Thursday, 31 May 2012

Pagi-pagi dah terasa sebak..

Dulu-dulu semasa saya mula berblog,
sesungguhnya saya tiada langsung kawan yang aktif berblog.
segala yang terbina di sini, berpandukan rakan sepejabat yang tau berkenaan IT.
jadi, nak buat itu ini untuk blog, saya selalu dalam berkeadaan buntu
sebab tiada tempat untuk bertanya.
tiada tempat untuk dijadikan panduan di alam blog.

saya asyik memandang pageview saya yang tidak bergerak.
kalau bergerak pun, sebab saya yang login.
entri-entri saya pun tidak berkomen.
adeh laa......sedih bila diingat.

tapi bila tahu yang blog kena letak kotak chat,
sejak itulah saya mulakan jejak ke blog orang lain dan berkenalan dengan ramai rakan blogger.
dan ternyata ramai di antara mereka yang sangat baik hati.
walau tidak berjumpa di alam nyata,
tulisan mereka menyegarkan minda,
terasa pergi gundah gulana.

di awal berblog,
kak kamsiah adalah blogger pertama yang menjadi tempat bertanya.
saya main terjah je add fb dan bertanya.
membaca blog kak kamsiah seperti terasa dekat dengan ibu.
dan saya yakin kak Kamsiah seorang yang sangat bahagia dengan kehidupannya kini.
dan semalam kak kamsiah menulis tentang ENTRI INI .
terharu saya.
terima kasih kak.

dan tadi,
terbaca pula ENTRI INI di Blog Noh .
serius rasa sebak.
Terima kasih Noh.

mahunya tak sebak,
alam maya bukan setakat menemukan jodoh saya,
tapi menemukan mereka yang sungguh berhati mulia.
sudi memberi pertolongan tanpa diminta.
sedangkan dengan kawan-kawan sendiri pun payah nak menolong dalam hal sekecil 'like' di FB.

inilah antara nikmat yang tidak boleh didustakan seorang saya.
semoga saya terus menjadi seorang yang sentiasa bersyukur.

p/s: balik kampung adalah best. :)




Tuesday, 29 May 2012

Payah beno!

Rentetan kes kamera rosak.

Saya sebenarnya telah kehilangan resit dan warranty card pembelian kamera tersebut pada tahun lepas.
disebabkan dah tiada warranty card, saya buat keputusan mencari sendiri pusat servis Samsung.
konon-konon nak minta repair dengan kadar segera.
bayar pun bayarlah.
yang penting, kamera saya dah boleh guna kat kampung nanti.
punyalah gigih mencari alamat pusat servis di Bukit Tinggi tu sampai banyak kali kena hon.

pening wehhh cari jalan.
rasa nak nangis dibuatnya sebab takde nombor telefon.
masa tengah hari google, masih ada contact number dia.
itu takpe.
petang-petang nanti google balik konon.
tapi bila dah petang time nak balik, tak boleh buka pulak pasal detail pusat servis tu.
hambek ko.
nasib baik saya sempat salin alamat masa google sebelum tu.huhu..

dah jenuh tanya sana sini, akhirnya berjumpa jugalah pusat servis tu.
tanya kos repair, si penjaga pusat servis tu kata dalam rm200 lebih sebab masalah lens.
kalau ada resit, dia boleh tolong uruskan untuk repair free.
huish...mahal tu.
udah le nak balik kampung ni.
lari bajet kang.
maka saya pulang dengan gundah gulana memikirkan di mana resit itu berada.

balik rumah geledah sana sini, akhirnya dah pasti tak jumpa resit,
saya pun menelefon kedai kamera tempat saya beli kamera tu bertanyakan resit untuk difotostat.
salesgirl kedai tu kata, resit tu dah tak ada kat kedai.
dah dihantar ke opis dan memang tak boleh cari. dia kata.
saya kata, takkan tak sampai setahun dah buang semua resit.
dia kata, memang tak boleh dapat balik resit tu.
(padahal, langsung takde tanda2 dia pergi cari)
siap sound saya, " resit dah bagi dengan warranty kat akak, itu kecuaian akak la."

aik? aku mintak RESIT la. 
Kot2 ada nak buat copy untuk dihantar ke pusat servis.
Bukan mintak warranty card. adeh laa...
rasa macam nak berasap dah time tu.
Malas dah nak cakap banyak memandangkan budak ni, 
macam takde gaya nak menolong, 
saya cakap babai dan thanx je la.

