Friday, 28 September 2012

Minggu makanan separa berat

Hari ni pagi Jumaat yang hujan.
kalau hujan di pagi Jumaat je, mesti berlaku kesesakan luar biasa.
tidak seperti hujan pagi di hari-hari yang lain.
kenapa gamaknya ya?
adakah kerana banyaknya kes bangun lambat? O_o
ok. abaikan kemusykilan itu.

Minggu ni saya tak masak nasi bersama lauk-pauk seperti biasa untuk dinner.
semuanya masakan separa berat berasaskan bihun, mi dan spageti.
jimat masa dan tenaga kekdahnya.
semua sumber karbohidrat, serat, protein dan lain-lain dah siap-siap masuk dalam satu menu.
mudah dan sedap terjamin. hahaha... masuk bakul angkat sendiri.
tapi ini semua dapat persetujuan dari encik hubby dan Amsyar tau.
bukannnya boleh bertindak sendiri.
kang kalau Amsyar minta nasi, jenuh saya.
dah siap-siap masak mi, kena masak nasi pulak.
tak ke haru.


 #bihun sup derhaka resepi.


#mi goreng campak-campak. Closed up sebab masih dalam kuali. ekeke...

Itu je tepek dua gambo.
spageti carbonara tak sempat snap sebab dah lapar sangat. 
boleh terima alasan tu? :p
biasa-biasa je tau.
semua dinner takde dessert.
makan je apa yang ada, jangan banyak songeh ye penghuni rumah. hehe...

lastly,
jom tengok Qisya perasan jadi pengantin.

#dia ambil tudung bawal saya lepas tu letak atas kepala ala-ala veil pengantin.


#mentang-mentang baru tengok Uncle dia kawen....hehe..

Sabo je la dengan si Qisya ni.
saya sibuk lipat kain, dia sibuk memunggah.
lepas tu try itu ini.
spender abangnya pun gagah cuba pakai.
kah kah kah....
anak sapooooo la ni....





Thursday, 27 September 2012

UiTM diHatiku

Assalamualaikum...

Lamanya dah tak berblogwalking sambil letak jejak.
update pun pendek-pendek je.
bagus.
amalkan selalu supaya terus menjadi blogger yang tenggelam timbul di lautan maya ini. kih kih kih.
tadi check kat Nuffnang, dapat lagi BE Libresse untuk kali kedua.
Alhamdulillah.
tu yang terajin sikit nak apdet petang-petang ni. :p

Hujung minggu lepas, tamatlah zaman bujang adik ipar saya.
punya lama tunggu dia naik pelamin siap kena potong barisan lagi. hahaha...
Alhamdulillah....semoga berbahagia hendaknya.

Rombongan kami ke Johor telah mengingatkan nostalgia saya semasa di UiTM.
saya pernah menyertai program khidmat masyarakat di sebuah Felda di Johor.
seronok betul bila dikenang kembali.
kali ini, rombongan mengiringi pengantin pun ke Felda di Johor juga.
siap naik bas UiTM pulak tu.
nostalgiaaa........

#selepas berbelas tahun meninggalkan UiTM, masih merasa lagi naik kenderaan UiTM. Feeling zaman remaja la pulak . ekeke...
p/s: Syani.....akak beli keropok ubi opak yang besau tu. Dah mahal tau. Dulu beli rm10 dapat 3. Sekarang ni, satu je RM4.50. huhu



#budak kecik yang baru bangun tido.

Sampai Kota Tinggi dah waktu Asar.
Acara nikahnya lepas Isyak di Masjid.
kelam kabut juga sebab ambil giliran menggosok baju bagai.



 #Sambil tunggu uncle nikah, jom posing-posing dulu dengan Ireen. Seperti biasa, gambar mesti jadi blur bila ambil gambar bertiga tanpa flash. Adoiii.....


#Bila guna flash, si Ireen pulak takde. Berdua dengan anak dara ni pun jadi la. 

Ya.
jangan pening kepala dengan tajuk dan isi entri yang macam tak tentu arah tuju.
petang-petang ni ting tong je rasa.
haruslah bancuh kopi celup biskut pingpong yang lemak masin tu.
walaaahhhhh....

gambo-gambo pengantin akan diuplod kemudian.
kalau rajin, kekdahnya.



