Menulis dari hati

Di saat hampir merajuk dengan Nuffnang yang sangat kedekut dengan saya ni,
akhirnya semalam saya seakan dipujuk dengan dua mesej dari silent reader saya di FB.
Waaahhhh......saya ada silent reader!

Saya fikir, blog picisan saya tempat melepak saya ni hanya dibaca kaum kerabat saya saja.
Tak pun, rakan-rakan blogger di mana kami sering berbalas komen di blog.
Paling-paling tak pun, rakan-rakan blogger yang berblogwalking untuk tambah traffik.
Selain itu, penyumbang traffik yang lain di blog ni selalunya pencari info.
(saya masih hairan dengan traffik untuk fadhilat surah al-insyirah tu)
Mana mungkin saya ada silent reader.
Saya bukan pandai bercerita pun.
Main taip je kadang-kadang.
Letak resepi pun jarang-jarang.
Tiba-tiba ada pulak yang sudi baca cerita saya.
(shy shy cat tetiba. ekeke...)

To tell the truth, sangat happy lah!
Siapa-siapa yang silent reader blog ni, janganlah shy shy cat juga.
Jemput-jemputlah add saya di FB.
Nak komen-komen kat sini tapi takde akaun google memang payah le sikit.
kat FB tu boleh tinggal-tinggalkan mesej.
Boleh hai hai... kekdahnya.

Saya hanya bercerita.
Yang membacanya u olls.
Penilaian karakter seseorang pasti boleh dinilai dari gaya penulisan.
Harapnya penilaian di hati u olls itu yang baik-baik sahaja hendaknya.
Amiiinn.....

Terima kasih sudi baca.
Luv,




11 Comments

  1. Kak ina lah silent reader tu...keh keh keh...macam tak pernah jumpa yek :)

    ReplyDelete
  2. kdg2 bila busy,jdi silent reader je..ada masa,teringat..bru dtg komen balik :)

    ReplyDelete
  3. kdg2 bila busy,jdi silent reader je..ada masa,teringat..bru dtg komen balik :)

    ReplyDelete
  4. @ZalinZalina

    rindu le dgn kak ina. Bila kita boleh nak berdatim ye? hehe...

    ReplyDelete
  5. @Eca Dwinky Asha

    sama la dgn akak, eca. Lagi akhir tahun bertambah bz pulak dah. Tak sempat nak komen2... :)

    ReplyDelete
  6. saya pula pembaca setia blog ni :)

    ReplyDelete
  7. @❤Kamsiah❤

    hahaha.....mmg malu2 meow nih. :p

    ReplyDelete
  8. @boni kacak

    Thanx Boni... sengih sampai ke telinga. kikiki....

    ReplyDelete
  9. sy bace jugak...cam smlm org kol, bace info dari blog, segan la plak..hahaha.shy shy jugak...

    ReplyDelete
  10. mesti ade silent reader tu..
    tapi mana boleh bising2...hihihi

    ReplyDelete