Wednesday, 31 October 2012

Korban tujuh bersaudara

Semua dah habis bercerita pasal Aidiladha kot.
tapi saya baru nak bermula...

Alhamdulillah, tahun ni kami bertujuh beradik dapat melakukan ibadah korban hasil kongsi-kongsi dan ditaja juga oleh bonda kesayangan kami.
saaaayang sangat kat mak dan semoga Allah swt terus memanjangkan usianya.

cadangan bonda kami nak buat sedikit kenduri sempena hari raya ini ditunaikan oleh keluarga.
makanya bergotong-royonglah kami semua demi menjayakan majlis ini.
hanya keluarga sendiri yang menguruskan bab masak-memasak.
akibatnya....ada yang masih belum mandi sedangkan tetamu dah sampai.
busy bebenor sampei tak sedor.
siapakah mereka? psssttt....rahsia. keh keh keh...

selepas solat raya je,
beramai-ramailah kami meninggalkan kerja dapur untuk menyaksikan ibadah korban.
lagi pun teringin juga nak melihat rupa paras yang terpilih tu.


#wah...ditempatkan di bawah pohon Lagerstroemia floribunda yang sedang lebat berbunga! Dua hari beliau  menatap pemandangan indah di sini sebelum dikorbankan.


#nampak tak? saya adalah penakut untuk berdiri dekat dengan ini kerbau. Beliau adalah agak agresif. Tapi tak memakan masa yang agak lama untuk handle beliau. 


#para pemerhati yang begitu tekun menonton aksi si kerbau sedang si tukang pegang kamera sempat memerhati bunga yang berguguran.


#setelah berjaya ditumbangkan, kerbau ini menjadi agak tenang sambil menutup mata tanda redho dan bangga kerana menjadi yang terpilih untuk ibadah ini. (gamaknya...)


#akhirnya selamat disembelih. Darah yang mengalir macam air paip. Tapi tak payah le tepek kat sini gambar-gambar tu ye. Kang ada pulak yang tak lalu nak makan. Saya pun mengalami debaran jantung yang agak lama kerana menyaksikan proses ini. 


#proses melapah kulit. Kerja jadi mudah sebab berhampiran sungai.


#banyak juga drama shooting di tepi sungai kat belakang rumah mak saya ni. Main layang-layang pun best jugak.

#pakcik2 saya yang gigih mengangkut daging untuk dilapah di belakang rumah.


Gambar-gambar selepas penyembelihan adalah ihsan adik saya.
tak sempat le nak layan tengok cara-cara diorang melapah daging tu.
banyak menu tau untuk kenduri ni.
tapi itu entry yang lain la pulak ye.

Semoga Allah swt menerima ibadah korban kami pada tahun ini.
ada rezeki lebih, boleh pakat-pakat lagi.



Tuesday, 30 October 2012

Paling hilang akal dalam sejarah!

Pukul 8.15 malam 28 Oktober 2012.

Sepasang suami isteri sedang sibuk berbincang sama ada nak masuk line touch n go atau nak u turn. 
Lokasinya betul-betul di hadapan tol Plus Kuala Kangsar dan bersebelahan ruang u turn.
Lama kereta itu tersadai di tepi jalan kerana penghuninya sibuk membuat pengiraan matematik jumlah kereta yang mungkin masih berada di highway sedang kedua-dua anak mereka sudah hanyut di lautan mimpi.
Fikir dan terus memikir sambil terus memerhati status kawan-kawan di facebook.

"Atok dari Sungai Dua dari pukul 10 pagi tadi sekarang baru kat Sungai Buloh." si suami bersuara.

satu demi satu status update di screen iPhone dibacanya.

" Si... (entah apa nama kawan si suami, si isteri sudah terlupa) dari Taiping dan sekarang masih tersadai di R&R Sungai Perak!"

Pening terus si isteri mengenangkan esoknya kena kerja dan anaknya harus ke sekolah.
Cuti yang berbaki tidak beberapa hari memerlukan bajet yang agak tinggi untuk cuti sekolah hujung tahun nanti demi urusan anak lelaki tunggalnya.