Wednesday, 26 September 2012

Apabila password itu menyusahkan

Busy, busy dan busy.
tambah busy bila tempat kita nak settle down kita punya busy, tidak membantu.
buat tambah busy di fikiran.
hoh.....sangat semak.
fikir itu ini pun letih juga.

akhirnya saya kena sekat dengan dua akaun penting saya.
puncanya terlupa password.
menyusahkan betul hidup dalm password ni.
password pendek, senang kena hack.
password panjang, jenuh nak ingat.
sesetengah akaun tu ngengada kriteria sendiri.
itu tak boleh, ini tak boleh.
daripada nak guna satu password je, jadi macam-macam password.
nak tulis dalam buku ?
bahaya jugak.
kang kot ada orang yang jahat terjumpa.....habesssss...

makanya, terpaksa jugaklah keluar hari ini.
nak settlekan pasal password.
haisshhhh.......saboooo...




Friday, 21 September 2012

Perihal tudung yang memeningkan...

Pagi tadi semasa nak pergi kerja,
si Amsyar dah komplen kat saya... "tudung mama tak cantik."
hoiiihhh....kemain sound kat mama cenggitu ye.
sejak bilalah pulak dia pandai bab perati tudung ni. hehe..

tapi memang betul pun.
tudung kemain banyak.
macam-macam bawal, macam-macam awning, macam-macam layer.....fake tak fakenya.
just name it! insyaAllah ada dalam gobok buruk saya, tapi selalu salah pilih.
nak iron tudung bawal, vitamin 'm' terlebih, tak pun kes tak sempat.
(heheh....betul la Amsyar. Mama pakai tudung yang tak padan dengan baju hari ni..)

pada sayalah, tudung adalah paling susah nak di matching dengan baju.
entah kenapa serba tak kena bila nak pilih tudung.
asyik pening fikir rasa tak masuk lah, rasa tak sesuai lah.
last-last sarung tudung yang sama.
tak pun, tudung warna selamat --->warna hitam

lagi satu hal, bila beli baju baru je, mesti nak cari tudung sekali.
macamlah takde tudung sedia ada yang berwarna sama dengan baju tadi tu.
contoh pada minggu lepas, saya mencari tudung warna pink yang sesuai untuk baju baru saya.
jenuh melilau mencari lepas satu kedai ke kedai yang lain.
sudah pasti beribu helai tudung yang dah tengok.
warna pink pun pastinya banyak pilihan, kan?
tapi entah kenapa.....payah beno nak cari yang paling sesuai.
kadang-kadang tak muat masuk kepala, kadang-kadang besar sampai nak kena pin.
corak tak kena.
material tudung yang jadi pilihan tu tak jumpa.
paling frust, bila dah jumpa yang cantik, pendek sangatlah pulak.
adoiii....

#ini adalah sangat cantik. Tapi tak jumpa ponnnn....huhu...

apo nak dikato, itulah fitrah wanita.
saja nak complicated. :p
padahal tudung je pun.
tapi memang betul tau.
saya selalu pening bila tengok tudung banyak-banyak.
pastu pening tak tau pilih yang mana satu.
tak kiralah yang baru nak pilih-pilih di kedai atau pilih-pilih dalam gobok sendiri.
u olls macam tu jugak tak?



Thursday, 20 September 2012

Nilai 25 sen

Assalamualaikum...

Apa sangatlah nilai 25 sen?
dapat beli gula-gula hacks sebiji kot.
nak beli kuih seketul, kirim salam jelah.
di pasar tani tempat saya dah jadi 50 sen sepotong.
itu jenis kuih yang talam-talam atau dalam pelengat.
kalau yang berbungkus dan pisang, dah jadi 70 sen seketul.

hamekk....hadap je lah inflasi yang mencanak naik ni.
(kan ke best kalo gaji naik, tapi harga barang tak naik..huhu...)
maka persen nak jadi orang yang senang lenang berdasarkan gaji semata tak dapek la.
malam ni, announce naik gaji....esoknya barang-barang pun naik sama jugalah.

