Friday, 18 January 2013

Bersyukur dan duduk diam-diam!

Assalamualaikum...

Selain listen listen, ada kisah lain diajar kak pah.
Dia suruh bersyukur.
Ya betul.
Bersyukur adalah sesuatu yang dituntut agama.
Tapi dari konteks yang bagaimana ya?
Kau kena bersyukur dan duduk diam-diam.
Kalau kau bersuara, itu maknanya komplen.
Komplen maknanya tak bersyukur.
So, bila ada sesuatu yang berlaku dan tidak memuaskan hati, hatta menindas kau di sebalik senyuman...
kau kena diam ....diam!
Bersyukur, bersyukur dan bersyukur.
At least kekejaman yang dilakukan terhadap kau tidak melibatkan darah macam di Syria, macam di Palestine.
Siap senyum-senyum, kata-kata manis dan janji beserta sedikit cenderahati dan makan makan....hati kau sudah terpedaya.
Alhamdulillah...bersyukur.
Negara ini aman, kau sihat walafiat, family kau sejahtera...kau kena bersyukur.
Heh, begitu ye?
kau sedang dilenyek dan diperbodohkan, kau kena bersyukur.
Bersyukur, beb. Bersyukur.


#mak saya berjaya mengekalkan harga ais krim Malaysianya pada harga 10 sen berdekad lamanya. 


Maka saya kembali melihat ke masa silam.
Selama 11 tahun iaitu dari darjah satu hingga Tingkatan 5 perbelanjaan saya hanya 40 sen sehari.
Tak pernah komplen. Dah rezeki macam tu.
Bersyukur dan bahagia je rasanya.
Oh, masa tu belum faham sebab bukan saya yang mencari rezeki.
Dan kini saya pulak yang mencari rezeki.
Saya mula rasa banyak perkara berlaku kepincangan yang boleh diperbetulkan kerana ia melibatkan pendapatan saya.
Malangnya saya hanya rakyat marhaen dan tiada tempat untuk bersuara melainkan kawan-kawan dan keluarga.
Kuat komplenkah jika saya bersuara?
Tidak bersyukurkah saya?
Di manakah pandangan kita jika ada keluarga atau kawan-kawan yang mengadu tentang masalah hidupnya?
Nak suruh dia keluar dari Malaysiakah?
Tak bersyukur katanya... meh kita tendang dia keluar?
hoho....kalau cenggitu, sebijik macam Kak Pah.

Kau dah hidup selesa, jawatan tinggi, bergaji besar....lepas tu nak sound-sound orang yang lebih susah supaya bersyukur. Kemainnnn.......




29 comments:

  1. khennnnn... kemain lagi.. ko dah idup senang ko lupa plak t/jawab ko pada yang susah khennnn

    eden lu belanja sek 20 sen. tapi bawa bekal la

    p/s: Ko merujuk kepada pelantun 'listen'

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok ingat zaman sekolah dulu. nasi lemak boleh dapat harga 10 sen. Skrg ni nak jumpa RM1 punya nasi lemak dah kira bersyukur....

      Delete
  2. assalamualaikum.... (tadi masuk rumah u lupa bagi salam) minta maaf yeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.... tak menjadi kesalahan di blog ini. hehe....

      Delete
  3. tu la . dia tak cuba untuk berada di tempat org lain . dia fikir dia dah senang so suruh org lain bersyukur . better migrate ke negara lain la kalau macam ni . hehh

    ReplyDelete
  4. salam yana :)

    ayie dulu suka aiskrim malaysia yg diperbuat dari bubur kacang, cendol atau milo...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...

      semua tu ada dalam jualan mak saya. Panas2 layan aiskrim Malaysia mmg layan. hehe..

      Delete
  5. kerana dia tak berpijak di mana kita berpijak? secara realiti...

    ReplyDelete
  6. Dulu2 rajin buat eskrem Malaysia sendiri.. La ni malas dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak suka perisa Milo. Kalau balik kg tu, bukan budak2 je asik bukak katup fridge mengerjakan aiskrim...mak bapak budak pun join sekaki. hehe..

      Delete
  7. itulah yang patut kita rasa bersyukur sebab diberi bernafas lagi...
    sedapnya ais kerim malaysia ni...wlaupun dijual murah moga rezeki sentiasa melimpah ruah lagi amin...

    ReplyDelete
  8. bersyukur di atas limpahan nikmat dari Nya. yg pasti kena didik diri jgn merungut

    ReplyDelete
  9. errkk..tak tahu nak komen apa..melainkan terliur tgk ais krim tu..
    lama tak jumpa n mkn ais krim malaysia..!

    akak..nak sepolohh..!
    hehehehe... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe nur...akak pun x tau nak reply komen org2 yg tak faham entri akak ni. hahaha....
      jom layan aiskrim lg baguih...

      Delete
  10. baru minggu lepas makan eskem malaysia tu.. nyum!! teringat zaman sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiskrim ni wajib beli time balik sekolah agama tiap petang.. :)

      Delete
  11. isu hangat ni Yana... :)


    malaysia tak boleh di bandingkan dengan negara lain.. tapi manusia boleh pula di bandingkan dengan binatang? hurm... ya.. jaws pun ada masalah kan yana kah..kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu hangat pada diriku juga. hehe...

      aku ada masalah. Tp masalah besarnya aku x dapat jumpa jaws. So tak dapat nak share masalah dgn beliau. Masalah aku bila bgtau manusia, balik2 suruh bersyukur je. Malas dah aku ni nak citer. hahaha...

      Delete
  12. heheh..aku masa mula2 baca entry ni, aku nak bantah tau..sebab kak yana suh duk diam2, bersyukur dan jangan komplen apa2..dalam hati aku masa awal2 tadi, "apa kaitan komplen dgn tak bersyukur? kan lain2 tu..komplen bukan maknanya kita tak bersyukur"

    then bila terus2kan baca, baru aku faham..hehehe

    tapi memang betul pun..komplen bukan bermakna kita tak bersyukur..komplen tu means kita nak keadaan jadi lebih baik..kalau diam duduk macam org bodoh, sampai bila pun keadaan kita akan kekal di takuk lama..kot..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. H....alhamdulillah...ada yg baca dan faham betul2 apa akak tulis. hahaha..
      happy betul rasanya. Thanx... :D (sengih sampai ke telinga)..

      Akak harap, golongan yang dah hidup selesa....bila dengar luahan hati kesusahan sesiapa pun janganlah sesekali cop orang tu kuat komplen dan tak bersyukur. Belajarlah jadi pendengar yang baik sekurang2nya walaupun rasa sgt jengkel. Kau tak rasa apa yang dia rasa dan lalui. Tak gitu kan H??? :)

      Delete
    2. yup..itu la..tak semua org akan lalui pengalaman yg sama..:)

      Delete
  13. kite kecik2 dulu pun tolong mak meniaga eskrim malaysia ni.. masa nak buat tu malas yang amat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kecik2, mak suruh apa pun malas rasanya. hahaha...

      Delete
  14. Di zaman yg serba canggih ni nak brain wash org dgn berumpankan gadget,
    rasa saya masa dulu2 di zaman kegemilangan university2 M'sia
    tak pernah dibuat perkara keji mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Zaman dulu, perjuangan penuh keikhlasan. Tak payah umpan apa-apa pun. Sekarang ni, serba-serbi materialistik. Ada imbuhan, prinsip pun boleh tergadai.

      Delete