Sebab sihirkah?

Assalamualaikum....bismillah..


Saya sebenarnya berasa agak sangsi dengan cerita-cerita sekeliling saya atau berita-berita di media tentang putus tunang, skandal/curang dan cerai-berai yang berlaku di antara pasangan adalah disebabkan sihir.
'Si polan tu cerai sebab dah terkena buatan orang le tu..'
'Mesti pompuan tu yang guna-gunakan dia sampai dia lupa kat bini..'
haaa.....macam tu la lebih kurang ayat-ayatnya.
Sikit-sikit sihir....sikit-sikit sihir.
Semualah salah sihir.
Macam golongan bomoh tu sama banyak dengan golongan cikgu pulak.
Kat mana-mana tempat ada cikgu, bomoh pun ada kat mana-mana tempat.
Cenggitu?

Tak, bukan maksud saya menafikan kehadiran sihir ini.
Sama sekali tidak.
Tapi betulkah sebab sihir?
Silap tuduh, boleh datang fitnah.
Tak pasal-pasal dapat saham ke neraka.

Entah-entah pompuan tu cantik sebab pandai melawa pakai SF Beauty ke, pinggang ramping pakai Beautiful ke, pakai baju pun cantik-cantik siap bertudung Fareeda ke..... dikatanya pompuan tu sihirkan si polan sampai bercerai dengan isteri dia.
arghhh.....macam-macam ceritalah.
kalau nak ditaip kat sini mesti panjang berjela.

Paling tak boleh blah, skandal pertama dikatakan terkena sihir.
Ok fine.....bawak berubat segala Ustaz, minum air penawar dah berapa botol.
Baik balik laki bini.
Tup-tup yang si laki skandal lagi dengan perempuan lain pulak.
Berubat lagi.
Dah ok kejap, pindah tempat kerja.....ada skandal lagi.
Aiyyoooo.....sampai tiga pompuan ke sihirkan dia?
Hensem dan hot macam Aaron Aziz ke sampai macam tu sekali semua pompuan nak mendengki dengan couple ni? O_o.

Pada saya, ---->itu adalah menggatal tak sedar diri perasan Don Juan atau kasanova hampeh.
Takde makna sihir dah kalau cenggitu.
Mata sendiri je kalau tengok yang dahi licin mula rasa tersihir.
Padahal, takde siapa yang sihirkan dia.

Dah ramai Ustaz bagitahu tanda-tanda terkena sihir.
Ustaz Sharhan tu selalu bagitahu nak makan baca Bismillahilladzhi laa yadhurr tu sebanyak 7 kali.
Banyak-banyakkanlah amalan pendinding diri.
InsyaAllah dilindungi.

Di sini saya sharekan 40 tanda terkena sihir.




Tanda-tanda Terkena Sihir
  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk bila dengar al-quran.
  28. Bermimpi seram yang menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.
  40. Sakit mental atau gila.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insyaallah sembuh 

Sumber : FB


Kalau dah pasti terdapat tanda-tanda di atas pergilah berubat.
Jangan menuduh perkara yang tidak pasti atau menjadikan alasan untuk melepaskan diri.
saya baru tahu pasal kisah seorang mertua yang asyik menuduh keluarga menantunya menggunakan sihir sehingga anak menantunya bercerai.
Padahal, dia yang tidak mahu berpisah dengan anak bongsunya itu dan tak dapat terima hakikat yang anaknya sudah berkahwin.
Mungkin ada tingkah laku menantu yang tidak menyenangkan hati, tetapi mengapa mesti menuduh menggunakan sihir?
Naudzubillah.....semoga kita dijauhi sifat mazmumah sebegini...




25 Comments

  1. memang tak dinafikan, dunia yg serba moden ni masih ada yg guna sihir bagai ni...

    xtahulah nak cakap mcm mana, sebab ianya terlalu rumit...

    tapi bila ada gejala2 yg tersenarai tu, bw2 berubat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xhensem kak...kacak je..!
      hahahahaha... :p

      Delete
    2. payah nak cakap le dah nur. Tak larat dengar dah sikit2 sihir ni. Bukti takde, main tuduh je.

