Monday, 18 February 2013

Hohoho....Balik kampung

Assalamualaikum...bismillah...

Setiap kali balik kampung di musim perayaan merupakan situasi yang agak phobia buat encik hubby.
Perjalanan balik kampung sempena cuti panjang Tahun Baru Cina kali ni beliau dah merancang nak bergerak awal dari rumah.
Kemain saya bangun seawal 3 pagi dan berkemas, konon-konon bergerak awal boleh elakkan jammed di highway.
*balik kampung sendiri adalah sangat best. Tak tido pun sanggup. heheh..

Tapi angan-angan nak melalui perjalanan yang lancar tetap musnah walaupun kami bergerak dari rumah seawal 4.30 pagi.
Belum sampai di Bukit Lanjan, kereta dah bergerak macam siput.
Kesemuanya disebabkan kemalangan berangkai.
Akhirnya, kami membuat keputusan melalui jalan lama apabila sampai di susur masuk tol Slim River.
Solat Subuh di Sungkai dan breakfast di Tapah.
Giler jauh rasanya perjalanan kalau lalu ikut jalan lama ni.
Encik hubby siap berhenti tidur tau.
Sabo je la... hehe.

Saya tak boleh membosan, makanya jom main snap-snap perjalanan balik kampung kali ini.
Jom layaannn....

 #naik seriau saya tengok bas ni. senget bebeno! hahaha...



 #sengal betul encik hubby pi berhenti depan rumah orang sebab nak berehat kejap sambil lelapkan mata. Tuan rumah yang tengah menyapu di halaman mesti curious giler tengok kitorang. hahaha... Tapi saya sempat snap tumbuhan liar di tepi jalan tu. Comel, kan?



 #Saya tak boleh tengok bangunan lama macam ni. Sedih dan sayu hati sebab ia merupakan tinggalan sejarah. Tidak mungkin kedai-kedai moden memiliki facade sebegini lagi. Sayang sekali....sigh..



 #di kedua-dua belah deretan bangunan rumah kedai yang ditinggalkan ini, hanya terdapat sebuah kedai yang masih beroperasi iaitu kedai gunting rambut.Tapi saya agak musykil dengan cara parking memandangkan bangunan terlalu rapat dengan jalanraya.



 #masih ada yang tinggal di sini walaupun kedai sudah tidak beroperasi.



 #Sedihnya...



 #Setelah agak pasti laluan highway dah agak lapang, kami masuk highway semula melalui Simpang Pulai selepas mengisi NGV yang harganya cuma RM8. Masa ni dah pukul 9.40 pagi. Kalau highway lancar, pukul 8 pagi patutnya kami dah sampai. huhu...



 #Pemandangan pagi yang indah



 #Ipoh



 #pemandangan laluan ke Utara yang indah.



 #Saya dah lama teringin nak berhenti kat hentian pemandangan sebelum masuk terowong Menora ni. Sejak zaman sekolah lagi saya curious sangat nak tahu ada apa atas bukit yang mengadap air terjun ni. Alang-alang dah asyik berhenti-henti, apa kata bawak budak-budak ni ronda area sini pulak. Wah, ramai pelancong Mat Saleh kat atas bukit ni rupa-rupanya. Tapi sorang pun termasuk dalam gambo. ekeke....



 #Rock semacam gaya jalan si kecik Qisya. :D






 #meriahnya cempedak ni berbuah. Sape la yang nak petik kat atas bukit ni.



 #Walaupun kualiti gambar adalah mengecewakan, mari saya ceritakan. Air terjun ni di zaman saya masih bersekolah, airnya masih ada menuruni bukit ini. Tapi sekarang ni dah kering kontang. Hanya tinggal batuan. Kemajuan telah merenggut keindahan alam sikit demi sedikit. Sigh... :(







 Sayup-sayup kelihatan highway PLUS dari atas bukit.



 #Cantik ke scary? hehe...



 #Semua benda nak di kelebek budak berdua ni.



 #Ixora javanica. Amsyar dok sedut-sedut jejarum bunganya. Sedap katanya. Saya biarkan aje sebab masa saya kecik-kecik dulu pun buat macam tu jugak. hahaha...



 #budak yang tak mahu dipegangpegang tangan. Asyik nak explore sendiri je.











 #Jom balik. Lega dah sampai atas bukit ni. Tapi disebabkan ramai juga yang menyinggah di sini, toilet-toilet bergerak banyak disediakan di sini.



 #yeayyy....dah sampai..



 #stesen lama tempat Adibah Noor shooting iklan raya tu dah diruntuhkan untuk membina stesen baru yang lebih cantik.



#Lampu ni berwarna biru bila waktu malam. Suka bebeno Qisya melayan lampu ni. Cantik katanya.


Semoga terhibur. ecewahhh...
*boleh dah kot nak grab DSLR sebijik....keh keh keh...



13 comments:

  1. hahhahahha...berenti tido tepi umah org..kelakar betul...nasib baik tak kena halau dgn penyapu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, lalu ikut jalan lama x de R & R dibantainya tido depan rumah orang. :D

      Delete
  2. Takpe selamat sikit depan umah orang...
    Hehehhehehe...
    Cantiknya pemandangan dekat Terowong Menora tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat naik Cameron, singgah kat sini feeling2 jap kenkonon kat Cameron. hehe

      Delete
  3. tgk cempedak tringat cempedak goreng..yum!

    ReplyDelete
  4. Wooooo..! Best betol larh dapat jalan2 nie... :)

    #Klakar pun ada citer nie.. HAHAaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan jalan2, balik kampung tapi singgah-singgah namanya. :D

      Delete
  5. orang kuala kangsar....
    cantik juga gambar yang ditangkap.....
    sempat lagi singgah lihat tempat kenangan.....

    ReplyDelete
  6. cantiknye permandangan ...haaa yg pasal kedai kedai lame tepi jalan tu kan? ade dereten kedai macam tu kat pekan gopeng, pekan tapah ..jadi customer men parking je krete ket tepi jalan ..jadi memang mengganggu sangatlah pengguna jalan raye yg lain tu ler ..kalau balik kampung suami, lalu situ, memang kene bersabar je lah .. :)

    ReplyDelete
  7. Nur pun tak pernah singgah sebelum naik bukit tu kak..
    nanti bila2 nak try singgahlah...nampak mcm cun je tempat tu..hihihi

    ReplyDelete
  8. ate..kole kangsor ghorenyer..

    ReplyDelete