Kenangan bersama Nokia

Zaman pengajian saya di alam kampus, sesiapa yang memiliki handphone dianggap sangat kaya.
Memang hebat sangatlah sesiapa yang memiliki handphone walaupun handphone zaman itu bersaiz bata.
Bil untuk handphone pun masa tu semuanya mahal.
Sewa bulanan sahaja dah lebih RM60 , belum pakai line lagi.
Punyalah rasa tak mampu nak memiliki handphone hinggalah saya dah bekerja.
Itu pun selepas beberapa tahun.
*atau dengan kata lebih mudah, selepas jumpa encik hubby. ekeke...

Handphone pertama saya berjenama Siemens.
Saya cuba google, tak ada pulak imej model yang saya pernah guna tu.
Punyalah rare! hehe...
Walau pun zaman tu Nokia dah mula menguasai pasaran tapi saya belum terjebak lagi hinggalah keluar model Nokia 3310 yang tersangat hot tu.
Saya rasa masa zaman tu, semua orang pakai Nokia 3310 (tige tige sekupang).
Sana-sini boleh kata nampak orang pegang handphone jenis tu.
Zaman Nokia 3310 jugalah bermulanya eksesori telephone dipelbagaikan.
Macam-macam rupa, sampai saya pun terjebak nak tukar-tukar kaler body dia.


#yang pernah jadi sahabat-sahabat saya yang masih saya simpan.

Lepas tu, keluar pulak Nokia yang dipanggil butterfly.
Lebih kecil, nampak feminin dan ada skrin cahaya biru.
Mula-mula saya nampak bos saya pakai.
Punya la beliau bangga tunjuk-tunjuk kat kitorang ni yang handphone dia skrin biru.
Masa tu mula-mula keluar harga RM 1400.
Kira kitorang ni rasa kagumnya macam tengok sesiapa pakai S3 sekarang ni la kiranya.
Tapi masa tu je la.
Lepas tu tak hairan dah sebab saya pun pakai butterfly tu jugak lepas Nokia 3310 saya kena kebas.
Hampeh betul.
Kata nak beli, terus bawak lari.

Lepas tu beli Nokia 5210 pulak.
Sangatlah berjasa hinggalah handbag saya dikebas Indon.
Selepas dah kebas semua duit, handbag dipulangkan kembali bersama handphone tu.
Pelik juga dia tak ambil handphone saya.
Tapi masa handbag hilang tu dah terkocoh-kocoh beli handphone paling hujung tu.
Konon-konon sementara je,
Tak sangka la pulak beliau terus berkhidmat dengan jayanya sehinggalah dijirus air oleh si kecik Qisya.
Meninggal terus jawabnya.
Walaupun beberapa kali Qisya baling handphone tu ke dinding, ke pintu dan merata tempat lagi kalau dia tengah melalak, handphone tu langsung takde cacat cela.
Tahan sungguh handphone nokia ni.
Friendly user pulak tu.
Puas hati betul.
Kalau masih sihat, harus tak bertukar handphone lagi gamaknya. hehe....



Terima kasih sudi baca.
Luv,


9 Comments

  1. Tak pernah beli NOKIA sebab dapat 2nd hand abah punya yang 3310 tu.

    ReplyDelete
  2. bila tgk telfn biru awk tu,trgt hp nokia 5300 sya tu..warna merah..hp tu kena curi waktu menuntu blja kt p.pinang..rumah sewa kena pecah masuk..tp redha jer la..lps dari tu,trs xmaw pakai nokia,cz rindu~~ hehe

    ReplyDelete
  3. henfon pertama yg aku beli, nokia 3310..beli 2nd hand jer..rm250 kalau tak silap..nombor celcom pulak rm100 masa tu..punya la mahal..

    after that, ada la beberapa telefon nokia yg dah lupa model apa..tapi skg ni, dah beralih ke sony..:D

    ReplyDelete
  4. nokia mmg tahan lasak..kira sesape yg tak lasak2 tu eloklah pakai nokia..

    nur dulu..puas jugak pakai nokia..segala mcm nokia pernah pakai...huihihih

    sekarang akak pakai phone ape..?

    ReplyDelete
  5. siemens... hehehe.. lama tak dengar brand tu.. ia adalah lagenda...

    ReplyDelete
  6. ni mmg epic..kesian nokia sekarang dah dilupakan..

    skg zaman samsung,iphone dengan bekberi je kan..haha

    ReplyDelete
  7. yana...hp skrg walau canggih tp tak tahan lasak..mudah benar meragam kalau terjatuh...nokia dulu2 boleh buat baling kucing..tetap tahan hehe..

    ReplyDelete
  8. masih simpan nokia ayam 1...senang kl jadi ape2 dgn fon skg ni...bateri nokia tahan..selambe je 3/4 hari...

    ReplyDelete
  9. wah kak . ada lagi ek simpan . mana la tahu kot-2 satu hari nanti hp tu jadi barang antik . titibe ada org offer nak beli harga ribu-2 . perghh kaya tu kak :D

    ReplyDelete