Tuesday, 19 March 2013

Solat sunat Rawatib dan Solat Jamak

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Sesekali mari kita audit balik ibadah solat kita.
Adakah masih hanya bersolat fardhu sahaja atau turut menambah solat sunat Rawatib?
Saya sering mencari kaedah mudah untuk mengingati cara-cara solat ini atau dengan kata lainnya...cara mudah faham, mudah ingat dan mudah pula bagi orang lain faham.

Disebabkan saya kiranya sempoi juga la---> tak mengikut protokol untuk menjadi blogger yang menulis entri dengan cara yang matang seperti blogger tersohor lain, harap-harap perkongsian ilmiah ini akan memberi sedikit manfaat kepada semua yang membaca, insya Allah...

Sunat Rawatib = Solat sunat 2 rakaat yang mengiringi solat Fardhu sama ada sebelum (qabliah) atau selepas (ba'diah)

Sunat dilakukan 2 rakaat ---> sebelum semua solat fardhu tapi paling digalakkan ialah Subuh dan Zohor
                                   ---> selepas Zohor, Maghrib dan Isyak.



#contoh niat solat sunat Rawatib.


Tujuan solat Rawatib ialah nak sempurnakan solat Fardhu kita, nak didik kita supaya berdisiplin, dekatkan diri kita dengan Allah dan paling best, tentulah nak tambah pahala.
Semoga diteguhkan iman diri ini untuk upgrade solat seiring naiknya nombor usia.
Aamiiinnn.....


Seterusnya solat Jamak.
Sangat penting mengetahui cara-cara solat ini dan lafaz niatnya kerana kita sering bermusafir.
Ramai yang selalu konpius tentang solat ini walaupun bekas budak sekolah agama.
Tak percaya, tuan blog ni mengaku sendiri. hehe...
Ok. Serius.

Jamak = kumpul/himpun.

Jamak Taqdim = Himpun dua solat fardhu dalam fardhu yang pertama. Contohnya menghimpunkan                            
                         Solat Zohor dan Asar dan ditunaikan dalam waktu Zohor.

Jamak Ta'khir = Himpun dua solat fardhu dalam fardhu yang kedua. Contohnya menghimpunkan 
                          Solat Zohor dan Asar dan ditunaikan dalam waktu Asar.


Solat jamak ni boleh dihimpunkan jumlah rakaat solat fardhu dan boleh juga dipendekkan iaitu Qasar.
Solat yang 4 rakaat tadi boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat iaitu Solat Zohor, Asar dan Isyak.
Solat Maghrib tidak boleh diqasarkan.



Solat Jamak dan Qasar = Solat yang dihimpun dan dipendekkan.



Contoh lafaz niat Solat Jamak dan Qasar

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعال
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’khir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’khir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


Semoga bertambah kefahaman insyaAllah.




Terima kasih sudi baca.
Luv,

10 comments:

  1. terimakasih...sgt2 bermanafaat...kdg2 akak buat jugak sunat sblm subuh tu hehe

    ReplyDelete
  2. thanks kak atas perkongsian ni ... :)

    ReplyDelete
  3. sangat berguna utk kita semua.....

    ReplyDelete
  4. Thanks di atas perkongsian yang berguna khususnya untuk orang yang tidak tahu pasal nie...keep it up!

    ReplyDelete
  5. Info yg sgt bermanfaat. Terima kasih atas perkongsian merangkap tazkirah ini

    ReplyDelete
  6. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  7. pasal solat jamak tu, aku sendiri pun keliru kak..maybe sebab xpernah buat solat jamak kot..even kalau berenti kat mana2 R&R pun, aku solat fardu utk waktu tu jer..waktu seterusnya pulak aku berenti kat R&R yg lain..sebab aku xingat cara nak solat jamak..hehehe

    ReplyDelete