Thursday, 28 June 2012

Mokcik Seekers

Menjadi seorang blogger yang serba tau bukanlah mudah.
serba tau maksudnya boleh bersembang macam-macam topik dan berani meluahkan pendapat sendiri.
bukan setakat playsafe.
tambah-tambah bila sembang bab politik.
kalau boleh, semua tak nak tunjuk identiti masing-masing.
tu yang semua blogger blog politik tutup identiti masng-masing kot.
itu takpe.
masing-masinglah.
sendiri tulis, sendiri tanggung.

macam mana nak jadi seorang yang banyak tau?
tiada cara lain selepas berguru  melainkan banyak membaca, membaca dan membaca.
macam mana juga nak menjadi seorang penilai yang baik?
selain memerhati dan berfikir, membaca, membaca dan membaca jugalah kaedahnya.
dan ilmu itu tidak hanya datang dari blog yang femes je, boleh jadi ia datang dari blog yang tiada langsung follower.

dan menyentuh sedikit bab politik,
(wahhh.....dah vokal pasal politik pulak engko ye..)
nak story sikiiiiit je pasal PTPTN.
hukum meminjam ye adik-adik sayang ...kenalah bayar.
hutang tetap hutang.
taknak bayar hutang, silalah belajar rajin-rajin supaya cemerlang dan terbilang.
maka, selamatlah daripada berhutang.

tapiiii.....
bila orang politik berdebat pasal nak bagi free atau tak..
itu lantak diorang la.
yang penting beri faedah kepada rakyat.
kita yang rakyat marhaen ni nak yang macam mana?
nak yang free atau yang nak kena bayar?
orang nak bagi free ....nak ke tak nak?
suka ke tak suka?
ulang balik...
nak free ke tak nak?
apa? tak nak mende free?
tengin. sekian. LOL..

politik tak perlu berparti, yang penting anda mengundi.
dah semak ngundi kat mana?
setakat  pong pang je lebih bila bercakap bab politik, tak membawa masa depan negara ke mana-mana.
dan nak jadi pemerhati yang baik dan tidak menjadi totok,
rajin-rajinlah membaca walaupun rasa Utusan itu meloya atau pun Harakah itu sangat boring.
jenguk-jenguklah Papagomo dan Amenoworld.

dan nak tambah seimbang lagi....
jenguklah Uncle seekers yang ranking blognya dah mengatasi blog politik yang hebat.
saya dah macam kena cangkuk dengan cerita pasal Sultan dan TMJ dia.
tambah-tambah nak dekat pilihanraya ni, Soompi, Allkpop, penulisan2u dan seangkatannya dah tolak tepi.
macam saya pulok yang jadi mokcik seekers. hehe...

dan bila bercerita tentang benda free,
ia adalah sesuatu yang mengujakan tiap kali.
hari tu saja main teka-teka jumlah fridge magnet di blog Mala Nasohah
tetiba, tekaan tu hampir tepat jugalah.
GA pertama join, dapat hadiah la pulak.
hehe....sangat hepiiii...

#dalam sampul cantik, berbungkus kemas lagi dengan kertas pembalut hadiah.
Rajin sungguh Mala.


#hadiah fridge magnet dari beijing. Waahhh....bertambah koleksi FM saya di fridge tu. :)


actually masih pening lagi nak beli persiapan birthday untuk Qisya esok ni.
ya, baby kecik kat header tu dah berumur 2 tahun pada 29 Jun.
makin banyak kerenah dia yang nak dilayan.
tak mengapalah.
asal terus membesar dengan sihat dan cergas. :)

lastly, hambekkk...
satu entri macam2 nak dibebelkan. kikiki...




Tuesday, 26 June 2012

Makan-makan di Nyonya Kitchen

Saya memang suka masakan Chinese style.
teringat-ingat masa masih keje kat Intel, suka sangat order sar hor fan, bah tai bak dan lain-lain.
itu kat kantin dia, kalau kat luar suka makan Cantonese mee, sizzling mee dan seangkatan dengannya.
tapi taklah rasa teringin nak makan di Nyonya Kitchen.
walau selalu nampak restoran ni sebab banyak cawangannya di lembah Klang ni.
tak tau kenapa...
mungkin sebab dah set kat kepala ni masakan nyonya macam masakan Melayu jugak.
ada kari-kari, ada asam pedas.
so, rasa biasa.

tapi minggu lepas, saya dah merasalah makan di restoran ini.
hasil cadangan SIL saya untuk meraikan kepulangan lagi sorang SIL saya dari Mesir.
maka ramai-ramai kami ke Nyonya Kitchen di plaza Shah Alam seksyen 9.
mak aiii, punya banyaklah makanan yang diorder.
siap tapau bawa balik.
tak payah masak malamnya.
layan je lah gambar-gambar gegar saya ni. :)


#tomyam sampai dulu. Dah teruja dah SIL saya yang jenuh makan kebab je hari-hari. hehe..


 #Amsyar dan Ryann kalau dah dapat iPad. mcm tu la deme. 


 #amboi....kemain kaki naik atas kerusi. Langsung tak hirau makanan.


#susah betul nak ambil gambar budak berdua ni. Ini je yang elok sikit, yang lain semua gegar.


 #abang-abang tak kisah bab makanan, adik-adik memang teruja sungguh bila nampak makanan. Tak sabar-sabar si Qisya dan Ireen. Satu kerusi, duduk berdua.


 #menu utamanya Kari Kepala Ikan. Kari ni luar biasa sikit rasanya. Banyak santan kot. Tapi, dun worry. Masih rasa kari dan sedap jugaklah rasanya.


#ikan goreng berempah. Tak tau ikan apa. Dori kot. Rasanya rangup di luar, lembut di dalam. 


 #eksyen nak makan sendiri. Takpe. Biarkan. Kat sini nanti ada orang bersihkan. Kalau kat rumah, jangan harap.


 #lepas tu layan buah anggur Mesir. RM3 je sekilo weh.....


#semua lauk pauk dah sampai pun, budak berdua tu masih asyik dgn iPad. Adehhh...
Kerapu sweet sour tu antara lauk yang paling saya layan.


 #kenyang perut suka hati. lalalala...


#insan yang diraikan. Ucu Hana idola si Amsyar yang bercita-cita nak jadi doktor macam Ucu juga katanya.

Keseluruhannya makan di sini ok jugaklah.
layanan pun ok.
cubalah u olls rasa pulak.
lain orang, lain citarasanya.
tak gitu?




Friday, 22 June 2012

Layan Dejavu di Kinabalu

Hoho. Mokcik terjebak lagi.
kali ni drama Dejavu di Kinabalu.
walaupun layan drama yang sebelum ni yang tajuknya Seindah Sakura tu,
tapi rasa malas nak tepek kat blog.
sebab jalan ceritanya pelik sangat.
penuh dengan scene-scene yang tak meyakinkan.
terlalu banyak persoalan dari satu plot ke plot yang lain.
so, banyak-banyak mengutuk kang ada yang emo pulak baca luahan hati mokcik ni.
makanya Seindah Sakura bukanlah drama yang indah.
tutup cerita.


Episod pertama dah macam best drama Dejavu di Kinabalu ni.
bukan disebabkan Kundasang adalah daerah yang saya sangat teringin nak pergi.
bukan juga sebab jalan ceritanya ala-ala macam Summer Scent drama Korea lakonan Son Ye Jin yang saya bekenan beno tengok air muka lembut dia.

tapi para pelakonnya melakonkan dengan berjaya sekali.
diringi sound track lagu Butterfly yang memang menjadi kegemaran saya, saya tak merasa yang mereka ini berlakon! real sungguh.
hoh! puji melambung mokcik sorang ni.
mungkin di bawah arahan pengarah yang berwibawa, drama ini kelihatan hidup sekali.
dan saya tak sabar nak tunggu minggu depan dibuatnya.

dan saya menulis entri ini sambil mendengar slow instrumental lagu Butterfly dari blog INI .
Jiwang yang tak dapat menahan.
tapi apa nak buat, dalam hati ada taman. ngeee...

p/s: Nong Andy meh temankan mokcik jenjalan kat Kundasang nanti boleh? hihi...




Thursday, 21 June 2012

Pengemis makin canggih

Katanya Malaysia ini makin maju.
makin kaya dan menghampiri miskin sifar.
tapi yang peliknya makin ramai pulak pengemis.
lepas tu makin canggih pulak kaedah yang mereka ni pakai.

tadi di Mc D tau.
seorang pengemis berbangsa cina menangis meminta duit sebab nak makan.
saya tak boleh nak berhati kering.
lagi pun rasa rimas lama-lama berdiri sebelah kita selagi tak dapat duit.
so, hulurlah seringgit dua.

