AEON Big Riverwalk Village

Assalamualaikum....bismillah...

Hujung minggu adalah hari menyongket sekeluarga.
Walaupun encik hubby ada appoinment, saya dengan anak-anak akan mengikut juga.
Mana boleh, masa tu la nak bawa anak-anak jalan-jalan, kan?
Kebiasaannya saya dan anak-anak akan meronda di kawasan sekitar berdekatan encik hubby berjumpa dengan klien atau ejen beliau.

So, minggu lepas adalah giliran AEON Big Riverwalk Village.
Dulunya adalah Carrefour tapi sejak November 2012 dah bertukar ke AEON Big.
Terletak di jalan Ipoh, kawasan ni sangat menariklah.
selain AEON Big yang terletak di Riverwalk Plaza, shoplot di sekitarnya adalah sangat menarik.
Terlalu banyak tempat makan yang best-best.
Dekorasi shoplot semuanya cantik-cantik dan dihiasi landskap yang menarik.

Setiap lorong ada nama tersendiri macam Art street, Food Street dan lain-lain.
Kami lepak makan di foodcourt yang terdapat di Food Street.
Tak tahu nak makan apa sebab terlalu banyak pilihan.


#Foodcourt Riverwalk Village. Ada bubu-bubu ikan tergantung....ala2 village/kampung le konon ni...hehe...



#Bumbung-bumbung stall beratap daun nipah...



#Qisya dan Qina.....comey sungguh si Qina ni...



#Riverwalk Plaza yang menempatkan AEON Big...



#Baking Express. Boleh tengok baker uli tepung buat roti kat sini.



#Unik, kan? 



#landskap di foodcourt area...



#parking ada grass grid siap ada waterfall di tembok.


Ok jugaklah lepak di sini sebab banyak kedai makan best.
Tapi malangnya saya tak nampak river pun. kikiki.... 




10 Comments

  1. wahhh..mmg cantik n unik kan kat sini..best shopping kt sini =)

    ReplyDelete
  2. dah cantik...
    banyak pembaharuan sekarang...pengurusan baru...........

    ReplyDelete
  3. bina ram sangat cool...

    ReplyDelete
  4. jalan ipoh kl ni eh? tgk roti gebu tu selera pulak :D

    ReplyDelete
  5. akak pulak,kat mana pun besr kalau RM banyak hehe...
    tp tempat tu nampak sgt menarik..

    ReplyDelete
  6. xde river eh...
    saje gimik je kot..hihih...

    uniklah pintu warna warni tu..
    nampak cantik..

    ReplyDelete
  7. yana, lenkali sila belanja aku makan kat sini hehehehehehe

    ReplyDelete
  8. best tmpat mkn santai mcm ni :)

    ReplyDelete
  9. kenapa saya tak pernah tau tempat ni??? ruginya. saya sangat suka tempat2 macam ni yg tak crowded sangat just nice untuk lepak santai (skema ayat nih)

    ReplyDelete