Thursday, 11 April 2013

Umrah 2013 - Part 3

Assalamualaikum wbt....bismillah...


Elok saja sampai di bilik dan berkemas lebih kurang, Abah dan Encik Hubby terus bersiap ke masjid Nabawi kerana ingin merebutkan kawasan Raudhah.
Masa tu dalam pukul 1 pagi lebih.
Saya dan mak mertua saya buat keputusan berehat dan tidur dulu sebelum menanti subuh.

Pagi 27 Mac terbangun agak lewat, terlepas bajet masa nak bangun pukul 3 pagi.
Pukul 4.30 pagi itulah mulanya perjalanan berairmata saya.
Untuk ibu mertua saya yang sudah berkali-kali menunaikan haji dan umrah, Masjid Nabawi adalah pemandangan biasa baginya tapi tidak bagi saya.

Di pintu pagar masjid Nabawi yang tersergam, air mata saya sudah mengalir laju sambil cuba berjalan selaju mungkin mengikut rentak langkah ibu mertua saya yang ingin segera berebut tempat solat.
Pelbagai monolog di hati mula berlegar-legar..

" Ya rasulullah..... aku datang dari negara yang mungkin tidak pernah didengari namanya tapi seruanmu ya rasulullah sudah sampai kepadaku dan kini aku membawa salam semua dari kawan-kawanku dan saudara-maraku yang jauh di sana dan ingin turut sama menziarahimu...

air mata terus mengalir laju...

"Ya Allah, hamba-Mu yang begitu banyak dosa ini datang menziarah Rasulullah SAW kekasih-Mu..terasa hina dan kerdil diri ini ya Allah.....terpandangkah aku ini oleh kekasihmu ya Allah?"

air mata terus mengalir dan terus mengalir......memang terasa hina sangat pada masa tu.

Tapi yang anehnya, saya terasa disambut di situ.
Saya rasakan Rasulullah Saw masih hidup dan berada di hadapan saya.
Cuma saya yang tak nampak Baginda.
Itulah perasaan saya ketika itu.

dan air mata saya seakan tidak mahu berhenti...


#Pintu Saidina Umar al-Khattab

Malang bagi kami pada Subuh yang pertama itu kerana Masjid dah penuh dan pintu ditutup sebaik kami sampai.
Maka terpaksalah kami solat betul-betul di hadapan pintu ini.
Saya seperti kehabisan kata-kata di waktu ini.
Hanya Allah swt saja yang tahu apa yang ada di hati.

Ya Allah, mana datangnya rasa rindu pada Rasulullah saw secara tiba-tiba ini?
Rasa macam nak rempuh saja pintu ini dan terus berlari ke makam Rasulullah saw ketika itu juga.
Betapa merontanya perasaan pada ketika itu supaya waktu cepat berlalu supaya dapat masuk ke Raudhah seperti yang dijadualkan oleh mutawif pada pagi itu.

Menggeletar hati ini mengenangkan betapa kurangnya berselawat kepada Rasulullah saw selama hidup ini sedangkan di akhirat nanti bagaimanakah mahu mendapatkan syafaat Baginda?
Air mata pun meluncur deras lagi......


#si kembara berdosa......




9 comments:

  1. As'kum... Abg Zeni pun turut mengalirkan airmata bila membaca coretan Yana ini. Sesungguh Yana bertuah kerana dapat menjejakan kaki ke Tanah Suci dan tempat yang Yana kunjungi... Isya Allah... abg Zeni juga amat teringin untuk menjejakkan kaki kesana... semoga tercapaila hasrat dan niat suci ini sebelum menutup mata.....

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..terasa kerdilnya diri ini sisi MU....

    ReplyDelete
  3. subahanallah..dapat menjadi tetamu Allah ...bestnya...teringin nak menjejak kaki juga ke sana...insyaallah...best tgk kawan2 blogger ni ke sana...bertuah awk...

    ReplyDelete
  4. part 4,5, dan seterusnya ditunggu ya..:)

    ReplyDelete
  5. Masha Allah... bergenang air mata saya baca pengalaman akak. Thanks sharing such a touching experience here.

    ReplyDelete
  6. subhanallah....

    meremang baca entri ni... semoga perjalanan itu menjadi kenangan yang manis dalam hidup...

    ReplyDelete
  7. YaAllah...Nur lagi terasa hina kak..
    TErlalu alpa dengan duniawi..
    Sebak kak...
    sebak Nur baca...

    InsyaAllah..Nur mahu kesana juga kak...

    ReplyDelete
  8. MashaAllah..
    Terharu AJ baca ni..
    Bilalah AJ nak sampai sana...

    ReplyDelete