Sunday, 26 August 2012

Salam Aidilfitri 2012

Assalamualaikum wbt..

Salam Aidilfitri kepada semua yang sudi singgah atau tersinggah di blog ini.
seperti biasa, bila bercuti panjang....blog pun bercuti jugalah.
dan seperti biasa juga, bukan sebab dah hilang skill menulis atau sibuk sangat sampai tiada masa nak hapdet blog  kekononnya.
vitamin 'M' yang terlebih. keh keh keh...

Maka dengan itu, saya memohon ampun dan maaf jika ada tersilap salah kata-kata.
(jika ada, habaq mai kat saya, nanti saya delete)
marilah kita saling maaf bermaafan.....meleburkan dosa di tapak tangan kekdahnya..

http://3.bp.blogspot.com/_o8kOHZAmjho/TJ3fdX9Ct5I/AAAAAAAAAAU/w06m7qt7DBM/s1600/kad_raya_surau%5B1%5D.jpg
*carian google

Sedikit cuci-cuci mata sempena Aidilfitri 2012..





Tuesday, 14 August 2012

Emas dah murah?

Assalamualaikum...

ramai dah dapat bonus ni, jom ramai-ramai pakat beli emas.
dengar cerita emas dah murah.
eh? betul ke?

semasa entri ini di tulis, harga emas 916 di pasaran ialah RM185 p/gram.
mahal ke murah?
siapa kata murah....memang kayo sangatlah tu. hehe..

untuk mokcik yang tak berapo nak kayo ni,
mokcik gagahkah diri, pejam-pejamkan mata dengan penuh tekad untuk membeli rantai tangan.
reward kat diri sendiri kekdahnya atas usaha meniaga kain dan telekung macam orang Kemboja dah gayanya.

ops! ini bukan entri menunjuk atau riak ye.
cuma nak share tips-tips membeli emas dari pelbagai kedai emas yang dah saya survey sepanjang ramadhan tahun ni.

1) jangan terus membeli emas di kedai pertama anda singgah.

2) bandingkan harga di antara kedai-kedai itu.
(walaupun harga emas adalah sama, upah adalah berbeza.) 

3) sila pastikan berat emas tersebut. (boleh minta pekedai timbang di hadapan kita dan kira sendiri dengan kalkulator)

4) pastikan rekabentuk yang sesuai untuk pemakaian harian/ koleksi peribadi.

5) buat tawar menawar berkenaan upah. 

6) lebih baik beli dari kedai emas biasa daripada yang di shopping complex. Biasanya harga upah jauh lebih murah.

7) dah puas hati baru beli.

#hasil kelam kabut beli sebab teruja sangat dengan harga emas yang lebih rendah.

Ok. Hasil pengalaman saya, saya dah gagal dalam memastikan rekabentuk yang sesuai.
rasanya macam dah cantik dengan harganya.
beli sorang-sorang tak bawa sesiapa tukang penasihat yang rajin beli emas jadi macam ni la.
ikut citarasa sendiri langsung tak fikir tentang kekuatan rantai.

otai-otai di opis memberitahu,
kalau nak buat untuk dipakai hari-hari, pastikan pilih design yang lebih kukuh dan tahan.
design yang saya pilih macam di atas ni, ia terlalu banyak sambungan.
cukup jika satu saja yang weak, ia akan mudah putus.
kalau perasan masa dia jatuh tu, selamatlah masih ada rezeki.
kalau tak?
boleh nangis tak berlagulah jawabnya.

so, haruslah pergi tukar.
nasiblah Sri Pinang bagi can tukar tanpa kos dalam masa 30 hari.
hoho.....saya beli di Sri Pinang sebab dia tengah promosi RM165 p/gram untuk 6 gram ke atas.
kalau tak, mintak mahap le.
upahnya mahal. T_T.


p/s: kebaikan khasiat minyak kelapa dara bukan rahsia lagi. Dapatkan minyak kelapa dara/VCO Softgel Catalyst pada harga istimewa melalui inbox saya di FB atau sms 019-2764682. Berminat menjadi ejen amatlah dialukan. 


Wednesday, 8 August 2012

Hilang nikmat makan

Assalam...

waahhh....rindunya nak mengadap blog.
tapi nak buat macam mana, broadband celcom macam hampeh kat kampung saya.
bukan kat hulu pun.
betul-betul seberang bandar pun ada satu bar je. adoiiii...
buat penat je rasa bawak laptop balik.
konon-konon nak buat siaran langsung dari kampung. 
(fefeeling wartawan tak bergaji)
tapi tak kesampaian. hahaha...
kesian, kan?

tapi yang betulnya, broadband kalau full bar pun tetap tak dapat bersiaran langsung.
sampai je kampung terus demam, okeh.
berterusan sampai hari ini masih mc.
plan nak makan macam-macam tapi semuanya jadi tak lalu.
hilang segala selera.
tiadalah nikmat makan buat saya.
kesian, kan?

takpe.
tak payah kesian.
alhamdulillah....cita-cita saya untuk mengidamkan sesuatu sejak bertahun dulu telah tercapai semasa saya demam di kampung.
jadinya, demam-demam pun masih happy.
ok lah tu,kan?

#mak saya ramas-ramaskan daun bunga raya putih lepas tu sapukan di kepala saya. alhamdulillah....turun suhu cepat sikit.


p/s: jaga kesihatan ya. nanti time raya orang beraya, kita pulak yang terbaring tak sihat-----> adalah tak best, ok?



Thursday, 2 August 2012

Seoul Garden yang MISTERI

Sebelum nak cerita apa yang misteri tentang Seoul Garden, nak cerita apa yang berlaku petang tadi.
Dari semalam dah merancang nak berbuka puasa di Seoul Garden pada hari ini.
So, tadi balik kerja terus pecut dengan agak laju supaya dapat mengelak jem.
nak sampai rumah cepat dan boleh bersiap dengan segera untuk keluar ke IOI Mall.
tahulah depan IOI Mall tu, boleh stress punya jem.
makanya harus cepat takut tak sempat berbuka.

sampai-sampai jer ke IOI Mall, terus terjah ke Seoul Garden.
Ramadhan2 sebelum tahun ni, kalau main terjah je masih ada banyak lagi tempat kosong.
tadi, penuh ko.
rasa nak nanges gak le sebab kat tekak nie dah terasa-rasa bulgogi yang serius sedap.
(rasa je tau..tak mengalir air mata pong..)

dan yang paling best, untuk esok pun dah penuh.
huwaaa......hilang segala lapar.
takde mood terus dibuatnya.
maklum la....kepala ni dah 24jam set nak makan kat Seoul Garden.

encik hubby pujuk pergi makan Papa John Pizza.
Takmo sebab baru isnin lepas makan Dominos.
Pastu dia ajak makan kat Kenny Rogers.
Takmo sebab tak minat dengan Kenny Rogers.
Nando's? Tak sedap. 
Mc D? Ohhh tidaaakkk..... (dia sedap time kita tak posa je..hihi)

Last-last makan kat foodcourt je.
lagi best sebab banyak pilihan, kan?
so, tadi telah macam-macam yang masuk perut.
termasuklah Takoyaki yang menawan anak tekak.
Tadi amik unagi.
tau apa itu unagi? ianya adalah belut ye kenkawan.


#tako unagi yang dah selamat masuk perut.

Berbalik kepada Seoul Garden yang dikatakan misteri tu.
betul.
ia sangatlah misteri kerana tiap kali makan kat sini, pasti ada gambarnya.
macam wajib pulak kena ambil gambar kalau makan kat sini.
kalau makan kat tempat lain, takde pong.
padahal tempat lain pun ada yang lebih unik dan lebih sedap.
datang sini je, mesti ambil gambar.
ada gambar time makan kat luar pun, mesti kat Seoul Garden la tempatnya.
adoiii.....misteri.
apa yang bestnya posing kat sini, tak tahulah.
tapi u olls tengok la sendiri gambar-gambar kat bawah ni.

#bersama geng Joongboers. Di Seoul Garden.


#berbuka puasa dengan family sebelah encik hubby. Di Seoul Garden.


#jenjalan jumaat makan kat Seoul Garden dengan kenkawan opis. See? entahapehape depan kedai pun nak amik gambo. ekeke...


#ha amik! punya beso gambo kitew......bersama cinta hati tanpa kompromi. Di Seoul Garden jugak.

maka, jadilah Seoul Garden tempat makan yang paling banyak kenangan dirakam.
dan menjadi paling tambah misteri, tiap kali ke Seoul Garden...saya tak makan kimchi!
hahaha.... apa kehenye ye tak?
misteriiiiii.....

nasib la tadi tak dapat tempat kat sana, kalau tak makin bertambahlah potret kami di Seoul Garden.
takpe......next week. :p


p/s: kebaikan khasiat minyak kelapa dara bukan rahsia lagi. Dapatkan minyak kelapa dara/VCO Softgel Catalyst pada harga istimewa melalui inbox saya di FB atau sms 019-2764682. Berminat menjadi ejen amatlah dialukan.