pun dapat suami kaya-raya.
tunjuk tu dapat.
tunjuk ni dapat.
bertuah la sesiapa yang berada di golongan ini.

macam saya yang berpendapatan tak tinggi.
jenuh juga jadi macam orang Kemboja jual kain sana sini.
terpaksa berkorban hujung minggu berniaga pulak tu.
*part nie, sendiri yang cari pasal, ok.
kena banyak fikir untuk beli yang nafsu nak.

akal kata tak payah le.
takde ruang nak simpan dah.
lagi pun, dah banyak benda tu kat rumah.
bukan perlu sangat pun.

tapi nafsu kata, kena ada.
cantik tu.
kena grab, nanti dah takde koleksi tu nyesal pulak.
letak dulu la atas almari kalau kabinet tak muat.
hoho....pandai betul nafsu.

tapi takpelah.
nak beli jugak la untuk hadiah diri sendiri.
yang dah penat cari duit ni. cea cea.
asyik untuk anak-anak je.
kali nie kasi can kat diri sendiri pulak.
nak beli emas, tak mampu le mokcik.
segram rm197 tanya 2 hari lepas.
boleh pitam, ok.

lepas banyak kali fikir,
banyak kali belek-belek katalog,
akhirnya terjebak jugak la saya nie.
dah order pun.
yeay!!
eh? cop. Nak tau ke apa yang nafsu nak tu?









#inilah dia. Koleksi terbaru. Warna pink dan purple sangat menawan sukma, tau. Cantik sangat-sangat. 

Tak muat pun tak muat la.
akan gigih fikir di mana mokcik nak sumbat. hahaha.

p/s: sape nak boleh order dengan mamatasnim . Nak tudung Fareeda pun boleh beli dengan dia. Ye. Ini contoh kawan yang berhati pink. ahaks.




Wednesday, 11 April 2012

Kurang kata-kata

Cinta memang aneh.
sehingga kini tiada pernah berkurang.
makin sarat dan makin bertambah-tambah pula.



#kalian berdua tetap menjadi bayi kecil mama di hati. Selama-lamanya.



Tuesday, 10 April 2012

Petua menduduki rumah baru

Share dari FB.
Sila ambil perhatian mereka yang nak masuk rumah baru.
mesti tak mahu ada yang menumpang pastu kuat menyakat keluarga kita. betul tak?
Jom kongsi.

Petua Menduduki Rumah Baharu

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.


2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."


3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. 
Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)


4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. 
Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.


5. Pagar Rumah Secara Islam - 
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. 
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. 
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.


Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). 
Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. 
Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.


p/s- petikan perkongsian ilmu..syukran



"Tak padan dengan tua..."

Di sebalik keriangan Amsyar sebagai kanak-kanak,
asyik nak bermain dan tengok kartun..
kadang-kadang kata-kata yang terkeluar dari mulut dia selalu buat saya tercengang.
saya sendiri belum terfikir nak keluarkan ayat macam tu.

sebagai contoh, insiden Ahad lepas.
takut tak sempat solat di rumah sebab dah masuk Maghrib,
kami pun singgah nak solat di sebuah surau seksyen 11.
interior dalamnya sangat cantik.
telekung surau bersulam cantik dan bersih, 
karpet yang tebal,
bilik wuduk yang ada tempat duduk berselimut pula jubin berwarna pink,
dan para jemaahnya?
ya. kebanyakan mereka berkereta besar.
itu adalah surau golongan ada-ada, ye.
so, kami tumpanglah solat di situ.

maka duduklah kami anak beranak di tangga seusai solat.
menunggu encik hubby pulak selesai solatnya.
tiba-tiba,
seorang makcik yang nampaknya lebih berusia dari 'umi'/nenek Amsyar menyergah Amsyar.
"TEPI SIKIT!!"
tersentak kami anak beranak.
elok je makcik tu berlalu,
Amsyar dengan muka tercengang berbisik perlahan memberitahu saya.
"Tak padan dengan tua."
Serius!
saya pulak yang tercengang mendengar ayat yang keluar dari mulut dia!

adoiii Amsyar.
tak tahu nak kata apa dah masa tu.
tapi yang pasti saya rasa bersyukur
Amsyar dah besar dan tahu beza perkara baik dan buruk.

p/s: kalau Amsyar cakap kuat sikit kan best. Nak tengok jugak reaksi orang tua kena sound dengan budak kecik. hahaha...  <------perangai buruk jangan diikut.




Monday, 9 April 2012

Tindih lepas tu rempuh

Kisah ni dalam tahun akhir 90-an.
masa tu saya dan adik-adik saya tinggal bersama kakak saya di Kulim.
rumah kakak saya di Kulim tu betul-betul berada di simpang tiga.
rumahnya mengadap jalan lurus ke bawah bukit.
kata orang, rumah di simpang tiga nie tak elok.
jadi laluan makhluk halus.
tak tahulah betul atau taknya.
tapi sepanjang tinggal di rumah tersebut, kami semua memang selalu kena gangguan.
termasuklah mak saya yang sekali-sekala datang melawat rumah anak-anak.