kalau minyak pula.
harga RON 97 yang naik, walau 90% rakyat Malaysia menggunakan RON 95,
jangan risau.....harga barang akan tetap naik dengan jayanya dan tanpa segan silu.
sekali lagi, hadap je laaahhh..
bukankah kita warga malaysia yang baik?
jangan demo2....nanti orang benci ko, kekdahnya.
keh keh keh...

mari kita kembali ke isu 25 sen tadi.
saya tak tahu kenapa.
bila pergi pasar malam/tani tu, teringin nak makan apa yang berkenan di hati, beli saja.
duduk di ruang tamu tapi lampu di dalam bilik air dan bilik belakang menyala, biarkan saja.
bila bil elektrik meningkat, bayarkan saja.
tambah pakej Astro...oh tak apa. Hiburan di rumah katanya.
beli tudung mahal... (ehem....murah dari Fareeda tau)...pegi saje-saje tambah manik.
kengkonon nak tambah seri kekdahnya, tak terasa apa-apa.

tapi.......ye TAPIIII..........
bila mengadap akaun Nuffnang yang hanya naik 25 sen demi 25 sen....
baru ko tau macam mana nilainya.
kah kah kah....

sadis, kan?
sila beri perhatian dengan nilai 25 sen anda selepas ini.




Wednesday, 19 September 2012

Ada orang teguk air liur je...

Assalamualaikum...
terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyumbang ke tabung dana karpet baru Masjid Sayong Lembah.
saya cuma war-warkan saja tapi Alhamdulillah, kutipan amat memberangsangkan.
Kalaulah saya ni orang yang berpendapatan besar, lepas raya pun masih berkepuk duit, sudah pasti saya yang menjadi sponsor untuk keseluruhannya.

Apa sangatlah RM4000 jika dibandingkan mereka yang mengadakan open house raya sampai mencecah puluhan ribu ringgit.
Contoh majlis open house jiran mertua saya.
7 ekor kambing  x rm1000.
160 ekor ayam panggang x rm12 seekor.
belum lagi segala macam menu lain yang terhidang.
walaahhh.....sila lap peluh.
luasnya rezeki beliau.
rumah sendiri sampai ada beberapa buah yang suka ati ko le nak duduk kat mana.
punyalah banyak.

Sedang saya masih mengushar landed house di area Shah Alam yang harganya rata-rata buat saya teguk air liur sajalah.
entah bilalah mampunya.
Begitu juga bila kita bercerita tentang makanan best yang kita makan.
barang mahal yang kita dapat atau beli.
kehidupan kita yang nampak manis dipandang mata dan kita terlalu excited bercerita.
ada orang yang teguk air liur je.
ada orang yang jauh di dalam sudut hati berasa serba kekurangan.

ops! maaf jika sesiapa terasa.
kita sebagai blogger kadang-kadang terlupa yang readers ni datang dari pelbagai golongan.
memang menulis apa nak ditulis itu hak masing-masing.
suka hati akulah.
blog aku, bukan blog engkau...masing-masing boleh kata begitu.
tapi  sebagai blogger yang beragama Islam, perlu ada sensitiviti juga.
jangan sesekali entri kita itu diiringi perasaan riak.
rumah aku cantik, anak-anak aku comel dan hebat, prinsip hidup aku best, aku seorang yang berjaya dalam hidup, kerjaya aku hebat, pasangan hidup aku cantik/hensem........wajiblah aku tayang.

sama-samalah kita saling mengingati sesama kita supaya tak terjebak menjadi blogger yang suka riak.
eh? ada ke? 
jom sama-sama muhasabah diri.


Karpet Baru untuk Masjid

Assalamualaikum wbt...

Apa kenangan anda dengan masjid di kampung kelahiran anda?
Saya terlalu banyak untuk diceritakan.
Bermula di zaman kanak-kanak, perkarangan masjid kampung sayalah menjadi tempat bermain dengan kawan-kawan.
Ini disebabkan sekolah agama rakyat tempat saya belajar ketika itu bersambung dengan masjid ini.
Di tingkat atas, tempat kami belajar dan mengaji dan tingkat bawahnya pula adalah dapur untuk aktiviti masak-memasak di masjid.

#Masjid Khairiah, Sayong Lembah.

