Monday, 25 February 2013

Fatih Seferagic - Patut jadi Idola remaja Malaysia

Assalamualaikum....bismillah...

Masya Allah..... baru berkenalan dengan suara Fatih Seferagic.
Kagum sungguh bukan kerana parasnya tapi kagum kerana beliau seorang tahfiz 30 juzuk al-Quran di usia 12 tahun!
Di usia 17 tahun, Fatih Seferagic juga merupakan seorang guru Al-Quran di Texas, USA.
Sila sebut Masya Allah lagi kerana... Texas setakat yang saya tahu di usia ini hanyalah tempat asal para cowboy Amerika.
Masya Allah.... ada seorang hafiz bersuara merdu di sana!
Tak sangka betul.

Fatih Seferagic ni berbangsa Bosnia, di lahirkan di Jerman dan kini menetap di Texas.
Yang buat saya kagum sangat tu, tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukanlah alasan untuk beliau tidak menghafal al-Quran.
Hebat, kan? rasa macam nak buat menantu. wah wah waahhh....
Jom dengar bacaan Fatih semasa menjadi imam.





Alangkah bagusnya kalau remaja Malaysia menjadikan Fatih  Seferagic ni idola remaja.
Daripada sibuk hafal lagu Korea yang tak masuk SPM tu ok sikit la kalau pilih lagu Justin Bieber untuk belajar English.
Tapi daripada fanatik  sangat kat Justin Bieber pulak, lebih baik la minat kat Fatih Seferagic ni.
Untung-untung je dapat pahala bila hafal al-Quran.
lagi bagus gitu.



#Ok. Yang manakah pilihan hati? Masihkah pada Justin Bieber? hehe...




10 comments:

  1. tetiba sebak bila dgr suara fatih ni baca ayat suci... ;)

    ReplyDelete
  2. Sedap bacaan dia..ralit nur dengar..
    Di Malaysia ada kita ada Abdullah fahmi...juara AQ..
    skarang ni sebelum magrib selalu astro oasis mainkan zikir2 dia.
    Suka betul nur dengar...

    ReplyDelete
  3. Sebagai seorang Islam semestinya Fatih Seferagic, seorang hafiz. Apa yg ada pada justin bieber untuk dijadikan idol? :D

    ReplyDelete
  4. Masya Allah.. nak buat menantu jugak la. Eh orang kampung JJ pun ni.

    ReplyDelete