Friday, 28 December 2012

Pilih suami atau ibu mertua?

Semasa kursus Bahasa Inggeris hari tu, teacher kitorang bertanyakan satu soalan yang saya rasa kita patut fikirkan sama.
Soalannya berbunyi begini,
"Kalau suami dan ibu mertua ada perselisihan faham atau perbezaan pendapat, kita sebagai isteri patut menyokong siapa?"
Saya ditanyakan soalan ini.
Lantas saya menjawab, "Mother in law!"
"You are crazy!" kata teacher tu kat saya. hahaha...

Tak pasal-pasal saya dapat 'crazy'. ekeke..
Memandangkan jawapan saya seperti lain dari kebiasaan, saya redha sajalah.
Yang lain-lain semua jawab 'husband' sebab nak jadi isteri mithali atau pun taknak dapat word 'crazy' daripada teacher tu. 
Lantak.

Tapi yang lawaknya, bila soalan tu dah habis ditanya pada setiap orang...
Teacher pun bagitau jawapan yang sepatutnya.
"The answer is mother in law." kata beliau.
"Semua suami mahukan isterinya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan ibu mereka. Cuma mereka tidak akan bagitahu." kata beliau lagi.

Heheh. Saya dah tersengih.
Saya jawab mother in law sebab bila saya bersembang dengan ibu mertua saya, saya rasa lebih difahami jika dibandingkan dengan suami saya.
Kami selalu bersependapat dalam banyak perkara.
Lagi pun pada saya, seorang ibu tidak boleh diganti jika nak dibandingkan dengan isteri.
Bukan membodek atau apa, saya juga mahukan menantu yang rapat dengan saya suatu masa nanti.
Tapi apasal dia kata saya 'crazy'? kah kah kah...

So, korang nak pilih siapa?


#saya sayang mak mertua saya. :)



Monday, 24 December 2012

Tempah kek home made di Kulim

#Cantik tak?

Ok.
Kek di atas adalah hasil tangan adik saya yang tinggal di Kulim nun.
Saya sangat kagum dengan kek-kek hasil tangan beliau.
Semuanya sedap-sedap belaka.
Terutama cheese cake coklat dia.
Teringat-ingat tau.

Makanya saya ingin mewar-warkan mereka yang inginkan kek yang sedap, dibuat di rumah dan disediakan oleh Muslim serta diyakini 100% kebersihan dan kesedapannya.....silalah hubungi beliau (Ezan Cakehouse) di talian 013-5964919 untuk tempahan.
U olls pasti puas hati.

#kek karamel


#Blueberry cheese cake. Rasa nak nanges tengok sambil terus rasa teringin nak makan. huhu..


#Apam polkadot.


#Kek Coklat kukus lapis cheese. Faveret saya ni. Apesal sedap sangat? Nanges lagi sebab teringat-ingat.


#Carrot cake.


#Red velvet.

Sesiapa warga Kulim yang nak menempah, sebarang pertanyaan silalah hubungi beliau (Ezan Cakehouse) di talian 013-5964919.
Setakat ini, kek yang ditempah hendaklah diambil sendiri di Taman Mutiara, Kulim.
Tak rugi tau.
Memang semuanya sedap belaka.
Tak percaya, silalah cuba.



Perginya kerana Leukimia

Saya selalu mendengar tentang leukimia daripada kisah drama di tv dan dari penceritaan novel.
Hanya di situ tapi tidak dari orang sekeliling saya atau saudara mara mereka sehinggalah ianya hinggap di tubuh sepupu saya.
Seperti baru semalam saya bercerita tentang kek perkahwinan sepuluh tingkatnya.
Saya hanya ceritakan tentang kek tapi tidak pengantinnya yang ketika melangsungkan perkahwinannya itu, beliau sedang menderita leukimia di stage 3.
Dia ceria, dia bahagia....mana mungkin saya nak mengingatkan tentang penderitaannya.
Ketika itu, kami semua hanya berharap dan berdoa semoga dia akan terus sihat untuk menempuh alam perkahwinan.


Leukimia rupanya adalah kanser yang agak unik.
Kesakitan itu datang dengan cara on off.
Makanya rutin keluar masuk wad adalah biasa.
Sihat dan sakit silih berganti sehinggalah malam Jumaat lepas.