Memang masjid di kampung saya sangat meriah dengan pelbagai aktiviti.
ditambah meriah dengan kami yang suka sangat bermain di situ sementara menunggu ustazah sampai.
Ada suatu hari tu, kerana terlalu asyik bermain, tak sedar ustazah kami dah sampai dan dah start mengajar.
Akibat lambat masuk kelas, ustazah tak benarkan kami mengaji.
Berdiri di tepi dinding sampai waktu balik. haha...

Emak saya cerita, masjid ini dibina ketika dia masih kecil lagi iaitu dalam tahun 1940-an.
Beliau dapat menyaksikan pembinaan masjid ini sepenuhnya kerana rumah arwah opah saya betul-betul bersebelahan masjid ini.
Arwah opah saya ketika itu setiap hari akan memasang jamung untuk memberi cahaya kepada laluan orang kampung yang nak ke masjid.
(al-Fatihah untuk Andak Sariah, arwah opah saya).

Paling meriah mestilah di bulan puasa.
ada acara 'menganto' iaitu permainan hantar juadah sorok-sorok.
entah macam mana permainannya saya tak berapa nak faham.
Golongan anak muda kampung yang suka sangat main permainan ni.
tapi sekarang dah pupus.

Haiihh.....terlalu banyak kenangan di masjid ini.
Semuanya indah belaka.
Paling kelakar, abang saya semasa kecilnya kalau merajuk dengan arwah ayah, akan bermalamlah dia di atas menara masjid ini. 
Ya, di masjid tiada hantu. ekeke....

dan yang paling sweet, di masjid inilah tempat saya dinikahkan dengan encik hubby kesayangan saya.
Memang banyak kenangan di sini.
Nak tulis satu-satu, panjang pulak entri ni nanti.

Untuk membalas jasa kepada bangunan yang telah memberi begitu banyak nostalgia kepada kehidupan saya dan keluarga serta seluruh penduduk kampung saya, makanya saya ingin mewar-warkan tentang kutipan dana untuk karpet baru masjid ini oleh Persatuan Anak Rantau Sayong Lembah.

Masjid ini tidak mendapat bantuan kewangan kerana terletak di atas tanah wakaf perseorangan.
Karpet dan segala peralatannya sudah terlalu usang.
Maka, pihak Persatuan Anak Rantau Sayong Lembah mengalu-alukan sumbangan derma dari pihak luar yang sudi membantu terkumpulnya dana karpet baru ini.



#pamplet iklan sumbangan dana karpet baru.


Penduduk Kampung Sayong Lembah bergambar bersama anak perantau Sayong Lembah Group
#Sebahagian penduduk dan anak rantau bergambar selepas solat Aidilfitri pada tahun 2008.

Semoga cita-cita mendapat karpet baru untuk masjid ini tercapai sebelum Solat AidilAdha 2012.
Amin ya Robbal aalamiin....



Tuesday, 18 September 2012

Cantik VS Serabai

Wah....cuti 3 hari sangap tau sebab tak dapat menulis entri blog.
Ini semua angkara line dah abis kuota tu.
dan juga angkara menjadi seorang makhluk blogger yang buta auto publish.
sabo je la. keh keh keh..

banyak juga nak hapdet.
tapi yang ni pendek-pendeklah dulu ye.
mula-mula nak hapdet pasal rambut Qisya.
rambut dia dah semakin panjang.
semasa beraya sana sini hari tu, ramailah kata yang rambut si Qisya ni cantik.
hahaha....mamanya gelak je.
maunya tak.
nampak serabai ada la.

tapi disebabkan nak taruh panjang dan senang nak ikat,
tambah-tambah abahnya yang nampak macam bangga je sebab sama pattern dengan family sebelah dia,
mama pun biarkan je la rambut dia panjang.
mana tau kot-kot nanti boleh jadi macam rambut si Dyesebel ke.
LOL.....

 #suka sangat berposing sekarang ni. Tepi longkang pun jadi.


 #rambut Qisya dari pandangan sisi.


 #bersama aunty2 Qisya yang masih single. Tinggal dua orang ni je la tempat bermanja lebih.


