Murni Discovery cawangan Bukit Jalil

Malam minggu lepas, lepak kat Murni Discovery lagi.
Kali ni nak cuba yang dicawangan Bukit Jalil pulak.
Menunya sama dengan cawangan lain.
Cumanya di cawangan Bukit Jalil ni kawasannya lebih luas.
Jadi susunan meja tidaklah sesak sangat.
Ada lebih ruang di antara meja buat suasana nak makan lebih selesa gitu.
Ini kelebihan yang agak ketara berbanding cawangan lain.


 #Amsyar dan Qisya mula-mula tu happy la.



 #Tak lama selepas tu, mula membosan...



 #Iklan kejap. Siapa nak baby dia kulit licin dan moist macam saya masa baby, sila order VCO Catalyst dengan mama saya. Sila makan semasa mengandung, ye.



 #Amsyar dah darjah 3 dan suka makan sekarang ni. Pipi dah tembam semacam.



 #Pilihan encik hubby spageti Olio seafood.



 #Nasi goreng cina. Qisya masa ni dia kenyang lagi, tu yang membosan je tu macam-macam aksi dibuatnya.



 #Sambil makan, sambil perati orang. Lepas tu nyanyi. Ni tengah nyanyi le ni sampai ternganga mulut tu. Entah lagu apa tak tahulah.



 #Mee Karachi pilihan saya. Memang terbaiklah. 



#Sizzling Chicken chop pilihan Amsyar. Budak ni kalau order makanan, kemaiinnn....


Air wajib kitorang, Pink Panther la apa lagi. hehe..
Tapi tak snap le pulak.
Boleh tengok kat SINI .
Keseluruhannya Murni Discovery cawangan Bukit Jalil ni lebih selesa dan santai. 
Cuma servisnya agak lambat sikit berbanding cawangan lain.
Cubalah makan-makan kat sini.
Memang puas hati.


p/s: sesiapa nak order Felinna, VCO Catalyst dan Gula Stevia Jun sila pm saya ye. FB Yana Halim






6 Comments

  1. Mee Karachi... fes time dengar.. sedap ek??

    ReplyDelete
  2. Ala2 mee bandung tp agak kering sikit dan pedas.

    ReplyDelete
  3. nampak sedaplah Mee keranchi tu..!
    Terliur nur..hihihi... :)

    comel ank dara akak...! geram tgk..!

    ReplyDelete
  4. mee karachi tu nampak sangat mengiurkan lah..

    ReplyDelete
  5. Dekat dengan rumah saya. Saya paling suka nasi goreng meletop ayam pandan! :)

    ReplyDelete