esoknya, (pagi tadi)
saya call HQ kedai kamera tu bertanyakan resit saya.
hampehnya...
si staff kedai kamera kata,
"settle la dengan kedai tu sendiri. minta buka resit baru."

maka saya pergi ke kedai kamera tu.
berjumpalah salesgirl yang bercakap dengan saya malam tadi.
masih tak berapa minat nak menolong.
mintak resit?
"tak ada."
buka resit baru?
"tak boleh."

lepas tu dia cari dalam laci kat kedai tu.
memang banyak buku resit.
tapi dia kata tak ada.
terang-terang malas cari.
masa tu dah rasa bengang juga la.
'adik....bukak je la resit baru. Asal resit fotostat pun tak apa. Bukan mintak warranty card.
nak bukti beli kat sini tarikh sekian2 saja."
"ok. Saya tulis kat sini saja." kata dia sambil isi resit fotostat.
haaaaa........boleh pun!
Itu pun payah ka?
adoi laaa.....
Payah beno!





masuk wad...

Saya telah mengalami kepitaman rasanya dua hari ini.
ini angkara si kenit Qisya Audrra telah menyebabkan kamera saya gagal berfungsi.
muncung lensnya dah tak mahu masuk balik.
dok terbuka lagu tu la tak boleh nak katup.

dah la banyak barang-barang jualan tak disnap gambar lagi.
pastu minggu ni macam-macam event kat kampung.
kenduri kawen sepupu la, majlis cukur jambul la.
belum lagi nak jalan sana-sini.

cuti panjang jumpa adik-beradik mesti banyak agenda dibuat.
banyak agenda, banyak cerita.
banyak cerita haruslah perlukan banyak gambar.
macam mana nak ada gambar, kalau takde kamera?
huwaaaa......


#kamera samsungku yang kena masuk wad. First time tak ikut balik kampung. huhu...

Nak beli baru, tiada dalam senarai bajet.
tak apalah.
tumpang2 le kamera Nikon D7000 adik saya tu.
dah konfem gambo akan santek meletops.

well, untuk pengetahuan sekelian alam,
henpon saya jenis tak berkamera.
Nokia yang rege RM80 tu aje.
Sape nak kutuk, sukahatilah.
Mokcik pasrah. :p



Sunday, 27 May 2012

Alahai kampungku..

Malas betul nak cakap pasal politik di blog sendiri.
jadi pemerhati pun cukuplah.
nanti, bila time undi, sukahatilah nak undi mana satu.
jiwa pun tenteram.
tak payah gaduh-gaduh dengan kawan-kawan kat fb ke, kat blog ke.
tak gitu?

tapi bila dah terjadi kat kampung sendiri,
ia amatlah memalukan.
cara politik yang langsung tak matang.
kesian betul tengok diorang ni.
apa motifnya provok sana sini?
setakat upah rm10 sanggup memperbodohkan diri?
kalau di dunia ni, bolehlah lepas.
kalau di akhirat?
doa orang teraniaya ni mustajab tau.


#12 buah kereta pendengar ceramah Pas disapu cat biru pada 24hb Mei lepas di kampung saya.

sudah-sudahlah buat perangai totok.
nak sokong pun berpada-padalah.
buat perkara yang memalukan macam ni, sungguh MENYAMPAH!




Saturday, 26 May 2012

Prihatin membawa padah!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
entri dimulakan dengan kata bismillah supaya emosi menjadi stabil dan tak emo.
mudah-mudahan.....amiiinn.

u olls pernah tak terkena dengan situasi di mana anda menjadi pendengar,
anda merasa kasihan dengan cerita dari si tukang cerita,
anda pun turut teremosi mendengar cerita dari si tukang cerita.
maka terkeluarlah kata-kata yang mengandungi unsur nasihat/ emo angkara sakit yang seolah-olah kita pun rasa akibat penceritaan si tukang cerita tadi.

dia sedih, kita pun sedih.
dia geram, kita pun geram.
mestilah macam tu kalau yang tukang cerita tu insan yang kita sayang, kan?