      Delete
    3. ok. ala2 mcm boni kacak ye? hahaha...

      Delete
  2. kelmarin..pertama kali akak dgr..ada sihir gemuk(santau gemuk)hehe..dgr mcm kelakar,kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoii...kat mana akak baca tu? nak tau jugak. unik namanya tu. hehe

      Delete
  3. slm... kita x boleh menolak, sihir mmg masih berleluasa dlm masyarakat melayu terutamanya. dan sy pernah lihat dgn mata kepala saya sendiri, seorang lelaki jumpa bomoh, mintak nak guna2kan seorang perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. x de undang2 lagi terhadap si pengamal sihir ni. Selalu terlepas padahal ada yg sampai mati disihirkan. Sigh...

      Delete
  4. tah la kak..kadang tanda kene sihir tu tak nampak sangat pon..tp kalau tibe2 ade perubahan besar tu bleh yakin la hal tu sihir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nmpk lain sangat tu, dah mmg ye le kot. Sedih dengan sikap org melayu yg suka main sihir ni.

      Delete
  5. dan lagi satu, sihir mmg susah nak dibuktikan... sbb melibatkan perkara ghaib. pernah tengok makhluk halus? sy dah banyak kali lihat. so, ksimpulannya, benda yg kita x nampak, x bermakna x wujud...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak pernah menafikan. Semua tu makhluk Allah juga. Yg saya isukan ada sesetengah di kalangan kita ni suka gunakan alasan ni untuk melepaskan diri dari kesalahan sendiri. Kenapa mesti tergamak begitu?

      Delete
    2. yg guna alasan sihir, reka cerita, maybe ada mslh dlmn... mental prob. x dinafikan mmg wujud.

      Delete
  6. dh baca satu satu.mcm xde kat rara.Alhamdulillah.thanks for sharing yana.nk share jugak leh? =)

    ReplyDelete
  7. Nice sharing Yana......
    Mudah2an kita dijauhkan daripada sihir....

    ReplyDelete
  8. sebenarnya kalau kita lihat..dalam Al Quran banyak ayat pelindung diri dan sebagainya...
    samaada ia amalan kita atau tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Yg sebenarnya nak buat atau tak je... :)

      Delete
  9. Pelik betul sesetengah orang zaman sekarang. Tak akanlah semua benda related dengan sihir kot. Mungkin sebab makin dunia maju, makin ramai orang yg mindanya tak terbuka

    ReplyDelete
  10. Orang kita suka sangat dengan mahkluk2 halus ni. Pengaruh harry potter huhuhu. Tapi minta jauh la dari benda2 ni sumer.

    ReplyDelete
  11. kak yana, at least entri ni membantu jugak.. =) tq kak share

    ReplyDelete
  12. errr..aku sukar mendapat jodoh ni kak..

    takkan la..:p

    ReplyDelete
  13. mmg tak nafi la mmg ada buatan sihir ni.. dan orang melayu sekarang ni sudah mula mengamalkan perbuatan tu... kasihan kalau yang jadi mangsa tu... tp dinasihatkan jgn terlalu taksub sampai kita menuduh seseorang... siasat la dulu.. kasihan kan kalau bukan orang tu yg buat... tak pasal2 kita tanggung dosa menuduh org tu..

    Siggah Sini Ya - Terima Kasih |

    Collagen Powder | ESP – Soy Protein Isolate Powder | GLA Complex | Omega Guard | Vita-E Complex | B-Complex | Vita-Lea | Alfalfa Complex | OsteMatrix | VIVIX | Vita-Lea for Children | Chewable Vita-C 100mg | Zinc Complex | Lecithin | Nutriferon | Meal Shakes | Herb-Lax | Cinch Shake Mix | DTX Complex | Sustained Released Vita-C 500mg | Performance Maximum (Pure Hydration Drink) | Garlic Complex | Advanced Joint Health Tablet | Peppermint Ginger Plus | Cinch Energy Tea Mix | Caratomax | Herbal Blend Multi-Purpose Cream |

    ReplyDelete