Muzium Negara mengundang nostalgia

Assalamualaikum...bismillah..


Kali pertama saya ke Muzium Negara ialah di zaman persekolahan.
Masa tu mengikut rombongan sekolah melawat KL.
Kiranya dah lebih 20 tahun saya tak ke Muzium Negara.

Balik dari AEON Big tu terus ajak encik hubby ke sana..
Lagi pun Amsyar dan Qisya belum pernah masuk Muzium Negara lagi.
So, kali ni bagi can la kat diorang.
sambil jalan-jalan, sambil tambah ilmu kekdahnya.
Happy kemain la apa lagi budak dua orang tu.
Tambah-tambah si Qisya yang suka perati sesuatu yang baru.
Memang tak rugi bawa dia ke tempat-tempat macam ni.

Maka encik hubby pun membuka cerita sebaik sahaja masuk ke laman Muzium Negara..
"Teringat dulu masa Hari Kanak-kanak Sedunia, Abah bercerita tentang Kisah Raja Brooke kat sini. Masa tu dengan Hj Jamali Shadat...masuk tv. Ramaiiii sangat orang masa tu..." sengih je saya.
Tak pe la....orang KL ada can le join event2 macam tu, ye tak?
Saya di zaman tu ronda kampung je....hehe...

Saya biarkan encik hubby bercerita.
Mesti tengah layan nostalgia dia le tu...lantak.
Saya pulak memang suka pergi tempat-tempat macam muzium ni.
Nak tau sejarah-sejarah lama.
ermmm.....gamaknya si Qisya terikut perangai saya jugak kot. hahaha....

Ok. Jom saya share sikit gambar-gambar dari sana.
Tak sempat nak resize atau watermark gambar.
Kursus daaa.....


 #sekarang ni sedang diadakan pameran topeng di Muzium Negara.



 #Sejarah Muzium Negara.



 #Qisya pun menyibuk nak memanjat....



 #Pintu masuk.



 #Bukti dah bawa abang dan adik kat sini...



 #cepat teka ini pokok apa...












 #Canggih la... 3D...



 #Memang suram je dalam ni. Bab suram tu saya tak berapa berkenan. Sudah la banyak tengkorak dalam ni. Perak Man pun ada kat sini, tau. Kira dah bertentang mata le saya dengan dia... erk!!?



 #Suram-suram pun tak payah la risau. Memang ramai sangat pengunjung kat sini..


Paling mengharukan perasaan kerana banyak artifak di sini berasal dari negeri Perak.
Bukan setakat Perak Man yang sangat terkenal tu tapi pelbagai barang yang pernah digunakan oleh orang pada zaman dahulu ditemui di Perak.


   

#Ini contoh ye. Perahu Sagor ini ditemui di mukim kelahiran saya. Sangat besar ok. Kalau sebatang balak cengal digunakan untuk membuat sampan ini, berapakah harganya agak-agak? 






 #ini lagi satu. Bukan setakat labu Sayong yang femes, rupa-rupanya ada juga yang diperbuat daripada tembaga dan perak dan dipanggil Bocong. Oooo.....baru nak tahu....




 #contoh-contoh senjata orang zaman dahulu.



 #lenguh berjalan, boleh berehat di cafe yanga terdapat di kawasan muzium. Macam-macam makanan ada kat sini. Restoran ada aircond pun ada di sebelah dalam. Boleh nak order makanan ala carte.



#Istana Satu dari negeri Terengganu..


Hoho....jenuh menapak wehhh....
Qisya pun dah start nak buat perangai masa ni sebab terlampau letih ....
Tapi memang enjoy la sebab dah lama tak pergi katanya.... :D




16 Comments

  1. bertahun tak datang muzium...
    kalau sekolah dulu rajin buat rombongan datang sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...zaman sekolah dulu, sikit2 pi muzium kalau lawatan ke KL...

      Delete
  2. bila tgk ni, nur teringin pula nak pegi muzium taiping nun..
    dah lama kot nur tak pegi muzium..hihi

    ReplyDelete
  3. akak dah 40 th lbh..baru seklai kesana hehe
    Bocong tu..dikelantan mmg dipanggil mcm tu..bekas utk menyimpan air panas a.k.a termos hehe

    ReplyDelete
  4. Ohhh samalah, lama sungguh tak ke muzium. Insya Allah, tahun ni nak cuba curi masa ke sana jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada pameran khas seronok sikit. tp skrg ni pameran topeng. x rasa nak masuk pun sebab topeng scary jugak le. hehe..

      Delete
  5. "Bocong" tu selalunya orang tua2 kat kampug saya guna. Tempat2 macam ni saya suka gi ngan PapaJJ, suka nak tunjuk kat dia sejarah dan uniknya barangan kita (konon explain kat dia macam pro, walhal kalut baca keterangan kat situ) hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....x pe, sama2 tambah ilmu... :)

      Delete
  6. lama giler x gi muzium negara. mmg nampak suram pon tp kalau masuk rmai je org kan.

    tgok gmbr2 akak, rase buak2 nak gi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2...bawak budak2 berjalan tambah ilmu... :)

      Delete
  7. wahh. bestnya. mugmerah suka sgt g muzium. sbb suka sgt benda2 yang berkait dgn sejarah. rasa mcm ada cerita disebalik setiap bnda yang ada kt dlm muzium tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam misteri,kan? bila tengok satu2 benda tu, macam manalah khidmatnya pada orang zaman dulu. kalaulah benda2 tu boleh bercerita...mesti best. hahaha...

      Delete
  8. failed!!

    xdapat nak teka pokok apa..hahaha

    ReplyDelete