 #Snap gambar Qisya semasa nak mengambil dia di rumah pengasuh. Pengasuhnya suka minyakkan rambut dia lepas mandi petang. Tindakan yang tak disukai oleh Umi (nenek) dan aunty2 dia. Diorang kata nampak kuyup. Tak lawo. Kata pengasuhnya pulak untuk bagi nampak kemas. Lantak. Mana-manalah.


#Closed up rambut serabai. ekeke....




Thursday, 13 September 2012

Cinta yang membunuh

Kau membuatku berantakan
Kau membuatku tak keruan
kau membuatku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku...

Siapa ingat kata-kata di atas, memang terel.
Itu sebahagian lirik lagu Cinta ini Membunuhku nyanyian D'masiv.
Memang best lagunya tapi tak best liriknya.
Apa kes nak lagi kat orang yang tak hendakkan kita, ye tak?
Terhegeh-hegeh namanya tu.

Janganlah terbawa-bawa sangat.
sampai membunuh jiwa, membunuh diri.
macam tiada agama pulak.
meh sini nak bagi lagi sekali doa andai kecewa putus cinta.


Harap-harap doa ini membantu.
Rajin-rajinlah mengadu pada Allah.
Tingkatkan maruah diri.

Eh? Tetibe pulak tulis entri macam ni.
Well, ceritanya semalam terbaca pasal Syafika yang jatuh dari tingkat 23 sebuah kondo di Setapak.
Tidak dapat dipastikan arwah terjatuh atau sengaja jatuh.
Tapi puncanya adalah kerana CINTA.
Boleh baca kat SINI .



Wednesday, 12 September 2012

Dyesebel Bersalah?

Koleksi baju muslimah dah sampai.
dah ambil gambar pun.
Telekung pun bakal sampai.
tapi semua tak berhapdet di FB.
puncanya kedua-dua broadband dah habis kuota.
internet jadi slow ya amat.
nak uplod sekeping gambar pun tak dapat. 
apatah lagi nak berblogwalking.
so, hilang mood nak update blog. 
sadis betul.

angkara apa sampai dua-dua broadband habis kuota nih?
Si Dyesebel la punya pasal ni.
Duyung cantik lakonan Marian Rivera tu.
dah la tak pernah layan telenovela Pinoy.
ini first time tersangkut.
lepas satu episode, layan lagi, layan lagi sampai laaaaa tak perasan habis kuota.
sedar-sedar dah tak keluar gambar.
demmmmm.

#Dingdong Dantes dan Marian Rivera dalam drama bersiri Dyesebel.


habis tu macam mana?
Adam Hawa pun nak layan jugak nih.
Dah call Celcom diorang kata akan refresh pada 18hb pada setiap bulan.
nak tumpang broadband encik hubby pun dah habis juga, tak tau wimax nak refresh bila.
nak tambah volume, dah kena sound dengan encik hubby.
asik sibuk nak buang duit bayar bil je katanya.
makanya sangap la saya menunggu 18hb. ni.
adoooiiiii.....ini ko le punya pasal Dyesebel oiii...
banyak sangat episod. huhu...
tapi dah tersangkut melayan, kenalah habiskan juga.
isshhh.....tak sabar tunggu 18hb.ni.

Ini synopsis yang dicopy dari wiki :

Synopsis: 
The story of Dyesebel begins when an amnesiac mermaid-turned-human named Lucia (Jean Garcia) fell in love with a human. They got married and had a beautiful baby, but instead of human baby she delivered a mermaid. 

The child is called "Dyesebel" (Marian Rivera). Although surprised by their daughter's strange form, Lucia and her husband Tino (Wendell Ramos) promise to love their child no matter what. But in no time at all, their neighbors discovered the couple's secret. When the community is hit with a series of catastrophes, the town believes that the anomaly is caused by Dyesebel; an accusation that leads to Tino's death and Lucia to offer her only daughter to the sea, where she would belong. 

Unknown to Lucia is that in the heart of the sea, Dyesebel's adventures and misfortunes will begin. It is within the confines of the waters that Dyesebel will lead a new life-a journey that would take her to the depths of the sea, as well as to chaos of the city. Dyesebel discovers that she can also be a human being by visiting Amafura (Rufa Mae Quinto) to get a secret necklace which makes her a human; but a price must be made, for her to sacrifice her true possession, in order to gain something special.
(from wikipedia.org)



Friday, 7 September 2012

Hah? JONGKONG yang sedap?

