Percutian di Gold Coast Morib Resort, Part 2

Terasa nak letak semua gambar percutian di Gold Coast Morib Resort ni.
Tapi nanti terlalu berjela pulak.
Sedap-sedap tepek gambo, habis kuota lagi.
Baru nak ngelabah. hahaha...

Walau pun cuba ditapis-tapis tapi masih banyak juga.
So, terpaksalah buat part-part.
Nak cerita lebih-lebih, tak pandai mengembangkan ayat pulak.
Masalah betul.
Akhirnya saya kongsikan gambar-gambar je.
Biar gambar bercerita.
Senang gitu. :D


#Sesiapa tiada bawa alat-alat nak bermain di pantai atau di water theme park, Di Gold Coast Morib Resort ni terdapat kedai-kedai yang menjual barangan tersebut.



 #Ireen dan Qisya bila disuruh bergambar, mesti nak peluk-peluk. Style nak gusti pun ye juga. hehe..



#Ushar2 harga makan-makan di Gold Coast Morib Resort ni. Mak-mak dan bapak-bapak budak uruskan hal check in, anak-anak pass kat aunty2 yang masih single. Biasa la kan?  Latihan sebelum kawen. ekeke...



#Tok Bah dan Ummi yang sporting dengan cucu-cucu.



 #Toilet di tepi pantai yang simple tapi menarik.






 #Pemandangan tepi pantai di Gold Coast Morib Resort. cantik, kan? Tengah hari mana ada sesiapa bermain kat sini.  Nak kasi legam cepat, silalah. :D



#Meriah kat sini kalau waktu malam.


 #Ke pintu masuk The Pier. Masa sampai sini, terlalu banyak digantung tanglung. Tak berapa nak kena sikit view tu jadinya. 'Kecinaan' sangat, kata adik-adik. Agreed.



 #Tengahari Sabtu, suasana sunyi sepi di pantai Gold Coast Morib Resort.











 #Antara landskap menarik di Gold Coast Morib Resort.









#Angkara tanglung yang terlalu banyak, rasa macam makan di restoran Cina pulak. Tapi bila sampai waktu makan, punyalah sesak dengan manusia kat sini.



#Penyejuk suasana di tepi pantai yang terik.


#Selamat Tahun Baru Cina. Di semua pintu masuk bangunan, ada pokok limau lokam ni. Selalunya nampak pokok limau kasturi. Kali ni buah limau lokam pulak. Perkara baru yang menarik. Tapi awas, buahnya jangan dimakan. Mengandungi chemical merbahaya.


#Ramainya nak check in di petang Sabtu.


Jangan tidur di bilik je kalau bercuti di Gold Coast Morib Resort ni.
Banyak aktiviti, tau.
Rugi kalau tak explore.

*bersambung....


9 Comments

  1. cantiknya kak....!
    Nur dah lama tak pegi pantai...
    teringinnya nak pegi mana2 pandai tgk lauttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur....Lumut kan dekat je. :)

      Delete
    2. lumut eh..sejam lebih jugaklah..
      masalahnya kalau pegi nur yg nak kena drive..
      nur nak duduk aje boleh...?
      hihihih

      Delete
    3. cepat2 cari yg boleh jd driver dan nur jd co pilot je. hehe... (wink wink)

      Delete
  2. Kat KL kan tempat ni, cantik la.

    ReplyDelete
  3. sangat cantikk dan lawaa lagi2 pantai :)
    tak smpat nak gi bercuti mana2 kebelakangan ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung minggu je ni. Tak dapat la semua org nak ambil cuti serentak. :)

      Delete