Umrah 2013 - Part 4

Assalamualaikum wbt....bismillah...


Masjid Nabawi adalah masjid tercantik pernah saya lihat.
Daripada senibina, teknologi dan suasana di masjid ini....semuanya adalah sangat mengagumkan.
Tak dinafikan ini juga salah satu sebab mengapa air mata mengalir.
Rasa macam tak percaya masjid yang selama ini hanya dengar cerita, hanya tengok gambar kini berada di depan mata.

Walaupun sangat teruja nak merakam gambar di sini, saya terpaksa berhati-hati dengan polis wanita yang berjaga di hadapan pintu masjid ini.
Membawa kamera dan handphone adalah dilarang di sini.
Mereka akan memeriksa setiap beg yang dibawa masuk ke masjid.
Agak garang pulak tu.
Jadinya, gambar-gambar dalam masjid yang u olls lihat di blog ini adalah hasil gigih saya menyeludup kamera masuk.
Bagaimana caranya? haha.....pandai-pandailah....


#encik hubby bersama naskah al-Quran yang nak diwakafkan di masjid Nabawi.



 #hujung sekali tu mutawif kami. Muda lagi. Baru berumur 26 tahun. Ustaz Asyraff namanya.



 #Sebelah Ustaz Asyraff tu pun mutawif kami juga. Namanya Ustaz Hasib dari Indonesia. Dah 25 tahun duduk di Mekah. Beliaulah yang bercerita tentang tempat dan sirah. Penerangan sebelum masuk ke Raudhah.



 #kawasan solat perempuan di dalam masjid.



 #bumbung masjid dibuka selepas maghrib.



#air zamzam di dalam masjid Nabawi. Tiap kali lepas solat, saya mengangkut air zamzam ni balik hotel. Siap buat mandi lagi. hehe..


#semasa bumbung terbuka.







#semasa bumbung tertutup. Cantik sangat.







 #terlupa nak snap gambar polis-polis wanita yang check beg tu.



 #mak mertua saya di depan masjid Nabawi selepas solat subuh.


Tetiba nampak payung-payung masjid macam nak terbuka.
Wahh...kebetulan sungguh.
Makanya terpacaklah saya di situ melihat pemandangan yang belum pernah disaksikan.
Wajiblah snap-snap, kan?
Hasil kamera saya tak begitu menarik berbanding kamera satu lagi tapi layan je la ye...


























Kamera saya ni ada mood gamaknya.
Kejap tak berkualiti macam bergegar je bila snap.



 Kejap cun macam guna DSLR le pulak. adoiii.....







Sebelum masuk waktu Maghrib, payung pun tertutup semula macam ni.
Mau tak kagum saya dibuatnya.
serius sangat cantik.
Sesuai dengan 1000 pahala yang dijanjikan Allah swt jika bersolat di sini.
Kalaulah Rasulullah saw masih ada........

p/s: rasa rindu balik nak datang ke sini.... :'(




9 Comments

  1. Alhamdulillah.... beruntung dapat pergi ke sana... InsyaAllah saya pon bercita-cita nak jejakkan kaki ke sana....

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.....
    Cantiknya pemandangan...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...
    kak Yana pegi bile ya? sbb alhamdulillah sy pon baru je balik dr sana... =) mane lah tahu mg ade penah t'serempak, tp x seda... =)

    ReplyDelete
  4. SubhanaAllah....
    MMg cantik sungguh kak...
    teruja betul nur tgk...

    ReplyDelete
  5. subhanaAllah... teringin sangat hendak jejakkan kaki untuk ke sana.

    ReplyDelete
  6. sangat Cantik Yana... sangat-sangat.. moga-moga satu hari nanti aku pun dapat jejak ke sana Insha allah.

    ReplyDelete
  7. Sungguh indah suasana di bumi suci ALLAH...subhanaALLAH...moga diberikan rezki menjejaki kaki ke sana....^^

    ReplyDelete
  8. Bagus la akak, semua gambar ada.. mila gambar kat madinah tak ada.. hp en suami hilang jadi..kat madinah kami tak banyak kenangan le.. insya Allah akan diusahakan untuk kesana lagi...Rindu sangat nak ke sana..

    ReplyDelete