lepas tu saya terus perhatikan dia yang bergerak dari satu meja ke meja yang lain minta duit.
yang peliknya dia pergi ke meja bangsa Melayu je.
yang meja bangsa Cina duduk dia tak singgah.
tapi meja yang terakhir tu dia singgah juga walaupun yang duduk situ bangsa Cina.
maybe itu meja last sebelum keluar Mc D kot.
ada tiga orang lelaki.
lama dia dok bercakap dan merayu kat diorang.
siap tunduk macam orang Jepun lagi merayu-rayu.
tapi diorang tu buat dekk je.
sampai sudah dia tak dapat apa-apa.

ooohh....patutlah.
memang bangsa dia malas nak layan kot.
ke, memang dia dah selalu mengemis kat situ.
tak tahulah.
tapi pada saya,  mengemis di dalam shopping complex adalah suatu pemandangan yang baru.
macam manalah dia boleh terlepas masuk mengemis kat situ.
memang canggih nak mengemis di tempat beraircond.


selalunya yang saya nampak tiap kali balik kerja,
yang mengemis kat traffic light tu.
orang dari negara mana entah.
macam bukan orang negara kita je.
kesian memang kesian.
tapi pemandangan itu kalau dah menjadi biasa, kesian tu boleh hilang.

kat tempat saya berniaga pun,
macam-macam jenis orang mintak derma.
purata tiap kali berniaga, adalah dalam 5-6 orang masuk booth minta derma.
selalunya saya layan yang pertama saja.
supaya yang seterusnya saya boleh bagitahu saya dah bagi tanpa rasa bersalah.
niat masing-masinglah.
yang penting, orang minta tolong kita bagi yang semampunya dengan ikhlas.
jujur atau tak jujurnya dia,
itu urusan dia dengan Allah.
setakat seringgit dua, tak buat kita miskin.
tapi kalau rasa ragu atau dah pasti yang datang meminta tu sindiket, janganlah bagi.

dulu-dulu di Penang, saya selalu terserempak dengan budak-budak pengemis.
diorang nie selalunya akan bawa nota bagitahu diorang ni anak yatim.
lepas tu jenis paksa-paksa.
kalau kita tak bagi duit, diorang ni akan maki-maki sebelum pergi.
tapi buat apa nak bagi, memang tahu yang diorang ni dibela sindiket.
port diorang ni biasanya berkumpul di Komtar.
itu tahun 90-an la.
sekarang ni tak tahulah.
dah dapat handle ke belum puak-puak ni.

dan satu lagi pemandangan canggih yang belum pernah saya nampak,
pengemis yang naik kerusi roda bermotor di bazarena.
penuh bertampal kata-kata memohon simpati.
waahhh....canggih.
kagum saya.

di dunia ini bolehlah meminta-minta.
sedangkan di akhirat nanti segalanya akan dipersoalkan.
apatah lagi jika memiliki tubuh badan yang masih sihat.

#ada yang berjaya walau pun tidak mampu berjalan.

#ada yang berjaya walau tidak dapat melihat.

#semangat berjuang mesti diteruskan....


Semoga hidup kita dijauhkan dari sifat meminta-minta.
amalkan surah al-Waqiah hari-hari.
mudah-mudahan kita tak terjerumus ke lembah kefakiran.
amiiinnn....




Wednesday, 20 June 2012

Malas komen entri

Tak kutuk sesiapa tau.
cuma nak beritahu, sayalah tu.
dek kerana blog ni pernah kena hacked oleh makhluk yang berhati mulia dan banyak sungguh masanya serta sungguh gembira berbunga-bunganya hatinya itu kerana terlalu berbahagia berjaya hack blog orang......
makanya password menjadi terlalu panjang dan saya telah malas untuk sign in.
ha.....cenggitu.

semua entri baru blog di bloglist saya ni saya terjah.
saya baca dan saya telah klik pangkah kecik kat atas tu.
dan semua komen di entri saya baca.
tapi malas juga nak komen. hihi.
angkara itulah.

macam poyo pulak nak buat ucapan bagai.
hehe.... tapi nak bagitahulah.
nanti ada pulak yang sentap sebab tak komen entri dia.
hati manusia ni, manalah dapat ditelah.
tambah-tambah tak nampak orangnya.

jadi, sila jangan marah ya tuan puan.
saya tahu ada yang tak hadap dengan komen-komen ni.
tapi saya tahu juga, ada yang berharap orang komen entri dia.
jadi saya minta maaf banyak-banyak.

semoga saya terus beristiqomah di alam blog ni.
(hek elllehhh....padahal orang tak heran pun..)
lantak.
yang penting, dah siap satu entri. ekeke..




Dating dengan anak-anak

Minggu yang busy.
demi persembahan Minggu Kualiti, banyak masa jugalah spend untuk meeting dan buat latihan.
dah berlangsung pun semalam.
persembahan pantun seloka jabatan kami tak mendapat perhatian pihak juri.
makanya tiadalah berita yang mengembirakan untuk dikongsi. sobs.
jabatan lain lagi hebat kekdahnya.
tak mengapalah.
tiada rezeki.
untuk pesanan hari ini, jangan dengki dengan rezeki orang lain.
redho sajalah dengan ketetapan Allah swt. :)

sabtu lepas, encik hubby berlepas ke Johor meninggalkan kami bertiga.
makanya saya kenalah membawa anak-anak keluar berjalan-jalan.
tapi itu sebenarnya adalah rutin hujung minggu.
cuma selalunya dengan abah diorang.
kali ni, bertiga je rasa lain macam jugak la. huhu..

tapi, yang bestnya....
kamera mokcik dah sehat balik.
makanya seronok la dapat snap2. hehe..


#mula-mula sampai, haruslah makan dulu. Nak bagi tambahan tenaga kekdahnya.


#hepp!!! tak mo bagi dah adik pegang kamera nih. Dah takde warranty, okeh. Tengok je tau..


#abang Amsyar memang peminat sizzling mee tegar selain nasi goreng cina.


 #haa.... kat sinilah matlamat utamanya. Main kat playground. Kasi can la kat diorang ni. Abangnya pagi petang ke sekolah, malam mengaji pulak. Adik pulak memerap je kat rumah pengasuh. Hari Sabtu adalah hari yang ditunggu-tunggu.


 #gayat betul naik mende nih. hehe..


 #mula-mula je muka cuak.


 #lepas tu, dia yang lebih. Naik lenguh angkat dia turun naik slide tu.

Main sampai letih, lepas tu jalan-jalan pulak sampai letih.
layan je lah...
Hari Ahad  tak dapatlah nak buat cenggitu.
kena berniaga di Bazarena Shah Alam pulak.
biasalah....balik je memang tumbang.
letih wehh...huhu..

so, siapa-siapa nak dapatkan stok VCO Catalyst
bolehlah dapatkan di sana.
siap boleh diskaun, tau.
(ye, perenggan ini adalah iklan...hik hik)

#meh pilih-pilih je kat sini.... ngeee...


#blogger-blogger yang suka main jual-jual. (Nih yang malas nak tepek gambo ni. Selalu nampak macam gergasi tau. Mencik!) Well,  inilah partner booth saya. Tuan blog me and my sincere thoughts sila terjah blog beliau ye. Sweet blog macam orangnya juga. 


#dah upload koleksi baju-baju baru untuk Hari Raya. Silalah jenguk Audrra Blossom ye. Harga masih boleh dirunding tau. 


p/s : Terima kasih kepada Nuffnang di atas pemberian BE yang baru. Libresse memang pilihan saya.




Saturday, 16 June 2012

Nak menunjuk atau nak semua merasa?

Assalam..

beberapa bulan dulu, saya pernah menghadiri sebuah majlis kenduri kahwin.
anak seorang artis dan majlis itu diadakan di Taman Tasik Shah Alam.
majlis perkahwinan dalam taman, kekdahnya.
ya, semuanya nampak indah dari kejauhan.
ada laluan bunga-bungaan sampai ke pelamin.
canopy pun cantik. tapiiiii.....  ini yang nak cerita ni.

selalunya kalau ada jemputan kenduri, saya tak masak tengah hari.
memang niat nak makan kat kenduri buat apa susah-susah masak, ye tak?
mula-mula kami sampai, kedatangan tak disambut seperti sepatutnya.
hanya bapa pengantin yang menyambut tetamu.
tak kisahlah tu.
terus pergi ke tempat mengambil makanan.
ramai yang beratur tapi tak bergerak dan masing-masing bercakap sesama sendiri.
saya jenguk-jenguk kat tray makanan,
yang ada cumalah nasi putih, kuah dalca dan papadom yang keping kecik-kecik tu.
lauk semua dah habis.
ramai yang tunggu kat situ.
saya pun bertanya kat budak katering tu, 'adik, memang tak ada lauk ke?"
"ha'ah kak. Memang dah habis langsung."
terus hilang mood saya.