Mari kita lupakan sebentar dua entri yang bikin panas sebelum ini.
kalau jadi lagi, kita hapdet lagi kaw kaw punya.
sekarang jom kita rilekskan minda di petang Jumaat yang best.
esok dah nak cuti-cuti dan makan-makan di rumah terbuka yang panjang sungguh listnya.
tak tahu nak pergi mana dulu. huhu..

Kebelakangan ni ramai sungguh yang bercerita pasal emas.
beli saham emas.
beli jongkong emas.
beli barang kemas.
hambeekkkk......semua kayo-kayo belaka.

tapi kawan-kawan, adik kakak abang makcik pakcik sekelian....
sebagai umat Islam yang mengikut ajaran Islam,
hendaklah kita mencari yang halal.
jangan kerana nak untung, tanda RM dah berjojol depan mata...
habis semua soal halal haram tolak ketepi.
tak baek begitu ya.
nak pastikan, silalah dapatkan maklumat yang betul sebelum melabur dan membeli.
insyaAllah....selamat dunia akhirat.

adoyaii....berceramah la pulak petang-petang ni.
apa-apa pun, tugas sebagai muslimat untuk saling memperingati tertunai sudah.
ini pun untuk memperingati diri sendiri juga.
(janganlah sesiapa merasa diriku ini seperti retis yang excited kerana baru berhijrah. hehe..)

cerita bab jongkong,
selain jongkong emas yang menjadi pujaan manusia...
ada satu lagi jongkong yang best dan turut menjadi pujaan saya.
KUIH JONGKONG namanya.


 #Kuih jongkong dibungkus begini.

Saya sangat sukakan kuih ini.
dibungkus kemas seolah -olah sejenis kuih yang berprofile tinggi.
(ecewahhh...)
tapi memang pun.
time bulan Ramadhan sahaja baru berjumpa dengannya.
nampak special gitu.


#bungkusan kuih dibuka, maka terlihatlah isinya yang sangat yummy.

Kuih ini diperbuat daripada tepung ala-ala kanji sumsum yang sangat lembut.
gula yang mencair dan santan yang agak membeku semasa proses mengukus menjadikan gabungan ini sangat mantap sekali.
tambah-tambah jika disejukkan dulu di dalam peti ais sebelum memakannya.
rasanya masyaAllah.....
sangat lembut, segar dan nyaman di tekak ini. :p

Tapi untuk saya yang agak cerewet bila bab kuih,
selalunya saya hanya percayakan kuih jongkong yang diperbuat oleh makcik-makcik yang dah professional bab kuih-muih purba ini dan berasal dari negeri Perak.
kalau setakat berniaga tangkap muat di bulan Ramadhan, kebiasaannya rasa kuih ini pasti mengecewakan.
saya pun tidak tahu kenapa.
itu sebabnya saya katakan kuih ini adalah kuih berprofile tinggi dan sangat istimewa.
susah nak jumpa, yang tukang buat pun kena professional juga.

oh, tetiba teringin la pulaaak.
-__-




Thursday, 6 September 2012

Ini sudah melampau!!!

Selepas menulis entri pasal Giant di entri INI dua hari lepas,
keesokannya berlaku lagi perkara yang sama.
Dua hari berturut-turut !!
kali ini bukan barang yang ditampal promosi.
tapi barang harga biasa yang saya rasa lebih murah berbanding yang lain.
walaahhh......rasa panas je masa kat kaunter servis tu.


#resit bertarikh 5 september 2012.

80 sen pun 80 sen la.
ini sudah kes bengang punya pasal.

Sebab saya membelek produk Vono ini lebih lama sikit berbanding yang lain, maka harganya saya ingat sangat.
So, semasa cashier dok scan barang-barang belian saya, memang saya perhatikan betul-betul harga di screen.
haaa.......kan?
terjadi lagi.
kali ni alasannya....STAFF TAK UPDATE HARGA.
adoi Giant oiiii......
apa sudah jadi ni?
jangan jadi tempat di mana rakyat Malaysia membeli-belah rasa tertipu.
mokcik bukan kayo sampai tak hairan dengan duit tak seberapa tu.
hak tetap hak.