Akhirnya sepupu termuda saya yang penuh senyuman itu pergi selama-lamanya.
pergi ketika usianya masih dalam 20an...
pergi ketika baru beberapa bulan mendirikan rumahtangga.
Dan di majlis tahlil malam itu air mata seakan tidak mahu berhenti.

Memikirkan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT itu.
Terlalu kerdil dan lemahnya kita semua di sisiNya.
Terlalu dekatnya kita semua dengan kematian dan tidak ketahui bilakah waktunya.
Betul-betul menyentuh hati saya.
Lebur keinginan membeli S3.
Lebur keinginan menambah koleksi peribadi berlandaskan nafsu.
Saya mahu ke sana.
Menjadi tetamu rumah Allah di Mekah.
Mohon doakan saya dan sedekahkan al-Fatihah buat sepupu saya Sohana bt. Abd Shukor.
Al-Fatihah.



Terima kasih sudi baca.
Luv,




Thursday, 20 December 2012

Dress peplum punya cerita

Sekarang adalah musim peplum.
Ada jenis yang seksi iaitu peplum dress yang pendek.
Ada jenis yang sweet iaitu peplum kurung.
Ada jenis yang agak kasual ala-ala blouse.
Memang tengah 'in' sangatlah sekarang ni.
Boleh tengok kat shopping kompleks yang jual-jual baju sekarang ni, yang banyak-banyak tersarung di mannequin tu semuanya peplum dress.

Ok. Apa benda sebenarnya peplum tu?
Peplum yang dimaksudkan di sini ialah fesyen baju yang agak kembang di bahagian pinggang.
Bukan buah plum, okeh?
Saya bukanlah fashion designer nak terangkan detail pasal peplum ni.
Terpanggil nak menulis pasal ini pun disebabkan terbaca komen-komen yang sampai bergaduh tentang siapa yang keluarkan fesyen ini.

#peplum dress versi seksi.
*google.

Nak tergelak saya dengan perangai golongan fashionista memberikan komen.
Siap boleh marah-marah orang yang tak kenal pereka fesyen.
Apa kes sampai wajib kenal golongan tu?
Lainlah u olls itu adalah golongan selebriti, vvip atau model....ye tak?
Atau pun banyak duit nak nak suruh diorang sendiri yang buatkan baju u olls tu?
Itu haruslah.

#peplum kurung design by matase sutera. Sweet dan sangat cantik, kan?
*google.

Makanya kenapa peplum itu tengah 'in' sangat sekarang ni?
Ini adalah kerana golongan designer telah mempopularkan kembali fesyen peplum ini.
Bukan sebab si polan-si polan yang merekacipta fesyen ini.
Fesyen ni dah lama, ia cuma dipopularkan kembali.
Peplum mungkin berasal dari peplos.
Peplos tu ialah fesyen baju warna polos yang berpinggang yang dipakai oleh orang Greek pada zaman dulu.

Jadi, kita akan biasanya melihat dress-dress peplum adalah berwarna polos.
Makanya tak perlulah nak bergaduh bagai siapa yang cipta peplum ni.
Zaman opah-opah kita pun dah ada yang pakai ala-ala peplum ni.
Zaman Saloma pun dah meriah.
Bila dah jadi trend ni, sesuai sangatlah peplum polos u olls dihias dengan border lace seperti gambar di atas.



Audrra Blossom border lace.

Set untuk membuat baju kurung moden dan peplum beserta border lace kebiasaannya berharga agak mahal.
Itu belum lagi nak upah tukang jahit, betul tak?
Makanya saya membuat pendekatan untuk menjual border lace sahaja yang boleh disesuaikan dengan material kain pilihan anda mengikut citarasa masing-masing.
Senang kalau macam tu.
U olls boleh dapatkan di Audrra Blossom dengan beberapa pilihan warna border lace yang akan ditambah lagi koleksinya pada masa akan datang.  Insya Allah..
Singgah, tau.
Sesiapa yang belum 'Like', sudi-sudikanlah....

Terima kasih sudi baca.
Luv,



Cepatnya masa berlalu

Amsyar dah berusia 8 tahun.
Di hari jadinya yang baru-baru ni, saya hanya sempat membelikan sebiji kek sahaja disebabkan Uncle Isnya dah belikan KFC yang diminta.
Dia mintak kat mama tapi dapat dari Uncle.
Memang terbaiklah Uncle.
Tu pasal la anak buah sayang bebenor. hehe...

