Wednesday, 17 April 2013

Umrah 2013 - Part 6 Makan-makan di Madinah

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Ramai juga tanya, macam mana makanan di Madinah ye?
Sedap ke tak?
Jawapan saya ---> bergantung pada pakej yang dipilih.
Katerer pilihan Ibtisam ni dari Indonesia.
Makanya makanan kami sekeluarga di sana iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan malam semuanya adalah masakan Indonesia.
Pada saya, makanan semasa di Madinah semuanya ok.
Boleh tahan sedap jugaklah dengan pelbagai pilihan.
Waktu sarapan adalah paling best sebab ada roti bakar sapu cream cheese.
Gabungan roti, cream cheese dan jem di sana memang terbaik.
Sampai sekarang teringat-ingat.
*Ini jawapan nape saya balik umrah tapi tak kurus pun. hahaha...

Disebabkan makanan katering di hotel sudah memuaskan hati, tiada pasal sangatlah untuk kami mencari-cari makanan di luar.
Lagi pun, di persekitaran hotel tempat kami tinggal, tak nampak banyak restoran pun.
Cuma di hari ketiga selepas Zohor, kami berkesempatan makan di sebuah restoran Turki.
Memang terbaik dengan harga pun boleh tahan mahal jugaklah.
Ini konon-konon nak merasa makan di restoran yang ada di Madinah le kiranya ni.
Tapi di sana, tiada restoran yang menyediakan makanan popular tempatan.
Makanya saya tidak tahu apakah makanan tempatan yang popular di sana.
Nasi Arab je lah kot.
Restoran-restoran yang saya nampak pun lebih kepada makanan Turki dan Indonesia.
Maka, layan sajalah masakan Turki di Madinah ini.


 #semua nampak menarik dan saya telah memesan Tavuk Sis. Entah apa maknanya ye kak halima ?



 #promoter restoran ini yang berasal dari Indonesia promote encik hubby supaya memesan ayam broast yang sangat popular di Arab Saudi ini.



 #Ayam broast encik hubby, ayam panggang untuk mak mertua saya dan Tavuk sis untuk saya.  Portion makanan adalah besar. Ayam broast tu ada 4 ketul, ok. Lepas tu, roti bukan di dalam pinggan ini sahaja. Ada semangkuk besar lagi roti yang diberikan percuma. Memang jenuh nak habiskan makanan ni semua. Memang tak habis pun...




 #Suasana restoran di tingkat atas yang sangat luas dan selesa. Ramai orang Turki di sini.



 #Layan sungguh encik hubby ayam broast dia tu.



#meh tengok dekat-dekat sikit Tavuk Sis saya. Saya suka betul daun parsley segar ni yang jadi salad dengan bawang besar. Lepas tu perah jus lemon banyak-banyak. Memang layan....


Ada juga saya membeli buah-buahan untuk makan di bilik hotel.
Tapi harganya lebih mahal dari di Malaysia.
Anggur sekilo SR 20 dan dua biji delima yang saya beli berharga SR 15!
Walahh.....sabo je la.


 #delima ni manis sungguh. Rasa segar je bila makan buah kesukaan Rasulullah saw ni.



#betul-betul di sebelah pintu masuk lobi hotel di mana kami menginap, ada kedai yang jual shawarma dan ais krim. Jenuh cium bau shawarma ni dulu sebelum masuk hotel. Memang sedap sangatlah baunya yang terpaksa kami hidu masa keluar masuk hotel.



 #ini ais krim yang dijual kat situ. SR 5. Mahal? Sila redho...hehe..



 #takkan asyik cium bau je kan? Meh try shawarma yang berharga SR 4 ni. Terus terang bagitau, baunya mengalahkan rasa. Maknanya rasanya tidaklah sebanding baunya. Biasa-biasa saja.



#ada corak kesan grill...




 #air teh dan coklat pelbagai jenis yang dijamu semasa berada di ladang kurma. Coklat-coklat kat situ memang sedap.




 #buah kurma mentah yang sejuk. SR 50 sekilo wehhh..... Tapi tekak saya kurang nak menerima buah kurma mentah ni kerana rasa kelatnya. Lebih suka buah kurma yang dikeringkan.




#telur ayam di sana warna putih, ok. Dah macam telur itik je nampaknya.



#kurma ajwa yang saya beli SR 70 sekilo di Pasar Tamar di area Jabal Uhud. Kalau di Mekah, harga kurma ajwa ni mencecah SR 140 sekilo. Makanya, sesiapa yang akan ke sana, sila beli di sini saja.


Satu-satunya buah yang boleh dimakan bersama susu hanyalah buah kurma.
Makanya saya nak bagitahu satu rahsia..... buah kurma ini sangatlah sedap dimakan dengan cara mencicah cream cheese.
Boleh susah nak berhenti makan dibuatnya.
Dah tahu?? ok....rileks....ini saya bagitahu kepada yang belum tahu, ok.
Saya pun baru tahu semasa di Madinah. hehe...

Itu je yang sempat dirakamkan tentang bab makan di sana.
Memang tak explore pun sebab tak cukup masa.
Lauk-pauk Indonesia lebih kurang sama je dengan masakan kita.
Apa yang nampak pelik tu, redhakan sajalah.
Tak gitu?




6 comments:

  1. mcm seronok kan dok kat sana...

    ReplyDelete
  2. terliurnya nur tgk makanan semua ni kak... :)

    kurma mentah la yg nur maksduhkan hari tu...
    rasanya kelat ye....

    ReplyDelete
  3. boleh tahan juga sedap ruma makanan di sana Yana

    ReplyDelete
  4. tergoda sy tgk buah kurma ajwa tu kak..

    ReplyDelete
  5. Yang berminat untuk makan makanan melayu di Madinah boleh order nasi lemak dari www.facebook.com/nasilemakdimadinah/. Harganya hanya 12 riyal dan porsi yang besar.

    ReplyDelete