selepas pesan pada encik hubby suruh ambilkan nasi Amsyar,
saya terus mencari tempat duduk sebab lenguh dukung Qisya.
dan di meja tempat saya duduk tu,
ada seorang makcik yang bergaya ala-ala Datin dan anak perempuannya.
di meja yang besar itu hanya kami bertiga + Qisya.
sikit pun tak senyum pada saya apatah lagi nak bertegur sapa macam kenduri kahwin lain yang biasa saya pergi.
tak kisah pun.
kenduri orang kaya memang macam ini kot.
diorang nak sembang dengan geng yang setaraf je.

tak lama kemudian,
datanglah si tuan rumah merangkap ibu si pengantin perempuan.
terus berpeluk cium dan bersembang dengan makcik ala datin di meja saya duduk tu.
dia tengok selamba kat saya.
saya senyum kat dia.
dah dia duduk depan saya, cakap pun kuat-kuat macam nak saya dengar,
memang saya tadah telinga la apa yang dia cakap

salah satu cerita makcik tuan rumah tadi,
"souvenir songket tu semua i buat sendiri.....bla bla bla.."
sambil bercerita tentang hebatnya majlis yang diatur oleh beliau itu ini.
saya betul-betul panas hati masa tu.

"WEI MOKCIK! KO SEMBANG KEMAS PASAL MAJLIS ANAK KO, YANG BERATUR PANJANG TUNGGU LAUK TU SIAPA PULAK? NAK ORANG PUJI MAJLIS, MAKANAN TAK CUKUP BOLEH BUAT MUKA SELAMBA TAK TAHU MALU! TAKDE USAHA LANGSUNG NAK BAGI TETAMU MAKAN TAPI SEBOK NAK SEMBANG PASAL SOUVENIR KAHWIN YANG CANTIK ITU INI. WHO CARES?" ha hambek.... itu hanya hati saya yang berkata pada masa tu.

memang geram betul.
belum pernah saya jumpa tuan rumah yang begitu selamba macam tu.
saya yang depan biji mata dia pun langsung tak bertanya dah makan ke belum.
apa punya tuan rumah daa...

terus saya bangun mendapatkan encik hubby dan Amsyar yang sedang beratur.
ajak balik lepas jumpa pengantin.
bukan bengang pasal takde lauk, tapi bengang dengan orang buat majlis sebab nak menunjuk.
sombong pulak tu!

maka berangkatlah kami lunch di kompleks PKNS.
begitulah ceritanya.

moral of the story,
jangan assume semua tetamu datang tak kisah bab makan atau on diet belakanya.
makanan hendaklah cukup untuk jumlah yang dijemput.
biar lebih jangan kurang.
bukan bab majlis cantik yang diingat orang.
tapi kalau makanan kenduri tak cukup,
sampai bercucu pun diingat. tak malu ke?

kita yang hidup sederhana tak perlulah ikut trend di tv dan majalah tu.
itu semua majlis orang kaya.
sudahlah berhutang PTPTN, kahwin pun berhutang, jenuh la.
anak dah tiga orang tak settle lagi hutang kahwin camno?
belum lagi hutang kereta dan rumah yang harganya makin semput nak boleh beli.

memang la majlis kenduri kahwin ni sekali je seumur hidup.
kalau boleh nak buat yang hebat-hebat demi hari bersejarah ni.
tapi kena ukurlah kemampuan diri.
carilah cara yang sederhana tapi kemeriahannya dapat dikongsi bersama.
majlis lebih berkat, hidup lebih selamat dari hutang.
tak gitu?

#kek kahwin 10 tingkat sepupu saya 2 minggu lepas. 

kek 10 tingkat sepupu saya dibuat ikhlas oleh abangnya.
dari tingkat bawah sampai ke 10 semuanya boleh dimakan.
takde tipu-tipu.
takde maknanya tengok pengantin je makan sesuap sorang.
nampak cantik tapi kek polistrin.
yang ini semua tetamu dapat makan.
tak perlu cheese cake ke, red velvet ke atau kek2 lain yang berperisa mahal.
butter cake pun jadi.
semua merasa dan semua tumpang happy.
bukan dapat tengok je. tak gitu?