tapi....
apabila yang tukang cerita tadi dah cool....dah ok.....dah bahagia....,
tetiba kitalah pulak yang jadi watak antagonis.
yang jahat....yang tukang cucuk....yang begitu, yang begini...
hoho.......sakit hati wehhhhhh....
dari niat prihatin dan menjadi seorang yg empati.
tetiba jadi jahat pulak dah. adehhh.....

pengajaran untuk diri sendiri dan semua,
kalau nak prihatin dengan masalah orang lain,
berpada-padalah.
bukan apa......manalah tau prihatin kita tu membawa padah.
tak gitu?

untuk menghilangkan rasa sakit hati ini,
jom kita tengok koleksi Dress Audrra yang mungkin sesuai untuk insan-insan kesayangan u olls sempena Hari Raya nanti.


Sila klik gambar ye. :)




p/s: Semoga sabar dalam ujian hidup. Beristiqomah dalam mencari rezeki. Salam hujung minggu... :)

Thursday, 24 May 2012

Ramai Blogger dah hilang!

wah....teruja tak tengok tajuk?
teruja tak? hehe...
sejak kebelakangan ni dah ramai blogger yang tak update blog.
bila ditanya, ramai yang cakap malas.
lepas tu, saya terserempak dengan banyak juga blogger yang menyorok.
'for invited readers only' katanya..

adoiii.....geram jugak la.
kat dashboard ada tulis entri baru.
bila klik, tak boleh baca pulak.
so, macam mana nak buat?
rasa nak unfollow je ni.
tapi macam mana caranya ya?

takpelah.
nanti saya google tutorial.
hari ni saya nak cerita pasal GA Tersempoi saya tu.
masih lagi berjalan hingga 10 Jun 2012.
GA ni sangat sempoi sebab cuma like PAGE Audrra Blossom kat FB.
bukan like kat post pasal GA tu.
ramai juga yang tak faham.
saya mintak like PAGE, di 'like'nya post. adoiii....
siapa tak like PAGE, penyertaan dibatalkan.
ibarat undi rosak gitu.

cara-caranya mudah saja....
Like PAGE Audrra Blossom---->tulis 'saya nak hadiah dari Audrra Blossom di post berkenaan GA (kena cari post ini sbb senang saya nak kira bila tersenarai di situ) ------>letak link blog anda di ruang komen yg sama. (1 komen 1 penyertaan)

GA tersempoi ini tidak meminta anda tag sesiapa, tidak meminta anda tulis entri dan tidak meminta anda share page Audrra Blossom di wall masing2.
Tapi bila ada yang berbuat demikian, ternyata anda sangatlah blogger yang baik hati.
disebabkan baik hati itu, Audrra Blossom akan menambah hadiah extra jika anda terpilih sebagai pemenang.
hadiah sudah disediakan dan ianya sangat cantik.

Qisya yang akan pilih sendiri pemenang melalui cabutan.
kalau saya yang pilih, nanti bias pulak,kan. hehe...
Jadi, terima kasih kepada yang telah menyertai GA Tersempoi ini.
kepada yang belum, silalah klik logo Audrra Blossom di bawah nie, ya.






Punyalah lama!

Birthday 2012 ni, tempat kerja saya menghadiahkan baucer Aeon untuk semua staffnya.
sejak saya tahu akan dapat baucer tu, kemain berangan nak beli satu benda tu kat Aeon.
kenalah tambah duit, tapi sekurang-kurangnya nak belilah hadiah yang boleh nampak dan pakai lama.
berangan punya berangan, siap kecoh kat adik-adik ipar pulak tu. hehe..

hari demi hari berganti sampailah semalam.
saya pun dah lupa pasal baucer.
lupa jugalah nak beli benda tu.
eh! bukan lupa.
tapi macam dah hilang keterujaan itu.
kira macam dah 50-50,
baruuuuuu....nak dapat!

#saya masih berstatus 'Cik' ye tuan puan....hahaha... 

Dah dapat ni tak pasti lagi nak beli benda tu ke taknya.
baju raya anak-anak dah kena start beli sikit-sikit ni.
tunggu bulan puasa baru nak beli, boleh lari bajet raya dibuatnya.
hadoiiii......pening kejap.

dah jadi mak-mak ni mesti kena fikirkan anak-anak dulu.
baju raya sendiri dah tak hairan dah.
kalau sebelum-sebelum nie, lagi 4 bulan nak raya, kain nak buat baju dah beli.
tahun ni, mood kureng.
lagi pun tailornya dah tak menjahit sebab kena jaga baby baru.
laaagilah takde mood.
asal ada sehelai beli siap pun cukuplah buat syarat sunat Hari Raya.

dan semalam, Qisya suruh snap lagi gambar dia.
padahal tengah sibuk makan nasi tu.
layankan ajelah.