Membuat pelanggan rasa tertipu adalah tidak baik.
Sengaja menipu pelanggan adalah beribu kali perbuatan yang tidak baik. 
(kalau tak buat, sila abaikan ayat di atas).
nak kena saman ka???????



Tuesday, 4 September 2012

Amboiiiihh! Banyak kali dah ni!

Ini untuk kali ke 4 saya terkena semenjak saya ada kesedaran sivik menyemak semula resit pembelian saya di Giant.
Yang bestnya....berlaku dalam tempoh kurang setahun.
Pasaraya yang sama ok.

Ceritanya semalam, semasa saya shopping di Giant lepas balik kerja.
Saya ternampak promosi air F&N.
Katanya boleh pilih mana-mana 2 botol pada harga RM 4.29.
tulisan besar promosi ditampal pada botol-botol air kat situ.
harga sebotol RM2.99.
Wah! ok le tu kot beli buat emergency kot-kot tetamu datang tak sempat bancuh air ke.
hidang je air nie, pastu bubuh air batu.
senang.

Jadi, saya pun masukkan dalam troli dua botol.
Dalam hati dah terdetik rasa tak sedap hati.
maklumlah sebab dah kena beberapa kali sebelum ni pasal produk promosi yang bila sampai di kaunter, harganya tak promosi pun.
So, saya pun letak botol air nie dulu di kaunter semasa nak bayar.
biar nampak item ini dulu kat resit.
senang nak check.

#resit pembelian semalam

Sekali, benar seperti yang diduga.
harga normal.
takde promosi seperti yang ditampal kat longgokan air botol tadi tu.
hoho...
ini sudah lebih.
4 kali, ok.

Geram sungguh saya.
walaupun nilainya tak sampai rm2 tapi saya tuntut juga di servis kaunter.
alasan diorang .. TERSILAP TAMPAL.
kemoonnnn.......semedang sangat dah salah tampal.
kes saya yang sebelum ini, kabinet 3 pintu untuk baju Qisya.
beza dekat RM30 tau.
itu pun sebab TERSILAP TAMPAL.

Kita beli sebab harga promosi yang lebih murah,
tapi bila masa membayar, harganya bukan seperti yang dipromosikan.
Rasa tertipu, tak?
Itu bagi orang yang semak harga.
Kalau tak semak?
Berapa banyak yang rugi?
oh, emo sebentar diriku ini.

Ok Giant.
silalah pastikan pekerja anda sentiasa mengemaskini harga barang.
jangan asyik TERSILAP TAMPAL.
buang masa pelanggan tau.

Untuk tips hari ini,
sila dahulukan pembayaran barang-barang yang dipromosi supaya senang disemak.
tak kisahlah di mana pun.
ingatlah, setiap sen duit kita adalah terlalu berharga untuk dibazirkan.
Sekian.



Monday, 3 September 2012

Hari Rayaku di tahun 2012

Assalamualaikum..

Nampaknya blog ini sering terabai sejak Ramadhan.
Maafkan daku ... :p
Cerita baaaanyak!
Gambar pun baaaanyak!
disebabkan terlalu banyak dan rasanya macam tak tercerita tau u olls.
(ecewahhh....poyo la pulekss... haha)

makanya tahun ni, cerita raya dirangkumkan saja.
rasa macam tak dapat nak bercerita detail macam tahun lepas.
alaaa......kronologinya sama.
berhari raya di kampung, pastu berhari raya di KL, pastu berhari raya di tempat kerja, pastu busy attend open house merata-rata selagi tak habis syawal.
memang turutannya sama cuma lain giliran, lain baju rayanya dan sedikit pertambahan ahli keluarga.
lagi pun, cerita yang dah lepas-lepas ni tak berapa best macam dah basi.
nak pilih gambar pun satu hal juga.
terlalu banyak dan di macam-macam kamera.
adoiiii......wajiblah beli hard disk lepas ni. huhu..

ok...
mentang-mentang dah lama tak menaip kat blog, menceceh terlebih pulak.
well....nak buat macam mana,kan? it's me. hehe...
here we go....

