Thursday, 29 November 2012

Jalan-jalan di expo MAHA 2012

Event dwitahunan yang paling best di Malaysia ni pada saya ialah ekspo MAHA.
Kalau zaman sekolah dipanggil Hari Peladang, Penternak dan Nelayan... sejak beberapa tahun lepas, lebih eksklusif dipanggil MAHA.
Memang best.
Kalau boleh taknak miss langsung.
Mesti ambil cuti siap2.

MAHA 2012 header
#poster MAHA 2012

Kali ni tak dapat pergi dengan encik hubby sebab dia busy dengan kerja.
Jadi, kali ni pergi join adik ipar, biras, mak mertua saya dan Amsyar.
Nangis-nangis si Amsyar nak mengikut.
Yang kelakarnya masa turun kereta masih mengengkang lagi disebabkan baru bersunat.
Elok je sampai kat pavillion negeri-negeri, kemain terus sihat walafiat.
Siap berlari bagai. hehe..

#Laman Tiba 2.


#senang sungguh kambing ni. Makan daun Acacia je.


# semangatnya badan..


#penuh sesak dengan pengunjung.


#ada funfair..


#Laman Sayur.


#selalunya ada kat US je labu gergasi ni.


#excited betul...


#lagi sorang makhluk excited.


#Amsyar dan Ommi dia.


#menapak ke pavillion negeri-negeri pulak.


#penuh dengan landskap-landskap indah.


#cantiknya..


#ok. pintu yang cantik. :p

#bestnya kalau ada kebun belakang umah macam ni.

Huahuahua....letih pulak dok copy paste gambar dari FB.
Banyak pulak tu.
U olls tengok kat SINI je la.
Saya dah kasi public.

Angkara berjalan beribu langkah di MAHA 2012....

#terkopak habis kasut baru saya. 

Kalau tak disebabkan balik kampung minggu ni, mau saya pergi lagi ni.
Macam-macam jenis makanan ada wehhh...
Tak payah dah nak pergi ke negeri tu, negeri ni.
Di MAHA 2012 semua ada.
Memang best. :)


Sensitiviti terhadap musibah

Apa perasaan anda bila melihat gambar-gambar di bawah.

Lori ikan terbalik di luar negara.
#google

Lori tembikai terbalik di Malaysia.
#google.

Lori beras terbalik di Malaysia.
#google

Lagi gambar lori beras terbalik di highway PLUS tahun 2011. 
#google

Van terbalik bawa tong duit syiling. Insiden tahun lepas juga di Malaysia. Tak malu mengutip hak orang.
#google.

Adakah ini semua lambang rezeki tergolek?
Durian runtuh wooiii.....cepat kutip untuk diri sendiri, cepat!
Eh, macam tu?

Bukankah ini semua adalah MUSIBAH?
Kenapa mesti mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain?
Saya terpaksa untuk menulis entri sebegini disebabkan gambar di bawah.

#Gambar paling popular hari ini di Facebook. Kemain ramai yang like. Kemain ramai yang komen ala2...
"apa lagi wehhhh....jom kutip!!" Seronok, ehh?

Saya tak tahu kenapa.
Adakah masih terkesan dengan kisah di Palestine, saya tidak memandang kepada durian.
Tapi saya memandang kepada lori dan pemandunya.
Kesian sungguh.
Bagaimana ramai yang menganggap ini adalah gambar yang lucu?
Yang ada elemen kelakar?
Tahu tak betapa payahnya nak mengutip durian di dusun?
Tahu tak betapa banyak kerugian yang ditanggung tuan empunya durian?

Ok. malas nak membebel sangat.
Apa yang saya nampak, orang Malaysia kurang sensitivity.
Dua hari lepas, saya ke kompleks PKNS....penuh balik Mc Donald.
Padahal minggu lepas, sunyi je.
Sigh.... :(


Wednesday, 28 November 2012

Snow White Filem dan Snow White dalam family

Minggu ini adalah marathon layan movie Snow White.
Adalah melampau betul, tahun ini saja ada lebih 3 buah filem snow white.
Takde idea dah kot.
Kebanyakannya pelik-pelik pulak jalan ceritanya.
Saya rasa macam tak fairy tale dah.

