Monday, 15 April 2013

Umrah 2013 - Part 5 (Madinah al -Munawwarah)

Assalamualaikum wbt....bismillah...


3 hari di Madinah adalah tidak mencukupi.
Saya masih tertanya-tanya bagaimana orang lain dapat bershopping bagai di Madinah.
Sedangkan kami sekeluarga penat berulang alik hotel dan masjid di setiap waktu solat.
Tiada langsung peruntukan waktu untuk bershopping di Madinah tidak seperti di Mekah.
Apa yang dapat dibeli ialah jualan yang terdapat di sepanjang laluan ulang alik ke masjid atau waktu ziarah yang telah dijadualkan.
Dapat menjenguk Bin Dawood pun hanya sempat singgah di tiga buah kedai di tingkat 1 selepas solat Asar di hari kedua.
*Ok. Bin Dawood tu adalah shopping complex macam Giant kita.
Tapi bangunannya tidaklah macam Giant.
Sekali pandang bertingkat-tingkat macam hotel jugaklah.
Ada pasaraya dan ada juga kedai-kedai.
Betul-betul terletak di hadapan pintu pagar Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Lepas tu kelam kabut balik hotel mandi dan bersiap pula ke masjid untuk solat Maghrib.
Kalau terlambat, nanti tak dapat masuk masjid pula.
Memang rasa tak cukup masa nak shopping di Madinah yang dikatakan barangannya lebih berkualiti dan lebih murah berbanding di Mekah.

Dapatlah sekali makan di luar semasa di Madinah.
Itu pun agak jenuh mencari restorannya.
Alhamdulillah restoran Turki pilihan kami tidak mengecewakan...

Tapi itu di next entry  ya.
Di sini, saya share keadaan Kota Madinah yang saya snap sepanjang perjalanan ulang -alik ke masjid atau dari dalam bas sepanjang ziarah.















#Hotel tempat kami menginap.



#Sekali pandang, Bin Dawood ni macam hotel.


 #perkuburan para syuhada di Bukit Uhud.
Ustaz Hasib membacakan doa untuk mereka di sini.
Jangan aneh jika anda melihat ramai yang menagis. Ini memang perjalanan air mata kepada mereka yang rindukan Rasululullah saw...





#Di pasar kurma.  Nak beli kurma, beli di sini sahaja kerana harganya jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Mencuba kurma sampai kenyang. Si penjual asyik kata halal je. :)



 #Bukit Uhud.



 #Masjid Quba. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah saw di Madinah. Solat di sini mendapat pahala bagai mengerjakan 1 kali umrah.



 #Pokok tamar...



#Ladang tamar. Harga di sini jauh lebih mahal berbanding pasar tamar di Bukit Uhud.



#Di ladang tamar ini, dijamu teh dan makan saja tamar dan manisan yang terdapat di sini. Semua halal....
















 #Kawasan hijau di Madinah.



 #Masjid Tujuh. Ada 7 masjid yang digabungkan tapi 4 daripadanya sudah dirobohkan. Ini adalah gabungan 3 buah masjid tersebut.



 #Masjid Qiblatain. Masjid di mana Rasulullah saw pernah bersolat mengadap 2 arah kiblat.



 #Air terjun tiruan.







 #Suasana jualan jalanan di Madinah.











#Kiosk kurma yang menarik.



 #mereka ini adalah magic. Jika terperasan saja kedatangan penguatkuasa, sekejap saja mereka ini menghilang. Kagum saya dengan kecekapan mereka.











 #pemandangan kompleks hotel dari belakang. Ketinggian hotel adalah lebih kurang sama. Walaupun masih baru dan cantik, khabarnya hotel-hotel ini akan diruntuhkan demi pembesaran masjid Nabawi.



 #shopping complex di Madinah...







#Pokok bunga kertas pun terdapat di Madinah.


Nyaman udara Madinah amat menyenangkan hati.
Makanya saya adalah antara mereka yang amat berat hati meninggalkan kota ini.



19 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Benarlah riwayat Rasulullah SAW

    Hadis riwayat Anas ibn Malik ra, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang ertinya: Akan datang suatu zaman ketika itu orang kaya mengerjakan haji untuk melancong, orang yang sederhana pergi haji untuk berniaga, para ulama pergi haji kerana riak dan mendapat nama manakala orang fakir pula mengerjakan haji untuk meminta-minta.

    Jemput singgah blog saya Hadis Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam....
      dalam jutaan umat, mungkin ada yang begitu. Tapi untuk kita yang niatnya ingin beribadat, pastikanlah niat itu tetap hingga sampai di penghujungnya. :)

      Delete
  2. bangunan kat sana lbh kurang sama ja designnya,kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu punca sesat mencari hotel. Kiri kanan depan belakang, semua nampak lebih kurang sama.. :)

      Delete
  3. bestnye..bila la ada peluang nak pegi sana pulak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada niat, in sya Allah ada jalan... :)

      Delete
  4. suka baca perjalanan akak...

    cerita sampai habis tau

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah....sedang mencari masa... :)

      Delete
  5. Kalau Nur di tempat akak...
    Nur pun berat hati kak...

    tgk gambar2 dari lensa akak pun buat nur sebak...

    akak de cuba tamar muda, ada yg cakap sedap.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak x berapa masuk dengan kurma mentah. Entah le... nak yg kering mcm ni je akak layan. :)

      Delete
  6. Meriah jugak jalan2 sana yer, first time rasanya saya betul2 tngok gambar yg luar dari kebiasaan ni, yer la selalu orang tunjuk gambar kat area masjid tu jer kan, jarnag yg tunjuk gambar jalan2. Baca entry akak ni buat saya rasa saya pun turut sama berada di sana.
    Yang magik tu macam kat chow kit la ek hehhee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sgt gambar sampai pening nak pilih. Tu la, rasa mcm tak sangka banyak sebenarnya perkara menarik di Madinah. Itu belum di Taif...

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah....in shaa Allah sampai masanya akan jejak kaki juga di sana.... :)

      Delete