Wednesday, 10 April 2013

Umrah 2013 - Part 1

Assalamualaikum wbt... bismillah....

Pada mulanya, saya tidak tersenarai di antara mereka yang pergi umrah pada tahun ini.
Malah tidak terfikir pun sampailah saya dinasihatkan mak saya supaya mengikut saja trip ibu dan bapa mertua saya sementara suami saya boleh menjadi mahram saya.

Oh ya, perempuan yang ingin menunaikan umrah di bawah umur 45 tahun diwajibkan ada mahram mulai tahun ini.
Makanya saya pejamkan mata saja menggunakan duit simpanan untuk modal perniagaan yang saya simpan sedikit demi sedikit selama ini untuk menunaikan umrah.
Hasil penat lelah selama ini digunakan di jalan yang lebih berbaloi. Alhamdulillah....

Ibadah umrah ini lebih merupakan ibadah peribadi.
Jadi, berapa banyak amalan dan sedekah di sana biarlah Allah swt saja yang mengetahui.
Selebihnya saya akan berkongsi tentang detik-detik perjalanan, tips-tips semasa di sana dan pengalaman saya sepanjang saya berada di tanah Saudi Arabia yang selama ini hanya saya dengar sahaja ceritanya.
Dan setiap pengalaman umrah itu walaupun rukun ibadahnya sama, tapi pengalaman masing-masing pastilah tidak sama bergantung kepada jenis penerbangan, penginapan, makanan, suasana dan suhu yang mengikut musim.

Sebulan sebelum berangkat, saya sudah renew passport, mendapatkan suntikan vaksin meningococcal untuk 3 tahun (RM 150) dan pil hormon (RM60) untuk mengelakkan period semasa melakukan ibadah umrah.
Pastikan badan sihat dengan melakukan senaman supaya badan lebih fit ketika berada di sana.
Tenaga yang amat banyak digunakan memerlukan fizikal dan mental yang sihat.


#Ubat hormon

Saya hanya membawa sepasang kasut getah.
Itulah yang dipakai dari pergi, sepanjang berada di sana sampailah balik Malaysia.
Harganya hanya rm40 sahaja tapi amat berbaloi sebab tapak getah sepenuhnya adalah material yang lembut dan kalau terkena air pun ianya akan cepat kering.
Sangat puas hatilah.
Nanti saya upload lain sebab saya belum snap gambar kasut tu. :D

Bawa 3 telekung untuk ibadah di masjid dan 3 mini telekung untuk aktiviti ziarah.
Waktu yang singkat menyebabkan adalah sukar untuk bertukar tudung bagai.
Pakai siap-siap mini telekung dan jaga wudhu' untuk terus bersolat apabila singgah di mana-mana masjid.
Sebaik-baiknya jenis Syria kerana ia mudah dijaga dan nampak lebih kemas.
Saya juga membawa 4 helai seluar ali baba yang saya beli di booth jualan pakaian buatan Thai yang terdapat di Giant.
Harganya hanya RM25 sehelai dari material cotton lycra.
Sangat selesa untuk pergerakan.


#Seluar cotton lycra ali baba yang memudahkan semasa mengambil wudhu'.


Untuk pakaian semasa di sana, saya hanya membawa beberapa helai jubah/ maxi dress yang mana semua pergelangan tangannya bergetah.
Mudah dan tidak perlu lagi memakai sarung lengan.
Bawa stoking mencukupi.
Jangan membawa barangan yang tidak perlu bimbang akan terlebih berat ketika pulang nanti.

Sepanjang perjalanan umrah ini boleh dikatakan perjalanan yang perlukan banyak semangat mujahadah.
Mujahadah yang pertama, mestilah meninggalkan anak-anak yang selama ini tidak pernah berpisah di waktu malam.
Terutamanya Qisya yang belum pun berusia 3 tahun di mana malamnya mesti nak tidur dalam pelukan saya.
Bimbang yang macam tak berkesudahan dibuatnya kerana nak tinggalkan dia selama 2 minggu.


#di LCCT sebelum berangkat..


Kami menggunakan khidmat Ibtisam Travel and Tours Sdn Bhd milik Ustaz Hassan Imam Muda tu.
Kumpulan kami hanya berjumlah 20 orang saja ketika trip kali ini.
Alhamdulillah ....kumpulan yang sedikit lebih memudahkan banyak urusan.
Khidmat Ibtisam adalah amat memuaskan hati kecuali bab flight.



#agak menguji kerana menaiki Air Asia X.



 #Tiada masalah jika flight kurang dari 3 jam menaiki Air Asia. Jadi agak masalah apabila dekat 10 jam duduk di kerusi yang sempit macam ni. Boleh stroke dibuatnya. Inilah mujahadah seterusnya.....bersabar.


#Air Asia X. 








 #duduk di tepi tingkap membolehkan saya melihat rupa bumi negara-negara yang dilalui sepanjang perjalananan. Cuba teka di mana?



 #yang ini sangatlah femes. Di manakan ia?





Inilah kehidupan siang paling panjang dalam hidup saya yang pernah saya lalui.
Penerbangan pukul 11 pagi di Malaysia, 10 jam kemudian sampai di Jeddah tapi di Jeddah baru pukul 4 petang.
Perjalanan yang mengiringi matahari satu pengalaman baru.


#Akhirnya sampai di Jeddah setelah jenuh menahan lenguh duduk di tempat yang sempit berjam-jam.


Tapi ini baru permulaan....




8 comments:

  1. ALhamdulillah..
    Seronok baca pasal orang dapat ke tanah suci.... =D
    Tak sabar pulak tunggu next entry...

    ReplyDelete
  2. ya Allah..murahkan rezeki aku utk sampai ke sana..aamiin..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.. Syukur.. Alhamdulillah.. muda² lagi akak dah sampai sana.. saya ni ntah bile.. moga dipermudahkan.. menanti next entry akak..

    ReplyDelete
  4. seronoknya membaca pengalaman Yana...nnati sambung lagi ya...next entri..

    ReplyDelete
  5. subhanallah. saya jadi sangat rindu untuk kesana lagi huhu. semoga dipermudahkan sgala urusan :)
    ubat hormon tu saya tak amik pun before this. takut ada apa2 effect2 lepas tu hihi just baca ayat tertentu untuk tahan/spaya haid keluar awal.alhamdulillah berkesan :) tp tu kena buat before pergi laa.

    ReplyDelete
  6. alhamdullillah....
    semuanya selamatkan kak...

    tak sabar Nur nak baca kisah seterusnya...

    ReplyDelete
  7. salam kak...nk tnya psl pil hormon tu...ok ke kak pil tu?mmg kena ambik ke?period jd kaco x lps tu?

    ReplyDelete