Tahun ni turn encik hubby.
Alhamdulillah.......kami sekeluarga dapat berkumpul semua dan beraya di rumah Embah/ nenek encik hubby di Sabak Bernam.
Semua adik-beradik ada dan bertambahnya seorang ahli keluarga iaitu baby Ariq.

#anak-anak dan menantu-menantu Prof Hamim. kat belakang tu kelihatan kelibat embah yang bertongkat. Alhamdulillah ...embah masih sihat. Semoga panjang lagi usia embah yang disayangi.


 #aktiviti selain beraya yang kerap dilihat. Budak-budak melayan gajet-gajet. Itu tak lain dan tak bukan si Amsyar dan Ryann yang asyik sangat mengadap iPad. Amboi Qisya......pakai kasut dalam rumah? huhu.. (kes dah letak gambar baru perasan)


#Cucu-cucu Umi dan Tok Bah di Hari Raya kedua. Ariq belum boleh join sebab masih kena pangku. Selebet betul si Qisya sebab taknak ikat rambut.

So, beraya sana sini di sebelah keluarga encik hubby di Sabak Bernam sampai raya kedua.
Beraya di daerah ini, kebanyakan rumah menghidangkan air berkarbonat tu.
Sangat manis dan perit tekak dibuatnya.
Jadinya saya agak kurang minum air ketika beraya.
tapi makanan Jawa adalah best sebab lontong dan sambal tahun adalah feveret saya.
makan sambal tahun di rumah salah seorang wak/makcik encik hubby buat saya rasa telinga naik berdengung.
Pedas sangat, tau.
Tapi memang sedap.

Raya ketiga baru balik beraya di Kuala Kangsar.
Lepas subuh terus gerak sebab taknak jem.
Sampai-sampai rumah mak, tengok diorang semua berkumpul di kolam ikan belakang rumah mak.
Rupa-rupanya buat aktiviti tangkap ikan.
Walaahhhh.....kemain seronok cucu-cucu opah menangkap ikan.
sampai ada ikan yang pening sebab kena pijak dalam kolam. hahaha..

 #Sebahagian hasil tangkapan ikan di Hari Raya ketiga. Besor-besor ikannya tau. Siap melompat lagi ikan kaloi tu ha...


 # a very big catfish with my big brother in law....hehe..

Ikan-ikan tu dibuat ikan bakar.
Telur ikan dimasak pais.
alangkah sedapnya dicicah dengan air asam.
teringat-ingat ni tau.

Maka berulang lagi aktiviti beraya sana sini.
tapi kali ni keluarga sebelah saya pulak.
especially sebelah mak saya.


 #Pak Halim's doters yang tak cukup korum pergi beraya.

Habis beraya di kampung, balik beraya di Lembah Kelang pulak.
rumah pakcik makcik saudara-mara gitu.
buat baraan adik-beradik sebelah encik hubby.
letih tapi seronok sebab pergi raya konvoi beramai-ramai.

Kat tempat kerja pulak, buat rumah terbuka pada Rabu lepas.
Temanya English style.
Memang gojes la event Rumah terbuka kali ini sebab dalam taman.
semua gerai penuh bunga-bungaan.
siap ada gazebo kecik kat atas meja gerai masing-masing.
kemain ko nak habaq. ekeke..


 #menu sampingan kami, apam polkadot dan coklat hasil buatan kami sehari sebelumnya. Cantik tak hasil dot-dot atas apam tu? Hasil tangan sayalah tu. Wakaka.....itu pun nak ngengada nak kabor. First time buat, tau. Tu yang teruja lebih tu. :p


# big bos dan pemandangan dari dalam gerai kami. Memang deco tahun nie paling cantik rasanya.


#first time juga nak pakai baju raya sama bertema polkadot. Kemain wehh.... 
tapi tak menang pong....hahaha...

Banyak lagi open house yang belum pergi.
kalau ada yang best, boleh tepek lagi kat blog.
kalau setakat adegan makan-makan depan balang kuih raya, tak payah la kot.
itu pemandangan yang bosan dah kot time raya2 ni. hehe...

ok.....Selamat Hari Raya...
sape-sape nak buat open house tu jangan lupa jemput tau.. :D