Percutian di Gold Coast Morib Resort, Part 5

Ok. Yang ni last part.
Nak cerita detail aktiviti-aktiviti tepi pantai yang terdapat di Gold Coast Morib Resort ni.
Kami sefamily lepak di pantai ni lepas sarapan pagi.
memang agak ramai juga lepak di pantai pagi Ahad tu.
Maklumlah cuaca baik, tak panas pulak tu.
Memang sesuai sangatlah nak bergumbira.



 #I luv this pic so much!!! Kemain lentik si Ireen. hahaha....



#ceh.....kekonon je nak buat istana pasir. Satu tingkat pun tak terbina. Degil beno pasir pantai di Gold Coast Morib Resort ni. Dah letak dalam blok, padat-padatkan, tak mahu keluar pulak. Kalau keluar pun bahagian atasnya mesti berderai. Camno nak jadi arkitek ni? ekeke..




 #yang ni pun kelakar juga. Si Qisya nanges-nanges tak mahu pakai swimming suit abangnya ni. Nak baju macam si Ireen. Muka pun masih bad mood masa ni. Haisshhh....kecik-kecik dah nak cekci-cekci. 



#encik hubby pun kemain layan main pasir pantai. hahaha...



#mak-mak budak.



#sesi bergumbira di tepi pantai. Amsyar main bola dengan uncle dia. Aunty2 ada yang berjoging dengan Tok Bah dan Ummi, ada yang nak ikut acara senam ramai-ramai. Budak-budak biasalah.....main pasir le apa lagi.




 #menuju ke ATV Ride area.



#si kurus bawak gergasi. kah kah kah....



 #masing-masing nak merasa ride ATV ni.


Harga sewa : ATV saiz besar = RM50 untuk 20 minit
ATV saiz kecil = RM20 untuk 20 minit.



#masing-masing jadi mat dan minah rempit. Tak larat jerit masa susup sasap dalam semak. Rasa nak terjatuh je. Tapi memang sangat enjoy!


Keseluruhannya percutian kali ni sangat enjoy.
Kami mengisi masa di apartment dengan acara kekeluargaan.
Tukar-tukar hadiah di antara ahli keluarga adalah momen yang paling mengujakan.
Masing-masing teruja nak buka hadiah masing-masing.

Solat pula semuanya berjemaah berimamkan my FIL.
Lepas solat Subuh pagi Ahad, Abah memberikan tazkirah yang sangat menarik untuk semua ahli keluarga.
Antara isi kandungan tazkirah... 

1) terimalah pasangan seadanya kerana itulah yang telah ditentukan Allah swt.
2) sentiasa bersyukur di atas segala kurniaan nikmat daripada Allah swt.
3) tujuan perkahwinan ialah sama-sama nak ke syurga.
4) selalulah bermuzakarah suami isteri.
5) pertingkatkanlah ibadat seiring meningkatnya usia.
6) didiklah anak-anak sendiri mendekatkan diri dengan Allah... (ajar sendiri anak-anak mengaji dan mendirikan solat kerana merekalah sebenarnya aset di dunia dan di akhirat)
dan lain-lain lagi.





#perjalanan pulang diiringi adegan tidur ikut suka hati seperti biasa oleh si kecik Qisya. :)

Semoga perkongsian percutian kali ini memberikan info bermanafaat kepada yang membaca.


Terima kasih sudi baca.
Luv,




11 Comments

  1. takpe yana...pasni gergasi akan jadi kurus :)

    ReplyDelete
  2. Ireen..Qisya...dah jadi anak dara nanti..takleh pakai bikini dah,tau..:)

    ReplyDelete
  3. Alahai comei2..
    Cik Yong org Selangor, sini pun tak sampai lagi..
    errmm bila la nak pi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cuti2 balik mesia, singgah le sini.. :)

      Delete
  4. haaa..hamik..!
    balik xsedar ape dah...penat sangatlah tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun. terus pengsan dua2. hahaha...

      Delete
  5. Wah!Seronok betul main2 di pantai tu.

    ReplyDelete
  6. wahh.. bestnya.. :D ieyda teringin nak pergi jugak ><

    ReplyDelete