#buat-buat muka serius bajet comel sampai tak sedar nasi kat dagu....hahaha...

ok. itu je nak cerita hari ni.
masih terfikir-fikir nak beli apa.
shopping seluar kecik Scarlet banyak-banyak, ok jugak kot? LOL...



Tuesday, 22 May 2012

Jika di sini...

Jika di sini...
ingin saya berlarian sampai penat.



Jika di sini...
ingin saya jerit kuat-kuat supaya bergema seluruh ruang lembah.
dan mereka yang di Breithorn Peak pun boleh mendengarnya.



Jika di sini..
ingin saya redah saja bungaan ini sambil buat gaya iklan wangian Gucci Flora.



Jika di sini....
ingin saya sedut segala wangian cherry blossom sambil melayan blues yang sedang saya tanggung ini.

tapi malangnya yang di depan saya cuma skrin laptop. *tsk..




Monday, 21 May 2012

Mahalnyaaaaaaaaa......

Saya sangat berharap yang saya boleh jual barang-barang dengan harga yang murah.
berharap sangat sebab saya pun suka beli barang yang murah dan mampu milik.
tapi bila ada prospek customer diberitahu tentang harga, dengan lesen 'customer is always right'nya...
"mahalnyaaaaaaaaaaaaaaaaa........tak pe laaaaa"
hoh! kemain...
"aaaaa" tu tak boleh panjang lagi? hihi...
welll.....tak nak la explain2 lagi.
masing-masing dah besar panjang.

sutera memang material mahal.
apatah lagi dibuat telekung dan bersulam halus pulak tu.
harap maklum.





Sunday, 20 May 2012

Blogger kipas blogger

Kadang-kadang rasa lucu pulak bila tengok puak-puak kuat mengipas ni.
dalam politik negara, tak usah kata la.
macam-macam jenis punya kipas demi kepentingan politik masing-masing boleh kita nampak.
politik kat pejabat pun.
kerja tak setara mana, kipas bos yang melebih.

dalam blog?
hoho....ramaaiii....
bila ada blogger femes meluahkan tak puas hati di blog,
maka ramailah golongan ini muncul.
tambah-tambah yang tak dipuas hati tu pun blogger juga.
walaaahhhh.....kemain backing. kemain menyokong.
(saya pun kekadang join sekaki..wakaka)
yang tukang pujuk pun ramai.
tak tahulah sebab mengipas ke, peminat setia ke...
atau memang pencinta keharmonian sejagat.

yang pasti, saya perasan la jugak segelintir yang taksub dengan blogger femes.
puji dan puja memanjang kat setiap entri si blogger femes tu.
padahal, blogger femes tu tak layan pun komen dia.
kesiaaaannn....hahaha.

sudah-sudah la.
tak payah taksub sangat.
diorang pun manusia biasa juga.
yang tak best, takkan nak cerita.
gambar yang hodoh, takkan nak tunjuk.
rilex sudehh...cenggitu.
tak percaya, pegi pi jumpa.
real cun/hensem tak macam dalam blog?
betul ramah tamah ke?
jangan jadi blogger yang pathetic.
layanlah semua blogger seadilnya.
tak gitu?
Tata..

p/s: Jangan lupa join GA tersempoi ye. Senang sangat. Tak payah tulis entri, tak payah tag, tak payah share kat wall. Tapi kalau buat, sila bagitahu untuk hadiah extra jika terpilih menjadi pemenang.




Saturday, 19 May 2012

GA TERSEMPOI!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
saya dengan berbesar hati nak buat giveaway pertama saya sempena setahun berblog dan sempena lahirnya blogshop saya Audrra Blossom.
hadiahnya ikut sambutan ya.
kalau ramai join, maka makin mahal la nilai hadiahnya.
semua hadiah dari Audrra Blossom sendiri.

Cara-caranya senang saja.

