Monday, 18 February 2013

Sungai Perak yang indah

Assalamualaikum...bismillah..

Saya suka bulan Februari.
Cuti yang panjang dek Tahun Baru Cina,
Tak panas sangat, tak hujan sangat.
Cuaca agak best melainkan sebiji meteor yang jatuh pada bulan Februari nun jauh di Russia.
Saya juga sukakan Februari disebabkan di bulan inilah saya lahir ke dunia.
Makanya silalah wish saya berjela-jela memandangkan esok iaitu 19 hb Februari merupakan harijadi saya.
Kalau nak pahala banyak lagi, silalah hantar hadiah ke, jambangan bunga ke, yang pastinya sangatlah menggembirakan hat ini. :D
Jangan lupa tau.
19 Februari - tarikh kegemaran saya.

Lepas tu kan, tiap kali Februari,
Air sungai Perak biasanya adalah jernih kerana kurang hujan.
Memang seronok la kalau nak mandi-manda.
Ini rezeki daripada Allah untuk kami yang tak mampu memiliki rumah berswimming pool.
Alhamdulillah.
Syukur atas nikmat ini. :)

Di pagi 10 Februari yang indah.....


#dengar nak mandi sungai, semua pakat bersemangat. Hilang segala letih dan mengantuk bagai.



 # Sungai Perak di belakang rumah mak saya.



 # Cuti-cuti ramai pula yang tumpang mandi kat sini..







 #Si penakut masuk air. Jadi pemerhati kat tepi je.



 #Serius entahapehape. Apa punya style daaa....



 # Tak sabo le tu...hehe



 #Jernih. Air Sungai Perak yang jernih....



 #Amsyar yang happy sangat kalau mandi sungai..



 # Kamera masa ni tengah mood baik kot. hehe...



 #Di sebelah kiri ialah Istana Iskandariah dan kanan ialah Masjid Ubudiah. nanti kalau u olls datang Kuala Kangsar dan melawat tempat-tempat ni, kat seberangnyalah kampung teman. :)



 #Pemandangan sini berubah mengikut peredaran zaman. Sebelum tepi sungai Perak ini diratakan untuk pembangunan Persisiran Sayong, batu-batu sungai di sini lebih besar dan cantik. Kini hanyalah tinggal puing-puing batu sungai. Hidupan sungai pun dah berkurangan.



 #masih takut lagi nak masuk air.







 # Alahai Qisyaaaa.....



 #Abah dan sepupunya dah ke tengah sungai. mentang-mentang time ni air sungai Perak surut, kemain diorang...


#Akhirnya orang terakhir dan paling kecik, masuk juga ke dalam sungai. hehe...



#Nama hidupan sungai yang macam lala ni ialah kijeng ye kawan-kawan... 


Adoiii...cuti 4 hari rasa tak cukup la pulakkk...


p/s: Stok baru dah sampai. Siapa berminat nak order VCO Softgel Catalyst yg banyak sangat khasiat ni, pm saya di FB atau sms saja 019-2764682. Ejen-ejen juga dialukan.. Terima kasih.




11 comments:

  1. wah dh lama tak bertandang ke sini,, meriah laa kalau dapat mandi sungai kan,,jernih airnya,,

    hepy besday yer mg panjang umur, rezeki berlipat kali ganda ,,amiin

    ReplyDelete
  2. seronoknya sg jernih kat belakang rumah..anytime boleh terjun hehe..tak risau kalau takde air...

    ReplyDelete
  3. seronoknya...mengingatkan saya dengan kenangan masa ekspedisi berakit dekat sungai perak dulu

    ReplyDelete
  4. Nur tak pernah mandi dekat sungai perak tu...
    Nur takutttt...hihihi....
    tapi bila tgk ni teringin la pulak nak mandi..
    hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. apesal pulak nak takut? meh le sekali sekala dtg singgah kuale... :)

      Delete
  5. Happy Birthday!! Seronok mandi sungai, lama sangat dah kami tak mandi sungai.
    Have a good birthday celebration ok. Wish u all the best, may Allah bless u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho...terima kasih mommy JJ... aamiiinn... :)

      Delete