Awal 2013

Sebagai manusia, kita semua sentiasa diuji.
Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah.
Macam roda, gitu.
Susah adalah ujian, senang pun adalah ujian.
Apa saja kekhilafan atau ujian kita di masa lalu yang pernah buat kita mengalirkan air mata,
itu semua adalah kifarah atas dosa-dosa kita sama ada yang kita tahu atau pun tidak.

Dalam perhubungan sesama manusia pula,
Dibenci di sini, disayangi di sana.
Tidak dipeduli di sini, dihargai pula di sana.
Itu semua adalah pelengkap hidup.
Kita pun tak mampu nak menyukai semua orang, kan?
So, pandai-pandailah menjaga hati sendiri supaya tak busuk.
Rajin senyum tapi memiliki hati yang busuk dan bertoksin tinggi pun tiada gunanya.
*bukan yang sakit fizikal tu tau.
 Ingat tu ya sayangs sayangs semua. :)

Untuk saya, awal 2013 ini bermula dengan baik.
Satu demi satu berita baik diterima dan perkara baik berlaku dalam hidup.
Alhamdulillah.
Nikmat manalah yang mahu kudustakan.
Tidaklah mahu saya kongsikan semuanya.
Tersilap karang ayat nanti, difikir riak pulak.

Disebabkan salah satunya saya dah share di FB, saya kongsikan di sini pulak ye.
Saya telah memenangi tempat ketiga Peraduan Kenali Potensi si Manja Dutch Lady pada Jumaat lepas.
Hadiahnya merupakan bekalan susu membesar untuk Qisya selama setahun.
Dan Jumaat lepas juga seketul Be Nuffnang saya si Digi tu telah memecah rekod pendapatan saya melalui Nuffnang sejak saya letakkan Nuffnang ads di blog ini. 
Cukuplah itu sahaja ya.
Yang lain-lain perkara yang menggembirakan saya, belum tentu menggembirakan orang lain.
Tak percaya, cuba post sesuatu yang menggembirakan u olls di FB.
Tengoklah siapa gerangan yang 'Like'. ekeke... 
*rasa tercuit pulak di hati tetiba

Tak semua sudi berkongsi kegembiraan dengan kita.
Pemahaman masing-masing tak sama.
Niat nak kongsi tapi ada yang cop riak berlagak.
Tapi chill sajalah.
Ubat hati mereka yang terkena toksin berkadar tinggi tu bukan pada kita.
Betul, kan?
Jom sama-sama kita bersihkan hati lapangkan dada.
InsyaAllah yang baik-baik akan datang kepada kita.
Amiiinn.....


#dah selamat renew passport... :)





21 Comments

  1. semoga sentiasa bergembira :)

    ReplyDelete
  2. @Rapunzeel Cikilolo

    terima kasih. Semoga kita semua memiliki hati2 yang gembira dan bersyukur... :)

    ReplyDelete
  3. tahniah atas kemenangan itu..sama2 kita muhasabah diri kita..

    ReplyDelete
  4. wah..baru renew passport tue nak kemana plak tue..hihi :P

    ReplyDelete
  5. bersyukurlah sbb tuhan mudahkan pintu rezeki tu terbuka..tahniah..tp passport tu renew sbb nk melancong oversea ker? :)

    ReplyDelete
  6. @kak nora

    terima kasih kak nora. Betul tu kak nora. Rajin muhasabah diri membantu kita menjadi insan yg lebih baik. Kalau tidak di mata manusia, tp Allah yg Maha Mengetahui. :)

    ReplyDelete
  7. @casablander

    ada rezeki dan jika dipanjangkan umur, maka senanglah nak ke mana2 kalau passport dah ada. hehe...

    ReplyDelete
  8. wah nak g melancong ke.. bestnya

    ReplyDelete
  9. @kopi pasta
    alhamdulillah.... insyaAllah jika panjang umur dan diluaskan rezeki. :)

    ReplyDelete
  10. @NURULHANIF

    tak semestinya melancong baru renew passport. hehe....

    ReplyDelete
  11. tahniah kak yana.. hehe passport tu macam hint nak holiday je. best la...

    ReplyDelete
  12. @lynn kamarul

    Thanx AJ. Ha'ah...hint je...hehe..

    ReplyDelete
  13. Yela....semoga tahun 2013 membawa seribu kegembiraan buat kita semua..tu renew paspot tuh nak keman Cik Yana?

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..moga terus baik hendakNYA...

    renew buku merah nak kemana kak..?

    ReplyDelete
  15. salam kak.wah.rezeki anak.boleh jimat budget utk beli susu utk tahun ni.semoga rezeki makin bertambah.amin

    ReplyDelete
  16. @noornazuha
    amiiinn... saje je renew. hehe... :)

    ReplyDelete
  17. @Cik Nur

    amiinnn....untuk Cik Nur juga mudah2an. :)

    ReplyDelete
  18. @Ima Salsuzaima

    w'salam. Akak doakan untuk ima juga. Semoga bertambah yg baik2 hendaknya. Amiin..

    ReplyDelete
  19. tertarik pada ayat "jaga hati sendiri supaya tak busuk"

    rasa macam comel jer ayat tu..hehehe

    ReplyDelete