1) Follow blog - suka hati nak follow atau tak. Tiada paksaan.
2) Like page Audrra Blossom - yang ni WAJIB.
3) lepas 'like', sila tulis 'saya nak hadiah dari Audrra Blossom' dan letak link blog anda di ruang komen untuk post berkenaan GA tu.
4) dah buat step 2 dan 3, datang balik bagitahu saya di ruang komen entri ini.

Senang, kan? 'Like' page Audrra Blossom --->letak komen dan link blog --->bagitahu di komen entri ini.

Tarikh tutup: 10 JUN 2012

Hadiah : Surpriiiiiiisssee....

*edit: hadiah extra kepada pemenang yang menulis entri tentang GA ini. Sila bagitahu di ruang komen ya. TQ.

 ke page AUDRRA BLOSSOM




Thursday, 17 May 2012

Misteri Jodoh

Saya agak hairan dengan adik-adik yang masih single kat alam blog ni.
suka sangat nak buat entri pasal cinta.
sekali sekala tak apalah juga.
ini memanjang cinta... kecewa cinta... pujuk diri ala-ala tak kisah pasal cinta
(padahal sangat kisah. kalau tak kisah, buat apa tulis ye dop?)

adik-adik sekelian...
janganlah terjerut sangat dengan persoalan cinta.
dunia ini, bukan milik orang yang bercinta sahaja seperti bak kata Dharmawijaya.
jika kita belum lagi berpasangan
maknanya jodoh kita belum sampai.
bersabarlah.

dan hal jodoh sangatlah misteri.
pada masa kita menerima seseorang sebagai pasangan hidup kita,
kita merasakan tindakan kita betul.
memang ya untuk pada masa itu,
tapi mungkin tidak pada beberapa tahun selepas itu.
maka terjadilah seperti berita di akhbar hari ini.
'Aidil membatalkan permohonan cerai'
'Adi Putra memfailkan permohanan cerai'.
cinta bagai nak rak pun belum pasti bahagia hingga akhirnya.

jadi,
tak perlulah nak complicated sangat dengan cinta.
berfalsafah bagai.
cinta sesama manusia boleh datang dan pergi.
cinta Allah swt yang kekal abadi.

tetapkan matlamat,
cintai diri sendiri,
berazamlah untuk mencapai cita-cita.

p/s: ya. ting tongnya rasa bila byk baca tentang falsafah cinta. Tapi tak feeling langsung pun. baik tengok hindustan, boleh tacing2...ekeke..




Kerahan menjadi Model

Qisya sekarang dah dilantik menjadi model tak berbayar.
model rasmi untuk koleksi aksesori anak-anak Audrra Blossom yang ohsem! :D
nasib baik, apa yang diletak atas kepala kalau cakap cantik.....akan kekal agak lama.
jadi, modus operandi untuk aksesori kekal lama atas kepala anak-anak,
beritahulah seikhlas hati yang dia kelihatan comel dengan aksesori itu.
(ecewahhh.....)

Dulu-dulu, geram je tengok eksesori comel untuk anak-anak perempuan.
asyik-asyik beli baju boys. 
Buhsan betul.
sekarang sejak adanya Qisya....alhamdulillah.
lepas segala geram saya.
siap main jual-jual lagi. hehe..

jom tengok cara Qisya dipakaikan koleksi Getah Rambut Dora.
Getah Rambut ini mudah dipakai.
tidak perlu bantuan dari getah rambut lain untuk mengikat.

 #pandangan dari belakang.


 #pandangan dari sisi.


 #pandangan dari depan. Dengan harganya hanya RM3, berbaloi-baloi...


#yang ini pula, Qisya memakai aksesori dari Koleksi Sepit Rambut Dora.

Bukan ini je tau,
ada pelbagai lagi koleksi menarik di AUDRRA BLOSSOM .
Pilih saja mana yang berkenan di hati dan terus sms/call saya.
Senang, kan?

p/s: sedang cari tarikh sesuai untuk memulakan GA sempena setahun berblog. Haruslah cashkan Nuffnang dulu. :)




Wednesday, 16 May 2012

Pameran Raja Kita di Istana Negara

Memandangkan tak pernah masuk ke Istana Negara,
peluang nak tengok pameran Raja Kita tidak boleh dilepaskan.
wajib bawa anak-anak.
kebetulan pula nama DYMM Seri Paduka Baginda Yg diPertuan Agung yang terbaru sama dengan nama ayah saya.
feeling-feeling princess kejap. hahaha..

