Percutian di Gold Coast Morib Resort, Part 3

#Amacam? Ohsem tak? 
*google.

Bersambung ke Part 3 pulak.
Kali ni nak cerita pasal water theme park Gold Coast Morib Resort yang selalu dengar-dengar cerita je tu.


#Rombongan Prof Hamim clan ke water theme park Gold Coast Morib Resort. Ireen dah tak sabo-sabo nak naik pelampung.



Alang-alang saya dah ke sini, saya nak share details water theme park yang terdapat di Gold Coast Morib Resort ini untuk u olls.
Manalah tau kot-kot ada perancangan nak ke sini, ye tak?

Macam water theme park lain juga, kalau tak nak menginap di sini tapi nak masuk water theme park sahaja pun boleh.
Tapi kalau menginap, best juga.
Pakai je wrist band tu untuk dua hari, pagi petang boleh masuk.
Lagi menjimatkan.



#Tengah mengira ahli rombongan untuk tambahan tiket.

Harga tiket : RM 35 untuk dewasa
RM 25 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.



#First time tidur pun pakai wrist band theme park. hehe..




 #Kaunter sewa pelampung bersebelahan pintu masuk ke water theme park Gold Coast Morib Resort. Jangan tak perasan pulak. Kat sini tak boleh bawa body board tu tau. Pelampung dan bola sahaja yang dibenarkan.

Deposit : RM 10
Sewa : RM 10



 #Anak-anak yang ketinggian di bawah ranting pokok tu, masuk adalah percuma.
Qisya dengan Ireen masuk free.



 #Sila perhatikan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Pakai t-shirt biasa pun boleh. Tapi tak boleh le nak cuba slide kat situ. Tak boleh turun kang sebab asyik tersekat je. hehehe....



 #Sampai-sampai je Amsyar dah teruja lebih perhati sana sini nak cari port best.



 #Petang Sabtu yang masih belum ramai manusia. Banyak port boleh pilih-pilih dengan selesanya.



 #Mula-mula ingat nak lepak sini je tapi tak jadi sebab semua nak masuk dalam air, nanti tak nampak nak monitor barang. Makanya berpindahlah kami.



 #Nampak slide terus teruja.



 #Wah....clear. Seronoknya swim2 kat sini tanpa ramai orang. Masa ni dah rasa tak sabo sangat dah masuk dalam air.



 #Amsyar dengan Ryann sentiasa teruja lebih. Tambah-tambah dah pandai mengapungkan badan ni. Kemain happy la ..



 # wah wah wah.... air klorin! hahaha...



 #Kawasan kanak-kanak.



 #Slide untuk kanak-kanak. Rendah je. Slide paling tinggi, untuk lelaki sahaja. Encik hubby bagitau, rasa macam masuk dalam kubur. Tertelan air usah kata la. Haa.....scary, tak? hehe....



 #Demi u olls, semua orang dah masuk dalam air, saya sorang je yang snap sana sini tertinggal di daratan.



 #Ini slide paling landai. Tapi pada saya masih tak landai. Curam juga. Tengok tu sportingnya my FIL. Siap cuba slide ni tau. Hahaha...



 #Kalau dapat bilik yang mengadap water theme park ni best juga. Boleh teropong aksi orang mandi-manda. :D



 #Qisya tak bawa pelampung. Melekap sana sini la dia. Qisya ni penakut sikit tak macam Ireen. Tapi mula-mula je. Lama-lama tu ok dah dia dengan air kolam tu.



#Tak ramai orang masa ni, kitorang je conquer area slide ni. Happy habis.


Aksi-aksi seterusnya tidaklah dapat dirakam lagi sebab tukang snapnya pun memang hantu air. :D
Petang Sabtu tu memang ok sebab tak ramai orang.
Boleh berjimba di water theme park Gold Coast Morib Resort ni dengan senang hati.
Tapi bila keesokan pagi Ahadnya.....susahnya nak dapat berenang akibat terlalu ramai orang.
Tiba-tiba je muncul terlalu ramai orang dari waktu breakfast di restoran, di tepi pantai dan water theme park ni.
Air pulak berbau klorin yang sangat kuat.
Siap pedih-pedih mata.
Tapi masih happy sebab semua aktiviti dilakukan bersama keluarga.

bersambung.....




19 Comments

  1. hai..singgah sini + drop komen + Blogwalking sini...

    bercuty memang sronok..nak ikot.!! hee =)

    jom ke blog saya pulak.. thx =)

    ReplyDelete
  2. Mmg ohsem..!
    tapi nur mcm gayat je nak naik gelongsor belit2 tu...

    Eh..dalam kolam tu ada patrick la...
    H mana H...?
    hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. H jarang2 datang sini kot. Entah nape bekenan beno dgn patrick si H tu. hahaha....

      Delete
    2. erkk..hai kak Yana..saya datang ni..hehehe

      Delete
  3. cantik tempatnya...harga berpatutan...
    time tak ada orang dapat main sepuasnya, seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi best kalau weekdays kot. Water park, ana yg punya! hahaha

      Delete
  4. Serius best sngat.. Hohooo...!! Skan betol family korang mandi manda.. ;) Msti best mandi kat situ. Kolam dia pun nmpak besaq sngat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Nanti ajak family dtg sini. Berjimba beramai-ramai. :)

      Delete
  5. Baru nak pergi n tgh study review n tersangkut disini :))

    Macam seronokkkk sgt je kan.. x sabar lak nk pergi..

    ReplyDelete
  6. macam seronokkk.. banyak ke permainan nye ???
    berbaloi tak ??

    ReplyDelete
  7. Hye, saya baru je pegi 12 sept lepas..memang best dan sgt2 berbaloi dgn harga nya...sy amik package from Agoda..dinner sgt2 kena dgn tekak sy..breakfast dia pun ok..bilik selesa siap ade jakuzi lg...overall sgt2 memuaskan... :)

    ReplyDelete
  8. Tgk slide yg biru tu rs cam takut je nak bagi anak kita main slode... tp bila slide hilang takut... anak br 3 thn lebih ms tu... hihi

    ReplyDelete
  9. Tgk slide yg biru tu rs cam takut je nak bagi anak kita main slode... tp bila slide hilang takut... anak br 3 thn lebih ms tu... hihi

    ReplyDelete