Tapi kakak saya tak suka nak dengar cerita-cerita kena kacau ni.
maklumlah, rumah dia kan.
mesti la bengang jugak dia.
dia yang susah payah bayar duit rumah, cukai pintu..
tetiba ada pulak yang menumpang duduk free pastu kuat menyakat .
errr....maksud saya, makhluk2 halus tu la.
bukan kitorang, hehe.

So, saya nak cerita insiden yang terkena pada adik-adik saya.
cerita ini diceritakan oleh adik-adik saya iaitu Paksu dan Chik.
adik bongsu saya yang kami suka panggil dia Paksu masa tu masih belajar di Butterworth.
jadi, bila kelas malam kadang-kadang dia balik lewat.

pada satu malam tu, dia balik lewat dan kami semua dah tidur.
dalam pukul 12 lebih dah masa tu.
Paksu cerita, semasa dia membuka pintu rumah, tiba-tiba dia dirempuh oleh bayangan lembaga hitam yang besar.
terkejut dia masa tu.
itu takpelah.
dia ingat perasaan dia je kot.
so, dia masuk rumah dan siap-siap nak tidur kat bilik dia di belakang.

esoknya Chik pula bercerita pada kami.
malam tadi semasa Paksu balik kelas tu, dia kena tindih.
langsung tak boleh nak gerak.
baca ayat kursi pun tak boleh.
dan-dan bunyi motor Paksu masuk pagar rumah, tiba-tiba badan dia tak rasa dah kena tindih.
dan elok je masa tu Paksu nak buka kunci pintu depan,
pintu bilik dia (bilik utama) terbuka sendiri.
'klik!' pintu bilik dia terbuka sedikit.
perghhh.....siap ada bunyi.

dan bila dengar cerita Paksu tadi,
tahulah kami yang Paksu kena rempuh malam tadi tu bukan perasaan dia je.
dia betul-betul dirempuh oleh makhluk yang mengganggu Chik rupa-rupanya.
sabo je la kami dengan makhluk-makhluk nie.
kalau taknak percaya, semua dah kena.
sampai mak tengah basuh kain pun kena kacau.
siap main flush-flush pulak dia.

Banyak tau cerita pasal rumah ni.
Tak padan dengan rumah teres 1 tingkat.
Cerita mistik dia mengalahkan rumah banglo kena tinggal berpuluh tahun.
huhu...
apa pun, rumah ini sangat banyak sangat kenangannya.
kakak sulung saya pun dah menjual rumah ni.
kalau rajin, saya cerita lagi. okeh?
tata.



Marah kerana sayang?

Masa kecik-kecik dulu mak suka cakap ni.
"Oghang kalo maghah tu, tanda sayang. Kalo die tak kisah kalo oghang buat silap, maknanya dah tak peduli. Dah tak sayang."
Saya sangat tak boleh terima kata-kata mak saya tu.
sebab masa tu selalu kena marah.
rasa macam anak tiri je kat dalam family sendiri.

balik-balik Chik (adik pompuan saya) je yang betul.
balik-balik kena mengalah je dengan Paksu (adik lelaki saya).
stress gile saya masa tu.
itu yang sanggup merajuk duduk kat luar rumah sorang-sorang waktu malam tu.
hahaha. entahapehape.

tapi betullah.
kakak saya selalu kata ayah saya jumpa saya hanyut kat Sungai Perak.
mengong.
saya sendiri terpedaya dengan dakyah kakak saya tu.
tapi masa tu laaa.
nasib la tak terserempak betul-betul dengan hantu hijo masa mogok tu.
kah kah kah...

itu dulu, okeh.
suka buat perangai pelik-pelik.
mak dan ayah penat bekerja seharian kena layan pulak perangai kitorang.
mestilah stress,kan?

sekarang, kata-kata mak menjadi benar.
menjadi sesuatu yang sangat saya setuju pulak dah.
marah saya kerana saya sayang.
*bukan marah yg maki hamun tau. marah yang menegur tu.
marah saya kerana saya peduli dan ambil berat.
marah saya kerana mahu dia menjadi yang lebih baik.
begitu.

kata-kata mak menjadi bertambah benar sekarang.
bila saya sudah tiada rasa peduli pada sipolan.
cerita baik atau tidak baik mengenai dia sudah tidak ambil port lagi.
betul-betul tidak peduli.
untuk seorang yang sentiasa ada taman di hati (ecewahh..) amatlah pelik.
tapi betullah kata mak.
"tak peduli tanda dah tak sayang."

Eh? Betul ke?
tapi sekarang ni rasa nak sayang semua orang lah walau dia membenci.
macam mana ni?
Mak.....ada ayat lain tak?



Thursday, 5 April 2012

Tengik beno!

Tadi masa balik kerja,
naik satu lif dengan sorang mamat nih.
tak pernah dalam hidup saya tercium bau badan yang tengik macam ni.
siyes rasa nak muntah!


dari tingkat 17 jenuh tahan nafas, tau.
nak tutup hidung tetiba dengan tudung nampak macam melampau pulak.
yang lif pulak rasa lambat sangat turunnya.
pastu berhenti pulak kat tingkat 14 dan G.

hoho....seksa betul mokcik dibuatnya.
apekehenye busuk melampau sangat.
tak mandi ke hape.
nasib la tak pregnant.
kalau tak, mahu menyembur terus depan dia.
haisshhhh.....malang betul petang ni.