Senarai dah tonton.

1) Snow White and the Huntsman (yang ni tengok wayang)
Watak Snow White dilakonkan oleh si Bella Vampire.
Mak tirinya pulak si Charlize Theron yang cantik menawan. (mak tiri Snow White paling cantik dan berkuasa di antara mak tiri Snow White yang lain.)
Perkara pelik yang saya tak boleh terima-----> ada ke pulak Snow White bercinta dengan pembunuh upahan. Adehhhh....

Watak Snow White dilakonkan oleh Lily yang comel dan mak tirinya Julia Robert.
Mak tiri dalam versi ini adalah agak kelakar.
Perkara pelik yang saya tak boleh terima -----> Snow White menyanyi dan menari ala-ala Hindi di hujung cerita. Rasa nak nanges wehhh......tetibe pulak ada  elemen hindustan ada dalam fairy tales.
Sila lap air mata sebab pengarahnya ialah Tarsem Singh.

Adoiiii......ini adalah Snow White yang terhampeh.
Banyak sangat yang tak boleh terima.
-  Rambut snow white yang blonde???
-  Takde seven dwarf tapi ada elves???
-  Ada rasaksa macam komodo???
-  mak tiri yang dah la tak lawa lepas tu nak berebut boyfren si Snow White???

argghhh......dengan sehelai baju je dari mula sampai penghujung cerita, Snow White versi ini adalah paling teruk.
Rasa menyesal pulak tengok. keh keh keh..

Ok. Yang ni rasa tak ingin tengok langsung.
Fail.

Disebabkan saya takde cermin sakti tu, makanya Amsyar la yang jadi cermin, kan?
Makanya soalan saya pada dia.....
"dalam ramai-ramai aunty Amsyar kannnn......siapa yang paling cantik?"
Tersengih-sengih dia memikirkan jawapan.

#Aunty Iema ke?

#Ucu atau Aunty Amni ke?


#Aunty Eirna ke?


#Aunty Dija ke?


#Mak Su ke?

#Chik ke?

Ya. Amsyar ada makcik2 yang cantik.
(matik la saya kena bash ke...kena ambush ke....wakaka...)
Last but not least.....ini yang sebenonya nak tanya.
"Mama cantik tak?"
Tengok Amsyar tersengih-sengih tengok siling sambil garu-garu kepala...
"Ok. Tak payah jawablah. Abang sayang mama tak?"
"Mestilah sayang." jawab Amsyar.
"Walaupun mama tak cantik?"
"Haaaaa leee...." jawabnya lagi.
"OOOOoooooo.....maknanya mama tak cantik la ye?" tu diaaa. 
Padan muka sebab nak sangat jawapan. kah kah kah...

#tak cantik pun tepek jugalah. Mama sayang abang sampai bila-bila.




Tuesday, 27 November 2012

Border lace penyeri baju

Sekarang ni trend patch2 border lace pada baju kurung tengah menjadi-jadi.
Kalau dulu, ramai segan nak buat sebab rasa terlebih glamour macam baju pengantin pulak.
Tapi kini tidak lagi.
Maka dengan itu Audrra Blossom mengambil peluang untuk turut menjual border lace ini.
Buat masa ini, koleksi belum banyak lagi tapi akan diusahakan mengikut permintaan.

Disebabkan border lace ini selalunya dijual beserta kain plain pasang tidak kiralah satin, chiffon atau cotton yang pastinya harga mencapai ratusan ringgit, makanya pihak Audrra Blossom buat masa ini membuat pendekatan hanya menjual border lace sahaja. 
Jenis kain yang diinginkan boleh juga ditempah. 
Maklumlah, masing-masing punya citarasa tak sama dan sesetengah tu pula tiada idea nak padankan border lace dengan pilihan warna/material kain yang sesuai. Betul tak?
Maka pihak Audrra Blossom dengan besar hati ingin membantu.
Jangan malu dan segan untuk pm Audrra Blossom di FB.




#Semuanya berharga RM19 semeter (1 layer). Kalau nak lagi cantik, silalah tambah manik-manik pada border lace.

Sedikit contoh daripada baju adik-adik saya yang menggunakan border lace untuk dijadikan penyeri baju.

