Monday, 18 February 2013

IOI Mall Puchong banjir!

Assalamualaikum...bismillah..

ya Allah, hari ini digerakkan hati ini oleh Allah swt untuk tidak bertemu ejen catalyst di IOI Mall Puchong.
Saya terus mencadangkan untuk berjumpa di Giant Kinrara sahaja disebabkan ingin membeli barang-barang sempena majlis harijadi esok.
Dan hati ini juga digerakkan untuk tidak melalui laluan biasa saya balik ke rumah lantaran ternampak jammed yang agak teruk selepas tol LDP memasuki Puchong.
Alhamdulillah ya Allah...

 #IOI Mall Puchong yang mengalami banjir kilat buat pertama kali.



 #Dah jadi macam sungai.



 #Apa jadi kat tuan kereta ni. Kasihannya.



 #Keadaan di dalam IOI Mall Puchong.



#Simpang di mana kereta-kereta ini tersadai inilah jalan menghala ke rumah saya. Saya pernah juga meranduk banjir kilat di sini, tapi keadaan masa tu tiadalah seteruk macam ni yang melimpah sampai ke IOI Mall Puchong di sebelah sana.


#Sepatutnya saya parking di sini lepas balik kerja petang tadi.
*semua gambar ihsan FB

Alhamdulillah ya Allah....
saya pun tidak tahu keadaan di IOI Mall Puchong seteruk ini hinggalah encik hubby call tanya saya berada di mana.
Semoga proses pembinaan LRT siap cepat.
Dan pengajarannya di sini, rajin2lah baca doa naik kenderaan semoga perjalanan kita selamat.




16 comments:

  1. wahhhh..teruk nampaknya tu..
    mmg dah nampak mcm sungai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KAK YANA....!!
      SEMOGA DIPANJANGKAN USIA, DIMURAHKAN REZEKI, BERBAHAGIA BERSAMA KELUARGA TERCINTA YA..!

      SALAM SAYANG IKHLAS DARI,
      NUR....

      Delete
  2. Nasib baik jugak saya tak keluar ke sana tadi sebab tertidur.
    Ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... ada hikmah atas sesuatu yg berlaku. :)

      Delete
  3. kesian pada kereta2 yg terendam dalam air tu...

    utara jugak musim hujan..setiap hari..

    ReplyDelete
  4. tengok berita semalam, teruknya...
    habis tenggelam kereta...
    situ kan ada pembinaan...tersumbatlah tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jem sbb pembinaan LRT pun dah rasa x larat nak layan, tambah kalau hujan...huhu..

      Delete
  5. masalah perparitan... kesian pengguna

    ReplyDelete
  6. terkejut gak tengok gambar-gambar nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap IOI saman developer LRT sbb tutup laluan air. huhu

      Delete
  7. Salam ziarah.. Alhamdulillah, gerak hati Yana tak nak lalu kat situ yer.. kesian pd para pengguna yg terlibat.. btw, AT follow ur blog.. ^_^

    ReplyDelete