Lalu, diangkatnya telefon dan terus menekan nombor adik ipar yang juga sedang melalui highway Plus tapi menghala ke utara.

"Macam mana ni maksu?" beliau terus bertanya.
"Kereta banyak sangat ni..." dan belum pun sempat perbualan disambung....terdengar suara pemandu di sebelah yang merupakan adik bongsu beliau berkata.... 
"jangan masuk highway!! dari Taiping dah slow sangat ni!"

Tidak perlu lagi menyambung perbualan lantas terus menekan nombor mereka yang berkenaan untuk memohon tambahan cuti.

"Abah, jomlah balik umah mak. Mama tambah cuti sehari lagi." beritahunya kepada si suami.

Maka, itulah hari yang menjadi sejarah di mana belum pernah lagi terjadi ketakutan yang begitu tinggi terhadap traffic jammed di highway.
Soalan matematik itu sebenarnya sudah terjawab awal di mana terlalu banyak kenderaan yang masuk dari tol menghala ke bandar Kuala Kangsar sehingga menuntut polis traffic bertugas di malam hari.
Sedangkan di Hari Raya Aidilfitri pun belum pernah terjadi situasi sebegini.
Tapi begitulah nekad sepasang suami isteri itu tadi,bersemangat sungguh memastikan situasi sehingga di depan gerbang tol!

Bila bercakap tentang hal traffic jammed di highway, si suami sering menggunakan ayat 'hilang akal ke hape..'.
dan malam itu, kiranya ia adalah yang paling hilang akal la ye? :p



Tuesday, 23 October 2012

Bunyi seretan perabot dalam rumah

Semenjak akhir-akhir ni selalu sangat terdengar bunyi seret-seret perabot dalam rumah.
siang malam pagi petang dok berbunyi.
dua malam lepas, saja saya stay up baca novel.
dah pukul 3 pagi pun dok bunyi orang berkemas lagi.
entah apa yang nak diubah tak tahu la.
srettt sana sini.

malas nak fikir yang scary-scary tu.
nanti tak tenang hidup pulak dibuatnya.
sama ada memang fenomena tinggal kat rumah bertingkat-tingkat atau gangguan makhluk halus, redha sajalah.
bukan kita je yang menjadi makhluk Allah, betul tak?

tapi kali ni macam dah selalu sangat.
dulu-dulu, selalu bunyi guli dan ketuk dinding.
sekarang bunyi-bunyi tu dah takde, bunyi seret-seret perabot pulak.
adoiii....

memandangkan dah agak melampau,
saya pun google sana-sini pasal fenomena ini.
antara fakta sains dan alam ghaib,
mestilah kita nakkan yang fakta sains, kan?
tapi bila saya terjumpa komen yang buat saya agak terkesima lantaran tak pernah terfikir....

"aku rasa mungkin juga yg dok misteri nie sbb ada kontraktor2 yg mati semasa pembinaan flat/apartment/kondo kot? aku ader dgr, selalu diorg simen skali jer mayat2 depa nie...mana ada masa nak tanam2...tul tidak allahuallam... itulah sebab mcm2 bunyi nie...mcm depa nk kuar laa..klu leh nak disemadi cara baik...ntah laa...mungkin Misteri Nusantara leh wat satu topik nie...hmm sama gak cam kat hotel...klu kat hotel sure ada satu bilik khas yg dikosongkan utk benda2 nie...

Biasenye tanam bodies ni kt projek2 cam wat jambatan aku pnah dgr, klu umah xpnah."


huhu.....pitam kejap. 
Apakah???



Wajah baru

Walah...
akhirnya ada yang sudi jadi tukang edit untuk blog ni. 
Thanx eca .
Lain kali mintak tolong lagi. hehe..
 
Kiranya ini entri baru dengan wajah baru le kan.
tapi takde cerita pulak rasanya.
hapdet pasal Qisya la lagi, ye dop? 
hek eleh...macam ko sorang je ada anak....ekeke..
tapi nak cerita jugalah pasal perkara yang belum pernah terjadi ni.
#tu diaaa......bantai tido berdiri pulak dia.
 

#haaa, kan? lena sungguh. Padahal nasi entah sempat kunyah ke idak tu. huhu..