#tengok baju adik ipar saya yang di tengah-tengah tu. Cantik, kan?


#ulang tayang lagi gambar kami berlima. Border lace tu boleh letak di bahagian pergelangan tangan baju, kaki baju, bahagian dada baju. Dan saya juga turut meletakkannya di tudung (ada baki yang berlebihan takkan nak buang, kan?)


Ok. Siapa-siapa nak bagi bajunya tambah elegan, silalah roger-roger saya.
Hanya RM19 untuk 1 meter (1 layer).
Nak buat tempahan sedondon satu keluarga sempena Majlis apa-apa pun boleh.
Terima kasih. :)




Sunday, 25 November 2012

Siapakah blogger popular kepada orang sekeliling anda?

Setiap blogger pasti ada blogger feveret sendiri, kan?
Tak kiralah disebabkan orangnya yang cantik ke, yang pandai bercerita ke, karakter ke atau segala faktor-faktor lain yang mempengaruhi sebab-musabab u olls asyik nak ke blog beliau hari-hari.
Mesti ada dan senyap-senyap sendiri sudah la..hehe.

Ok. Siapa pulak blogger yang popular kepada orang sekeliling u olls?
Tak kiralah kawan-kawan setempat kerja ke, keluarga ke, saudara-mara ke, kawan-kawan sosial network ke..... siapa?

Adalah ironi sekali blogger yang paling popular pada orang sekeliling saya ialah sifu saya di alam blog yang merupakan follower pertama blog ini,  penjejak cbox blog ini yang pertama dan paling best ...
penyumbang besar trafik ke blog ini.
Siapakah beliau?
Beliau ialah ana suzana .
dan sila percaya.....beliau jugalah satu-satunya blogger yang pernah saya berjumpa selain orang sekeliling saya yang memang dah ada blog.

Kebanyakan diorang tak kenal Hanis Zalikha ke, Cik epal ke, Fatin Liyana ke (yang sangat dah sinonim pada para blogger)......tapi ana suzana selalu ada dalam topik sembang-sembang terutama bab masak-masak mengalahkan blogger Mat Gebu pulak.
Encik hubby sebagai contoh boleh tanya kat saya siapa host Mad Market kat tv tu.
hehe...sabo je la hanis Zalikha.

Buktinya macam kat bawah. 


#terima kasih ana. Erk! first time cecah lebih 1k sehari...:)


Apabila kezen saya yang jauh di mata pun sibuk nak link2 tutorial masakan ana kat FB, adik-beradik dan sedara mara pun bercerita jugak pasal blog ana, rasa nak je nyelit bagitau....weiiiii.....aku pun ada blog gak weiii...taknak jenguk ka....tak nak tolong link kan ka...? hahaha.... (agak sadis di situ..)

Well, kalau ramai yang hairan kenapa beliau seorang yang murah rezeki, ini jawapannya.
Jangan kedekut, jangan kedekut dan jangan kedekut.
Ana seorang blogger yang bila dia share info apa-apa terutama mengenai masakan, dia akan bagitahu dengan detail.
Brand apa yang diguna beserta sukatannya sekali.
Tak seperti blogger lain yang cerita sikit-sikit je tentang resepi selepas tepek gambar makanan.
Padahal katanya terel masak tapi kedekut resepi.
Pernah jumpa tak jenis macam tu?


#kawan saya berjiran dengan ana suzana. So, boleh le nak berjumpa kejap.

Saya tak rajin nak berjumpa blogger di alam nyata.
Walaupun hanya di alam maya, semuanya ada tempat di ruang hati saya.
Terima kasih pada ana dan semua blogger yang dikenali di alam maya ini.
Semoga terus berblog untuk berkongsi ilmu dan berkongsi citrawarna kehidupan.

p/s: Ana....lasagna satu bekas! hehe...



Saturday, 24 November 2012

Kuota upload gambar di blog sudah habis

Memandangkan blog ni memang suka tepek gambar melambak-lambak kat blog, makanya semalam adalah hari terakhir saya sedap-sedap tepek gambar sesuka hati.
Sudah cukup sudaahhhh....kata si Google.
Kedekut beno. grrr...