Amsyar adalah anak yang senang dijaga ---->sehingga hari ini. (harap-harap sepanjang hayat)
Dia tak rajin minta itu ini dengan kami.
Alhamdulillah, membawa beliau di shopping complex, tak pernah la ada adegan meraung, menangis dan mengguling-guling nak barang mainan. (kecuali kes kat Genting dia nanges sebab frust sangat tak dapat naik roller coster kes tak cukup tinggi)
Selamatlah juga kami ni daripada malu akibat karenah anak-anak kekdahnya.

Sempena dia bersunat hari tu, dapat jugaklah dekat 1k. (berbaloi gak ye sakit bebird. hehe)
Saya cadangkan supaya duitnya disimpan di Tabung Haji, dia setuju je.
Bila dah sampai hari jadinya yang langsung dia tak pernah request untuk diraikan, apatah lagi meminta kek atau apa-apa hadiah melainkan KFC, hati saya tersentuh juga.
Makanya kami raikan juga dia dengan sebiji kek Cheese Boston.

#tu diaaaa... potong kek macam nak belah buah tembikai. hahaha...


#simple je keknya. 

Tengok daripada pemilihan kek tersebut, taulah siapa yang sebenarnya mengidam cheese kek, ye dak? kikiki...
Tapi betullah.
Bukan setakat nak meraikan tarikh hadirnya Amsyar ke pangkuan kami, tapi meraikan mamanya juga yang bertarung nyawa melahirkan Amsyar.
Jenuh juga menahan contraction lebih dua hari.
Sakitnya teringat-ingat sampai sekarang, tau.
So, haruslah tumpang sekaki tiap kali birthday anak-anak.

Cuti-cuti sekolah ni memang seronoklah dia.
Tak nak duduk rumah sendiri.
Rumah Opah... seronok main keliling rumah dan rumah sepupu-sepapat.
Rumah Umi... seronok main Ipad, psp dan tengok cartoon astro sesuka hati.
Kemain seronoklah.


#heaven sungguh, ye Amsyar. Apa motif tayang perut, tak tahulah. 

Tetiba rindu pulak tengok dia masa kecik-kecik dulu.
Dia dulu lebih cerah berbanding Qisya.
Macam budak Korea.
Dah sekolah, hilang tah ke mana budak Korea.
Gelap semacam.


#umur 8 bulan.


#umur 10 bulan. (alolo rindunya mama ni.... huhu..)

Rasa sekejapnya masa berlalu.
Rindu sungguh pada zaman anak-anak masih baby.



Wednesday, 19 December 2012

Kursus Bahasa Inggeris itu menakutkan

Agak lama tak hapdet lantaran dipaksa menghadiri kursus Bahasa Inggeris.
Saya rasa macam dipaksa sebab dah hujung-hujung tahun, buku log latihan pun dah dihantar, tetiba nama naik lagi untuk pergi kursus.
Bahasa Inggeris pulak tu!

Untuk saya yang 'pandai bebenor' English ni,
memang rasa scary memanjang le.
Tau le kan feeling kena bercakap sorang-sorang kat depan tu, nak menahan ketarnya macam mana.



#di hati rasa macam gini yang sebenarnya. hehe..


Tu la, vongok lagi English.
Maunya tak, semenjak berkhidmat dengan gomen dengan persekitaran yang langsung sepatah haram tak bercakap bahasa Inggeris (melainkan bahasa di komputer) hampir 10 tahun...makanya makin bertambahlah rasa 'pandai bebenor' bahasa Inggeris tu. hahaha...

Disebabkan saya ni pandai pretend pandai tapi sebenarnya tak pandai,
*saya sangat sedar diri, okeh. :p
Makanya saya nak share dengan u olls pulak my 50 words essay about my husband yang saya jenuh tahan ketar semalam.

My husband

My husband is my best friend in my life. He is very kind, thoughtful and lovely husband.
Whenever I find difficulties in what ever situations, I would ask him to help me.
He always remind me to be a good person and Muslim.
I love him very much and I hope our marriage will be everlasting forever.

