Tambah ilmu di KL Birdpark

Hujung-hujung minggu kalau tiada agenda sosial, makanya mari bawa anak-anak jalan-jalan sambil menambah ilmu.
Sabtu lepas, tiba-tiba encik hubby ajak ke KL Birdpark.
Ehhh...apa lagi... seronok la anak-anak.

Memandangkan masa pergi tu masih dalam cuti sekolah, kemain ramai orang.
Tapi kebanyakannya tourist luar negara.
Rasa macam international sungguh masuk dalam KL Birdpark tu.
Tiket untuk pemegang mykad RM 25 untuk dewasa dan RM 12 untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun.
Rasa macam mahal, tapi bila masuk dalam tu kira agak berbaloi jugaklah.


Cantik, tak? Rasa nak lepak kat sini lama-lama.

Memandangkan gambar adalah terlalu banyak, nanti kang habis space lagi.
Makanya haruslah belajar main collagekan gambar.
Terima kasih adik angkat saya yang comel Syani yang sudi menunjuk ajar.
(watermark belum sempat design lagi. Tenyeh dari picasa je dulu ni. hehe)


Di pintu masuk KL Birdpark.
Akhir tahun banyak pula promosi. Terlepas la pulak. huhu...



 Memang seronok bawa budak-budak ni.
Qisya sangatlah suka memerhati. Rasa berbaloi bawa dia.


Amsyar naik seriau bila tiba-tiba seekor burung terbang menghala ke arahnya. Saya pun cuak juga. Mana taknya, besar tau saiz burung tu. Dalam KL Birdpark ni kita akan bersama-sama burung tu. Ala-ala Jurasic Park pun ada. Nasib takde dinasor. ekeke...


Menambah ilmu dengan membaca semua papan kenyataan.
Hornbill itu adalah enggang dalam Bahasa Inggeris.
Ooooo......baru nak tahu. Kih kih kih...



Kami pencinta flora dan fauna.
(geram dengan Qisya ni time ni la pulak buat muka nak nanges)



Kolam ikan pun banyak di sini. Nampak tak budak latin baju oren tu? Hensem betul. Kecik-kecik dah ensem. Besar nanti tak tahulah.
Memang seronok bagi ikan makan.
Nak beli makanan ikan dan burung ada kiosk kecik kat situ. RM 1 sahaja.



Kelakar betul masa kat photo booth ni.
Ada family arab tu sampai menjerit-jerit bila diletakkan burung pada diorang. Paling comel si burung hantu kat belakang diorang tu la. Cool je. Qisya pun tumpang hairan tengok family arab tu.



Ini di kawasan burung nuri. Cantik-cantik burungnya. Kalau ada DSLR mesti best dapat tangkap gambar-gambar cantik.
Qisya happy sangat sampai tak mahu dipegang. Dia tiba-tiba feeling jadi Dora the explorer.
Suka sangat tengok burung merak. Cantik katanya.



Yang ni pun adegan lawak juga. Ada pulak tiga ekor burung dok escort kami jalan-jalan. Dah macam tourist guide je gaya diorang tu. (eh? diorang? kikiki...)
Tapi serius comel tengok jalan terkedek2 tu.



Di zone waterfall. Banyak merak berkeliaran di sini.
Jenis-jenis bangau pun banyak kat sini.
Memang sangat cantik.



Di Learning Station. Rasa macam kat Tadika pulak kat sini. Lama tak tengok anak-anak ayam. Cute sangat. Qisya dah excited sangat dah tengok anak-anak ayam ni.
Si Amsyar pulak saya paksa baca semua info di dinding.
Walau pun dalam English, Amsyar berjaya habiskan semua bacaan. Happy mama ni.
Tengok telur-telur ostrich yang besar tu terus bayangkan....'.boleh buat dua pinggan telur dadar ni.' hehe...



Di kawasan ostrich. Sebelum balik, snap balik area pintu masuk. Punyalah ramai pelancong. Datang Malaysia ni, KL Birdpark tempat wajib singgah ke? Tapi rasa rugi jugaklah kalau kita rakyat Malaysia tak explore KL Birdpark ni. Nanti hujung minggu kalau ada kelapangan dan budget lebih tu, bawalah anak-anak ke sini. Memang sangat berbaloi-baloi.



Berjaya merembat fridge magnet KL Birdpark. Sangat colorful. Cantik.


Rasa lama sungguh taip entri ni.
Gigih woooo....sila berterima kasih dengan meletakkan komen banyak-banyak. hahaha..

Terima kasih sudi baca.
Luv,


20 Comments

  1. mahal jugak tiketnya ya...mcm taman rama2 penang...tunjuk mykad..dapat la disakun skit...

    ReplyDelete
  2. memang rasa mcm mahal tapi belum tentu lagi nak pegi tiap tahun. ekeke...
    kira berbaloi la dpt jalan2 dengan burung2 cantik. :)

    ReplyDelete
  3. syioknyer dapat jenjalan..

    ReplyDelete
  4. huwargh tak pernah masuk sini pun, kasihan haha.
    happy 2013 sis!

    ReplyDelete
  5. @Nz

    kat mana2 pun happy kalau bersama family. Insya Allah.. :)

    ReplyDelete
  6. @sis92
    yo! lama x menyinggah sini ye sis92 yg macho. hehe... happy 2013 too!

    ReplyDelete
  7. bagus gak kalau dapat pegi...rase cam dekat dengan alam...terkadang otak nie perlu jugak santapan yang tenang cam suasana hijau nie...hihihi

    ReplyDelete
  8. menarik jugak ek..hehe dok kl tp tak pernah pegi..

    ReplyDelete
  9. @khusaini yusof
    betul2....asyik hadap skrin pc dan hp je, mata kena rehatkan jugak. :)

    ReplyDelete
  10. @Aei Amrun

    sy pun byk lg yg belum di explore kat KL ni. Macam2 ada rupa2nya... :)

    ReplyDelete
  11. ikan2 tu geram tengok..oklah harga tiket tu...harga standard

    ReplyDelete
  12. aik? sempat lagi tgk bdk latin hehe..mcm best je.^^

    ReplyDelete
  13. @the malay male

    bukan burung je, semua flora dan fauna.. :)

    ReplyDelete
  14. @sindarella-tyra

    dah dia tercogok kat depan burung tu. Snap sekali le. hehe...

    ReplyDelete
  15. Teringin gak nak pegi bawak anak2 jejalan.. tapi la ni dah tak larat nak jalan lama2..

    ReplyDelete
  16. wah besnya tempat ni :)

    ReplyDelete
  17. mmg byk benda yg beolhe budak2 belajrkan...

    jgn kata budak2...kita pun boleh beajar sama..!

    ReplyDelete
  18. taman tasik perdana.. dah lama tak pergi ke sana.. memang sangat2 mendamaikan kalau lepak kat sana...

    ReplyDelete