Qisya ni kalau tengah makan nasi, untuk tiap suap nasi dia akan berjalan merata.
pastu datang balik kalau dah habis telan.
kali ni suap dia makan sambil layan fb tak datang balik.
sedar-sedar dah tidur.
kesian betul tengok dia macam ni.
terlampau mengantuk yang tak dapat tahan sangat le tu. hehe..

p/s: amacam wajah baru blog ni? kalau rasa ohsem, silalah roger eca ye.


 

Friday, 19 October 2012

Dah tahu dah...

Hari tu masa sifu blog eyriqazz buat first impression pasal blog ni beliau ada komen tentang pembaziran ruang.
Sayang sungguh kata beliau.
Selama hari ni tak nampak sebab pc mokcik kat opis tu monitornya kecik ke...atau dah setting memang macam tu tak tahulah mokcik.
tapi bila bukak blog je memang sedang elok je nampaknya template blog ni.


#haaa.....macam ni. Sedap je mata memandang..
 

#dengan menggunakan pc yang ni.

Tapi bila dah menggunakan pc baru.......aiyyyoo!
tanjat jap mokcik.
sadis rupanya pemandangan blog mokcik ni...huhu..

#hoho....boleh buat dua lagi blog kiri dan kanan. O_o


Tolong! Tolong!
siapa boleh tolong edit blog mokcik ni?
tunggu si polan tu sonyap jo busy memanjang. huhu...

Actually, mokcik sedih jugak berpisah dengan pc mokcik tu.
dah hampir tujuh tahun bersama sejak masuk kerja.
sepanjang kat opis, kerja menghadap dia.
tak banyak ragam pulak tu.
kira ok, le kan.
tapi kerja sekarang menuntut screen monitor yang lebih besar, maka haruslah bertukar.
So, welcome to new HP.

 #semoga sentiasa sihat dan jangan banyak ragam, ok?

 

Thursday, 18 October 2012

Aiyyyyokkk!!!

Inilah simptom-simptom yang berlaku apabila tuan blog mengabaikan blognya.
iklan-iklan akan bermaharajalela di kotak jerit anda.

#tapi kalau yang macam ni? adoiiiiii....


Tuesday, 16 October 2012

Apabila sifu blogger buat first impression

Kuang kuang kuang...
apabila blog ini di first impressionkan oleh sifu GTO. hehe..
semuanya betul belaka.
pandangan itu sangat dipersetujui dengan hati yang terbuka dan sebenarnya memang dah sedar lama.
tapi yang tak menahan tu..
tuan blog ni ibu tunggal? kah kah kah....
sabo je la...

lepas ni kena letak gambo encik hubby kat header. LOL...



Thanx sifu.... lain kali singgah le lagi.
saya sebenarnya suka tepek gambo banyak-banyak, tau. 



Tentang nama-nama bayi

Ahad lepas saya telah khatam membaca novel Adam dan Hawa di mana dramanya kini sedang hangat diperkatakan.
Nanti saya akan review pasal drama dan novel ini di entri yang lain.
panjang sangat nak cerita kekdahnya. 
entri ini ditulis sebab terkenangkan nama watak cerita tu.

To tell the truth, semasa Amsyar masih dalam kandungan saya nak letak nama Adam Mukhriz.
masa tu belum keluar lagi novel Adam dan Hawa tu tau.
nama Adam tu memang cool, macho dan sangat terserlah kelelakiannya kalau diletakkan pada baby boy.
Nanti bila dah besar, badan pulak ada six pack memang la nama Adam tu sangat cocok sekali.
memang berangan sungguh dah.
Kalau lelaki nak letak Adam Mukhriz.
Kalau perempuan nak letak Aireen Sofea.
kemainnn...hehe

Tapi bila dah nak masuk kandungan 7 bulan,
saya dapati too many Adam around me.
sepupu, nephew, kawan2.....hatta jiran pun ada nama Adam.
nama Adam yang bermaksud tanah tu terus taknak letak.
Mukhriz pun walaupun sangat sedap di telinga tapi adalah agak payah untuk disebut oleh kanak-kanak dan orang-orang tua.
Masa ni dah terbayangkan entah apalah Opahnya panggil nanti. huhu..
lagi pun terus teringat muka Mukhriz anak Che Det tu.
saya kalau bab2 nama politician ni agak skeptikal sikit.
tambah2 nama Anwar tu. hahaha....
makanya terus pangkah Adam Mukhriz walau pun dah lama set kat dalam kepala ni.

