Sawan novel kembali

Assalamualaikum...bismillah...

Petang semalam semasa menonton drama Setia Hujung Nyawa..... si Amsyar tiba-tiba bersuara.
"Tak suke Amsyar. Drama tv sikit-sikit masuk wad, sikit-sikit sakit. Tak suke!" si Amsyar.
Walaahhh....kemain tegas beliau menyatakan pendapatnya.
Terkejut gak saya dibuatnya sebab tiba-tiba je keluar komen begitu.
Tapi disebabkan dia memang seorang pemerhati yang baik, saya sengih aje la.

Lepas tu saya pun explain kat dia..
"Cerita-cerita drama memang macam tu. Tambah-tambah kalau ambil dari cerita novel. Nak bagi pembaca seronok baca, mestilah ada elemen suka-duka kehidupan. kejap benci kejap sayang. Kejap bahagia, kejap derita. Barulah best. Takde lah cerita tu mendatar je takde konflik-konflik tak pun macam drama bebudak kat channel Ceria yg Amsyar selalu tengok tu." 

"Amsyar tak suka la sikit-sikit sakit tu. Balik-balik kat hospital." Si Amsyar.
Hahaha..... memang lawak komen budak umur 8 tahun ni.
Saya seumur dia, tak terfikir langsung nak komen adegan-adegan dalam drama.
Hari tu semasa dia membawakan novel untuk dipinjam daripada jiran saya, dia boleh turun balik dari tingkat atas semata-mata bertanyakan soalan pada jiran saya tentang nama pemilik novel yang dirasakan pelik, tak seperti nama jiran saya tu. Detail tak dia? hahaha....

Ok. Sekarang ni sawan novel dah kembali.
Drama pun banyak yang ambil cerita novel yang ternyata lebih membuai perasaan kekdahnya.


#sebahagian novel yang masih dalam pembacaan di rumah.


Itu belum lagi yang bersusun di kepala katil.
Kemain tamak nak baca semua.
Nanti saya review mana-mana novel yang best.
Sekarang ni tengah membaca Maaf Jika Aku Tak Sempurna karya Acik Lana.
Memang best sangat penyampaian cerita tu.
Rasa tak nak tertinggal satu ayat pun.
Sesetengah novel tu saya main langkau-langkau je. hehe....

Ok. Sesiapa hantu novel juga, bagitahulah novel-novel yang best.
Dengar-dengar cerita, Karangkraf ada buat pesta buku kat Seksyen 15 mulai hari ni sampai Ahad.
Banyak novel murah-murah, apa lagi ....rembatlah. :)





35 Comments

  1. perghhhhhhhhh..adam hawa new version tu..eca ada yg lama je kak...tgk kt popular ari tu,xde yg cover baru..semua cover lama...eca suka penulisan siti rosmizah...menusuk dikalbu~ :D

    ne kalau nak jual,roger2 la yer..hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya hanyalah pinjaman semata-mata. habih tu nak jual camno? hahaha.....

      Delete
  2. saya pon suka novel gak :)

    ReplyDelete
  3. sy suka tulisan fauziah ashaari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ombak rindu? hehe.... sy pulak x kisahkan author dia. Yg penting jalan cerita dan penyampaian. Tapi dah minat membaca, redah je la. hehe...

      Delete
  4. novel M.A.I.D best jugakkk... :)
    akak, maaf jika aku tak sempurna tu berkisahkan apa..?
    cinta eh...?

    bukan apa, bulan ni nur baru habiskan 2 buah novel...
    agak terbawa2 rasanya..jiwa lah sedang kacau..
    tu yg rasa malas nak baca novel cintun..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, citer kawen paksa la apa lagi? kah kah kah....
      tp akak suka betul cara penyampaian Acik Lana. Serius rasa real.....

      Delete
    2. sedih tak...?heeeeeeee

      Delete
    3. Tak le sedih sgt. Adegan gaduh2 yg best. hehe...

      Delete
  5. suamiku encik perfect 10 best!hehe kalau dah jumpa novel sanggup tak makan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suamiku encik perfect 10? harus cari...hehe

      Delete
  6. wahhhhh bestnya... sukanye tngok novel banyak2...: cHocolatemoisT

    ReplyDelete
  7. aku rasa macam nak curi jer novel2 tu kak..hehehe

    pasal novel ni, aku susah nak mula baca..tapi bila dah mula, aku susah nak berenti..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn curi wehhh....akak pun main pinjam je ni haa... kikiki...
      mmg payah nak berenti kalau dah mula...kadang2 boleh stay up 2 3 pagi dibuatnya. :D

      Delete
  8. nak mintak review 'panggil aku najihah' tu boleh??

    sebab tajuk mcm berkenan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel tu belum baca lagi. Nanti saya review utk cik rapunzeel comey... :)

      Delete
  9. wa...sronok nye bile nampak byk novel..huhu
    tula..musim adaptasi novel ke tv..xpasal2 kte pun kene sawan novel..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjangkit le ni. Tu yg blog pun terabai je. Main tepek gambo tenyeh caption je. hahaha...

      Delete
  10. akak kalau dah ngadap novel...dunia sekeliling mcm tak wujud..hanyut dalam penghayatan..cewahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ecewaahhhh.....nnti pi Kulim, nak tengok koleksi akak pulak. Yg kat atas nun ada gak yg pinjam dari org Kulim. Perghhhh.....punyalah jauh bebeno meminjam novel. hahaha...

      Delete
  11. " saya seumur dia, tak terfikir langsung nak komen tentang adegan-adegan dalam drama"

    hehehe.. ko mana ingat.. ader je tu.. ko jer yang tak ingat kekekekekke...


    banyak novel yana.. aku pun tus rasa nak baca novel hehehe..

    * eh.. rasa2 dah berkurun aku tak ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. aku x ingat kot. hahaha..

      mmg dah lama x nmpk ko. pergi beraya ke mana? kikiki...

      Delete
  12. Replies
    1. ini tamak pinjam novel namanya. hahaha...

      Delete
  13. nak pinjam bolehhh??? hehehe

    ReplyDelete
  14. zz hntu novel.. tpi zz kurg sikit la kalau drama adaptasi dr novel.. x berapa nk minat.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tv tu feelingnya x sama layan novel, kan? :)

      Delete
  15. Jejalan sini..kindly follow back.. :)

    ReplyDelete