Monday, 25 February 2013

RM 3 sekilo?

Assalamualaikum...bismillah...

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Baiklah di negeri orang. hahaha.....
Ok. jangan marah pulak konon-konon saya tak faham peribahasa atau materialistik semata.
tak tak...
saya realistik weh...

Ceritanya macam ni.
Saya kalau pergi ke Cameron Highlands tu menjakun sungguh beli strawberi walaupun masam berdengung.
Harga sekilo strawberi di atas Cameron Highlands tu lebih kurang RM 30.
Yang petik sendiri pulak rm35 untuk sekilo.
Takpe, layankan aje.
Bukan selalu naik atas tu pun.

Baru-baru ni adik ipar saya balik bercuti seminggu.
Dia bawa balik berbekas-bekas buah strawberi Mesir.



 #Ini strawberi dari Mesir yang kami layan dengan Nucrema. Krim coklat hazelnut ala-ala nutella tu. Jadilah strawberi celup coklat yang mabeles melampau.



 #Besau-besau buahnya. Manis pulak tu. Yang sebiji ni dah macam kembar tiga pulak. hehe..


Makan kenyang-kenyang tanpa rasa bersalah sebab my SIL kata, harganya cuma RM3 sekilogram.
Ha? 3 hengget je sekilo?
Walahhhh.......murah giler kot.
Saya sudah terasa musykil.
Entah-entah, strawberi yang dijual kat Cameron Highlands tu, ada yang datang dari Mesir jugak kot.
Ye la, tengok kat pokok-pokoknya kecik dan masam bebeno.
Kalau beli yang dalam bekas kat pasar-pasar tu, besor-besor dan manis pulak tu.
Tak musykil ke?

Di Malaysia ni, buah rambutan time musim berbuah lebat rasanya payah nak jumpa RM 3 sekilo.
Pisang pun payah nak jumpa harga rm3 sekilo melainkan yang hanya layak dibuat cekodok.
Ini strawberi, okeh.
Bilalah harga buah-buahan tempatan lebih murah daripada buah-buahan import.
Cempedak, rm8 sekilo.
Jambu, rm8-12 sekilo.
Durian, usah katalah. Rugi bayar berat kulit je. hahaha....

Orang tak suka makan buah, memang tak kisah la kot.
Tapi saya dan anak-anak yang jenis memang hantu buah ni memang wajib beli tiap minggu.
Kos beli buah je sekurang-kurangnya rm25 seminggu. ater??? ce pikio...

Lepas tu, entah sape yang order mende alah kat bawah ni.
Gigih my SIL angkut balik.
Ya Allah, sedap betul.
Selalunya rasa ngeri nak makan sebab manis sangat.
Kali ini sedang-sedang je tahap manisnya.
So, memang layanlah kitorang adik-beradik makan mende nih.


#Namanya Halawiyat. Saya rasa diambil perkataan jamak untuk halwa yang bermaksud manisan kot. Tak tanya kat my SIL pun. Yakin betul je. Bahasa Arab dapat A katakan.  ekeke....
Yang macam sarang tu, dalamnya ada badam bersalut madu yang rangup. Sedap betul.



#yang dalam bungkusan ni potato chips Arab style. Layankan aje. hehe...


Nak ngendeng apa pulak my BIL nak angkut balik dari Dubai.
Takyah yang mahal-mahal, yang unik-unik dah cukup.
Kalau dah ramai-ramai tu, menjakun adalah sesi yang menghiburkan. hahaha....




8 comments:

  1. ye ke kak yang jual kat pasaraya tu manis?..aku tak penah lak beli lagi..tp yang kat cameron tu biase je..ade manis ade masam..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalo pi Cameron Highlands lagi, cer beli yang dah siap kotak2 rm10 kat pasar malam tu. Memang rasanya lain dari yang kat pokok2 kat strawberry farms tu. Biasanya lebih manis. Tak tau le pulak kalau di pokok je rasa masam. ekeke...

      Delete
  2. murahnya stoberi tuh...bole order banyak2 nih..mesir pun ada stoberi
    merasa juga makanan dari sana nampak sedap juga ni....

    ReplyDelete
  3. sedapnya strawberi! terliurla..kalo p CH xsnggup nk bli byk2..mahal!

    ReplyDelete
  4. Manisan Helwa tu kami panggil Baklava, memang manis tahap melampau biasanya macam makan gula sira gula. hahaha

    Besar penumbok stoberi nyer.

    ReplyDelete
  5. murahnya...boleh beli berbelas kilo kalau mcm tu...yg kat cameron tu...org kata yg dah dipaket tu,bkn adri sana..tp import punya...sbb beza buahnya ,kan..dari yg dipetik sendiri..kecik2,masam..buah kaler merah terang semacam..

    ReplyDelete