Lagi tak berapa hari Amsyar nak keluar, baru kelam kabut cari nama anak kat buku nama-nama bayi dalam Islam.
Kat situ saya jumpa Amsyar.
walaupun nama tu nama yang dah biasa tapi tiada Amsyar around me.
tambahan pula semasa mengandungkan dia saya adalah lembik semacam, makanya saya mahu dia jadi seorang yang cergas.
Maka jadilah Amier Amsyar.

Tiba pulak time Qisya.....termengandung sama-sama pula dengan adik ipar saya.
sambil duduk-duduk kat ruang tamu kami sembang ler adik-beradik nak letak nama apa.
Saya bagitau la nak letak nama Aireen Sofea.
pastu diorang cakap dah decide nak letak nama Ireen Darnisa.
Biras saya siap cakap siapa lahir dulu, dia la yang amik nama tu.
Oh......tak kosser saya nak rebut-rebut nama anak pulak.
walaupun dah bertahun dah set nama Aireen Sofea, ada beribu lagi nama lain untuk dipilih walaupun agak pening. hahaha...

Saya cerita pada adik angkat saya pasal hal nama baby ni lepas dah scan confirm baby girl.
lepas tu dia suggestkan nick saya sendiri yang digunakan di alam maya.
dia kata dia sukakan nama Qisya tu.
Saya bagitahu dia Qisya tu nama reka-reka saya sejak zaman sekolah.
lepas tu saya gunakan untuk semua aktiviti di internet.
Walaupun sangat suka tapi saya rasa tiada maksud yang baik.
google punya google dan tanya merata baru dapat tau tentang maksud Qisya tu.
Sangat happy dan taknak pening kepala, terus letak nama Qisya kat baby girl saya.
Lagipun, belum ada lagi Qisya kat persekitaran saya..
tambahan pulak, Qisya itu adalah saya.
dah sinonim sangat.
Sonang cerito... 

Walaupun saya rasa nama Amsyar dan Qisya senang disebut,
Opah diorang tetap berlaku 'kejam'.
Amsyar dipanggil Sepet. Qisya dipanggilnya ponyok.
nanges. 
Lepas tu bila balik Sabak Bernam yang penuh accent Jawa atau bibik2 Indon,
Amsyar terus jadi Amsor.
nanges lagi sekali.
kah kah kah...

Bila bercerita tentang nama baby ni juga,
saya sangat hairan dengan sepupu-sepupu saya.
bayangkan mereka cuma tiga orang adik-beradik,
tapi ketiga-tiga mereka mempunyai anak perempuan bernama Nur Athirah.
camno tuh?
tak konpius ke makcik saya tu bila nak panggil cucu-cucu dia?
memang pelik diorang nie.
bila ditanya kenapa letak nama sama, boleh pulak kata takde idea.
pitaammmmm.....

Saya sebenarnya sangat sukakan nama yang simple.
paling panjang pun gabungan dua nama je.
Bukan apa, panjang-panjang dan canggih-canggih sangat pun, nanti panggilnya ciput aje.
Bila ada dua, bolehlah buat pilihan nak panggil mana satu dan sebutannya penuh dan membawa maksud yang baik.
Lagi pun, takut tak terbawa baby tu dengan sesetengah nama.
contoh macam nama-nama yang para Jin suka.
kena berhati-hatilah bila dah tahu, kan?
Saya telah memberikan nickname untuk 3 orang anak saudara saya dan nama penuh untuk anak lelaki adik bongsu saya.
Nak letak nama-nama ni dah tak pening dah. ngee....

p/s : Untuk Syani adikku yang tengah preggy tu, takde idea boleh roger2 akak...hehe





Monday, 15 October 2012

Kisah seorang Qisya


Ini saya. Mama saya berikan saya nama Qisya sebab mahu saya terus hidup dalam keadaan yang baik. Sama ada di dunia atau di akhirat. Sekarang saya dah berusia dua tahun 4 bulan. Mama saya suka bercerita pasal saya dalam blog dia. Header di blog mama saya hanya menggunakan gambar saya sejak beliau menulis blog. Gambar tu tak pernah bertukar sedangkan masa tu umur saya baru berusia 8 bulan.

