Kisah tentang buka aib

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Update sikit tentang kisah membuka aib.
Dekat-dekat nak pilihanraya ni, macam-macam komen di FB yang sangat membuat kita geleng kepala apabila membacanya.
Pihak sana mengata sini, pihak sini mengata sana.
Kalau boleh, semua aib pihak lawan nak diselak sehabis-habisnya demi nak pertahankan survival politik masing-masing.
Kadang-kadang terfikir juga di hati ini, tak teringat matikah masing-masing?
Bukankah membuka aib itu dosa yang besar?
Macam-macam hal hinggalah yang terbaru pasal polis kantoi ambil rasuah RM50 tu.
Dengar cerita, kisah tu dah lama...tapi ramai sangat yang pakat share di FB.
Astaghfirullahaladzim......agak-agak la sebelum kita share atau komen tentang sesuatu perkara.
Takut-takut nanti apa yang kita komen, apa yang kita share adalah jalan membawa kita ke neraka.
Nauzubillah....

Peringatan ini untuk diri sendiri juga semoga hari yang mendatang menjadikan kita semua insan yang lebih baik.
Teringat pasal kisah anjing dan kucing di zaman nabi Nuh.



Pada zaman Nabi Nuh a.s, seperti yang kita ketahui, Nabi Nuh diwahyukan ALLAH S.W.T untuk mebina sebuah kapal yang sangat besar. Menurut kata kitab karya Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas dan dari tafsir hadis Ibn Abbas r.a dan Syeikh Wahab bin Munabbih, yang mengikut ajaran Nabi Nuh ini, kebanyakannya adalah binatang. Then, ketika kapal berangkat, Nabi Nuh membuat pengumuman supaya penghuni kapalnya tidak boleh berkasih-kasihan atau dalam erti kata lainnya mengadakan perhubungan seksual. 

Tetapi anjing ni melanggar perintah Nabi Nuh tu yang mana anjing ni berkasih-kasihan dengan pasangannya dan telah disaksikan oleh si kucing. Maka, kucing pun melaporkan kejadian tersebut kepada Nabi Nuh lalu dipanggillah si anjing. Tetapi, si anjing tidak mahu mengaku sehinggalah ia dibebaskan. Di lain kesempatan, si kucing melihat lagi si anjing ni berkasih-kasihan, sehingga si kucing melaporkan semula kepada Nabi Nuh. Si anjing tetap juga tidak mahu mengaku kesalahannya itu dan dilepaskanlah si anjing itu tanpa dihukum. Peristiwa itu berlaku lagi berkali-kali dan kucing itu juga berkali-kali melaporkan kepada Nabi Nuh. Tetapi, apa hendak dikata, si anjing tetap tidak mahu mengaku kesalahannya itu dan berkata ;

"Si kucing berbohong. Aku tidak melakukannya!" 

Disebabkan kecewa, maka si kucing bermunajat kepada ALLAH ;

"Ya ALLAH, aku merasa dizalimi dengan kejadian ini, maka tampakkanlah apa yang telah aku lihat kepada Utusan Engkau (Nabi Nuh) agar laporanku ini dibenarkan olehnya dan disaksikan oleh seluruh penghuni kapal ini."

Permohonan si kucing kali ini dikabulkan ALLAH. Berikutnya, ketika si anjing berhubungan badan dan ia tidak mampu melepaskan diri daripada pasangannya sehinggakan sewaktu kedua-duanya melakukan hubungan badan tersebut disaksikan oleh Nabi Nuh dan seluruh prnghuni kapal. Akhirnya si kucing merasa lega kerana apa yang ia laporkan selama ini adalah merupakan kebenaran.

Akibat merasa malu, anjing pun memohon kepada ALLAH;

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku telah dizalimi oleh si kucing. Kerana dialah, aibku diketahui banyak mahluk. Oleh itu, jadikanlah setiap kali dia (kucing) mengawan, ia diketahui oleh banyak mahluk sebagaimana yang telah ia lakukan padaku! "

Permohonan anjing pun dimakbulkan oleh ALLAH. Maka sejak saat itu, setiap kali kucing mahu mengawan dengan pasangannya, akan didengar atau diketahui oleh mahluk lain kerana mereka akan mengiau bising.



Sumber : SINI 



8 Comments

  1. sebab itulah nur jarang buka fb..malas nak baca menda2 yg macam ni...

    kalau buka pun, nur ping link je..
    pastu tutup...

    terang lagi bsuluhkan, dunia hampir ke phujungnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. errr..tak..kita xtau betul ke tidak dunia tu dah sampai ke penghujungnya..
      takde yg terang, apatah lagi yg bersuluh..tu semua ketentuan Allah..:)

      Delete
  2. tu laa . kekadang tuh merepek jee . kesahihan pon takde ..

    ReplyDelete
  3. time ni nak buka pekong di dada...malas nak ambil pusing....
    pandang dan lihat sajalah kita...

    ReplyDelete
  4. Buka selagi boleh, dah la zaman sekarang ni macam dah takder privacy.

    ReplyDelete
  5. makin dekat PRU.makin byk perkara pelik dan jelik berlaku...semuanya diselak..didedah..

    kdg2 kita yg baca tergelak dan mengeleng kepala...mcm kes Saiful dan ayahnya Azlan haha..

    ReplyDelete