Thursday, 14 June 2012

Bosannya blog dia!

walaahhh.....
pepagi dah nak mengutuk ni apa kes?
hehe...
tengah geram nih.
my feveret blogger ramai yang tak rajin update blog dah.
makin sendu belakanya.

macam berpakat pulak mood ke laut masing-masing.
rindu betul nak baca entri2 sengal dan sarkastik.
yang ramainya sekarang ni blogger skema.
(macam saya le tu..huhu..)
sangat boring seh!

skema itu boring ok. 
tapi nak buat macam mana, menulis ni perlukan bakat juga.
tiada gaya penulisan tersendiri,
tiada brand,
makanya blog engko tu perlukan ping sana sini, blogwalking sampai lebam la jawabnya.
haa....macam gitu.
lainlah kalau blog engko tu memang blog syok sendiri i lap u, u lap i... langsung tak tepek satnika iklan.
ada paham Puan Yana?

jadi,
silalah cuba tulis entri yang menarik,
tajuk yang kebabom (orang tengok terus click)..
story mory yang trendy dan urban-urban ka,
bagi tips-tips mekap ka,
ini balik-balik cerita kampung.
kampung-kampung punya cerita.
bosan derrr....

ok.
tetiba merepek entahapehape akibat frust kehilangan bacaan menarik.
dan u olls baru je habis baca contoh entri yang bosan di blog yang bosan.
hadap je laahhh.....janji update. hehe..







Pahlawan Perkasaku dalam Buaian

Assalam...
dah tengah malam sambil layan Shah Rukh Khan kat TV2 baru nak hapdet blog.
nak buat macam mana, saya tak pandai berkarya story mori best.
apatah lagi nak tulis cerita mistik macam Nong Andy blogger sweet yang berani sungguh taip cerita-cerita hantu tengah-tengah malam. (sila tabikk...)

dan saya baru teringat nak bercerita tentang anakanda saudara saya yang comel tapi sekarang dah ensem.
maaflah kalau puji terlebih kat anak buah sendiri.
hakikatnya semua baby itu comel, tak gitu?

dalam keluarga saya, kami suka menjalankan acara marhaban untuk majlis naik buai kata orang kampung.
segalanya buat sendiri.
tak kosser nak tempah-tempah bagai.
biar sederhana tapi meriah dan dikenang sampai bila-bila.
dan untuk Aryan Faris yang namanya diberikan oleh saya,
majlis ini memang dinantikan.
tema adalah warna biru turquois (eh? dah macam tema kenduri kawen saya pulak. ehem ehem..)
apa pun, hasilnya yang simple tetap menawan hati.
pada sayalah. hehe..

#hasil gubahan kakak saya.


#sila abaikan pemandangan sekeliling sebelum majlis, ye.


#cenderamata berama-rama silver.


#usha kejap geng marhaban. Semangat betul diorang.


# si ensem di dalam buai.


#haih....seronok pulak dia tengok benda yang bergantung tu..


#si ensem dengan mama kesayangannya yang pandai buat sizzling mee tu. Uit! Kakak si ensem bukan main kat belakang tu.


#yezza! inilah lagi seorang model Audrra Blossom ye u olls. 


#wajah-wajah kesayangan saya. Adik-adik dan anak2..


#hehe...macam gayat je ensem boy nih..


#see? ensem tak? Inilah pahlawan perkasaku. Moga membesar menjadi anak yang soleh...


Okeh.
itu je nak cerita.
nak tido dah ni.
tata...




Wednesday, 13 June 2012

Tahniah kepada Pemenang GA Tersempoi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera di pagi Rabu.
seperti biasa, Rabu saya dah tiada wordless.
mesti nak berkata-kata dan panjang pulak tu. hehe..

sebenarnya nak umumkan pemenang pada malam tadi tapi broadband buat hal pulak.
bikin panas je.
udah la tunggu 'Desperate Housewives' kat tv8 tak muncul-muncul.
jadi, dengan secepat kilatnya sampai opis, saya nak mengumumkan pemenang GA Tersempoi yang buat julung-julung kali diadakan di blog saya ni. 
mereka ialah....


Contest and Giveaway

Hoho. Memang rajin join contest rupanya cik Nadratul Syazwana kita ni rupanya.


Coretan Azee

Dan yang terakhir sekali... si rajin singgah dan komen di blog saya ni tapi tak bagi copy header la pulak.
Beliau ialah........CIK NUR!!! (tak bias tau...ini Qisya yang pilih)


Kepada pemenang-pemenang, silalah pm saya diFB dengan meletakkan nama, alamat dan nombor telefon.
kalau nak hadiah le.....hehe.

Kepada peserta-peserta lain, terima kasih sudi join GA ini.
jangan susah hati....akan ada GA lain yang bakal diadakan jika Audrra Blossom mendapat sambutan.
terima kasih semua.

Love, love, love... (ceh...tetibe...)