Adakah saya sekarang sudah tidak comel maka mama tidak mahu menukar gambar saya? Atau pun mama memang merupakan seorang blogger yang memang tak pedulikan design blognya lagi melainkan hanya buka blog untuk update entri saja? Ok. Abaikan.

Mari kembali dengar cerita tentang saya di usia dua tahun 4 bulan ini. Mama telah membelikan saya sepasang telekung. Saya berasa sangat happy dan akan ikut mama dan abah saya solat. Tapi saya belum tahu baca apa-apa melainkan sebutan Allahuakbar. Saya dah boleh ikut berdiri tegak, iktidal, rukuk, sujud dan tahiyat akhir. Cuma saya selalu confuse nak angkat telunjuk jari kanan atau kiri semasa duduk tu. Tapi tak apalah. Nanti saya dah besar sikit macam abang, mesti saya dah pandai solat sendiri.

Tapi saya sangat geram dengan abang saya.
Dia suka kata saya tidak comel. Sakit hati saya sedangkan saya tahu saya comel. Lepas tu semalam mama kata hidung saya kemek. Mama gelak-gelak. Saya tak tahu tentang maksud kemek tapi tahu mama mengata tentang saya. Saya marah dan sangat terasa hati dengan mama. Saya cubit-cubit mama dan terus menangis.

Mama bertanya Abah kenapa saya menangis. Abah pun beritahu mama sebab mama mengata saya. Lepas tu mama terus hug saya dan pujuk saya yang saya adalah baby comel mama sampai bila-bila. Hilang tangisan saya dan terus ambil tudung suruh mama pakaikan. Saya sungguh happy dan bertanya..."Adik comey, mama?" Mama terus jawab ya. Saya sungguh happy.

Saya suka sangat touching sekarang ni. Tak tahulah mengapa. Hari tu masa hantar Ucu di airport, saya pun menangis juga. Lambaian Ucu di kejauhan lalu menghilang di mata amat menyedihkan saya. Ireen, Abg Amsyar dan Abg Ryann tak menangis pun. Saya sangat sedih dan berasa ditinggalkan. Raungan saya mendapat perhatian semua orang. Sikit pun saya tak rasa malu sebab saya benar-benar sedih.

#Ucu dah tinggalkan saya....

Saya harap Ucu cepat balik. Ucu kata nak ada klinik sendiri suatu hari nanti. Moga-moga cita-cita Ucu tercapai. Saya pun nak bercita-cita sama macam abang. Kami sama-sama nak jadi pandai macam Ucu.

Pasal abang yang suka cari pasal dengan saya tu, saya akan selalu bertabah hati. Walaupun bila bau kentut je abang akan kata "Adiikkkk..." bila barang bersepah atau hilang je "Adikkkk..." bila air tumpah je dia tetap akan kata "Adiiikkkk..." , saya akan bersabar sebab saya belum pandai membalas ayat yang betul dan sesuai. Saya cuma pandai babap je dia balik dengan apa yang ada ditangan saya. hehe...

Ok. Itu je cerita tentang saya pada hari ini. Saya tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Tapi saya yakin semuanya akan baik-baik saja seperti maksud nama saya. InsyaAllah... 



Telekung cantik

Assalamualaikum...

seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini.
stock baru telekung dah sampai.
cantik-cantik semuanya.
kalau ada sesiapa berminat, jangan lupa pm saya di fb.
nak sms terus pun dialu-alukan.
















Ok.
sebahagiannya saja ye.
Yang lain-lain boleh jamu mata di Audrra Blossom .
nak tanya details boleh pm ye.
Terima kasih kepada semua yang sudi 'Like' Audrra Blossom . :)


Saturday, 13 October 2012

Stok Kain Sulam Terbaru

Pengumuman!

kain pasang sulam dah sampai stock yang baru.
silalah melawat Audrra Blossom untuk pilihan terkini.
jangan lupa pm untuk details ya.
jangan lupa 'Like' page tu juga.
Telekung akan saya update lain.