Kah kah kah...
Matik la saya kena gelak dengan u olls.
tambah-tambah Teacher Nick dan Mr Clive tu.
Sila komen dan betulkan mana-mana yang salah, ye sifu English! :p

Nak tahu kenapa saya pilih tajuk di atas?
Ada sorang blogger femes beranggap saya ni ibu tunggal bila baca blog saya disebabkan saya sangat kurang bercerita tentang encik hubby saya apatah lagi nak tepek gambar dia.
Mestilah.
Encik hubby adalah eksklusif, what? heheh.

So, balik semalam sambil mood lalalaa bagitau dia.
"Abah, u know? Tadi mama cerita about u dalam English class. Dengan tak malunya Mama confess I love my husband infront all of them. hahaha..."
U guess what?
I got loads of kisses after that. bhahaha.....
*sila muntah hijau sekarang. kah kah kah....

p/s: I like the teacher very much. Now i'm happy to see her again for today class. (eh tetibe nak ber English la pulakkk.....wakaka... :p)



Monday, 17 December 2012

Restoran Murni

Dah lama nak cerita pasal Restoran Murni yang jadi feveret kitorang adik-beradik sebelah encik hubby.
Bila rasa nak makan menu macam-macam, kat sinilah tempat pilihan kami selain Restoran Rishadh.
Memang terbaiklah.

#cawangan berhampiran Mentari Court.

Semua style makanan ada di sini.
Namakan saja nak makan ala-ala western, mamak, Thai, Chinese, Melayu semua ada.
Big portion pulak tu.
Siapa-siapa yang tank kecik, bolehlah share saja makanan u olls tu.
Air pun gempak-gempak jugak tau pada harga yang berpatutan.
Memang sesuai sangatlah nak ajak keluarga dan rakan-rakan makan beramai-ramai.
Citarasa masing-masing tak sama, kan?
Makanya di Restoran Murni ni suka hatilah nak makan apa.

#Makanan cepat sampai. Makanya adik-adik yang bawa kereta berdesup dah sampai dulu. Setibanya kami di sini, ada yang dah nak habis makan.


#tak sempat nak ambil gambar makanan diorang, makanya ambil muka je la.... :p Hoho...comel giler si kecik Ariq. Happy je dia sepanjang masa kat sini.

Mari lihat menu yang diorder oleh family anak sulung yang sampai lambat ni.

 #Pilihan saya. Spagetti meatballs. Harga RM13. Memang sedaplah meatballs tu.



 #Chicken chop pilihan Amsyar. Harganya RM8. Licin Amsyar makan.



 #Haha...elok-elok je muka si Ryann di antara batang straw dan sudu tu. Btw...air ni namanya Pink Panther. Harga RM5.00 untuk saiz medium. Dalamnya ada buah laici dan tembikai. Nata de Coco pun ada. memang sedap melampaulah air ni. Feveret kitorang semua. Tengok le tu. Atas meja je lebih 5 gelas air jenis ni yang biasanya share sebab besar gelasnya.


 #Yang ni pula pilihan saya pada malam tu. Sour sop blended. Memang terbaik jugalah.


#Ini pula Mee Raja pilihan encik hubby. Antara menu unik yang ada di Restoran Murni ini.

Banyak lagi menu-menu best di Restoran Murni ni.
U olls boleh la try antara menu-menu yang saya ambil gambarnya dari FB Restoran Murni.


#Roti Hawai.


#Spagetti seafood. RM10.00.

#Nak makan nasi berlauk pun ada.


#Mee Karachi.

Ehh...
banyak melampaulah menu-menu best di Restoran Murni ni.
U olls boleh la datang sini dan cuba sendiri.

Kat sini saya tepek sikit info pasal Restoran Murni.

#Google map

A) 53 Jalan SS 2/75
     Petaling Jaya, Taman Sea

B) 39-41, Ground Floor,
     Jalan USJ 9/5p, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Subang Jaya
     012-339 2599

C) 13 Jalan Kerai 8/12
     Seksyen 8, Petaling Jaya
     012-339 2599

D) 2 Jalan PJU 1/3d
    Sunway Mas Commercial Center, Petaling Jaya
    012-339 2599


Haaa...
saya dah cerita pasal Restoran Murni dengan jayanya.
So apa lagi?
Pi ajak adik-beradik kaum kerabat sahabat handai u olls makan-makan kat sini.
Pasti tidak mengecewakan.


p/s: Tokeh Restoran Murni kena bagi saya diskaun ni. kikiki...



Thursday, 13 December 2012

Fadhilat Surah al-Kahfi



#Google


#Facebook




Hebatnya Surah al-Kahfi ini kerana barangsiapa yang membaca 10 ayat terawal setiap kali Jumaat (waktu Maghrib hari Khamis hingga maghrib hari Jumaat) nescaya terlindung dari segala fitnah mahupun Dajjal sepanjang tempoh di antara Jumaat hingga Jumaat berikutnya.


Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."

 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ] 

#sumber : Facebook I Luv Islam

#Google


Mari kita ambil manfaatnya dan sama-sama amalkan.



Ronda-ronda Queensbay Mall

Saya sebenarnya teringin sangat nak naik Bukit Bendera.
Entah berapa kali dah ulang alik Pulau Pinang tu tapi masih tak sampai-sampai ke atas bukit tu.
Kali ni pergi pun masih tak dapat lagi.
Puncanya ada masalah kat cable car Bukit Bendera tu.
Terlanggar ular sawa la, rosak la.
Sekarang ni tak tahu pulak apa masalahnya, lagi pun hujan pulak tu.
Makanya, ronda-ronda ke Queensbay mall je la.

Queensbay Mall ni macam bangunan pasaraya Jusco yang lainnya juga.
Cuma yang ni special sikit sebab betul-betul di tepi pantai menghadap Pulak Jerejak.
Dekat dengan area pantai Seagate tempat saya suka melepak dengan kawan-kawan dan berdatim zaman muda-muda dolu.... 
Lama juga bangunan ni terbengkalai sebelum siap jadi cantik macam ni.
Alang-alang ke Penang, haruslah singgah.

Ops! Ekceli.....saya follow adik saya je.
Dia punya idea la mengajak lepak kat Queesbay Mall.
Mula-mula ingat nak pergi sendiri bawak anak-anak buah je.
Alih-alih masa melawat Kak Kamsiah blogger dari Kulim tu, adik-adik call nak join sekaki jalan-jalan ke Penang.
Kitorang pun memang happy je kalau pergi beramai-ramai.


#tetiba bateri kamera kong. Nasib ada kamera Chik. (gelabah biawak dah rasanya masa ni nak beli S3. ekeke...)

Ok. Idea naik feri ni idea saya.
Lama sangat dah tak naik feri Pulau Pinang ni.
Burung undan pun baru saya tahu selepas baca nama salah sebuah feri Pulau Pinang ni.
(masa zaman kecik-kecik dulu la)
Memang nostalgia sungguh bila nampak Komtar.


#nampak Star Cruise pulak. Ish ish ish....bilalah pulak mokcik nak merasa naik Star Cruise tu. 


#Queesbay Mall. Cantik terletak di tepi laut.
*google

#Seronok Qisya dan sepupu-sepupunya mengadap kek.


#Agak-agak la pun budak-budak ni. RM158? @_@ . Nasib tak mintak. hahaha...


#pilih-pilih donut di JCo.


#cantik je belon purple tu.


#Touching wooo tengok gelagat Mya dan Qisya. Sayang bebeno kat adik sepupu tu. Masa ni kasut Qisya tercabut talinya. Mya siap angkat Qisya letak atas bangku lepas tu tolong pakaikan kasut Qisya. Sweet giler la tengok diorang.


#Qisya dan Maksunya depan foodcourt.


#Barli lemon yg diminum Qisya tu sedap pulak rasanya.


#Ingat nak lepak-lepak kat tepi laut sambil makan KFC tapi disebabkan hujan, terpaksalah lepak kat foodcourt je.


#mak-mak dan anak-anak.


#Mya dan Qisya.

#Depan lif pun menyempat. hehe...

#meninggalkan Queensbay Mall.


#follow Pak Su je.


#Balik ikut Jambatan Pulau Pinang pulak. Teruk giler jem. huhu...

Balik singgah rumah Pak Su dulu.
Sempat le jugak melayan Adam dan Hawa. 
tak dapat naik Bukit Bendera pun tak apa.
Dapat jalan-jalan dengan adik-beradik pun dah ok.
Lain kali kalau ada rezeki sampailah ke Bukit Bendera tu.


Terima kasih sudi baca.
Luv,