Popiah SS Ali

Assalamualaikum wbt....bismillah....


Jom jalan-jalan cari makan.
Kali ini kita ke Popiah SS Ali pulak.
Popiah SS Ali yang dulunya saya selalu beli di pasar malam Seksyen 6 Shah Alam, saya tak perasan pun ada beroperasi di kiosk di hadapan Plaza Alam Sentral Shah Alam.
Padahal selalu dok lalu lalang kat situ.

Tak tahu la sebab terlalu fokus dalam perjalanan ke Alam Sentral atau memang nak kena tambah power spek lagi ni. hehe...
Ramai juga blogger selalu bergedering kat sini tapi saya nak join je, mesti bertembung dengan event family.
Tak pelah, ada rezeki insyaAllah boleh jumpa-jumpa.
Seronok tau kalau dapat jumpa kawan-kawan yang belum pernah bertentang mata ni.
Teringat pulak zaman join komuniti Melayu.com dulu-dulu.
Memang best.

Ok, citer balik pasal Popiah SS Ali ni.
Apa yang best ye?
Opkos la popiah dia.
Sama ada yang goreng atau yang basah, memang sesuai selera tekak saya nilah.
Yang best tu, bukan setakat popiah je yang ada kat sini tau.
Ada juga menu-menu lain.



 #Ini budak duduk di hadapan kipas angin lalu dia mengalami kerimasan akibat rambutnya yang mengerbang menutup muka. Makanya saya ikat dengan getah belacan je. Padahal mamanya jual eksesori kanak-kanak. ekeke....



 #Inilah popiah goreng  yang sedap tu. Satu set ni RM 3 ye.


 #Mee rebus yang rasanya so so je. Agak kecewa di situ.


 #Nasi ayam pilihan Amsyar dan abahnya sebagai penyelamat.


#anak dengan bapak sama je la pulak buat muncung-muncung. hahaha....


Siapa rajin ronda-ronda Shah Alam, boleh la try makan-makan kat Popiah SS Ali ni.
tempat makan pun lepak je sebab dalam taman laluan pejalan kaki.
Sebelah kolam air pancut pulak tu.
Untung-untung boleh ushar player bolasepak Selangor.
Budak-budak kedai ni bagitahu diorang selalu lepak kat situ.
Boleh la u olls sambil makan tu cuci-cuci mata....ekeke...



22 Comments

  1. dapat makan popiah yang masih panas2 sedapnya...

    ReplyDelete
  2. Popia SS Ali pun femes kat TOT @ TKK dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik? ada kat Ipoh ye? Akak teringat mee bandung kat medan kidd tu la. Tp gerai2 tu dah roboh dan buat baru. So, x tau dah kedai makcik tu yg mana satu..

      Delete
    2. sampai skang femes popia nie kat TOT @ TKK. sesekali rindu eden minta adik eden tapau utk isi tekak eden time tersesat di ipoh

      Delete
    3. kat TOT dulu selalu beli nasi ayam je. Zaman tu regenya baru rm2.

      Delete
  3. Tak penah dengar nama kedai ni..
    Tapi makanannya nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap popianya AJ. Try le... :)

      Delete
  4. makanan yang biasa nampak luarbiasa sedapnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok time lapar mmg nampak sedap sokmo. hehe

      Delete
  5. akak suka popiah basah hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak mcm mak saya. Suka sungguh popia basah. Saya pulak suka dua2... :D

      Delete
  6. rindunye nak makan popiah basah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Brunei takde orang jual popia ke tina?

      Delete
  7. popiah sedapnya~ saya ada kawan yang pandai buat popia. Kalau sambal dia sedap, automatik popia dia sedap sekali :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. kuah juga sgt berperanan dlm menentukan sedap x sedapnya si popia...hehe

      Delete
  8. kenapa mee rebus tu agak mengecewakan eh kak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa nak sedap le nur... biasa2 je..

      Delete
  9. saya suka popia basah.. kadang2 susah jugak nak cari. kalau jumpa yang besar gedabak.. tak suka. nak yang size comel2 jer

    ReplyDelete