Cantik-cantik, kan?
Siapa berkenan nak tanya material ke, harga ke...
silalah pm saya atau Audrra Blossom.
kalau nak sms pun takpe.
019-2764682.
Sekian iklan untuk hari ini.


Thursday, 11 October 2012

Taman Tasik Perdana yang nostalgia

Bulan Oktober ni setiap hujung minggu dah ada jadual.
Kena attend majlis kenduri kawen dan majlis sosial yang lain.
Nak plan untuk sendiri tu tak dapek la.

Salah satu majlis last weekend yang kami hadiri terletak berdekatan di Taman Tasik Perdana.
apalagi, terus ajak encik hubby datang ke sini.
Banyak nostalgia tau tempat ni.
di sinilah taman kuliah saya sepanjang saya menjadi budak landskap.
tiap Sabtu akan ke sini untuk kelas introduction to horticulture.

teringat pulak kat Mr David yang suka membuli kami.
dia ajar kami pokok-pokok yang sudah matang dan dewasa.
tapi bila test, dia tunjukkan kami anak-anak pokok.
kena jenis palma yang konfem2 tegak sebatang dan ada pucuk daun je pulak tu.
adoiiii......tensi. 
kalau rumput pulak lagilah.
diletaknya dua helai daun cinonet je.
geram betul kitorang. hahaha...

itu kenangan dulu-dulu zaman remaja yang indah.
bawa bekal makan ramai-ramai di taman sementara menunggu Mr. David sampai.
lepas habis kelas, meronda pulak di KL.
seronok ajelah kalau aktiviti dengan kenkawan ni.

selepas berbelas tahun, saya datang lagi ke sini.
kali ni dengan encik hubby dan anak-anak pula.
feeling? mestilah happy.
nak tau sangat macam mana keadaannnya sekarang.
masih cantik lagi,kah?

 #sampai-sampai je.... berlarian dua beradik ni tak sabar nak masuk taman.



 #abang! abang! tuyun laaa...... jerit si Qisya. hehe


 #hoih....penat woo berjalan dalam tu. Last2 naik bas kecik macam trem kat zoo tu. Bayarannya RM1 seorang. Semata-mata kami je kat dalam bas tu. Dapatlah meronda taman tasik tanpa perlu berpenat.


 #pelancong asing yang ramai lepak kat sini.


#bas ni siap bawa ronda pusing Muzium Negara lagi. Sekarang ni sedang diadakan pameran tentang Perawatan Tradisional. Pameran bomoh-bomoh le kot. Kami tak turun kat sini. Nantilah lain kali bawa Amsyar ke sini. 


 #teringat adegan arwah P. Ramlee dalam cerita Masam-masam manis kat sini.


 #erk! Balik kenduri kawen berbaju kurung meronda Taman Tasik nampak mcm preggy 9 bulan. wakaka...
Qisya melalak masa ni sebab gayat. Ok. Ini first time pose letak tangan kat dagu, hoccay...terserlah kepoyoan di situ. LOL...


 #Qisya ni cepat teruja kalau nampak budak-budak lain. Friendly kemain ...
Busuk-busuk pun Tagetes Patula, ia tetap bunga yang menawan. Maka haruslah amik gambo di sini..



 #seronoknya berlarian...


 #saya suka la beca buruk tu. Ala-ala taman di English Garden.


 #masa nak snap piccy yang ini, ada tourist Jepun yang suka sangat tengok Qisya. Kawaaaiii je disebutnya. hehe..




 #suka kemain la si Amsyar tu..


#yeayyy....kami dah sampai di sini...

Rasa tak puas ronda kat sini sebab lepas tu kena pergi majlis birthday anak kawan pulak.
tak dapatlah nak menyinggah di taman Burung dan yang lain-lain tu.
semalam encik hubby ajak pegi sana lagi.
eh? suka pulak dah.
nama je orang KL encik hubby saya ni. 
KL pun tak habis ronda, camno.
ok....weekend ni, jom!