Sabak Bernam - ada destinasi tersembunyi

Assalamualaikum....bismillah....

Minggu yang busy melampo ghasenye.
Tak dan nak melepak di ruang happy teman ni.
Kalo ada masa terluang pun sibuk dengan ceghite Lahad Datu.
Tetibe rakyat Malaysia bersemangat patriotik.
Tetibe jugak jadi nak jadi sejarawan belakenye.
tetibe, ok. tetibe...
*sampei teman pun sibuk jugak nyanyi lagu Hoi Kawan-kawan nyanyian AR Badul...hehe..

Ok dah. Kang ada yang penin baca teman speaking Perak. :p

Minggu lepas balik kampung embah di Sabak Bernam.
Lama tak jumpa embah, rasa rindu pulak dengar cerita tentang zaman dulu daripada Embah.
Biasalah orang tua-tua.
Suka cerita-cerita.....dan luckily, cucu menantu beliau ni suka dengar cerita dan tanya-tanya macam wartawan.
Sudah pasti cerita orang yang berusia 90-an itu lebih menarik.
tambah-tambah dalam bahasa Melayu yang slang Jawa.
Kadang-kadang bukan slang Jawa, malah cakap Jawa terus.
Saya layankan aje walau pun tak faham...hehe...

Saya tidak pernah kenal kesemua datuk-datuk dan nenek-nenek saya kerana mereka telah tiada sebelum saya lahir.
Jadinya, menumpang kasih embah ini adalah salah satu nikmat yang amat disyukuri. :)

Walaupun dah banyak tahun ulang alik balik kampung ke Sabak Bernam, saya belum pernah lagi terokai tempat-tempat menarik di Sabak Bernam.
Selalu pergi pun Bagan Nakhoda Omar je.
Makan mee udang dan kerang bakar kat situ.
Embah selalu cerita, belakang rumah beliau ialah pantai.
Tapi saya tak pernah pulak nampak pantai di area kampung Embah tu melainkan kebun.

Makanya di petang Ahad lepas, kami sepakat nak ronda-ronda area Politeknik Sabak Bernam.
Mula-mula pergi ke tapak ceramah PR di dataran Parit Baru.
Tengok-tengok gerai jualan kat situ.


#lepas tu melawat perusahaan IKS pulak.


 #ini ha alamatnya kalau nak memborong kerepek.


 #kerepek pisang dah habis. sob sob.... 



 #si kecik Qisya depan kedai. Kat luar ni best sebab ada buai dan slide. Seronok la dia.


#sempat mengangkut balik kerepek ubi dan kuih bakar.


Lepas tu meronda lagi di Sungai Apong ni.
Tak sangka wehhh....rupa-rupanya ada pantai di Sungai Apong yang lagi best dari Bagan Nakhoda Omar.
Encik hubby pun belum pernah datang ke pantai ni.
Tak ke pelik??


 #Qisya dan Ommey dia......



 #Amsyar memang excited memanjang kalau ke laut.



 #Ramai datang memancing di sini..





 #pantai ni tak sesuai untuk mandi-manda...



 #bila tengok orang membawa jala, teringat arwah ayah...



 #mengintai hasil tangkapan pakcik tu...



 #Gigih betul dia, walau pun sekali tebar hanya dapat seekor jer udang....



 #sape nampak udang tu kat mana, sila bagitau.... ;)



#kalau bab nak mengotorkan seluar baju, serah kat Amsyar....


Pantai ni tak mengecewakan.
Lagi pun, deretan kedai makan ada berdekatan.
Memang best la nak lepak-lepak kalau cuaca tak panas.
Lain kali balik Sabak Bernam, harus datang lagi.



13 Comments

  1. wahh..dekat dengan pantai ye...
    bestnyaa....Nur lama tak pergi pantai...

    udang tu, Nur tak nampak pun..dalam pekas tu nampaklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. udang putih, kecik pulak tu. hehe...

      Delete
  2. seronok balik kg...
    bestnya ada pantai, beli kerepek sudah semestinya...

    ReplyDelete
  3. salam kenal.

    rumah mak abah Ai depan masjid al-maarufiah parit baru tu (^_^)

    ReplyDelete
  4. ade satu tempat makan kat tepi jeti kelong paradise pon best gak kak..kalau aku pegi sabak bernam aku makan kat situ je..seafood murah dan sedap...

    ReplyDelete
  5. ramai juga yang mancing ya.. udang tu.. yana. aku nampak udang tu kat dlm baldi jer hahahaha...

    *hari-hari dok terpacak depan tv tgk perkembangan Lahad Datu. hari-hari pon asik cerita tu dari bangun pagi smpai masuk tido.. hurm. moga cepatlah selesai.. resah aku dek memacam cerita.

    ReplyDelete
  6. seronok ye jalan-jalan

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  7. tempat yg tak ramai orang tau ni lagi best sebenarnya kan, masih terjaga.
    heishh punya lama I belek gambar cari udang tu... huhuhu sakit dah mata. sila bulatkan pleaseeee. hohoho

    ReplyDelete
  8. teringat pantai kat batu feringghi!! wahhhh..feeling ada kat pantai tu memang tenang..cukup tenang..:)

    ReplyDelete
  9. saya mengunjung BNO untuk makan mee udang, amat sangat mengecewakan saya.
    Layanan yang buruk dari tuan punya gerai mee udang, bila saya tunggu 5 minit untuk membuat order saya terus ke kaunter untuk membuat order.
    Apa yang saya dapat saya di herdik sebab tak sabar menunggu oleh isteri tuan punya gerai. dengan kasarnya isterinya berkata "SABAR LAH" sangat mengecewakan.

    Apabila saya ajukan aduan saya ke kaunter, seorang wanita tua berkata memang disini lambat.
    Masaalah saya bukan lambat tapi isteri tuan punya gerai ni tidak ada budi bahasa.

    Apabila saya kata saya tak puas hati dan tak akan datang lagi, isteri tuan punya gerai menjerit "ALHAMDULLILAH". Sangat memalukan, saya tak pernah hadapi keadaana sebegini.

    Tuan punya gerai datang jumpa saya bertanya apa yang berlaku, tapi apa yang saya dapati dia sokong isterinya. bukan nak mintak maaf.

    Saya sudah berumur lebih 50 tahun tak pernah saya hadapi keadaan sebegini seumur hidup saya.

    Saya harap rakyak Malaysia tidak berlaku biadap sebegini, jangan lah sokong orang2 yang biadap sebegini.

    Harap maklum
    Pengunjung hampa

    ReplyDelete
  10. Nak ikut jalan mna utk ke pantai sg apong. Ada hantar Anak ke sabak bernam. Teringin nk pergi, Tak tau nk ikut jln mna.tq

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete