Ramai awek cun di Masjid!

Assalamualaikum....bismillah...

Hujung minggu jom sesekali bawa anak-anak mengimarahkan masjid.
Bukan marahkan orang yang mengajak ke masjid ye. hehe..
Tapi join sekali menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Biasanya aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan.
Paling tidak, asuh anak-anak untuk suka bersolat jemaah di masjid.

Hujung minggu lepas kami berombongan sefamily ke masjid negeri.
Meriah sungguh.
Memang banyak aktiviti kat masjid sekarang ni.
Air pancut pun sentiasa pasang je.
Rombongan lawatan ke masjid pun bukan main meriah lagi.







 #senaman kaki...



#sempat juga beli-beli kat sini.....

Kalau sesiapa yang nak mencari jodoh yang baik-baik, rajin-rajinlah ke masjid.
Ramai gadis baik-baik berada di sini.
Mereka ni datang untuk majlis-majlis ilmu di masjid.
Untung-untung dapat yang berniqab.
Sebab pada pandangan saya, kebanyakan yang berniqab tu cantik-cantik belakanya.
Serius.
Saya yang memandang pun rasa sejuk saja di hati.
Di saat gadis seusia mereka ramai yang terlalu trendy dengan pelbagai ledakan fesyen dan terleka dengan pelbagai jenis hiburan....mereka mengisi masa terluang di masjid dengan pengisian rohani.
Masya Allah......kagum saya.

Tak percaya, hujung minggu nanti rajin-rajinlah mengimarahkan masjid.
Join le dengar ceramah, bukan nak usha awek je pulak. hahaha...




17 Comments

  1. nak cari calon suami jugak kena rajin kemasjid..:)

    ReplyDelete
  2. setuju...
    bukan semua nak tergerak hati datang masjid...
    alhamdulillah jika ketemu jodoh juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. respect kat pemuda pemudi yang suka dtg masjid. maklum la, yg belum kawen biasanya sabtu ahad pegi dating tengok wayang... :)

      Delete
  3. suka tgk masjid ngara.. cantik je amk2 gambar dlm tu.. kih2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...lama dah tak pergi masjid negara. Mmg cantik nak snap2 gambar.

      Delete
  4. mencari calon suami juga boleh dimasjidkan kak... :)
    last nur pergi masjid ni time skolah dulu...
    canitikkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa zaman sekolah datang masjid ni, kagum sgt masa tu. :)

      Delete
  5. hehhe pergi ushar aweks semata, pun boleh.. janji pijak masjid kan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.....ada ke matlamatnya semata ushar awek? :D

      Delete
  6. yana. aku pun join kagum ni... cari pasangan di rumah Allah mesti lebih baik kan.. :)

    ReplyDelete
  7. hahaha..okey..aku setuju kak..

    org perempuan yang free hair memang nampak cantik, elegant..tapi org perempuan yg bertudung memang nampak manis dan sopan..

    lelaki kalau tengok ppuan free hair, kadang2 pandangan tu ada unsur2 nafsu..tapi kalau tengok ppuan bertudung, biasanya pandangan tu ada unsur2 kelembutan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu ada org post kat fb pasal seorang awek pakai niqab tolong ayahnya membuat roti canai di warung. Punya la beribu yang like...dan rata2 komen semuanya dari lelaki nak wife mcm tu... :)

      Delete