Amaran.
entri ini banyak gambar ya u olls.

#hadiah solat dhuha kot. Sampai-sampai je, security suruh naik atas guna pintu 2. Makanya kereta kami terletak betul-betul di hadapan signboard ini. Alhamdulillah...rezeki.



#Amsyar yang excited nak tengok istana, tolong bawa beg Qisya. Haruslah bawa bekalan makanan dan minuman. Kot-kot bising lapar ke, haus ke...roti dan air dah tersedia.


 #sebelum masuk, wajib ambil gambar dulu. Teruja kami anak-beranak.


 #Budak yang paling tak suka stroller. Nak bebas memanjang. Patut pun kat rumah pengasuh, semua panggil dia Dora. Perangai pun dah macam Dora the Explorer. Jenuh nak ligan dia merayap ke sana ke mari.


 #di Pintu masuk balairong seri.


 #masuk- masuk je, tengok dah ramai orang.


 #kemain budak-budak sekolah rendah ni. Handphone semua canggih-canggih.


 #frust betul tengok gambar nie. Patutnya, ini la paling penting. Hampeh je kalau mintak tolong abah diorang ni ambil gambar. Qisya pun payah nak ambil gambar ramai-ramai. Kalau muka dia sorang je takpe. Boleh? *tsk..


 #amboi Qisya.....sempat lagi tu tegur-tegur orang...


 #pemandangan belakang istana dari tandas. Hoh....seram jugak kalau malam-malam kat sini. 


 #tiap kali pertabalan kita tengok kat tv, mcm besar je balai rong seri ni. Tapi sebenarnya takdelah besar sangat pun.


 #Tak rugi bawa Qisya. Dia memang perhati sungguh-sungguh apa yang dia tengok.


 #kan? banyak lagi gambar-gambar dia tengah perati itu ini sempat saya snap.
Memang sah Dora the Explorer.



 #inilah pokok Bunga Emas yang kerajaan Kedah bagi kat Siam tiga tahun sekali tu. Tinggi rupanya. Saya bayangkan saiz pokok bunga pahar je. huhu..


 #nasib baik datang agak awal. Masa kami keluar tu, punya banyak rombongan budak sekolah baru sampai.



 #sebelum balik, kasi can kat Qisya berlarian di padang. Duduk rumah bertingkat-tingkat nie payah dia dapat nak jejak tanah. Kesian anak mama.


#See? kebanyakan gambar yang saya snap, pasti nampak kelibat si kecik nie berlarian. Macam nie nak paksa-paksa duduk dalam stroller? Kirim salam. ekeke...


Kalau ada masa lapang tu, jalan-jalanlah ke istana Negara ni.
banyak info yang kita boleh dapat berkenaan Agung yang baru,
latar belakang baginda dan pelbagai peralatan diraja yang digunakan untuk pertabalan.
Tak rugi bawa dan anak-anak untuk tambah pengetahuan.
tak gitu?




Tuesday, 15 May 2012

Penangan spek baru

Bila Datuk Bandar announce ada peruntukan RM500 untuk buat spek mata mulai tahun ini,
saya dengan cepat bertindaknya, menempahlah spek baru.
padahal, tahun lepas je baru bertukarnya.
tapi kali ni nak tempah spek yang bertindakbalas dgn uv.
maksudnya, bila terkena uv dia akan bertukar warna gelap untuk lebih melindungi mata.
tak payah dah nak bertukar spek hitam kat cuaca panas.
kengkonon ye.

dan saya cuba juga banyak hari pakai spek baru ni, tapi serius pening.
mata rasa letih.
macam dipaksa-paksa bekerja.
sepatutnya, dalam beberapa hari mata ni dah boleh terima spek baru.
tapi masih letihlah.
tambah-tambah bila hadap skrin monitor.
nak main game pun berpinar je rasa.


#Spek baru yang tak berapa nak best.


#spek lama yang dah nak patah dibuat Qisya.

Geram sangat sebab mata ni masih tak boleh terima spek baru,
makanya saya terus pakai spek lama yang dah senget-benget hasil kerja seni Qisya.
senget pun sengetlah.
asalkan mata ni selesa.

p/s: hmmm...nak kena pi tanya balik optometrist tu.