Sebenarnya ada cara kalau u olls nak mengelak dari membayar kat Google tu.
Sedikit pencerahan, tuan blog ni adalah pemalas sangat tang nak buat tutorial bagai.
Lagi pun, blog ni hanya blog picisan luahan rasa saja.
Tapi......disebabkan ramai juga yang bertanya macam mana nak buat, makanya dengan penuh kasih sayang saya bagitahu caranya.
Simple-simple punya penerangan, boleh faham, kan?
kalau tak faham, silalah tanya lagi.

1) Sila create akaun gmail yang baru. Gmail sahaja.

2) Buka dashboard blog u olls.

3) Klik Setting yang berada di sebelah kiri blog.

4) Di bahagian 'Permission' klik Add authors

5) masukkan acc baru gmail yang  di create tadi. Klik Invite authors

6) Sign out dari acc asal blogspot.

7) Sign in pulak acc baru gmail tadi. Di inbox tu terus klik line biru dan terus automatik masuk ke dashboard blog.

8) Untuk dapatkan semua fungsi blogspot ----> Sign out.

9) Sign in balik dengan menggunakan acc asal blog.

10) Klik Setting ----> di bahagian 'Permission' lihat bahagian 'Blog Authors'

11) Klik anak panah Author dan silalah pilih Admin.

12) Dah siap. Makanya bolehlah tulis dan tepek-tepek gambar menggunakan akaun gmail yang baru.

Tak faham sebab takde gambar?
Silalah tanya. Sekian. :)




Friday, 23 November 2012

Bakal pereka fesyen tersohor

Naik pening sebenarnya dengan perangai si kecik Qisya Audrra.
Hari kedua selepas abangnya bersunat, dia baling lego kat bebird abang dia.
Hari ketiga pulak, dibalingnya lori mainan.
Tak ke naya abangnya tu.
Kesian sungguh tengok penderitaan Amsyar dibuat adiknya.
Sekarang ni bila abangnya tak sihat, dia dah tak jadi keruan kot sebab takde member nak main bersama.


#lawa sangat la fesyen macam ni? See? Dah haru biru kekdahnya.....kah kah kah...

Adoii....pening mama dibuatnya.
Sudah la mamanya 'bercinta' sangat bab-bab lipat kain ni, dapat pulak si kecik yang rajin memunggah.
Sabar sajalah....

p/s: sebenarnya nak tambah gambar lagi, dan-dan habis kuota pulak dah. Haisshhh....kedekut betul bagi 1G je. 



Thursday, 22 November 2012

Umur 13 tahun dah bernikah

Baca paper hari ni terkejut jugalah.
Sportingnya ibu bapa diorang.
Macam-macam persoalan tiba-tiba datang menyerbu.
Banyak sangat pro dan kontra yang perlu difikirkan sebenarnya.

Adoiiii....makin advance budak-budak sekarang ni.


#sumber : Harian Metro

KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.
Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
Apa-apa pun, doakanlah yang baik-baik buat mereka.
Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.





p/s: maunya mokcik tak terkojut.....umur macam tu mokcik pun belum baligh lagi. huhu...




Wednesday, 21 November 2012

Kisah Amsyar berkhatan

Amsyar dah selamat bersunat pada hari Isnin lepas.
Mula-mula nak hantar klinik biasa je.
Kitorang book awal sikit sebab maklumlah, musim cuti sekolah hujung tahun ni biasanya ramai budak-budak nak bersunat.
So, bayaran yang akan kena bayar untuk di klinik biasa ialah RM170 untuk kaedah clamp.
Kalau kaedah jahit, RM160.
Pada saya, tak kisah la.
Ok la tu.

Tak lama lepas tu, Tok bah si Amsyar call suruh bersunat di Fakulti beliau saja.
Ada 3 orang pakar bedah yang akan uruskan program berkhatan ramai-ramai.
Mak aiii.....pakar bedah?
Kemain si Amsyar. hehe..

Apalagi...terus cancel book yang kat klinik tu.
Seronok juga nak tengok hospital baru UiTM ni.
Sekarang ni masih dalam keadaan membangun.
Office Tok Bah si Amsyar pun belum masuk perabot yang sepenuhnya lagi.
Coming soon akan jadi macam PPUM.
Tapi menurut my FIL, sekarang ni public sudah mula digalakkan untuk pergi ke situ.

#Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh.

Malangnya saya terlupa nak bawa kamera.
Sedangkan Amsyar adalah satu-satunya anak lelaki saya.
Mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir saya menguruskan hal bersunat anak.  :)

Kami sampai di sana dalam pukul 10.30 macam tu.
Happynya si Amsyar sampai naik hairan saya dibuatnya.

#kemain buat peace...


Selepas daftar, terus masuk wad untuk ambil berat, tinggi, tekanan darah dan sesi interview dengan Doktor kat situ. 
Tanya macam-macam pasal history perubatan Amsyar.
Sungguh cantik Doktor tu. (menambah sengih si Amsyar).


#eh? Peace lagi? (guna kamera h/p je.)

Dah settle semua, nurse suruh buang air siap-siap dan tukar baju untuk pakai ke dewan bedah.
Prosedur ni rasa nak tergelak pun ada juga.
Bayangkan Amsyar pakai macam ni, siap bersarung kepala ditolak dengan sekali katil nak masuk ke dewan bedah sambil baring macam nak operate sakit yang serius.
Abah dan Tok Bahnya sekali pakai baju bilik bedah tu.
Dari tingkap kecil di pintu sebelum masuk ruang untuk ke dewan bedah tu, dia sempat lagi menyengih sambil melambai saya.
Wah! Kagum saya.
Kalau saya dalam keadaan dia, dah tentu seriau gila melihat begitu ramai yang hanya nampak mata. hehe..
Doktor yang mengkhatankan dia tu, pakar bedah breast cancer.

Tak sampai sejam kemudian, FIL dan encik hubby pun panggil saya di ruang menunggu bagitahu dah settle.
Terus excited tanya encik hubby.
"Macam mana Amsyar?" tanya saya.
"Meraung juga dia masa kena cucuk jarum bius tu." jawab encik hubby.

Hehe....ingatkan langsung tak nanges. 
Tapi dia memang berani.
Sampai je kami kat wad, tengok dia tengah lunch.
Senyum memanjang.

Lepas tu, kitorang pun terus lunch dan jalan-jalan kat office baru FIL saya.
Amsyar dah boleh keluar lepas pukul 2 petang.
Pesan siap-siap kat dia jangan bergerak banyak sangat.
Sekarang memang la tak sakit, takut sampai rumah kang asyik nanges je tanggung sakit.


#macam ni la dia kat rumah. Encik hubby fikir guna buai si Qisya ni dah habis kretip le ni. hahaha...

Masa ni dia tengah sedih, "takde sape tengok Aca ke? Aca sakit ni....aritu Uncle cakap nak datang."
Dah petang, ubat bius dah hilang, rasa sakit tu pun datang.
Lepas Maghrib, sorang Aunty Uncle pun tak nampak.
tambah lagi sedih di hati.
"Aca rasa semua orang tak datang tengok Aca."
"Ada. Nanti diorang datang la tengok abang." pujuk saya.
Hadoiii....tetibe pulak segala sengih hilang digantikan feeling sentimental pulak dah.

Tapi nasiblah lepas Isya' tu Tok Bah, Ummi, Uncle Is, Aunty Dija dan Aunty Amni datang.
Baru happy balik dia.
Sensitip gak budak ni ye. hehe..
Malam tadi ada lagi Uncle dan Aunty yang datang.
Ryann dan Irene pun ada.
Dah ramai budak-budak, banyaklah barang mainan yang dikeluarkan.

Makanya sebelum sempat nak kemas mainan selepas diorang balik malam tadi, Qisya telah sempat membaling lego yang telah bersambung ke arah tempat kecederaan Amsyar.
Boleh bayangkan macam mana?
Melalak la apa lagi.
Patutlah Amsyar beria-ia selepas sunat suruh jaga adik, jaga adik.
Apa nak buat, terjadi juga. huhu...
Sorry abang... mama tak sempat nak rescue.
Mama harap abang cepat sembuh.
Kuatkan semangat...abang kan dah jadi big boy?